ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 10 Mei 2011

Mohon Dimatikan Dalam Hal Keadaan Seorang Yang Miskin

اللهم توفني اليك فقيرا ولا توفني غنيا واحشرني في زمرة المساكين يوم القيامة........
Ya ALLAH wafatkan daku dalam hal keadaan daku berjumpa dengan DIKAU, daku ini sebagai orang yang fakir dan janganlah wafatkan daku sebagai orang yang kaya serta hidupkanlah daku dalam golongan orang-orang miskin di hari akhirat....”
Imam Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqolaniy membahaskan berkenaan dengan maksud kemiskinan dalam hadis tersebut kepada ma'na meminta KETENANGAN HATI...
Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari pula berkata bahawa maksud sebenar bagi meminta kemiskinan dalam hadis tersebut ialah meminta MERENDAH DIRI supaya tidak tergolong ke dalam golongan orang² kaya yang mempunyai sikap bongkak diri..

*w'alam..
 

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA
by: Muhasabah Cinta


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai YANG MAHA ESA..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG MAHA KUASA..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ALLAH Ta’ala karena disitu ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibubapanya kerana memuliakan keduanya merupakan kunci syurgaNYA..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan pada rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan²nya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sadarkan si dia, aku milik YANG MAHA ESA Bakal diambil pada bila² masa..
Tolong sadarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita² sebenar belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati karena menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mau menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mau menjadi puncak kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan YANG MAHA ESA menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mau membuat dia terlena..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mau dia berjaya dalam impian dan cita²nya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku dan dia..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga dan masih dijaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah Ta’ala tidak ternilai mahal harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan YANG MAHA KUASA..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tak terdaya menuturkan sendiri padanya..
Hanya ENGKAU Ya ALLAH mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan YANG MAHA KUASA.. Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga dek tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku di suatu masa, hari sa'at dan ketika.....
Related Posts with Thumbnails