ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 31 Disember 2009

Petua Ibu Mengandung / Hamil



Petua Ibu Mengandung / Hamil
Petua Ibu Mengandung / Hamil
Memandangkan kakak2 ku dua orang pada tahun 2009 ni mengandung, maka ingin ku kongsikan tips atau petua buat ibu mengandung/hamil. Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.
§  Jangan cepat merajuk
§  Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf,  Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi,  Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
§  Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
§  Jangan suka mengata atau mengumpat
§  Banyakkan berzikir tak kira masa,
§  Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).
Petua Lain :
§  Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
§  Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
§  Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
§  Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
§  Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
§  Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
§  Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.

Selasa, 29 Disember 2009

Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

Terdapat tiga masalah dikalangan 'ulama dalam memperbincangkan hal ini..
Pertama : Orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram
Kedua : Sebab mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram
Ketiga : Orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram

Asas ruju'kan hukum bagi masalah ini diambil daripada dua ayat berikut, iaitu:
Pertama : " Wahai orang2 yang beriman, sesungguhnya orang2 yang musyrik itu kotor.. Maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini " (At- taubah : 28 )
Kedua : " wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu solah  sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui dan memahami apa yang kamu ucapkan, jangan pula kamu hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan berjunub kecuali sekadar kamu berlalu sahaja " (An- nisa : 43 )


   Jumhur  'ulama melarang keras orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram berdasarkan larangan yang terdapat dalam ayat diatas.. Namun, Imam Abu Hanifah bin Nu'man dan Imam Ahmad bin Hanbal mempunyai sedikit perincian dalam hal demikian..
  Berdasarkan dua ayat ini, Jumhur 'ulama daripada mazhab Malikiy dan Shafi'iey melarang orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram.. Namun demikian, ahli kitab ( yahudi dan nasroni ) dibenarkan memasukinya dengan syarat2 yang tertentu..
   Imam Abu Hanifah pula menyatakan bahawa orang bukan Islam hanya dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu.. Bahkan tidak dibenarkan untuk mereka duduk dan menetapdi sana sebagaimana umat Islam.. Ini kerana beliau berpandangan bahawa 'kotor' yang tersebut dalam ayat adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya fizikal.. lebih dari itu, Ibnu Hajar Al- asqolani menyataka mazhab Hanafiy membenarkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid tanpa sebarang syarat..
   Imam Ahmad bin Hanbal pula menyatakan orang bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lain2nya setelah mendapat kebenaran daripada umat Islam atas tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan 'maintainance'.. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Toif dibenarkan oleh Nabi untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam..
   Rosulullah juga dririwayatkan pernah menerima tetamu kristian dari Najran dalam masjid Madinah.. Malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid.. Nabi  bersabda kepada sahabah " Biarkan mereka untuk melunaskan sembahyang mereka "..
   Selain itu, Imam Bukhori juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana orang seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal yang diikat oleh Baginda Nabi di dalam masjid atas kesalahan yang tertentu.. Rosulullah menghantar seorang berkuda menuju kearah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) yang bernam Thamamah bin Athal lalu diikatnya  pada satu tiang yang berada dalam masjid itu.. (hadis riwayah Imam Bukhori).. Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaiman umat Islam ber'ibadah dan keramahan dan kesopan santunan umat Islam kepadanya  yang sentiasa bertanya hal keadaannya, akhirnya dia diberi hidayah daripada ALLAH untuk memeluk agama Islam kerana tertawan melihat keindahan tata sosial dan 'ibadah umat Islam..

   Disamping itu, Imam Ibnu Hajar Al asqolaniy  dalam menghuraikan isu ini mengatakan bahawa mazhab Malikiy tetap menghalang orang bukan Islam daripada memasuki masjid.. Manakala mazhab Shafi'iey, Hanbaliy, dan Hanafiy, membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram dengan syarat2 tertentu.. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat berdasarkan dalil tawanan perang yang bernama Thamamah bin Athal tersebut..
     Imam An-nawawi menghuraikan dalam bab ini berpandukan kepada hadis, HARUS hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta HARUS juga seseorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid.. Mazhab Shafi'iey mengharuskannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam samaada kafir itu dari kalangan ahli kitab atau yang sebaliknya.. Namun, khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz, Qotadah dan Imam Malik tetap TIDAK mengharuskannya..(Syarah Soheh Muslim, 12/87)
     Selain itu, anak murid Imam Idris As-syafi'iey  yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya dengan menyatakan TIDAK harus orang bukan Islam untuk memasuki masjid apatah lagi untuk menetap di dalamnya kerana jika mereka dibenarkan masuk, sudah barang pasti orang2 yang  berjunub juga akan dibenarkan untuk memasuki masjid.. Sedangkan ayat diatas menerang dan menyebutkan larangan bagi mereka yang berjunub daripada memasuki masjid melainkan melaluinya sahaja..
    Al-Mawardi dalam memetik kata-kata Al-Muzani " sekiranya HARUS bagi orang yang bukan beragama Islam masuk masjid, sudah tentu orang2 Islam yang berjunub juga adalah lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kemuliaan dan kehormatannya.. Maka di ketika TIDAK harus bagi orang Islam menetap didalamnya ketika berjunub, lebih2 lagi lah orang bukan Islam DILARANG kerana mereka yang sentiasa dalam keadaan berjunub..(Al-Hawi el-Kabier, 2/268)

     Secara tuntasnya, Jumhur 'ulama sepakat menyatakan orang yang bukan beragama Islam TIDAK boleh memasuki Masjidil Haram.. Namun Jumhur 'ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid selain Masjidil Haram dengan syarat2 tertentu seperti...

Pertama : Mestilah mendapat izin umat Islam atau badan2 berkuasa daripada masjid berkenaan
Kedua : Mestilah mempunyai sebab munasabah memasukinya samaada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya dan mempelajari cara umat Islam ber'ibadah dan yang seumpama dengannya
Ketiga : Mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup 'auroh apabila ingin memasuki masjid


GOLONGAN DALAM NERAKA

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia. Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia. Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka. Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka. Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka. Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka." Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak. "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya. "Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya. Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan." Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Mengucapkan Salam

Mengucapkan salam termasuk dalam 'amalan sunnah yang dilakukan Rosulullah, sesuai dengan sabda Baginda menerusi hadis riwayah Imam Bukhori yang bermaksud " Ucapkanlah salam kepada orang yang engkau kenali atau tidak ".. Adapun membalas atau menjawab akan perkataan salam sahabah kita itu hukumnya adalah Fardu kifayah.. Dengan erti kata yang mudah difahami, apabila kita menjawab akan salam sahabah kita itu dalam keadaan kita berada pada kelompok yang ramai, maka rakan2 yang lain tak payah untuk menjawabnya lagi.. Demikian Jumhur 'ulama mengatakan.. Adapun antara adab dan tatacaranya adalah seperti berikut....

Mengucapkan Salam Ketika Bertemu Dan Berpisah


Ini bertepatan dengan hadis riwayah Abu Dawood yang bermaksud " Jika saudaranya terhalang dengan sebab pohon atau dinding, kemudian ia bertemu, maka hendaklah mengucapkan salam kepada saudaranya itu "..

Salam Hendaknya Didengar Pihak Yang memberi Salam

Dijelaskan dalam sebuah hadis riwayah Imam Bukhori, jika Rosulullah mengucapkan salam, maka salam Baginda tidak membangunkan orang yang tidur, malahan ia hanya didengari mereka yang terjaga..

Salam Secara Lengkap Lebih Baik

Seseorang yang mengucap salam, hendaknya ia mengucapkan dengan ucapan yang lengkap "   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  ".. Tetapi  jika pemberi salam hanya mengucapkan "  السلام عليكم  ", maka ia masih dibolehkan.. Namun ketika seseorang mengucapkan salam, disunnahkan  untuk menjawab salam itu dengan yang lebih lengkap atau yang sama dengannya.. Ini bertepatan dengan Firman ALLAH dalam al-qurAN pada surah aN-nisa yang bermaksud " jika kamu disalami dengan ucapan salam (selamat), maka hendaklah kalian menjawabnya dengan ucapan yang lebih baik daripadanya ataupun yang serupa dengannya "..

Mengucapkan Salam Sebelum Menuturkan Perkataan Lain

Dianjurkan agar seseorang yang ingin menuturkan perkataan lain seperti kuliyyah atau ceramah dan sebagainya, agar mengucapkan salam terlebih dahulu.. Ini didasari oleh perbuatan para salafussoleh dan generasi setelah mereka..

 Segera Mengucapkan Salam Sebelum Didahului Orang Lain


" Jika ada dua orang, maka yang paling baik diantara keduanya adalah siapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam.. yang muda memberi salam kepada yang tua, yang kecil memberi salam kepada yang besar, yang berjalan memberi salam kepada yang kecil, dan jema'ah yang sedikit memberi salam kepada jema'ah yang ramai..   " (hadis riwayah Bukhori) 


Hindari Memberi Salam Kepada Mereka Yang Berqodo Hajah (buang ayaq)

Para 'ulama menilai bahawa, mengucapkan salam kepada mereka yang sedang Qodo hajah, dalam qamar mandi, berjima' atau seseorang yang sedang makan sedang mulutnya masih dipenuhi makanan, Hukumnya adalah MAKRUH (dibenci Rosulullah).. Para 'ulama turut menilai bahawa perbuatan itu bertentangan dengan etika dan kesopanan  memberi salam..


Tidak Memberi Salam Kepada Ahli Ma'siyyah

Imam Bukhori berpendapat tidak perlu  mengucap salam kepada pelaku dosa besar. Dasarnya, Rosulullah beberapa sahabah berbicara dan mengucapkan salam kepada Ka'ab bin Malik kerana dia enggan ikut serta dalam peperangan Tabuk.. Imam Bukhori juga berdalildengan pernyataan 'Abdullah bin 'Amru yang menyatakan " Jangalah kalian memberi salam kepada peminum khamar "..

Diharuskan Memberi salam Kepada Yang Berlawanan Jenis Jika Ia Tak Menimbulkan Fitnah

Diriwayahkan menerusi hadis Tirmizi, daripada Asmak binti Yazid bahawasanya ia berkata " Rosulullah melewati kami dan Baginda mengucapkan salam ".. Para "ulama menjelaskan  bahawa dibolehkan untuk kita mengucap salam kepada yang berlawanan jenis terikat dengan syarat ya'ni kedua pihak yakin bahawa perbuatan mereka itu tidak akan menimbulkan fitnah daripada pelbagai pihak..

- wallaahu'alam -

Isnin, 28 Disember 2009

Empat Sifat Yang Perlu Dijauhi

Antara empat sifat binatang Berkepak yang perlu kita jauhi ialah :-

1. Sifat Burung Gagak
-makan tidak kira halal dan haram

2. Sifat Ayam Jantan
-sombong
-pantang tengok oghey puang betino

3. Sifat Burung Merak
- 'ujub dan riyak

4. Sifat Burung Merpati
-meninggalkan kawan apabila meraa diri dalam kesenangan

Ahad, 27 Disember 2009

Kelebihan Solah Berjema'ah

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”

( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Inbu Majah )

Dari Utsman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksana solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”

( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya) dan Abu Dawud dengan lafaz : Maka ia laksana solat malam separuh malam. Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang malam. Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu : Sesungguhnya solat subuh dengan berjemaah, pahalanya lebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut .

Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Ia melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah olehmu dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang tersebut akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri dua solat wajib, iaitu isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak, hendaklah ia lakukan .” ( HR Thabrani )



Tanda- tanda Ketidaksucian Hati Kita

Antara Tiga Tanda Ketidaksucian Hati Kita adalah :-


1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira  walau dengan cara yang haram.

3. Loba pada berkata- kata Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa. .

Memelihara Pancaindera

"Pandangan itu panah di antara panah-panah iblis. Siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan diberi dia iman yang dapat dirasakan dalam hatinya"

Sesetengah hukama mengatakan, "Siapa membiarkan pandangannya liar, akan banyak dukacitanya sebab dia akan lama menetap di Neraka Saqar." Jagalah pandanganmu! Jika engkau membiarkan liar, kedua matamu itu akan membawamu jatuh dalam hal yang tidak engkau sukai. Tetapi jika engkau memiliki keduanya yakni menguasai keduanya, maka akan kamu miliki pula seluruh badanmu.

Dan tiba-tiba Al-Qadli al-Arjani berkata:

"Wahai kedua pandanganku, kalian telah bersuka-suka dengan memandang
Kalian inginkan hatiku berlaku buruk.
Cukuplah kedua mataku mempengaruhi hatiku
Ia lancang berusaha berdua membunuh hati yang satu."

Berkata pula Muhammad bin Basyir:

" Semalam kamu lewat sebagai saksi yang adil
Harimu ini juga menyaksikan perbuatanmu.
Jika semalam engkau berbuat buruk.
Lipatkanlah kini dengan kebaikan, engkau terpuji.
Jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok.
Barangkali esok akan datang namun engkau telah tiada."

Kemudian terdengar pula syair ini:

"Telah kau lakukan dosa yang kau inginkan.
Kau tunda juga taubat di masa datang.
Sedang mati datang di saat tiada di duga.
Itu bukan perbuatan orang yang berakal. "



Hadith maksudnya... Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika is rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat, itulah HATI !!! (H.R. Bukhari & Muslim)

bacalah syair-syair ini:

"Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tidak hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tidak mungkin itu tidaklah ada"

"Sabar itu tali iman yang terkuat.
Benteng pertahanan dari tipuan syaitan.
Sabar punya akibat terpuji,
akibat tergesa-gesa adalah rugi.
Jika kau bertemu saat yang menyedihkan.
Itu biasa tabiat zaman.
Pakailah baju kesabaran."

Sabtu, 26 Disember 2009

Apa Itu " اتقوا الله "

Kalimah Taqwa selalu didengari oleh setiap orang Islam. Antara rukun khutbah ialah berpesan supaya bertaqwa. Kaum lelaki yang datang ke masjid pada hari Jumaat akan mendengar Khatib berkhutbah. Pesan Khatib "Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa". Para jemaah yang tak tidur masa khutbah mesti dengar pesanan ini. Persoalannya sejauh mana kita menghayati dan mengikuti saranan dan pesanan tadi? Apabila disebut perkataan taqwa apakah yang kita faham? Apa itu taqwa?

Al- Asfahani mendefinasikan taqwa sebagai menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa iaitu dengan meninggalkan sesuatu yang dilarang. Sahabat nabi, Ibnu Abbas mengatakan bahawa taqwa ialah berjaga-jaga terhadap Allah dan balasan-Nya, manakala Ibnu Mas'ud ketika mentafsirkan firman Allah yang mafhumnya"Bertawalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa", beliau mengatakan bahawa taqwa kepada Allah ialah Allah mesti ditaati bukan diderhakai, diingati bukan dilupai, disyukuri bukan dikufuri.

Satu ketika Amirul Mu'minin Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa. Ubay membalas "Wahai Amiral Mu'minin, pernahkan tuan melalui jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar "Pernah". Ubay bertanya "Bagaimana tuan melaluinya? Jawab Umar "Saya akan menyisingkan betis saya dan saya akan berhati-hati ketika melangkah supaya tidak terpijak duri". Maka jawab Ubay "Itulah taqwa".

Khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib RA apabila ditanya apa itu taqwa lalu beliau menjawab bahawa taqwa itu ialah takut kepada Allah yang maha agung, beramal dengan Quran yang diturun, redha dengan sedikit, bersiap sedia untuk pergi ke tempat manusia akan dibangkitkan nanti.

10 pesanan LUQMANUL HAKIEM kepada anaknya

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

 “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

 3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

 4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

 5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

 6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

 7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

 8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

 9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

 10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya...

Khamis, 24 Disember 2009

sardine N milo punye citer


Tuesday, 22 December 2009 2:49:56
From: "Abu Salim, Nor Marini"
Add to Contacts
To: faizromzi_909@yahoo.com; muthaqqafuzzaman@yahoo.com
________________________________________
السلام عليكم,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah..Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????...mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes..daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…SABDA NABI " كل ما نبت من حرام فالنار أولى به "yang bermaksud “ tiap2 yang tumbuh daripada yang HARAM, maka selayaknyalah bagi iye di hari akhirat kelak api neraka ciptaan ALLAH s.w.t. “…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu..

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
" فذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين "........
wallahhualam…





Isnin, 21 Disember 2009

kata -kata hikmah daripada HAMKA

" undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan dalam bekerja..
undang- undang 'aqal membentuk kemerdekaan berfikir..
Dengan jalan menambah kecerdasan, bertambah murnilah kecerdasan berfikir "

" Pergaulan mempengaruhi didikan otak..
Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 yang punya adab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfa'at daripadanya "

" Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil..
kerana dikala usia kecil merekalah mudah kita membentuk dan mengasuhnya..
Belum dirosakkan oleh 'adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan "

Jumaat, 18 Disember 2009

Siapa Di Belakang Hitler?

Siapa Di Belakang Hitler?

Posted using ShareThis

hijrah yang dituntut



لا هجرة بعد الفتح  - صدق رسول الله –


Yang bermaksud :“tidak ada hijrah selepas pembukaan kota Makkah”
Akan tatapi diharuskan kepada kita agar melakukan hijrah pada beberapa perkara, antaranya  iaitu :-


1.Berhijrah diri kerana menghindarkan daripada bahaya fitnah 
2.Berhijrah kerana menginginkan kemajuan dan ‘ilmu pengetahuan 
3.Berhijrah kerana pada satu-satu kawasan itu terlalu banyak ma’siyah dan perkara-perkara bid’ah berleluasa 
4.Keluar dari kawasan yang terlalu banyak menggunakan harta HARAM 
5.Berhijrah daripada bumi yang kotor kepada bumi yang bersih kerana takut bahaya penyakit 
6.Berhijrah daripada dizalimi dan teraniaya.

Khamis, 17 Disember 2009

MEMPERKASAKAN UKHUWWAH MEMARTABATKAN UMMAH_1431H

                        MEMPERKASAKAN UKHUWWAH MEMARTABATKAN UMMAH

18 DISEMBER 2009M / 01 MUHARRAM 1429H

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan sekelian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan erti kata yang lainnya menjunjung dan menanggung segala titah perintah Allah serta menjauh dan mengenepikan larangan dan tegahanNya yang Maha berkuasa.
Sempena kita berada di awal tahun baru 1431H, di mana pada hari ini tanggal 1 Muharram, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 100:

أَعُوْذُ  بِاللهِ  مِنَ  الشَّيْطَانِ  الرَّجِيْمِ،  





ومن      يهاجر  فى       سبيل  الله  يجد   فى  الأرض  مراغما  كثيرا  وسعة  ومن  يخرج  من  بيته  مهاجرا إلى  الله  ورسوله  ثم  يدركه  الموت  فقد  وقع  أجره  على  الله  وكان  الله  غفورا   رحيما    
 Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.

Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1431H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS serta beberapa pengorbanan  lain yang perlu kita lakukan demi mempertingkatkan kesucian ‘aqidah kita, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah (YASRIB satu ketika dahulu) sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa Anbiya dan Rasul-rasul sebelum ini. Sesungguhnya Hijrah adalah suatu kewajipan yang mesti ditempohi sebelum datangnya pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah SWT. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan “Budaya Hijrah” dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:


"عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِم

 َ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ‏."


(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

Yang bermaksud: “Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”

Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:
  1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam, seperti Sa'ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.
  2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa Arab Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj bersengketa sesama sendiri. Golongan Yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu, dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan Yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut keuntungan di atas perpecahan orang lain. Oleh itu, menjadi satu yang tidak pelik, apabila Zionis Yahudi pada hari ini menggunakan kuasa besar terutama Amerika dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniupkan kembali semangat (‘Asabiah). Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq dimusnahkan, setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Hussein bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri. Musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.
Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka. Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja sistem pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan, malah sistem jahiliah yang menindas seperti amalan riba dapat dihapuskan.
Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:

Yang bermaksud: “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”. …….
Related Posts with Thumbnails