ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 28 Februari 2012

Hati-hati Dengan Friends Anda Di Facebook - Janji Kosong Teman Fb

sumber: http://www.flickr.com/photos/faizrz/6791627136/in/photostream/




bahasa cantik punye! siap panggil sayang la hape la.. macam HARAM gak la..
asalnye minah nih aq kenal dalam fb.. aq hajat nak ke uk tahun depan, insya ALLAH.. jadi sebelum ke uk tu aq try la search sesape kengkawan aq yg tersenarai dalam fb ni yg dari uk.. tetiba aq jumpak minah nih dia 'subscribe' aq kat fb.. aq hantar mesej kat dia nak tanya pasal uk..
mesej cantik punya! haha -
http://www.flickr.com/photos/faizrz/6937760409/in/photostream/

sekalinya dia kata dia asal dari Malaysia gak, konon! lahir je di Malaysia.. membesar di uk, mak bapak ia orang sabah, kata nya.. tup², tengok dia lak tanya aq pasal malaysia kununnye nak datang mEsia nak holiday pala torak dia la hape la.. aq kata tak pe la kalo lu nak mai lu mai la tp bulan jun la baru wa ade kat mEsia..
pastu dia siap mesej aq kt fb kata nak bagi aq bebarang macam yg dia hantar mesej kt aq macam dalam gambo atas nih.. pelik gak aq! baru kenal beberapa jam je tetiba lak minah nih kata nak hantar barang ngan wang tunai gitu nye banyak kat aq.. untuk kos sewa hotel, jenjalan kat mEsia ngan nak beli rumah konon katanya..
aq tanye kengkawan, ade yg kata, "kalo betoi hang dapat, hang block terus dia pas dapat dit".. ahahahahaha
ada member aq kata, "tipu lah takkan baru kenai berapa hari.. berapa jam jah dah nak bagi duit kut.. tak masyuk `aqai langsung!"..
ada gak yang kata, "hang dapat nanti, kita share dua la.. lebih tu, kalo betoi dia turun mEsia, guna la belanja dia nak turun nanti.. kah333 "...
dah dia kata dia ade hantar barang dah kat aq siap bg web syarikat lagi tu ( www.sgedelivery.com/ ).. pastu suh aq setle bill.. bill ape aq tanye kat mesej? minah tu tak jawab lak.. aq kata dalam hati, takpela.. kalo pom ko nak juai barang tu kat aq dah kata ada bill, hantar je la.. haha  البيعان بالخيار ما لم يتفرّقا.. dua orang yang berjual beli tu dalam keadaan mereka memilih ( samada nak ke tak ) selama mana mereka belum berpisah.. lu hantar je la.. sampai kalo, aq nak, aq bayo, aq rembat.. kalo tak, takde la.. bukan bengong nak bayau buta gutu ja..
 tapi yang aq peliknye, ditulis kat mesej tu "page has been removed".. ahaha tau la aq tak reti bI.. tapi jangan nak kencing gua minah oooi! sekarang ade google translater la! hakk333
sekarang lu dah senyap, gua pom senyap lah.. lu tak rugi, gua pom tak rugi.. ( tapi gua rugi gak beb! gua rugi masa layan lu nye mesej! )
 
kalo nak tengok sumber paper tu, boleh copy link kat sini : http://bacapaperku.blogspot.com/search?updated-max=2012-02-21T09:18:00%2B08:00&max-results=1&start=2&by-date=false 

Jumaat, 24 Februari 2012

Masuk Syurga BUKAN sebab `amal! Tapi Rahmat ALLAH `Azza wajall..

Gambar Hiasan

بسم الله والحمد لله،
والصلاة والسلام على رسول الله،
وبعد..

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال لن ينجي أحدا منكم عمله قال رجل ولا إياك يا رسول الله قال ولا إياي إلا أن يتغمدني الله منه برحمة ولكن سددوا..
- رواه مسلم
باب: لن يدخل أحد الجنة بعمله، بل برحمة الله تعالى

Daripada Abi Huroirah r.`a, daripada Baginda Nabi SAW bahawasanya Baginda SAW telah bersabda:
.."Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh `amal perbuatannya..”  telah berkata seorang lelaki: ..“Engkau pun tidak ke, wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW pun menjawab: “Aku pun tidak! hanya-sanya ALLAH  melimpahkan rahmatNYA kepadaku...”

عن جابر قال: سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول: (( لا يدخل أحدا منكم عمله الجنة، ولا يجيره من النار ، ولا أنا ، إلا برحمة من الله  ((
- رواه مسلم

Daripada Jaber telah berkata dia: Aku mendengar Baginda Nabi SAW bersabda:
`amal soleh kamu tidaklah memasukkan kamu ke dalam syurga dan tidak pula menjauhkan kamu dari api neraka, tidak pula aku ( Nabi SAW ), kecuali dengan rahmat dari ALLAH..

Imam An Nawawi Rahimahullah menjelaskan:

 Menurut zahir hadis ini ada petunjuk bagi ahlul haq, bahwasanya seseorang tidak berhak mendapat pahala dan syurga kerana `amal `ibadahnya.. Adapun firman ALLAH Ta'ala: (Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan - an Nahl: 32) dan firmanNYA: (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan - az Zukhruf: 72)  dan yang semacam dengan kedua-duanya dari beberapa ayat Al Quran yang menunjukkan bahwa `amal `ibadah itu dapat memasukkan ke dalam syurga, maka semua itu  tidak bertentangan dengan beberapa hadis ini. Akan tetapi, ayat-ayat itu bermakna bahawa  masuknya seseorang itu ke dalam syurga ALLAH `Azza wajall  kerana `amal `ibadahnya, kemudian mendapat taufiq untuk melakukan `amal `ibadah itu dan mendapat hidayah untuk ikhlas dalam `ibadah sehingga diterima di sisi ALLAH, adalah berkat rahmat ALLAH dan kurniaanNYA.. Maka sebenarnya, tidaklah seseorang itu  dimasukkan ke dalam syurga semata-mata `amal `ibadahnya.. Tetapi seseorang itu dimasukkan  ke syurga dengan `amalan-`amalannya ( iaitu dengan sebab-sebab dia ber`amal ), dan itu adalah sebahagian dari rahmat itu sendiri..  wALLAHu A’lam.

Isnin, 20 Februari 2012

Istikhlaf - Imam batal, sapa nak naik ganti?


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،


[ boleh lihat minit ke ( 01:34 > 03:08 ) dalam video yg di link di atas.. minit ke 01:34 tu Imam kata.. " hampa tunggu sat..... hampa tunggu sat naaa.... ]
 sebenarnya cerita bab ni dah lama terjadi pada kami yang solah di Masjid Nabawi.. aq ada kat situ sebenarnye.. kira settle dah la dah solah siap sume dah pom dan aq pon malas dah nak sembang pasalnya sebab ramai aq bertanya pada syeikh yang mengajar aq di kuliyyah, macam mana dengan keadaan yang terjadi pada kita tempoh hari di el-harom ( Masjid Nabawi ), dan bukankah ada hadis berkenaan istikhlaf ni..?? rata² mereka enggan menjawab padaku dengan dalil² yang soheh yang boleh memahamkan aq dengan lebih mendalam pada bab ni.. hanya sekadar memberitahu padaku, ia terdapat dalam sunnah.. itu je! memandangkan malam semalam kebetulan aq buka kitab 'fathul bari' karangan Imam el-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar el-`asqolaniy dan kitab 'fiqhus sunnah' karangan Imam Abu Malik Kamal bin es-saiyyid Salem, tahqiq Syeikh Nasiruddeen el-albaniy, aq terjumpa berkenaan Istikhlaf  nih.. Mudah²an ALLAH memberikan terang hati pada aq dan korang yang membaca dan melihat sendiri bab ini, serta menjaga, memelihara  dan memanjangkan `umur syeikhuna, Syeikh `Ali el-Huzaifi, - hafizohuLLAH [ imam dalam video tu - sekarang, Mantan Imam Masjid Nabawi ] dan juga menjaga kita ummah Islam dari sebarang fitnah, insya ALLAH..

Istikhlaf

Istikhlaf  bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan solah mereka, disebabkan keuzuran imam itu, seperti bahawa dia berhadas atau dia memberitahu yang dia berhadas ..

Jika imam keluar daripada solahnya disebabkan berhadas, atau biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya..
Asal Nas kepada perkara ini terdapat dalam:

1-     Hadis Sahl bin Sa`d pada kisah Baginda Nabi SAW pergi ke tempat Bani `Amru bin `Auf di Quba’ untuk menyelesaikan perbalahan antara mereka ( ansar mEdinah, qabilah aus & khazraj ):
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ذَهَبَ إِلَى بَنِى عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتِ الصَّلاَةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِى بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّى لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ ؟ قَالَ نَعَمْ . فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ ، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَالنَّاسُ فِى الصَّلاَةِ ، فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِى الصَّفِّ ، فَصَفَّقَ النَّاسُ - وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لاَ يَلْتَفِتُ فِى صَلاَتِهِ - فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَنِ امْكُثْ مَكَانَكَ ، فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ - رضى الله عنه - يَدَيْهِ ، فَحَمِدَ اللَّهَ عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مِنْ ذَلِكَ ، ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِى الصَّفِّ ، وَتَقَدَّمَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَصَلَّى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ (( يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ )) . فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لاِبْنِ أَبِى قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّىَ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم – (( مَا لِى رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمُ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ شَىْءٌ فِى صَلاَتِهِ فَلْيُسَبِّحْ ، فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ ، وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ )) .


Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa'd as-Sa'idi mengatakan bahwa Rasulullah SAW pergi ke bani `Amr bin `Auf  yang mana telah sampai berita kepada Rasulullah SAW bahwa bani `Amr bin `Auf di Quba' terjadi perbalahan di antara mereka ( dalam riwayat lain yang dating dengan jalan riwayah Muhammad bin Ja`far daripada Abi Hazem: bertelingkah  hingga saling melempar batu.. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Marilah kita pergi mendamaikan mereka.. Lalu Baginda SAW solah zohor, kemudian keluar untuk mendamaikan mereka di hadapan sahabat²  Baginda SAW ).. Maka, tibalah waktu solah `asar sedangkan Nabi SAW belum datang, dan muazzin datang kepada Abu Bakr r.`a seraya berkata: Nabi terhalang sedang waktu solah `asar sudah tiba, apakah kamu mahu solah `asar mengimami jema`ah lain dan saya akan iqamah? Abu Bakr r.`a menjawab: Ya.. Lalu Bilal membacakan iqamah untuk mendirikan solah, maka Abu Bakr r.`a pun mengimami jema`ah manusia yg ada.. Kemudian Rasulullah SAW datang sambil berjalan kaki di dalam barisan dengan berjalan di celah² barisan di kala manusia sedang solah sehinggalah Baginda SAW sampai berdiri di saf pertama di belakang Abu Bakr r.`a.. Lalu,  jema`ah lain bertepuk tangan, sedang Abu Bakr r.`a tidak menoleh di dalam solahnya.. Ketika mana ramai bilangan jema`ah yang memperbanyak tepukan, Abu Bakr r.`a menoleh dan melihat Rasulullah SAW di dalam saf di belakangnya.. kemudian Rasulullah SAW mengisyaratkan kepadanya agar tetap di tempat dan berisyarat dengan tangannya seperti ini. ( dalam riwayah lainnya: menyuruhnya meneruskan solahnya ).. Abu Bakr r.`a lalu mengangkat kedua tangannya dan memuji kepada Allah `Azza wajall bertepatan dengan  apa yang diperintahkan oleh Baginda  Rasulullah  SAW kepadanya itu.. Kemudian Abu Bakr r.`a berganjak ke belakang hingga beliau masuk ke dalam saf dan Rasulullah berjalan ke depan terus solah mengimami jema`ah.. Maka bila mana  selesai solah, Baginda SAW bersabda: Wahai Abu Bakr r.`a, apakah yang menghalangimu untuk tetap di tempatmu ketika aku memerintahkanmu? Abu Bakr r.`a menjawab: Tidak layaklah bagi anak Abu Qahafah untuk mengimami solah ketika adanya Rasulullah SAW.. Rasulullah bersabda: ((Wahai manusia! Mengapa aq lihat kalian banyak bertepuk tangan? Barangsiapa yang merasakan ada sesuatu yang meragukan dalam solahnya, maka hendaklah ia membaca tasbeh (Subhanallah).. Sesungguhnya apabila ia membaca tasbeh, maka ia diperhatikan kepadanya.. Sesungguhnya bertasbeh itu untuk laki-laki, dan tepuk tangan itu untuk wanita))..
-Hadis riwayah al Bukhari 


 Dua Masalah dalam bab istikhlaf:

1-  Sekiranya seorang makmum itu menganti tempat imam ketika sedang solah, haruskah dia menyempurnakan solahnya sendirian ( jika masbuq ) ataupun menyempurnakan solah imam?
>> faedah daripada masalah yg timbul ialah apabila orang yang menggantikan tempat imam itu dalam hal keadaan masbuq dengan satu roka`ah, contohnya, dan menggantikan imam pada roka`ah yg kedua.. maka yang nyatanya adalah makmum yang masbuq menggantikan tempat imam tadi menyempurnakan roka`ah yang kedua dan seterusnya, dengan makmum yang lain.. kemudian apabila  dia ( mustakhlif / pengganti imam ) sujud dua kali sujud, memberikan isyarat kepada makmum, maka mereka ( makmum ) pun duduk, dan berdirilah dia menyempurnakan roka`ahnya.. apabila dia sempurnakan duduk dan tasyahhud, kemudian bangunlah dia bersama dengan makmum yang lain menyempurnakan roka`at mereka ( solah maghrib ).. Jika ia terjadi pada solah subuh, samalah jugak semacam tu..

Dan telah berkata Imam Abu Hanifah dan Imam Malik: bahkan harus baginya ( pengganti imam ) itu solah mengimami makmum lain sebagai imam ganti ( mustakhlif ) atas hukum solah yang diganti, ma`na di sini seperti yang disebutkan sebelum ini:
- Dia solah dengan makmum lainnya dalam keadaan dia roka`ah pertama, makmum roka`ah kedua, kemudian dia duduk tasyahhud menyambung solah imam yang pertama tadi ( sepatutnya dia baru roka`ah pertama, bukannya dukduk tasyahhud )..! kemudian dia menyempurnakan solah dengan makmum yg lain.. dalam hal ni, ada beberapa pandangan, kerana imam yg pertama tadi telah keluar dan terbatal status imamnya, dan makmum mengikut mustakhlif dan mustakhlif  itu tak lain solahnya hanyalah mengikut dirinya.. maka makmum harus mengikut apa yang wajib pada mereka dan tidak mengikut apa yang tak perlu, bahkan mereka hendaklah menunggu hinggalah mustakhlif itu sama dengan keadaan mereka, barulah ketika itu mereka ikut, wallahu a`lam..

2-   Apabila seorang imam mengimami jema`ah solah kemudian setelah selesai solah, dia memberitahu makmum yang dia menjadi imam tadi dalam keadaan dia tu berhadas

>> Jumhur `ulama: Malik, Syafi`ee, Ahmad, Abu Thaur dan selainnya sepakat mengatakan – hanya Imam yang patut ulang solah.. adapun makmum, tidak..
Imam Abu Hanifah pula mengatakan: dua² kena ulang.. baik makmum, mahupun imam..
# pendapat yang pertama, Jumhur `ulama itu lebih kuat..



Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jema`ah yang lain.. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan atau buta huruf), atau orang bisu, atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang tidak patut dengung serta mengubah bacaan, maka tidak sah solah makmum yang lain jika mengikutinya, kerana ia tidak sah menjadi imam..
Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul di belakang imam kerana makmum saf pertama di belakang imam adalah bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solah dengan isyarat bacaan ((SubhanALLAH))..
Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur.. Kemudian makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah.. Tempatnya yang kosong di saf  hendaklah pula diisi oleh makmum lain, sama ada di sebelah atau di belakang, dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah..
Istikhlaf  hendaklah dilakukan dengan serta-merta.. Jika imam keluar daripada jema`ah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun, maka ditegah penggantiannya selepas itu.. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun, sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan).. Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam, maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjema`ah dan meneruskan solah bersendirian..
Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi makmum, kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal..


Cara Istikhlaf Dalam solah
Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam solah yang sama atau bilangan roka`at yang sama, maka SAH penggantian tersebut di mana-mana roka`at pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan..
Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar solah (mustakhlif bukan daripada kalangan makmum, dan terus masuk menjadi imam), maka menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur `ulama adalah diHARUSkan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada roka`at pertama, atau roka`at ketiga (pada solah yang empat roka`at) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya..
Jika berlaku percanggahan dalam tertib, maka TIDAK diharuskan istikhlaf.. Contohnya ialah apabila seorang yang di luar solah mengganti imam pada roka`at kedua atau roka`at terakhir, dan dia (mustakhlif / pengganti) itu akan bangun berdiri bagi roka`atnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyat awal atau tahiyat akhir di roka`at mereka..
Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jema`ah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut, sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jema`ah.. Sebagai contoh, jika makmum yang masbuq pada roka`at kedua dalam solah subuh, kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu, maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam roka`at kedua dalam solah subuh iaitu berqunut, duduk dan bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu roka`at..
Selepas itu barulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula tanpa salam untuk menggenapkan solah dua roka`atnya, lalu berqunut lagi pada roka`at keduanya itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjema`ah).. Para jema`ah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus memberi salam, ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya..
Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan solah mereka setelah sempurna solah berjema`ah adalah diperbolehkan kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh mengikutinya.. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam solah Jum`at kerana tidak harus mendirikan lagi solah Jum`at selepas selesai dikerjakannya..

W`alam..

Ahad, 19 Februari 2012

Status Ke'ASLI'an Handphone kita


RAHSIA YG KITA TAK TERFIKIR !

BERHATI²  SEMASA BELI HP...!

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
sila taip *#06#
akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
 


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

sumber:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=189741721100473&set=a.175057805902198.42505.165445646863414&type=1&ref=nf

Khamis, 16 Februari 2012

sPinx




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،


Patung Sphinx Bukti Arkeologis Bencana Nuh 13000 tahun silam


Banyak Arkeologi bingung, mengapa Sphinx di Mesir menghadap ke arah barat daya (Southwest).
Padahal sudah kita pahami bersama, berdasarkan penelitian catatan-catatan mengenai Mesir kuno, melalui gambar-gambar yang terdapat pada piramid dan sphinx, diketahui bahwa penguasa yang membangun benda-benda itu, mendewakan Matahari.
Oleh karenanya, apabila kita imaginasikan wajah Sphinx menghadap ke arah ufuk timur, tempat terbitnya matahari, secara mengejutkan diperoleh fakta bahwa Mekkah ternyata berada di wilayah kutub utara.

Apa makna semua ini ?
Seorang cendikiawan muslim, ustadz Nazwar Syamsu menduga, pergeseran posisi menghadap pada Sphinx erat kaitannya dengan bencana maha dahsyat ribuan tahun yang silam, yang kita kenal sebagai bencana banjir Nuh
Hal ini juga didukung oleh informasi Al Qur’an, yang menceritakan posisi Bakkah (Mekkah), berada di wilayah Utara (QS. Nuh (71) ayat 14), sebelum peristiwa bencana Nuh (Sumber : Sains dan Dakwah).
Sphinx, adalah patung singa bermuka manusia yang juga merupakan obyek penting dalam penelitian ilmuwan, tingginya 20 meter, panjang keseluruhan 73 meter, dianggap didirikan oleh kerajaan Firaun ke-4 yaitu Khafre.
Namun, melalui bekas yang dimakan karat (erosi) pada permukaan badan Sphinx, ilmuwan memperkirakan bahwa masa pembuatannya mungkin lebih awal, paling tidak 10 ribu tahun silam sebelum Masehi.
Seorang sarjana John Washeth juga berpendapat: Bahwa Piramida raksasa dan tetangga dekatnya yaitu Sphinx, jika dibandingkan dengan bangunan masa kerajaan ke-4 lainnya, sama sekali berbeda, Sphinx diperkirakan dibangun di masa yang lebih purba.
Dalam bukunya “Ular Angkasa“, John Washeth mengemukakan: perkembangan budaya Mesir mungkin bukan berasal dari daerah aliran sungai Nil, melainkan berasal dari budaya yang lebih awal.
Ahli ilmu pasti Swalle Rubich dalam “Ilmu Pengetahuan Kudus” menunjukkan: pada tahun 11.000 SM, Mesir pasti telah mempunyai sebuah budaya yang hebat. Pada saat itu Sphinx telah ada, hal ini bisa terlihat, pada bagian badan Sphinx yang jelas sekali ada bekas erosi. Diperkirakan akibat dari banjir dahsyat di tahun 11.000 SM.


Perkiraan erosi lainnya pada Sphinx adalah air hujan dan angin.
Washeth mengesampingkan dari kemungkinan air hujan, sebab selama 9.000 tahun di masa lalu dataran tinggi Jazirah, air hujan selalu tidak mencukupi, dan harus melacak kembali hingga tahun 10.000 SM baru ada cuaca buruk yang demikian.
Washeth juga mengesampingkan kemungkinan tererosi oleh angin, karena bangunan batu kapur lainnya pada masa kerajaan ke-4 malah tidak mengalami erosi yang sama. Dan bisa terlihat, pada tulisan berbentuk gajah dan prasasti peninggalan kerajaan kuno, dimana tidak ada sepotong batu pun yang mengalami erosi, separah Sphinx.
Profesor Universitas Boston, dan ahli dari segi batuan erosi Robert S. juga setuju dengan pandangan Washeth sekaligus menujukkan: Bahwa erosi yang dialami Sphinx, ada beberapa bagian yang kedalamannya mencapai 2 meter lebih, dan jelas sekali merupakan bekas setelah mengalami tiupan dan terpaan angin yang hebat selama ribuan tahun.
Washeth dan Robert S. juga menunjukkan: Teknologi bangsa Mesir kuno tidak mungkin dapat mengukir skala yang sedemikian besar di atas sebuah batu raksasa, produk seni yang tekniknya rumit.
Jika diamati secara keseluruhan, kita bisa menyimpulkan secara logis, bahwa pada masa purbakala, di atas tanah Mesir, pernah ada sebuah budaya yang sangat maju, namun karena adanya pergeseran lempengan bumi, daratan batu tenggelam di lautan, dan budaya yang sangat purba pada waktu itu akhirnya disingkirkan, meninggalkan piramida dan Sphinx dengan menggunakan teknologi bangunan yang sempurna.
Dalam jangka waktu yang panjang di dasar lautan, piramida raksasa dan Sphinx mengalami rendaman air dan pengikisan dalam waktu yang panjang.
Temuan ahli arkeologi, berkenaan dengan Sphinx nampaknya sejalan dengan temuan Geologi, yang memperkirakan pada sekitar masa 11.000 SM, pernah terjadi banjir global yang melanda bumi.
Peristiwa banjir global inilah, yang menurut Ustadz H.M. Nur Abdurrahman, sebagai banjir di era Nabi Nuh. Yang sangat luar biasa, dan memusnahkan seluruh peradaban ketika itu, dan yang tersisa adalah mereka yang meyakini Syariat Allah, melalui utusanNya Nabi Nuh As.


w`alam..

Isnin, 6 Februari 2012

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Gambar Hiasan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،

Rahsia Di Sebalik JANGGUT SUAMI KEPADA ISTERI

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari `azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Wallahu’alam…

Khamis, 2 Februari 2012

Antara Salasilah Baginda Nabi SAW


Do`a Saiyyidina `Umar al-Khattab r.a
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،

Isteri² Baginda  Nabi SAW
  • Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH)
  • Zainab binti Khuzaimah (wafat 1 SH)
  • Aisyah binti Abu Bakar (wafat 57 H)
  • Hafsah binti Umar (wafat 45 H)
  • Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
  • Maimunah binti Harits (wafat 50 H)
  • Mariah Qibtiah (wafat 16 H)
  • Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H/ 643 M)
  • Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
  • Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H)
  • Ummu Salamah (wafat 57 H)
  • Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)
Putera dan Puteri Baginda Nabi SAW
  • Al- Qasim bin Muhammad
  • Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.)
  • Ruqayyah binti Muhammad (wafat 2 H)
  • Ummu Kultsum (wafat 9 H)
  • Fatimah Az-Zahra (wafat 11 H)
  • Abdullah bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
  • Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H ketika kecil)
Cucu² Baginda Nabi SAW
  • Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah)
  • Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.)
  • Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.)
  • Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)
  • Zainal Abidin (wafat 93H)
  • Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)
Bapa Saudara Baginda Nabi SAW
  • Abbas bin Abdul Mutalib (wafat 32 H)
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib (wafat 3 SH)
  • Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)



    w`alam.. 
Related Posts with Thumbnails