ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Rabu, 30 November 2011

Hukum Menyapu Di Atas Khuf & Jaurob

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله،
و بعد..



Bahawa Nabi SAW memberikan keringanan kepada Pemakai Khuf ( Stokin diperbuat daripada Kulit & menutup kedua buku-lali kaki ) tika berwudhu dengan hanya menyapu di atasnya..
>> Tiga hari tiga malam bagi Musafir ( orang dalam perjalanan ),
>> Sehari semalaman bagi Muqim ( mereka yg menetap tak kemana )..
- Riwayah Imam Muslim -


Syarat Menyapu di atas Khuf:
Khuf


>> si Pemakai berkeadaan Suci/Bersih sebelum menyarungkan Khuf tersebut..
Baginda SAW pernah melarang sahabat dari membuka Khuf kerana Khuf itu disarungkan dalam keadaan suci..
- Riwayah Syaikhon

>> Tiga hari tiga malam bagi Musafir dan sehari semalam bagi Muqim..

>> Hanya kepada mereka yg Tidur, Buang Air Kecil & Besar.. Tidak kepada mereka yg berJUNUB ( Hadas Besar )..
Hadis daripada Sofwan bin `Assal mengatakan bahawa Baginda Nabi SAW tidak menyuruh kami yg tidur, buang air kecil & besar, agar tidak membuka Khuf melainkan mereka yg berjunub..
- Riwayah Turmiziy & Nasaie

>> Khuf TIDAK dibuka selama tempoh ingin menyapu di atasnya..

>> Khuf menutup kedua buku-lali kaki..



`Ulama berbeza pendapat kepada Pemakai Jaurob ( Stoking yg diperbuat daripada selain kulit ).. Apakah sama seperti Pemakai Khuf..

>> DiLARANG kepada Pemakai Jaurob untuk sekadar menyapu di atas Jaurob ketika berwudhu'..
¤ Mazhab Imam asy Syafi`ie & Imam Malik ¤

>> DiHARUSkan menyapu di atas Jaurob dengan Syarat Jaurob tersebut tidak koyak dan menutup kedua buku-lali kaki..
¤ Imam Sufyan as Sauri Mazhab Ahnaf ¤

Dan Pendapat Kedua adalah pendapat yg Rojeh, qiyas Jaurob kepada Khuf..

w`alam..
Related Posts with Thumbnails