ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 30 November 2009

Sejarah Ayat Kursi
Tuesday, 20 October 2009 2:45:27
From:
"Abu Salim, Nor Marini" 
Add to Contacts
To:muthaqqafuzzaman@yahoo.com
Cc:faizromzi_909@yahoo.com


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan
Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah s. a.. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga
subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama
nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a.w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

30 NOVEMBER 2009

Adakah Kerajaan 1Malaysia bermain skandal sumbang dengan NAZA..??


Untuk Siapa Pembangunan Sebegini ?

Penulis Tamu - Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Saya tidak tahu apakah Utusan Malaysia atau mana - mana akhbar berbahsa melayu berminat dengan apa yang mahu saya paparkan di sini setelah isu ini sebenarnya telah berlegar dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina .

2. Harap saya akan ada lah mana - mana akhbar berbahasa melayu sudi menyiarkannya . Paling tidak Utusan Malaysia , memandangkan Utusan Malaysia mempunyai minat tinggi untuk menyiarkan artikel saya mutaakhir ini .

3. Isu yang saya mahu bawa ke tengah ini ialah berkait dengan pembinaan sebuah lagi Pusat Konvensyen [ MATRADE ] dengan keluasan lebih kurang 90.000 meter persegi di atas sebidang tanah seluas 13.1 ekar yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur . Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 20 bilion tanpa tender terbuka .

4. Entah apa keperluannya Pusat Konvensyen mewah ini yang sememangnya telah mencetus kesangsian umum , sedang negara telah memiliki beberapa buah pusat yang serupa bertaraf antarabangsa sebelum ini iaitu KL Convention Centre , MINES , Putrajaya [ PICC ] dan juga di Langkawi . Lebih malang saya difahamkan semua pusat konvensyen ini gagal mencapai objektif dan menepati sasaran malah kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian .

5. Contoh mudah untuk dilihat ialah bagaimana PICC yang tamat dibina tahun2003 dengan kos RM 600 juta telah menjadi beban kepada kerajaan apabila terpaksa menanggung kos penyelenggaraannya yang mencecah jutaan ringgit lantaran ia amat jarang digunakan . Hanya RM 2.5 juta setahun berjaya dipungut sedang sasarannya RM 3 juta setahun . Saya rasa 200 tahun lagi pun belum tentu kerajaan dapat pulangan modal membina PICC tersebut .

6. Ini sebenarnya satu lagi episod pembaziran dan salah urus kerajaan UMNO dan BN . Ini satu lagi projek kerajaan UMNO dan BN yang memperbodohkan rakyat dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan .

7. Pusat Konvensyen dan Pameran milik MATRADE [ sebuah agensi kerajaan di bawah MITI ] telah dianugerahkan kepada kumpulan NAZA dan ianya telah diumumkan baru - baru ini . Projek ini [ Pusat Konvensyen di Jalan Duta ] jangka siap pada tahun 2013 . Ianya dianugerahkan kepada TTDI KL Metropolis yang juga merupakan anak syarikat kepada NAZA Group .

8. Persoalan yang timbul ialah :

a ] Kerajaan tidak membayar sesen pun kepada NAZA kerana satu deal telah dilakukan antara kerajaan dengan NAZA , dimana NAZA mesti membina Pusat konvensyen bernilai lebih kurang RM 628 juta untuk kerajaan dan sebagai balasannya tanpa perlu kerajaan membayar wang tetapi memberi sebidang tanah yang bernilai tinggi seluas 65.5 ekar pada kadar RM 72 per kaki persegi sama jumlah keseluruhannya ialah RM 197 juta . [ di sini kelihatan seolah - olah NAZA "memberi" kepada kerajaan sebanyak RM 341 juta . Munasabahnya , mana ada syarikat yang sanggup rugi sebanyak itu jika tiada pulangan yang lumayan kepada mereka ? Apakah di sana ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan umum ?

b ] Benarkah kerajaan perolehi untung sebannyak RM 341 juta apabila Pusat Konvensyen ini dibina ? benarkah NAZA hanya mendapat sebidang tanah dengan harga RM 197 juta [ RM 72 sekaki persegi ] ?

c ] Yb. Tony Phua mendedahkan bahawa tanah yang terletak di kawasan Mont Kiara dan Jalan Duta itu terlalu rendah jika dinilai dengan RM 72 sekaki persegi . Anggaran sebenar nilainya ialah RM 350 sekaki persegi dan harga keseluruhannya ialah RM 970 juta bagi tanah seluas 62.5 ekar tersebut . [ bahkan ada penilai yang menilai dengan kadar RM 500 sekaki persegi ]

d ] Ertinya Kerajaan membayar RM 970 juta kepada NAZA untuk projek bina Pusat Konvensyen yang bernilai RM 628 juta itu bukannya RM 197 juta . Ini bermakna NAZA untung RM 342 juta . Sekaligus menjelaskan bahawa Dato' Mustapha Mohamed berbohong apabila menyatakan bahawa kerajaan membina Pusat Konvensyen itu secara percuma . Walhal kerajaan rugi sebanyak RM 342 juta !

9. Ketelusan apakah yang dijanjikan oleh pemerintahan Dato' Najib jika projek sebesar ini dibuat tanpa tender terbuka ? atau di sana terdapat permainan atau skandal sumbang melibatkan kerajaan dengan NAZA yang sebelum ini telahpun mengaut keuntungan puluhan juta melalui penganugerahan AP yang diberi oleh MITI ???

10. Saat negara mengalami iklim ekonomi yang lembab basah , apakah rasionalnya sebuah lagi Pusat Konvensyen mewah dibina dengan kos yang sedemikian tinggi dan kelihatan jelas merugikan kerajaan dan rakyat ? persoalan besar dalam isu yang saya bangkit ini ialah dimana kedudukan rakyat yang didahulukan itu ? atau rakyat yang dikenakan dulu oleh kerajaan UMNO dan BN ??

apakah ada ruang yang memadai untuk artikel ini diakhbar berbahasa melayu ?


30 NOVEMBER 2009

Nabi Muhammad saw. terjejas aqidah...?????

Penulis Tamu - Aris Awang

Dalam banyak peperangan Nabi suci saw akan berdoa seperti berikut:-
Ya Allah kami jadikan Kamu sebagai pelindung kepada kejahatan mereka,

Ya, Allah hancurkan kekuatan mereka,

Pecah belahkan perpaduan mereka,

Leburkan asas kekuatan mereka,

dan hantarkan anjing-anjing kamu untuk membaham mereka,

Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,

Ya, Allah!

Ya, Allah!

Ya, Allah
Dan dalam satu peperangan yang lain Rasulullah saw pernah berdoa bermaksud seperti berikut:-
"Kembalikan perancangan jahat mereka, ke atas batang tengkuk mereka"
Kalau itulah "keterlaluan" dan "terjejas aqidah" yang dinyatakan oleh Mufti Perak, maka Nabi suci telah lama mendahului Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.

Kalau Najib bagi royalti kepada Kelantan pun aku tetap dok doa seperti di atas kepada Najib dan pemimpin UMNO selagi UMNO dok macam tu iaitu menerima separuh dan menolak separuh Al-Quran.

Kalau pemimpin PAS pun perangai macam pemimpin UMNO aku juga akan doa macam tu...........

kenyataan paling bangang yang dikeluarkan najib


30 NOVEMBER 2009

Kenyataan Paling Bangang Najib Yg Memecahkan Perut Peserta CHOGM!!


Port of Spain...cantik, tapi PM kita buat kenyataan tidak cantik dari sana

Ketika diminta mengulas isu doa TG Nik Aziz terhadapnya, maka berkatalah Datuk Seri Najib yang kini sedang menghadiri sidang CHOGM di Port of Spain:

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain."

Saya tergelak besar apabila membaca kenyataan Najib itu. Maksud Najib, nama sama ada royalti atau ihsan tidak penting, kerana jumlah yang diberi tetap sama! Jadi jika boss saya kata, 'oooi mat...hang ambiklah duit sepuluh ribu ni, ikut suka hang lah, nak ambil terus tak apa, nak bayar balik pun tak apa, sebab jumlahnya sama saja', apakah saya akan angguk kepala macam orang bodoh atau rasa sangsi dan tanya dia balik, 'boss...betulkah apa yang boss cakap tu?'

Saya kira jika kenyataan Najib ini dikeluarkan di depan ketua-ketua negara asing dalam sidang CHOGM, pasti ramai yang ketawa hingga boleh gugur lampu-lampu cantik yang sedang menyinari bilik persidangan. Itu pasti dicatat CHOGM sebagai kenyataan paling bangang dari seorang PM paling bangang di dunia!

Najib pasti tahu, malah amat tahu apa perbezaan antara wang ihsan dan royalti. Amaun memang satu isu, tapi namanya juga adalah satu isu yang lebih besar. Malah kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak buta huruf pun tahu apa bezanya antara wang ihsan dan royalti. Sebab itu saya tidak ingin menerangkan sesuatu yang sudah jelas lagi bersuluh itu dalam blog ini.

Jadi maksud Najib nama tidak penting, sama ada namanya wang ihsan atau royalti. Cuba tanya Saiful yang pernah jumpa Najib minta wang biasiswa itu, antara wang biasiswa dan wang pinjaman, mana dia hendak? Tentulah jawabnya wang biasiswa, kecuali Saiful itu terlalu bangang dia akan menjawab dia mahu pinjaman. Itu jawapan yang boleh dijangkakan dari Saiful yang mengaji tidak habis itu, jika tanya orang yang mengaji habis, pasti jawapannya lebih cerdik!

Sekarang jika Najib betul-betul hendak menegakkan pendapatnya bahawa nama royalti dan ihsan tidak penting kerana jumlahnya sama, cuba beliau beritahu kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bahawa wang royalti yang mereka terima akan diganti dengan wang ihsan. Lepas itu lihat apa reaksi kerajaan-kerajaan negeri itu - sama ada mereka setuju atau melompat setinggi Gunung Kinabalu? Silap-silap haribulan jika Najib berkata begitu bukan saja Gunung Kinabalu pun bakal retak, tapi hubungan Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Pusat pun bakal retak! Ini kerana yang menjadi isu bukan sangat jumlahnya, tapi bagaimana peruntukan itu disalur dan digunakan menerusi mekanisme wang ihsan dan royalti yang sangat jauh berbeza itu.

Lagi pun jika wang royalti dan ihsan itu sama saja, mengapa Najib sukar hendak menukarkan wang ihsan kepada royalti? Jika nama ihsan itu tidak penting, justru tukarkanlah kepada royalti, apa susahnya?

Aduhai Najib, apabila buat kenyataan dari Port of Spain itu, janganlah buat kenyataan bagai orang mabuk anggur masam yang banyak di jual di kedai-kedai tepi jalan bandar peranginan Trinidad & Tobago itu. Takut nanti ketua-ketua negara Komanwel tergelak besar dan pecah perut kerana nampak anak Tun Razak itu sebagai PM Komanwel paling bangang dengan kenyataannya yang paling bangang!

~ pendikar gunung kriang

nik aziz : niat tak baik itulah saya minta dilaknat tuhan


Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

Ahad, 29 November 2009

dua unit rumah hendak dijual di tasek gelugoq,sebeqang prai utara







jika berminat,,boley kol , mesej number neyh
i- En.ROMzi +60164336040/
ii- En. FAiz +60134540964...
iii- @ eMail faizromzi_909@yahoo.com
faizrz@skype.com
rumah dua pintu..yang sebuah 4bilik tidak termasuk 3bilik air& rumah yang sebuah lagi 3bilik tidak termasuk 2bilik air..ruang tamu syiling kapur..dan yang sebuah lagi syiling biasa..terletak dalam 2 lot tanah berkembar..keluasan tanah 82''x82''=6725 kaki persegi..rumah tersebut berdekatan dengan;-
1-12km dari bandar bertam perdana..
2-1km dari masjid jame' ,,pekan kecil tasekgelugur & balaibomba..
3-0.5km dari balai polis & pasar raya YUANHUAT..
ditepi kawasan rumah terdapat halaman 15'' untukkegunaan bercucuk tanam dan lain-lain yang berpatutan..meter elektrik dua bagi dua unit rumah..URGENT!!!!!!!!!!!!!!!!
harga rm360k..buleyh di runding lagi..ok!

sejarah ISRAEL

Tahun 1829- Perancangan dari pemimpin Yahudi di England, Itali, Romania, Maghrib, Rusia, untuk berkerja sama melaksanakan projek menjadikan Palestin sebagai tempat tinggal Yahudi.

Tahun 1881- Bila timbulnya masalah orang2 yahudi di Rusia, hampir 2.5 juta yg berpindah ke Daulah Uthmaniah. Diantaranya 155 ribu yg berpindah ke Palestin.

Tahun 1896- Muncul seorang tokoh yahudi bernama Theodor Herzl yang berasal dari Hungary. Dia yang mengasaskan Ikatan Penjajahan Yahudi di Palestin dan telah menerbitkan buku yg bertajuk “Negara Yahudi”.

Tahun 1897- Theodor Hezrl telah menawarkan ganjaran yg lumayan kepada Sultan Abdul Hamid supaya beliau memberi kebenaran pada orang2 yahudi berpindah ke Negara Palestin. Dengan tegas beliau menjawab:“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melepaskan sejengkal tanah pun dari bumi Palestin kerana ia bukan milik ku tetapi milik bangsaku.”

1909- Sultan Abdul Hamid dipecat dari jawatannya. Beliau berkata: “Sesungguhnya sebab pemecatanku adalah disebabkan pendirianku yang menegah orang yahudi untuk menubuhkan Negara di bumi quds.”

1917- Menteri luar british Balfour telah menjanjikan kepada kesatuan yahudi sedunia untuk mendirikan Negara untuk bangsa yahudi di palestin. Janji ini diberikan sebelum british menjajah palestin. Tentera british telah menjajah palestin pada hujung tahun yang sama.

1919- Persidangan di paris diantara kuasa besar ketika itu, british dan pemimpin arab yang meletakkan palestin di bawah jagaan dan seliaan antarabangsa bukannya negara2 arab.

1920- Pada tahun ini telah diadakan pemborantakan menentang orang british dan yahudi yang dinamakan “pemberontakan 20”. Ini kerana provokasi orang2 yahudi yang mengatakan palestin adalah milik mereka. Akhirnya 5 yahudi di bunuh dan 4 orang arab dibunuh dan ramai yang cedera di kedua belah pihak.Pada tahun ini juga telah bertukar dari pemerintahan tentera kepada pemerintahan sivil. “Samuel Herbert” seorang warga british berbangsa yahudi telah dilantik menjadi pesuruh jaya tinggi palestin. Tanpa berlengah pesuruhjaya yahudi ini melaksanakan projek yahudi di palestin.Samuel telah membenarkan orang2 yahudi untuk membeli tanah di palestin dan telah membenarkan orang2 yahudi berpindah ke palestin dengan purata 16500 setahun.Pada tahun ini al-Haj Amin alHusaini telah dilantik menjadi mufti Quds.

1922 – Telah di keluar “kitab putih” yang menjadi perlembagaan di palestin. Diantara fasa yg penting dalam kitab tersebut ialah british diberi mandat untuk memerintah palestin dan perisytiharan balfour untuk menjadikan palestin sebagai penempatan yahudi. Kedua2 ini tidak boleh diubah dan diperbincangkan.Pada tahun ini jumlah penduduk palestin adalah 757 ribu. 78% orang arab, yahudi 11% dan kristian 10%.

1925- Menteri luar Britain telah merasmikan “Liga Ibrani” yang menimbulkan kemarahan orang palestin. Semua orang palestin telah mogok kerana wujudnya liga yahudi ini di palestin.Syeikh Izzuddin Qassam telah menyatakan hanya cara jihad sahaja untuk menyelesaikan masalah dengan yahudi dan orang british ini. Beliau telah menubuhkan “Harakah Jihad Islam” dgn slogan “Ini adalah jihad kemenangan atau syahid”

1929- Orang2 yahudi berani menyerang masjid al-Aqsa dan menguasai bahagian barat di dinding “buraq”. Mereka menyatakan bahawa dinding itu adalah mereka kerana ia kawasan suci bagi mereka.Maka berlakulah pemberontakan di seluruh palestin yang menyaksikan 139 orang yahudi di bunuh. Orang british melawan semula dgn membunuh 116 orang arab. Orang kuat yg menggerakkan pemberontakan ini adalah Syeikh Amin Husaini.

1931- Persidangan Islam telah diadakan dibawah pimpinan Syeikh Amin Husaini. Diantara nama2 besar yang hadir adalah syeikh Rashid Redo dan Penyair India Muhammad Iqbal. Resolusi dari persidangan ini adalah dinding “buraq’ adalah hak orang2 Islam sahaja dan yahudi tidak berhak langsung.

1935- Syeikh Izzudin Qassam telah merancang dengan rapi untuk melakukan revolusi bersenjata bagi mengalahkan British dan yahudi di palestin. Namun oleh kerana sebab kesilapan salah satu anggotanya yg membunuh pegawai tentera Yahudi sebelum bermulanya revolusi menyebabkan penguasa british mengetahui perancangan ini. Akhirnya Syeikh Izzuddin Qassam gugur Syahid setelah mana beliau enggan menyerah diri.

1936- Mogok secara besar2an telah dilakukan selama enam bulan kerana menentang penghijrahan orang2 yahudi ke palestin. Syeikh Amin Husaini telah menyatukan kumpulan2 di palestin di bawah satu panji. Mereka telah menuntut 3 perkara:1. Pemberhentian hijrah orang2 yahudi ke palestin.2. Menegah pemindahan milik tanah orang arab kepada yahudi.3. menubuhkan kerajaat palestin yang berdaulat.Syeikh Farhan as-Sa’di teman rapat kepada syeikh Izzudin Qassam telah menghidupkan kembali pasukan tentera Izuddin Qassam (yg asal namanya harakah jihad Islam). Mereka telah berjaya membunuh 3 orang yahudi.Akhirnya beliau mati dihukum gantung oleh pihak penguasa dalam keadaan puasa dan beliau berumur 80 tahun.

1937 – Pihak Panitia Diraja British telah mengumumkan pembahagian palestin kepada dua Negara. Diadakan persidangan arab yg dihadiri 450 delegasi arab. Mereka telah sebulat suara menolak pembahgian palestin, menghentikan penghijrahan orang arab dan menolak penguasaan british kepada palestin. Namun resolusi ini tidak dipandang oleh pihak british.Brieged Qassam sekali lagi mengiklan jihad. Mereka telah membunuh Jeneral Androz dan telah menggerakkan paluan jihad dibawah pimpinan Abdul Qadir Husaini.

1938- Pihak British telah menambah kekuatan tenteranya di palestin untuk menghadapi pemberontakan palestin yang semakin hebat. Orang Yahudi yang memulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang arab untuk membunuh orang yahudi.Berlakulah pertempuran diantara tentera british dibantu oleh yahudi dan orang2 arab palestin. Lebih 10ribu orang yang terbunuh dan cedera dikalangan orang british. Begitu juga dengan orang yahudi. Orang Arab yg syahid lebih 12 ribu orang. Kemudian tentera yahudi berjumlah 42,000 tentera, 20,000 polis, 18,000 pengawal dan 60,000 yahudi telah melakukan operasi pembersihan di palestin. Mereka telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah.

1939- Pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal oleh penguasa british. Akhirnya pihak british membatalkan projek membahagikan palestin kepada dua dan membatalkan perisytiharan balfour. Mereka mahu menubuhkan kerajaan palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun dibawah kepimpinan orang2 palestin.Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang yahudi. Pihak british menerangkan kepada mereka bahwa ini cara untuk menenangkan pemberontakan orang arab palestin.Pada ketika ini juga berlaku perperangan dunia ke dua diantara Jerman dan negara2 eropah. Lebih dari 25 juta orang yang mati.

1942- Parti republican dan demokratik di Amerika telah menyokong penuh kepada yahudi utk mewujudkan Negara di palestin. Amerika telah meminta kepada british supaya membatalkan perjanjian dengan orang arab untuk membatalkan pembahgian palestin kepada dua.Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan amerika untuk menghadapi peperengan yang sengit , mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang arab dan membenarkan orang2 yahudi berhijrah ke palestin. Seramai 90 ribu orang yahudi yang berpindah ke palestin semasa peperangan tersebut.Pada ketika ini orang2 yahudi merancang untuk menghalau british keluar dari palestin. Mereka telah membunuh pegawai british dan memusnahkan pejabat2 british. Seorang pemimpin yahudi ben gurion (gambar) telah menyatakan:“Bumi mu wahai Israel adalah dari furat (Iraq) sehingga Nil (mesir).”Dia telah meminta supaya pemuda2 yahudi di seluruh dunia untuk membantu mewujudkan Negara ini.

1944- Britain merasakan sudah habis kepentingan mereka di palestin dan yahudi sudah mampu untuk menubuhkan Negara mereka sendiri. Parti buruh di Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang2 palestin meninggalkan palestin dan memberi ganjaran berbentuk keewangan kepada yg berpindah. Parti republican dan demokratik di amerika juga menyeru dalam pilihanraya untuk menyokong orang2 yahudi menubuhkan Negara mereka sendiri di palestin.Pertama kali bendera Israel dinaikkan pada bulan 10. Pada bulan berikutnya menteri Britain lord morain telah dibunuh oleh yahudi semasa dia menziarahi kaherah. Ini untuk menambahkan tekanan kepada brtish untuk meninggalkan palestin.

1945- Berakhirnya peperangan dunia ke2 dgn kekalahan jerman. Ben gurion telah berkumpul dgn pemimpin2 yahudi di amerika. Dia memperolehi janji dari mereka untk membeli senjata untk yahudi. Sejumlah besar wang amerika deserapkan kpd yahudi di palestin.Presiden Amerika Troman telah meminta kepada perdana menteri british supaya membenarkan penghijrahan 100 ribu orang yahudi ke palestin. Permintaan ini diterima. Pihak Britain telah menyatakan secara rasmi membatalkan perjanjian mereka dgn arab dan meneruskan perisytiharan balfour.

1947- Bangsa-bangsa bersatu telah mengeluarkan resolusinya bernombor 181 di new york iaitu pembahagian palestin kepada dua Negara. Ini disokong dua pertiga delegasi disamping sokongan yg kuat dari amerika dan rusia. Telah dilukis peta pembahagian yang mana yahudi mendapat 54 % dan orang arab mendapat 46 %. Peratus penduduk yahudi ketika itu adalah 32 % dan orang arab 68 %. Ketika itu orang2 palestin memiliki 93.5 % dari tanah palestin. Keputusan ini sangat2 menzalimi orang2 palestin Berlakulah pertembungan diantara orang yahudi dan orang palestin dgn hebatnya. Orang2 yahudi di palestin mendapat sumbangan 250 juta dollar. Manakala arab palestin hanya mendapat bekalan 10,000 senapang dan 4000 sukarelawan.

1948- Britain telah menjual 20 pesawat tentera untuk membina pasukan tentera Israel. Amerika juga mengirimkan pesawat2 kepada org2 yahudi.Dengan kekuatan peralatan tentera dari Britain, republic chezh, Amerika dan perancis, tentera yahudi menyerang menjajah qustul dan menghalau penduduknya. Syeikh Abdul Qadir Husaini dan pejuang2nya telah menentang sehingga telah membunuh 150 org yahudi dan beliau sendiri telah gugur syahid. Mereka telah berjaya membebaskan qustul sehari kemudian ditawan semula.Orang Yahudi telah menyerang kampong dir yaseen berhampiran dgn qustul. Lebih 250 orang yang telah terkorban dalam peristiwa yg menyayat hati. Tentera yahudi telah menembak penduduk kampung tanpa belas kasihan. Malahan ditusuk dengan pisau tajam kepada wanita yang tidak berdosa. Ada yang dibelah dgn pisau dari kepala sehingga kaki. Peristiwa ini menakutkan orang2 arab yang tinggal di tanah Israel. Daripada 800 ribu penduduk arab yang tinggal disitu, hanya tinggal 165 ribu. Selebihnya telah lari kerana ketakutan dgn kekejaman Israel.Pada 16/5 telah diumumkan Negara Israel dibawah perdana menteri pertama David ben Gurion. Tentera yahudi meneruskan penjajahan mereka dgn menghalau 200 ribu penduduk.Diantaranya mereka telah menjajah Haifa dan barat Quds.Rujukan: Palestin at-Tarikh al-Musawwir oleh Dr Tariq Suwaidan


Posted by akhisalman at 12:24 PM

dimanakah pihak berkuasa??

video dirakam di bandaraya alor setar.

video menerangkan bagaimana cara2 hendak beristimta'..cara pendedahannya terlalu terbuka tanpa ada rasa segan dan silu di hadapan khalayak ramai..

mohon pihak yang berkuasa mengambil tindakan segera!!

kepada yang berkenaan,hentilah kerja buat anda..malulah atas apa yang telah dilakukan!!

lokasi sebenar di bandaraya alor setar berhadapan dengan stadium sukan alor setar,kedah...

jam seiko untuk dijual


jam seiko chronograph untuk dijual berharga 350rm..
buleyh dirunding lagi harganya..
sebarang pertanyaan boleyh terus kol atau melalui mail..
tel - 013 454 0964

jam mengawal degupan jantung


untuk maklumat lanjut boleyh berhubung di talian :

1-area penang
i-en.ROMzi 016 433 6040
ii-en. FAiz 013 454 064 / faizrz@skype.com

2-area kolumpo dan selangor
i-en. shaiful 016 379 9466 / shaifulhady@skype.com


untuk lain2 daerah @ negeri, sebarang penghantaran dan sebagainya buleyh dirunding semula dengan en. shaiful

mesin untuk melipat baju

Jumaat, 27 November 2009

salasilah disebalik gagasan 1Malaysia

PERSOALAN DIBALIK 1 MALAYSIA .......


Mencipta simbol politik sesuatu yang integral dalam budaya politik sesebuah Negara yang sedang membangun. Simbol-simbol politik ini dicipta bertujuan memberikan legitimasi politik kepada kerajaan yang memerintah sesebuah Negara. Walaubagaimanapun, asas kepada simbol-simbol politik ini kadangkala tidak semestinya bertunjangkan kepada kebenaran daiam islam.
Ia sebaliknya merupakan satu kaedah bagi membendung kebenaran(reification) agar kepatuhan politik dapat diraih sepenuhnya dari hati rakyat. System politik yang bermuarakan hakikat ini dilihat oleh ahli sosiologi tersohor seperti weber sebagai system politik yang langsung tidak rasional.
Sebagai salah sebuah Negara yang membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada meng’amalkan budaya politik ini. Dalam masyarakat feudal, simbol-simbol politik biasanya dipamerkan melalui pakaian dan perhiasan yang yang ada hubung kaitnya dengan institusi kesultanan melayu seperti warna kuning, keris, panji-panji, Balai Rong Seri dan lain-lain lagi.
Umno juga merupakan peneraju dan penyambung kepada budaya feudalism ini atau lebih tepat lagi dikaenali sebagai ia sebagai “ budaya feudalism “ baru ini terbukti benar apabila salah satu simbol yang telah diabadikan dalam benderanya iaitu “ keris yang terhunus “. Paling tidak, dalam institusi kesultanan, keris yang mewakilinya adalah dalam bentuk tersarung. Simbol politik dalam bentuk keris terhunus terbukti benar apabila sebahagian besar tindak-tanduk Umno dilihat sebagai konsisten dengan simbol politik ini.
Rampasan kuasa di Kelantan pada 1978 dengan mengishtiharkan DARURAT dan terkini rampasan kuasa melalui pintu belakang iaitu dengan membelakangkan kaedah Demokrasi iaitu system pilihan rayayang berlaku di Perak pada awal tahun 2009 ang mana ia menyebabkan terjatuhnya kerajaan yang dipimpin sendiri oleh Pakatan Rakyat(PR) pilihan rakyat sendiri dan ini dalah dua contoh dalam membenarkan hakikat tersebut. Kuasa telanjang (brute force )yang dimiliki Umno diperkukuhkan lagi dengan penggunaan kuasa koersif iaitu menekan milik Negara seperti Polis,FRU dan sebagainya.
Setelah Malaysia dimerdekakan penjajah dan diperkenalkan pula sistem pemerintahan moden,maka peranan Raja / sultan yang terangkum dalam perlembagaan dilihat sebagai memain peranan sekunder dan simbolism dalam kerangka “ Raja Berpelembagaan “. Kuasa eksekutif sebenar berpindah dari RAJA kepada PERDANA MENTERI di peringkat persekutuan dan dari RAJA kepada MENTERI BESAR di peringkat negeri. Umno sebagai penyambung kepada warisan sistem feudalism baru ini (teori yang dikemukakan Chandra Muzaffar dalam buku beliau berjudul the protecter? ) perlu mencipta pelbagai simbol politik bagi meyakinkan lagi hati rakyat bahawa mereka memilki kuasa yang abash bagi mentadbir Negara. Cuma yang membezakan simbol di zaman feudal dan moden adalah, simbol di zaman feudal lebih kepada yang berbentuk barangan tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar dengan bahasa Tuan Guru Nik Aziz “ dengan mata lender “,seperti keris. Di zaman moden ini pula simbol tersebut diterjemahkan dalam bentuk perkataan atau konsep yang boleh diertikan oleh aqal pemikiran dengan mengambil kira sebahagian besar rakyat mempunyai pendidikan. Walaubagaimanapun, dalam kedua-dua sistem politik ini (feudal dan moden), pemikiran rakyat terbelenggu dalam apa yang dapat dilabelkan sebagai “ kesedaran palsu “ ( false consciousness ).
Di zaman feudal, pemikiran rakyat dikekang oleh kuasa mutlak raja antaranya melalui penggunaan kuasa mitos-magis seperti konsep daulat manakala di zaman moden pemikiran kritis rakyat terus dikekang dengan penggunaan kuasa koersif Negara seperti kuasa polis melalui akta-akta yang dicipta seperti ISA dan Akta Polis. Dalam hal ini, polis tak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana polis hanya merupakan instrument Negara dan mereka tidak mencipta. Misalnya, ISA dan Akta Polis. Yang mencipta ISA dan Akta Polis adalah Umno-BN. Dari sudut ini, konsep 1malaysia yang diuar-uarkan Najib sebenarnya boleh dilihat dari sudut penciptaan symbol politik seperti yang tersebut di atas. Sebagai satu gagasan symbol politik, 1 malaysi masih gagal manemui dan gagal mamenuhi tuntutan asas teoritis yang mantap. Ia juga bukanlah sesuatu yang baru dan turut menyumbang kepada peningkatan “ kesedaran palsu “ rakyat dan sekaligus memenjara pemikiran rakyat. Pemikiran rakyat ini hanya akan dibebaskan melalui perancangan reformasi politik yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat(PR) apabila Berjaya memerintah Negara pada suatu masa nanti.



ASAL USUL GAGASAN 1 MALAYSIA .......


Sebahagian besar idea-idea yang dikemukakan orang-orang ternama Malaysia khususnya Perdana Menteri sebenarnya berasal dari Negara luar. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam(DPNI) tajaan Dr.Mahathir contohnya, dating dari Amerika Syarikat melalui buah fikiran Almarhum Prof.Isma’il Faruqi. Ia bertujuan memperlahankan kebangkitan Islam di Malaysia selepas berlakunya kebangkitan Islam di Iran akhir tahun 70an. Adapun Islam Hadhari, kita kurang pasti daripada manakah asal usulnya. Barangkali ia daripada pemikiran Pak Lah seniqi. Yang pasti, 1 Malaysia dicadangkan sebuah firma pakar rujuk antarabangsa (APCO Worldwide ) yang beribu pejabat di Washington DC. Syarikat ini ditubuhkan tahun 1984 dan mengkhususkan kepakarannya dalam bidang “komunikasi “ dan “ strategi “. Syarikat ini mempunyai pejabat di 24 lokasi seluruh dunia. Apa yang menariknya ialah CEO syarikat ini adalah seorang yang berbangsa yahudi Margery Kraus yang pada satu ketika mencadangkan gagasan “ 1 Israel “ kepada Negara haram Israel. Dalam hal ini, kita tidak menuduh bahawa terdapat jewish connection antara Negara haram Israel dengan pentadbiran Najib.
Antara lain, yang pernah menjadi pelanggan kepada APCO Worldwide Kazakhstan(menyedia silibus pengajian tinggi) dan Indonesia(bertujuan merapatkan hubungan). Kehebatan dan populariti APCO Worldwide dapat dilihat daripada hakikat bahawa hampir semua syarikat-syarikat besar dunia menjadi pelanggannya seperti British Airways, Microsoft, nokia, dan lain-lain lagi. Di laman sesawangnya, APCO Worldwide menyatakan pengkhususannya bertujuan untuk “ influencing decision-makers and shaping public opinion by crafting compelling massages and recruiting effectives allies “ iaitu mempengaruhi pembuat keputusan dan melentur pandangan awam dengan menyediakan mesej-mesej menarik dan merekrut rakan kongsi yang berkesan.
Apa yang berlaku dengan gagasan 1 Malaysia yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat menepati dengan apa yang difikir APCO Worldwide dan rakyat begitu teruja dengannya tanpa mengetahui dari mana hakikat sebenar gagasan yang diuar-uarkan Najib itu. Pada hakikatnya, ia bukanlah cetusan idea Najib dan yang paling penting ia dari campur tangan kuasa luar yang mempunyai matlamat terselindung yang pada biasanya ia bertentangan dengan matlamat nasional dan akan menghakis apa yang disebut kedaulatan Nasional(national sovereignty). Dibimbangi keterujaan rakyat terhadap gagasan ini tanpa mengetahui hakikat sebenar akan merealisasikan peranan watak dongeng rakyat, “Pak Kadok” yang hanya “ menang bersorak,kampung tergadai “ . juga dibimbangi, gagasan 1 Malaysia bertukar kepada kisah dongeng rakyat di zaman moden.
Perlu diingatkan, sungguhpun Dr.Mahathir memperlihatkan pemerintahan yang “keras”, akan tetapi beliau anti-barat khususnya anti-yahudi. Dr.Mahathir dari sudut ini adalah seorang nasionalis tulen yang senantiasa bercakap tentang menjulang dan mempertahankan maruah bangsa daripada dihina bangsa lain. Dengan sikapnya yang anti-barat dan anti-yahudi tidak menyebabkan Malaysia pada zaman pentadbirannya menjadi mundur. Ini yang harus ada dalam pemikiran rakyat apabila menilai gagasan yang diperkatakan idea asli Najib , walhal sebagaiman yang diperbincangkan, ia berasal daripada yahudi LA’NATULLAH! Bergantung kepada orang luar mencerminkan ketidakyakinan diri sendiri.



1 MALAYSIA TIDAK ADA ASAS ISLAM ......



Orang melayu tidak dapat dipisahkan dari islam. Ini berdasarkan peruntukan perlembagaan Negara dan dari segi perspektif budaya. Perlembagaan Negara memperuntukkan bahawa seorang yang berbangsa melayu mestilah beragama islam, meng’amalkan ‘adat istiadat melayu dan bertutur dalam bahasa melayu. Ini merupakan peruntukan rasmi tanpa mengambil kira ‘amalan secara praktik. Keterikatan orang melayu dengan agama islam begitu mengakar dalam budaya dan sentimennya dapat dilihat apabila seseorang melayu itu mudah melenting dan begitu sensitive apabila dia dikatakan “kafir” meskipun dia seorang yang tidak begitu peka dengan tuntutan-tuntutan islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
Memahami hakikat di atas, setiap Perdana Menteri yang baru menjawat jawatan tersebut seringkali mengemukakan projek-projek islam yang baharu bagi memperkukukan lagi legimitasi politiknya di kalangan masyarakat melayu di Malaysia. Dengan tidak mengemukakan projek-projek islam,ia mengundang risiko, kemarahan dan kerguan masyarakat melayu itu sendiri. Ia dilihat sebagai berada di luar lingkungan sosio-budaya orang melayu. Ini memberikan persepsi kepada orang melayu bahawa Perdana Menteri tersebut tidak akan memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan orang melauyu itu sendiri. Hujjah ini selari dengan sejarah yang berlaku dalam politik tanah air dalam konteks penentangan Dr.Mahathir terhadap Tengku Abdul Rahman melalui tulisan beliau the malay dilemma. Dalam hal ini, Dr.Mahathir melihat Tengku lebih pro-cina dan mengabaikan kepentingan Melayu. Ia berakhir dengan kejatuhan Tengku dan bermulalah era yang dikatakan era kebangkitan Mahathir. Tengku sendiri sungguhpun dikritik oleh Mahathir sebagai pro-cina dan seorang Perdana Menteri yang bersifat liberal dan terbuka, beliau masih membekalkan projek-projek untuk keIslaman bagi menjaga hati dan perasaan masyarakat melayu. Di peringkat antarabangsa, beliau berperanan secar aktif dalam penubuhan OIC manakala di peringkat nasional, beliau menubuhkan PERKIM. Pengganti beliau Tun Abdul Razak (bapak kepada Najib) juga peka terhadap kehendak dan tuntuan rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam. Beliau diidentifikasikan dengan usaha-usaha membina dan menyiapkan Masjid Negara. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn dikaitkan beliau dengan program bulan da’wah ,seterusnya Dr.Mahathir dengan DPNI dan akhirnya Pak Lah dengan Islam HadHarinya………….

qorban bukti pematuhan kepada perintah ALLAH

” KORBAN: BUKTI PEMATUHAN PERINTAH ALLAH ”
(27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H)



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,
Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.

Perbanyakkanlah ucapan syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kita nikmat keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Dengan nikmat tersebut kita dapat berhimpun di masjid-masjid dan surau seluruh negara, sama-sama melaungkan takbir hari raya. Marilah juga kita suburkan perpaduan antara kita kerana akhir-akhir ini bibit perpecahan di kalangan masyarakat mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan. Renungkan sejenak tentang nasib saudara seagama kita yang kini hidup diburu ketakutan, kelaparan, sengsara di negara masing-masing. Saban hari ada sahaja nyawa yang hilang tanpa mengenal kanak-kanak atau orang tua. Hari ini kita menangis kerana kematian orang tersayang samada sakit atau kemalangan, tetapi di negara-negara lain mereka menangis disebabkan kematian yang berpunca daripada persengketaan dan kekacauan. Sesungguhnya keamanan adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahankan.




Justeru, dengan nikmat keamanan ini, kita dapat berhimpun dan bertemu saudara mara, sahabat handai juga jiran tetangga. Dengannya juga, kita dapat menunaikan ibadah korban serta berziarah tanpa sebarang halangan. Tidak hairan ramai pengunjung yang datang ke negara ini merasa tenang, gembira di atas keselamatan diri mereka. Walau bagaimanapun keadaan ini perlu dipertingkatkan sejajar dengan pembangunan negara berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan yang lebih teguh.





Alhamdulillah, hari ini 10 Zulhijjah 1430 hijriyyah, seluruh umat Islam menyambut hari raya Haji atau lebiih dikenali sebagai hari raya Korban. Hari ini lebih daripada 27,000 ribu saudara mara kita, sahabat handai, jiran tetangga dari negara kita sedang berada di tanah Suci Makkatal Mukarromah bagi menunaikan ibadah haji yang ia juga merupakan tonggak kepada rukun islam, iaitu rukun yang kelima bagi yang berkemampuan mengerjakannya sesudah berpuasa di bulan romadon. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk ke tanah suci mengerjakan 'ibadah tersebut, maka pada hari ini kita berhimpun, bertakbir, bertahmid memuji kebesaran ALLAH dan menunaikan solat sunat 'eiduladha. Seterusnya pada hari ini juga, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai tanda korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir misikin semata-mata kerana Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Mafhumnya: " Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini ('eiduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban".



'Eiduladha merupakan hari perayaan yang sangat istimewa dalam syariat Islam. Keistimewaannya ialah kerana mempunyai dua tuntutan ibadah besar yang dilaksanakan secara serentak di seluruh dunia iaitu:

Pertama, di tanah suci Mekah dilaksanakan ibadah haji. Pada 9 Zulhijjah berjuta-juta orang Islam menyempurnakan ibadah haji dengan berwukuf di padang Arafah, tawaf di kaabah dan melontar jamrah. Meskipun di padang Arafah matahari panas terik, berjuta manusia dari pelbagai bangsa,bahasa, warna kulit, namun berpakaian yang sama dengan tujuan yang sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Syiar ibadah haji juga merupakan perhimpunan tahunan yang disyariatkan oleh Allah dalam bentuk yang amat berkesan iaitu mengikatkan kesatuan dan perpaduan melalui pegangan akidah yang satu dan bukannya melalui fahaman bangsa dan material. Inilah asas perpaduan yang dipraktikan oleh Nabi SAW yang berjaya menegakkan negara Islam Madinah hanya dalam masa 10 tahun.

Perkara kedua, ialah seluruh kaum muslimin disegenap ceruk rantau dunia semenjak hari Arafah hingga tamat hari Tasyrik mengumandangkan gema takbir, tahlil dan tahmid dengan suara yang penuh keyakinan mengisytiharkan pengakuan bahawa hanya Allah Azza wa jalla sebagai ALLAH tuhan yang layak dan perlu disembah, dipatuhi serta ditakuti. Pengajarannya kepada kita ialah supaya seluruh kehidupan, setiap perjuangan dan segenap pekerjaan yang dilakukan mestilah atas dasar penyerahan diri kepada Allah Azza wa jalla semata-mata tanpa adanya pergantungan dengan makhluk ciptaan ALLAH.

Pengabdian diri kepada Allah mestilah diterjemahkan melalui pelaksanaan syariat Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Perlu kita insafi bahawa timbulnya pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat seperti peningkatan jenayah rompakan, rogol, bunuh, penagihan dadah, penghidap AIDS, kes-kes rasuah, pecah amanah dan sebagainya; adalah kerana penerapan nilai-nilai syari'at belum menyeluruhnya penghayatan kita kepada tuntutan-tuntutan syarak. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 85:

Maksudnya: "Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain?. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia; dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."


Perlu juga diperluaskan lagi konsep korban itu pada masa kini yang mana ia tidak terlalu khusus kepada menyembelih unta yang dipanggil (an-nahr) seperti dalam surah al-kausar, tidak juga kepada menyembelih lembu, kambing atau kibash semata-mata yang dipanggil (Mudhiyyah). Akan tetapi 'eiduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah kepada hambanya iaitu mengenai keperluan manusia untuk berkorban tenaga, masa dan harta benda demi menegakkan agama Allah SWT. seperti contoh, seorang manusia yang dahulunya berkelakuan jahat ingin berubah kepada kebaikan mestilah ia memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk meninggalkan perbuatan jahatnya itu. seseorang yang jarang sekali pergi ke masjid untuk solah secara berjema'ah, tetapi kini apabila raya haji atau pada masa-masa lain selain raya haji, ia ingin mengubah sikapnya itu kepada rajinnya ia untuk hadir ke masjid setiap kali solah fardu atau paling tidak pun tiga waktu ia solah berjema'ah di masjid, ini juga dipanggil sebagai berkorban. Kita menginfaqkan harta benda kita untuk anak-anak yang ingin menyambung pelajaran mereka yang dipanggil IBNUS SABIEL yang mana mereka itu kekurangan perbelanjaan dalam sesi pengajian mereka, ini juga dikenali sebagai korban. Pendek kata, korban itu adalah kita mengorbankan segala apa yang kita sayangi dan cintai samada masa, wang ringgit dan sebagainya semata-mata hanya mencari taqwa dan keredoan ALLAH swt. Kerana itulah ALLAH Ta'ala menggambarkan penyembelihan Nabi Ibrahim akan anaknya Nabi Isma'il 'Alaihimassolaatu wassalaam kerana anak itu melebihi segala-galanya. Tanpa pengorbanan tenaga, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegak dan dikembang-biakkan lagi di bumi ALLAH ini pada masa kini.

Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda hanya semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal berseorangan di tanah gersang Mekah. Ini merupakan model isteri misali yang sanggup mengorbankan segala-galanya hanyasanya semata-mata membuktikan kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.

Firman Allah SWT dalam surah As-Saafaat ayat 103-107:

Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."



Di sini ingin diigingatkan kedudukan umat Islam akhir-akhir ini semakin dicabar oleh pihak yang longgar akidah dan pihak yang tiada kaitan dengan Islam. Apa maknanya kita beragama Islam, tetapi bersifat was-was dengan hukum Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan pelbagai fatwa dalam usaha menyelesaikan masalah umat. Fatwa yang dikeluarkan bukan mengikut hawa nafsu atau kepentingan diri, tetapi ia dikeluarkan atas permintaan umat Islam sendiri dan tidak bercanggah dengan teras toggak utama agama islam iaitu al-qurAN dan as-sunnah bagi memperjelaskan lagi kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. Justeru keputusan yang dibuat adalah hasil kajian teliti pakar-pakar agama dengan merujuk kitab-kitab mu'tabar. Namun demikian, sejauh mana pematuhan sesuatu fatwa yang dikeluarkan itu adalah bertunjangkan kepada pengorbanan umat Islam sendiri dalam mematuhi perintah Allah SWT.

Bagaimanapun, malang sekali apabila terdapat orang Islam yang bersekongkol dengan orang bukan Islam sehinggakan sanggup mempertikaikan agama Islam dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Apa yang nyata akhir-akhir ini orang bukan Islam semakin berani mempertikai dan memperkotak-katikkan umat Islam dan agama Islam. Keadaan ini berpunca daripada kelemahan orang Islam itu sendiri. Justeru ingin diingatkan kepada umat Islam, jangan membiarkan pihak lain yang tiada kaitan mereka dengan Islam untuk bertindak sesuka hati mereka dalam mempertikai agama Islam dan hukum-hakam yang terkandung dalam agama islam itu sendiri. Marilah kita bergandingan dan terus-terusan mempertahankan kesucian Islam ini sesuai dengan semangat cinta kepada Allah SWT berdasarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S dan Hajar. Insaflah kita sekalian, ibadah haji dan ibadat korban mengingatkan kita agar jangan lupa bahawa kita berada dalam satu kesatuan kemanusiaan dan jangan pula pada satu masa kita hancur dikorbankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Marilah kita menghayati tuntutan-tuntutan syarak yang terkandung dalam amalan ibadah haji dan ibadah korban yang berpaksikan hubungan kita yang erat dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama manusia, demi kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Hari raya korban yang dirayakan tanpa pengorbanan, tidak mampu memberi apa-apa makna dan kesan dalam diri kita. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang suci, Nabi Ismail A.S yang berani dan bondanya Hajar yang begitu tabah hati, mampu menyuntik semangat kepada kita semua.




-w'alam-

Khamis, 26 November 2009

kelebihan puasa hari tasu'a

Dalam sebuah hadis Nabi ada bersabda mafhumnya

" barang siapa yang berpuasa pada hari tasu'a iaitu pada hari kesembilan dalam bulan zulhijjah,maka nescaya pahalanya menyamai dengan berpuasa setahun penuh "


w'a'lam...

-al hadis -

4 golongan yang paling celaka

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam sanad IMAM TARMIZI,mafhum hadis tersebut
terdapat 4 golongan yang paling celaka :-


1. ORANG YANG MELAKUKAN DOSA PADA MASA LAMPAU TETAPI MELUPAKANNYA DAN TAK MAHU BERTAUBAH

2. ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN PADA MASA LAMPAU TETAPI MASIH MEMPERINGATINYA BERTUJUAN MENAIKKAN NAMANYA

3. ORANG YANG BEREBUT-REBUT KEARAH KEDUNIAAN DAN MERASAKAN TIDAK CUKUP SERTA HASAD DENGKI BILA MANA MELIHAT ORANG LAIN LEBIH DARIPADANYA

4. ORANG YANG MERASAKAN CUKUP DENGAN 'AMALAN AKHIRATNYA YANG SEDIKIT BAHKAN MEMBANDINGKAN 'AMALANNYA DENGAN 'AMALAN HAMBA ALLAH YANG SEDIKIT DARIPADANYA LALU MENGATAKAN 'AMALANNYA SUDAH MEMADAI



- al hadis -

Sabtu, 21 November 2009

TATACARA @ KAIFIYYAH MENGHAFAZ AYAT SUCI AL-qurAN

TATACARA MENGHAFAZ AL-QURAN

1- Istighfar 7 kali.

استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب اليه.

2- Berselawat 7 kali.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم. وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم فى العالمين انك حميد مجيد.

3- Baca surah al-Hijr : 9 sebanyak 7 kali.
إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون
4- Baca surah Al-Fatihah 1 kali.

5- Baca doa menghafal Al-Quran.

بسم الله الرحمن الرحيم , الحمد لله رب العالمين, حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيده, يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلالك وجهك وعظيم سلطانك.
اللهم نور بكتابك بصري, واشرح به صدري, وفرج به قلبي, وأطلق به لساني, واستعمل به بدني, وقوني على ذلك, لا إله إلا أنت يا ذا الجلال والإكرام.
اللهم ارحمني بترك معاصيك ابدا ما أبقيتني, وارحمني من تكلف ما لا يعنني, وارزقني حسن المنظر فيما يرضيك عني, وألزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني , وارزقني أن أتلوه على النحو الذي يرضيك عني.

6- Mulakan menghafal dengan tenang dan kosongkan hati daripada perkara-perkara yang boleh mengganggu
tumpuan kita terhadap al-Quran.

7- Apabila selesai, bacalah doa ini.

صدق الله العظيم, وبلغ رسوله الكريم, تنزيل من رب العالمين, ربنا آمنا بما أنزلت واتبعنا الرسول فاكتبنا مع الشاهدين. والحمد لله رب العالمين. اللهم إني أستودعك ما علمتني به فاردده إلي وقت حاجتي اليه ولا تنسني به,وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, والحمد لله رب العالمين.
Related Posts with Thumbnails