ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 27 April 2012

Global Bersih 3.0 - 426 ganti 428 di Sa`udi


DUDUK BANTAH - Solidariti Mahasiswa Salafi Medinah


426 mengGANTIkan 428 di `Arab  Sa`udi

Memandangkan Hari sabtu, 28 APRIL 2012 merupakan hari pertama dalam minggu bagi kami yang berada di `Arab Sa`udi, maka kami yang berada di Medinah dan beberapa orang sahabat di Riyadh, Makkah dan lainnya di sekitar `Arab Sa`udi telah memutuskan untuk menyatakan solidariti kami sebagai ra`yat Malaysia yang kini berada di luar Negara dengan mengadakan Perhimpunan Bersih Global 3.0 di Dataran Perkarangan Masjid Nabi, Medinah pada kemarin 26 APRIL 2012 (KHAMIS) ..


Perhimpunan kami pada pagi itu dimulakan dengan sedikit taujihat (pengisian rohani) yang disampaikan oleh Ketua Dewan `Ulama PAS PAHANG, Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik di Dataran Masjid Nabawi kira-kira jam 9.00 pagi, kemarin ..



Ketua Dewan `Ulama PAS PAHANG, Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik di Dataran Masjid Nabawi





Selesai mendengar taujihat dari Yang Berbahagia Al Fadhil, kami menjamu selera makan pagi ‘roti canai’ dan ‘kuah dal’ di Dataran Perkarangan Masjid ..



Makan pagi – roti canai ngan air kosong tajaan ra`yat



 Kemudiannya kami berarak berjalan perlahan menuju ke Kubah Hijau di bahagian hadapan Masjid tersebut dan mengambil gambar beramai-ramai di sana .. kira-kira hampir 30-40 orang menyertai himpunan global bersih 3.0 DUDUK BANTAH pada pagi itu yang turut dihadiri anak-anak Malaysia yang berada di Medinah yang terdiri dari pelajar-pelajar aliran salafi Universiti Islam Medinah, Pensyarah Universiti Toibah, Medinah, Prof. Dr. Nordin serta keluarga, Pekerja Malasysia Di salah sebuah Syarikat Telefon di Medinah, Hj. Khuzaini serta keluarga beliau, juga beberapa orang jema`ah `umroh yang datang dari Malaysia ..



Selesai bergambar, kami bersurai tanpa melaungkan sebarang slogan seperti “demokrasi”, “keadilan”, “bangkit-bangkit”, “reformasi”, dan sebagainya .. himpunan yang kami adakan pada pagi itu hanyalah sekadar santai makan pagi, mendengar sedikit taujihat dari Ybhg. Al fadhil Ketua Dewan Pemuda PAS PAHANg dan sessi bergambar .. Amatlah tak wajar bagi  mereka yang melemparkan fitnah ke atas kami dengan mengatakan kami mengotorkan dua tanah haram dengan mengadakan “demo”, “ikut puak syi`ah berdemo”, “mendo`akan agar muka-muka kami ini dihitamkan oleh ALLAH”, dan sebagainya .. ALLAHul Musta`an ..! Apapun, gua mendo`akan agar mereka yang mendo`akan kami itu agar dia sajalah yang diputihkan ALLAH mukanya !  
*nasib dia dah padam gambar dan fitnah tersebut sebelum gua sempat untuk mem'print screen'kannya .. :)  




Kami anak Malaysia menuntut 8 tuntutan bersih 3.0 duduk bantah



Kami anak Malaysia menuntut 8 tuntutan bersih 3.0 duduk bantah, antaranya :
1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKuHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RisywAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR




muka bersalah - kami ditangkap menaiki black maria untuk disoal siasat ..



tiba di tempat tahanan sementara ?






kami dijamu `asir manju bil halib asli (jus Mangga susu Asli) - duit sendiri la bro !



tajaan ra`yat jugak ! BUKAN tajaan UMeNo mahupun PAS !


 kami dibawa masuk ke bilik tahanan ..


alhamdulillah ! muka berseri .. "TAK HITAM!"
(terpaksa ditutup muka kami yg berseri & alhamdulillah TAK HITAM itu kerana ada provok juga dalam alam maya ini untuk menjatuhkan imej kami .. al maklum, anak didik umngok sememangnya begitu ..)


dan diberi makan tengahari - nasik minyak `arab - kambing & Ayam .. nyum333 !
duit sendiri lagi la bro makan tengahari ni !  duit ra`yat jugak ..

Alhamdulillah ! sodap makan bersama .. ukhuwwah !



selesai makan, dibebaskan pulang ! :)

tahan kereta untuk pulang ke rumah masing² .. duit ra`yat juga .. tiada upah .. :p

amatlah senang hati - bebas ! =)




harap maaf ! kepada tetamu blogger .. disebabkan kami yang berada di mEdinah mendapat ugutan dari bloger² cyber tooper umngok, maka saya terpaksa untuk menutup gambar wajah² perserta perhimpunan bagi mengelakkan kemudharatan yg lebih besar .. (kerana itulah kami sangat² menuntut 8 tuntutan bersih ini antaranya :
5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL )sekian ..



الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Gelombang Global Bersih 3.0 - Sa`udi Arabia ( Makkah & Medinah )


Wakil Harakahdaily,
26 Apr 2012



Bersih 3.0 - DUDUK BANTAH - SOLIDARITI ANAK MALAYSIA SALAFI UNIVERSITI ISLAM MEDINAH :)





 (LANCAR...Bersih 3.0 dilancarkan di Masjid Nabawi, Madinah hari ini)

MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

bersih 3.0 Makkah


Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.

dataran Masjid Nabawi - di bawah payung gergasi masjid







harap maaf ! kepada tetamu blogger .. disebabkan kami yang berada di mEdinah mendapat ugutan dari bloger² cyber tooper umngok, maka saya terpaksa untuk menutup gambar wajah² perserta perhimpunan bagi mengelakkan kemudharatan yg lebih besar .. (kerana itulah kami sangat² menuntut 8 tuntutan bersih ini antaranya :
5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL )sekian ..



الفقير إلى الله :
فائز رمزي
 
Related Posts with Thumbnails