ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 29 Disember 2009

Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

Terdapat tiga masalah dikalangan 'ulama dalam memperbincangkan hal ini..
Pertama : Orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram
Kedua : Sebab mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram
Ketiga : Orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram

Asas ruju'kan hukum bagi masalah ini diambil daripada dua ayat berikut, iaitu:
Pertama : " Wahai orang2 yang beriman, sesungguhnya orang2 yang musyrik itu kotor.. Maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini " (At- taubah : 28 )
Kedua : " wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu solah  sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui dan memahami apa yang kamu ucapkan, jangan pula kamu hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan berjunub kecuali sekadar kamu berlalu sahaja " (An- nisa : 43 )


   Jumhur  'ulama melarang keras orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram berdasarkan larangan yang terdapat dalam ayat diatas.. Namun, Imam Abu Hanifah bin Nu'man dan Imam Ahmad bin Hanbal mempunyai sedikit perincian dalam hal demikian..
  Berdasarkan dua ayat ini, Jumhur 'ulama daripada mazhab Malikiy dan Shafi'iey melarang orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram.. Namun demikian, ahli kitab ( yahudi dan nasroni ) dibenarkan memasukinya dengan syarat2 yang tertentu..
   Imam Abu Hanifah pula menyatakan bahawa orang bukan Islam hanya dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu.. Bahkan tidak dibenarkan untuk mereka duduk dan menetapdi sana sebagaimana umat Islam.. Ini kerana beliau berpandangan bahawa 'kotor' yang tersebut dalam ayat adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya fizikal.. lebih dari itu, Ibnu Hajar Al- asqolani menyataka mazhab Hanafiy membenarkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid tanpa sebarang syarat..
   Imam Ahmad bin Hanbal pula menyatakan orang bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lain2nya setelah mendapat kebenaran daripada umat Islam atas tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan 'maintainance'.. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Toif dibenarkan oleh Nabi untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam..
   Rosulullah juga dririwayatkan pernah menerima tetamu kristian dari Najran dalam masjid Madinah.. Malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid.. Nabi  bersabda kepada sahabah " Biarkan mereka untuk melunaskan sembahyang mereka "..
   Selain itu, Imam Bukhori juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana orang seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal yang diikat oleh Baginda Nabi di dalam masjid atas kesalahan yang tertentu.. Rosulullah menghantar seorang berkuda menuju kearah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) yang bernam Thamamah bin Athal lalu diikatnya  pada satu tiang yang berada dalam masjid itu.. (hadis riwayah Imam Bukhori).. Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaiman umat Islam ber'ibadah dan keramahan dan kesopan santunan umat Islam kepadanya  yang sentiasa bertanya hal keadaannya, akhirnya dia diberi hidayah daripada ALLAH untuk memeluk agama Islam kerana tertawan melihat keindahan tata sosial dan 'ibadah umat Islam..

   Disamping itu, Imam Ibnu Hajar Al asqolaniy  dalam menghuraikan isu ini mengatakan bahawa mazhab Malikiy tetap menghalang orang bukan Islam daripada memasuki masjid.. Manakala mazhab Shafi'iey, Hanbaliy, dan Hanafiy, membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram dengan syarat2 tertentu.. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat berdasarkan dalil tawanan perang yang bernama Thamamah bin Athal tersebut..
     Imam An-nawawi menghuraikan dalam bab ini berpandukan kepada hadis, HARUS hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta HARUS juga seseorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid.. Mazhab Shafi'iey mengharuskannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam samaada kafir itu dari kalangan ahli kitab atau yang sebaliknya.. Namun, khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz, Qotadah dan Imam Malik tetap TIDAK mengharuskannya..(Syarah Soheh Muslim, 12/87)
     Selain itu, anak murid Imam Idris As-syafi'iey  yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya dengan menyatakan TIDAK harus orang bukan Islam untuk memasuki masjid apatah lagi untuk menetap di dalamnya kerana jika mereka dibenarkan masuk, sudah barang pasti orang2 yang  berjunub juga akan dibenarkan untuk memasuki masjid.. Sedangkan ayat diatas menerang dan menyebutkan larangan bagi mereka yang berjunub daripada memasuki masjid melainkan melaluinya sahaja..
    Al-Mawardi dalam memetik kata-kata Al-Muzani " sekiranya HARUS bagi orang yang bukan beragama Islam masuk masjid, sudah tentu orang2 Islam yang berjunub juga adalah lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kemuliaan dan kehormatannya.. Maka di ketika TIDAK harus bagi orang Islam menetap didalamnya ketika berjunub, lebih2 lagi lah orang bukan Islam DILARANG kerana mereka yang sentiasa dalam keadaan berjunub..(Al-Hawi el-Kabier, 2/268)

     Secara tuntasnya, Jumhur 'ulama sepakat menyatakan orang yang bukan beragama Islam TIDAK boleh memasuki Masjidil Haram.. Namun Jumhur 'ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid selain Masjidil Haram dengan syarat2 tertentu seperti...

Pertama : Mestilah mendapat izin umat Islam atau badan2 berkuasa daripada masjid berkenaan
Kedua : Mestilah mempunyai sebab munasabah memasukinya samaada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya dan mempelajari cara umat Islam ber'ibadah dan yang seumpama dengannya
Ketiga : Mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup 'auroh apabila ingin memasuki masjid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails