ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 1 Februari 2013

Ingatkan Mati!

qubur salah seorang sahabat Nabi .. Baqi`,  mEdinah  -taktau sapa-



semalam, aku berkesempatan solah `isya disamping maqam Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam .. berhampiran pintu Baqi` -nama salah satu pintu Masjid Nabawi- .. berhampiran dengan maqam saiyyiduna `umar el-khattab ..
usai solah `isya -dan pada tiap solah waktu, biasanya- akan ada solah janazah .. maka usai solah `isya semalam aku keluar dari masjid dan relax di salah sebuah tiang di halaman masjid .. lalu di hadapan aku usungan keranda janazah yang baru disolahkan tadi .. tanpa berlengah, aku pun mengikut usungan tersebut terus ke perquburan Baqi` -qubur bagi mereka yang mati di tanah haram mEdinah- dek mengingatkan pahala sebesar bukit uhud bagi mereka yang mengikut janazah ke perquburan .. dan pahala sebesar bukit uhud juga buat mereka yang solah ke atas janazah ..




d
alam hidup kita sehari-harian, ingatlah pada kematian itu lebih dari 70kali sehari ..
ingat bagaimana di saat roh hendak direntap malaikat `Izra’il dari jasad kita ..
ingat dan bayangkan bagaimana di waktu kita terbujur kaku, bagaimana manusia hidup yang lain memandikan janazah kita ..
cuba membayangkan bagaimana orang yang datang menziarahi janazah kita mengusap kita, mencium dahi kita ..



bayangkan bagaimana di saat kita kaku mati itu, orang lain menyarungkan kain kapan putih  di tubuh badan kita yang dahulunya kita memakai pakaian yang mahal-mahal harganya ..
cuba kita bayangkan pada masa kita kaku itu diletakkan jasad kita di atas keranda untuk diusung  dan disolahkan janazah kita itu ..
kemudian cuba kita bayangkan ketika janazah kita itu diusung, tergolek-golek terhuyung-hayang jasad kita di dalam keranda usungan itu ..
baqi` - mEdinah


kita bayangkan bagaimana keadaan kita bilamana jasad kita yang kaku keras itu hendak diturunkan ke bawah nak dimasukkan ke dalam liang lahad ..
di waktu itu muka kita mula dihadapkan ke arah qiblah ..
cuba bayangkan saat itu kain kapan yang dipakaikan  bersama jasad kita masuk ke dalam liang gelap itu dan pada ketika itu tali yang diikat di atas kepala kita dibuka ..
bayangkan pada ketika itu, orang ramai mula menurun dan mengambus liang lahad itu dengan tanah kubur, tempat kita nak menghadap bertemu ALLAH `Azza wa jall ..


bayangkan saat itu kita menghidu bau tanah yang berada di hadapan kita .. bau tanah tempat kita disimpan di dalam liang  lahad itu .. tanah-tanah itu bercakap dengan kita : “wahai anak adam! Sekejap lagi kamu akan berada dalam tanah ini .. kamu akan tahu bagaimana dan apa yang akan aku lakukan pada dirimu”
bayangkan bagaimana bunyi cebisan dan ketulan tanah-tanah yang turun menimpa tubuh badan kita yang di dalam liang lahad  itu ..
maka di saat ketika kita membayang dan memikirkan bagaimana keadaan kita di sana kelak, mulalah mulut akan berbicara istighfar kepada ALLAH `Azza wa jall .. akan terbitlah dari mulut kita kalam memohon ampun pada Robb Yang Menguasai `alam semesta .. teringat akan dosa silam yang dilakukan .. akan keluarlah kata-kata : “ya ALLAH! Ampunkanlah dosa-dosaku ya ALLAH! Ya ALLAH! Jadikanlah malam aku pada hari pertama aku ditempatkan di sana nanti dan malam yang keseterusnya ya ALLAH! sebagai malam, sebagai salah satu tempat, sebagai salah satu taman dari taman-taman syurga MU ya ALLAH! ..”
maka bila kita mengucapkan yang sedemikian, hati kita mula termuhasabah dan  insyaALLAH akan menjadi hati yang sejernih, sebersih dan sesuci-sucinya ..


الفقير إلى الله :
فائز رمزي
Related Posts with Thumbnails