ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Rabu, 17 November 2010

menggerak-gerakkan jari ketika tasyahud


Perbahasan berkenaan menggerak²kan jari ketika tasyahud ini merupakan khilaf yang masih lagi dibincangkan ulama hingga ke hari ini. Dalam membincangkan persoalan ini, beberapa hadis sahih telah dikumpulkan berkaitan perkara ini. Di antara hadis-hadis tersebut ialah: 


1. Abdullah bin Jubair ra berkata: Bahawasanya Nabi saw adalah beliau ketika berdoa (tasyahud), beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak menggerak-gerakkannya.

2. Wail bin Hujur ra berkata: "Aku akan tunjukkan cara solat Rasulullah saw." (Seterusnya beliau menerangkan): "Ketika duduk (tasyahud), beliau duduk di atas kaki kirinya sambil meletakkan tangan telapak tangan kirinya di atas paha dan lututkirinya. Kemudian baginda mengangkat sedikit siku kanannya di atas paha kanannya. Kemudian beginda melipatkan dua jari )jari kelingking dan jari manisnya) dengan ibu jarinya dan membentuk satu lingkaran )dengan jari tengah). Kemudian baginda mengangkat jarinya (telunjuk) dan aku melihat beliau menggerak-gerakkannya dan baginda berdoa dengannya."

3. Abu Humaid ra berkata: "Akulah orang paling tahu di antara kalian tentang solat Rasulullh saw." (Seterusnya beliau menenrangkan). "Bahawasanya Rasulullah saw duduk yakni duduk tasyahud maka baginda membentangkan kaki kirinya dan menghadapkan bahagian depan kaki kanannya ke arah kiblat. Beliau meletakkan telapak tangan kanannya atas lutut kanannya dan telapak tangan kirinya atas lutu kirinya. Dan beliau mengisyaratkan dengan jarinya, yakni jari telunjuknya."


Kesemua hadis-hadis di atas adalah hadis sahih. (Albani mengatakan bahawa hadis pertama di atas adalah syadz. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan hadis menggerakkan jari. Walaupun begitu, beliau mengatakan isnadnya kuat) Daripada ketiga-tiga hadis di atas, kelihatan seperti terdapat percanggahan antara hadis-hadis tersebut. Di mana ada yang mengatakan tidak bergerak dan ada yang mengatakan jari digerakkan ketika tasyahud.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang lebih afdal? Menurut Imam Syafi'e, tidak menggerakkan jari adalah lebih afdal. Al-Baihaqi telah menghuraikan bahawa hadis kedua di atas bukanlah bermaksud menggerakkan jari berulang-kali, tetapi kalimah menggerak-gerakkan jari tersebut membawa erti memberi isyarat dengannya. Ini dikuatkan lagi dengan bilangan hadis yang mengatakan tidak digerakkan jari adalah lebih banyak berbanding sebaliknya.

Walaupun hadis-hadis di atas seakan-akan saling bercanggah antara satu dengan yang lain, tidaklah bermaksud hadis-hadis tersebut boleh dimansukhkan. Penilaian syadz oleh Albani bukanlah muktamad kerana hadis tersebut disahihkan oleh Abu Uwanah, Abu Daud, An-Nasai dan al-Baihaqi. Apatah lagi Albani sendiri mengatakan isnadnya adalah kuat.

adapun mengangkat jari ketika tasyahud, secara umum terdapat beberapa pendapat yang masyhur yakni: 

Mengangkatkan jari ketika kalimah Lailahaillallah atau Illallah.
Mengangkatkan jari dari mula tasyahud hingga ke akhir.

Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyokong amalan yang pertama di atas. Ini bermakna kaedah mengangkatkan jari yang sebenar adalah mengangkatkannya dari awal hingga ke akhir tasyahud. Bersesuaianlah dengan pendapat Imam Syafi'e sendiri yang dinukilkannya dalam kitab al-Umm.

Oleh yang demikian, amalan yang pertama seharusnya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga ditemukan dengan dalil yang sahih. Dengan erti kata yang lain, kaifiat tasyahud adalah mengangkatkan jari dari awal hingga akhir tasyahud, bukannya hanya ketika menyebut kalimah Lailahaillallah.

*wallahu wa RoSuluhu a'alam

Sabtu, 13 November 2010

kelebihan 10 hari pertama bulan zuLhijjah


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (لآ إله إلا الله ), takbir (الله أكبر) dan tahmid (الحمد لله)”.
Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”...
Amalan yang dianjurkan padanya ialah:
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan dosa yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik diterima tiada baginya balasan melainkan syurga”...
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, ....“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.....
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,.... “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.... Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.
3. Takbir (الله أكبر) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya,... “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (لآ إله إلا الله), takbir (الله أكبر) dan tahmid (الحمد لله)”…..
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat  fardu lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji,  takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,.... “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya...

*wallahu wa RosuLuhu a'alam

Jumaat, 22 Oktober 2010

tiGa 'amaLan per-oleh kebaiKan atas dUnia

...." Daripada Abi Huroirah, bersabda Nabi SAW: seSape yang ber'amaL atau mengajar orang laen aKan nasihat²ku ini, kamu akan peroleh kebaikan diatas dOnia.. berkata Abu Huroiroh: Apkh ia ya Rosulullah?? bersabda Nabi SAW:-


i. takutLah kaMu daripada melakukan perkara² HARAM, kamu akan menjadi Quat dalam meNunaikaN 'ibadah kepadaNYA..

ii. REDHO dengan apa yang teLah dibahagi²kan ALLAH kepada hmba²NYA, kamu akan meNjadI KAYA diSisiNYA..

iii. berbUat BAIK kepada jiran,kamu akan menjAdi MUKMIN yaNg kamil....."


- riWyH tirMiziY -

 

~~ saiyyidina 'aLi bertanYe Nabi SAW: siapakah mereka² yang KAYA dan MISKIN ini ya Rosulullah?? Sabda baGinda Nabi SAW: sEsuNggUhnya orang yang PALING miskin adalah mereka yang TAK CUKOP dEngAn apa yang ada.. adapun oraNg yang PALING KAYA adaLah mereka yang berasa CUKOP dEngan apa yaNg diaNugerahkan ALLAH kpdnya.. 


*wallahu wa rosuLuhu a'aLAm


Adakah Ini Juga Teori Konspirasi??


Ku Melihat,Ku Berfikir...Ku Menulis (Dengan Izin Allah)
Tapi Kata2 Seorang Yang Tidak Mempunyai Pangkat Ataupun Harta...Seperti Jeritan Seekor Semut Memanggil Sang Gajah...

Kita Hanya Mampu Berkata2...Tapi Pihak Pemerintah Yang Sepatutnya/Sewajarnya Berfikir Mengunakan AKAL Yang ALLAH Kurniakan.....



Ku Melihat...Negara Yang Ku Cintai Ini..Yang Dihuni Berbilang Bangsa Dan Etnik..
Kebebasan Beragama Juga Menjadikan Negara Ini MENARIK Dengan SIKAP Tolenransi Sesama Insan.....
Ku Melihat....Kejayaan Demi Kejayaan....Daripada Saudara2 Seagamaku Dan Juga Kejayaan Orang2 Bukan Islam Di Dalam Negara Ini.

Antara Kejayaan Umat2 Islam Di Negara Ini Adalah
 =Peperangan Politik Yang Tidak Diketahui Sampai Bilakah Kesudahannya...
 =Pembuangan Anak Merata2...Stastik Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Setiap Tahun Semakin Meningkat...
(Rata2nya Adalah Remaja2 Islam)
 =Ramai Saudaraku Menghuni Pusat2 Pemulihan(Kerana Dadah)
 =Penubuhan Sekolah Harapan Untuk Melindungi Remaja2 Yang Sudah Telanjur
 =Dan Tak Ketinggalan Daripada Drama Melayu Yang Penuh Unsur Hantu Dan Syaitan Yang Penuh Dengan Unsur2 Tahyul.Mendedahkan Aurat...,Dan Penghasilan Filem Superhero MelayuTokekman(Sedankan Tokek Itu Wajar Dibunuh)
=Kemunculan Kumpulan Wanita ISLAM Yang Kononnya Ingin Memperjuangkan Nasib Kaum Hawa (SIS)

Sungguh Membanggakan  Kejayaan Demi Kejayaan Ini...

Mari Kita Bandingkan Dengan Kejayaan Orang2 Bukan Islam Di Dalam Negara Ini....
=Kemunculan IFC Yang Jelas Dan Nyata Mencabar Islam Mengunakan Undang2 Barat(Hak Kebebasan Beragama)
=Terbinannya Patung2 Budha Berdiri,Baring,Duduk Yang Dikatakan Tebesar Di Asia...
=Pembinaan Gereja Untuk Golongan Gay....

DAN TERBARU......
(Tahun 2008)




Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina (Pembinaan Bermula Sekitar 2008 Lagi )di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang.

Alamat Asal Kumpulan Church Ini
Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 | fax. (603) 7728 8037 |
Menurut sejarah Calvary Church, pada tahun 1968, hanya terdapat 168 orang pengikut sahaja. Pada tahun 2008, jumlah itu telah meningkat kepada 10,200 orang. Mampukah umat Islam menghadapi cabaran dari CCC ini?
INSYALLAH



Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan
(Signbord Berwarna Biru)
gereja ini ditulis “Adanya Harapan”, “There Is Hope”. Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik? Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan umat missionary tersirat CCC ini.

Harapan Untuk Apa ?
Adakah Kepercayaan Bahawa 2012 Adalah Kiamat Seperti Mana Dakwaan Orang2 Bukan Islam ??

Dibina nya Pusat Perlindungan@Gereja Sebegini Khas Untuk Golongan Mereka (Untuk Menghadapi Banjir Besar Yang Dipercayai Oleh Mereka Akan Berlaku Sekitar 2012 Nanti)..





Gereja@Pusat Perlindungan Kerana Mereka Percaya Pada Ramalan 2012 Dimana Kemunculan Planet Nibiru........
Planet ini dinamakan dengan pelbagai nama antaranya Planet X, Nibiru, Red Giant, Destroyer (nama diberikan oleh orang zaman kuno) etc. Whatever it is, ia pasti akan membawa bala besar kepada bumi dan planet-planet berdekatan kerana ia telah dibuktikan bahawa ia pernah melalui sistem kita ini dan ia akan ‘flyby’ atau melintas selang 3600 tahun. Ia dipercayai telah menyebabkan banjir besar pada Zaman Nabi Noh, berlakunya Ice Age dan menenggelamkan Atlantis!
WAllahu'alam...
Sesungguhnya Urusan Kiamat Itu Hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui....
Comel Kan Bangunan Nie...
Jom Lihat Lebih Dekat...Bagaimana Unsur2 Firaun Ataupun Lambang Ilmu Kabalah(Ilmu Sihir Yahudi Dibangunkan Tanpa Disedari)


MungkinKebetulan Demi Kebetulan Sahaja...

:)
Tinggalkan Dahulu Cerita Pusat Perlindungan (Kapal Nabi NUH)
Kerana Lebih Ramai Yang Menentang Pembinaan Bangunan Ini Kerana Tidak Mahu YANG "BESAR" Bertapak Di Atas Negara Ini..

Sungguh Membanggakan Bukan...Melihat Perkembangan Demi Perkembangan Di Dalam Negara Yang Ku Cintai Ini....
Berdasarkan Isu Baru Ini..Diharap Sahabat2 Sekalin Janganlah Mudah Melatah....
Tapi Renungkan......Di Saat Kita Hendak Bangkit Menghalang Pembinaan Ini...
Sudahkah Masjid2 Berhampiran Kita Makmurkan ?
Sudahkah Masjid Kita Penuhkan....
Sudahkah Akidah Dan Iman Kita Diperkuatkan....
Sudahkah Kita Menjadi Sebenar-Benar Muslim..
Sudahkah Anggota Keluarga Kita FAHAMkan Ajaran Islam Yang Sebenar ?
Sudahkah Sahabat2 Sekeliling Kita Kita FAHAMKAN Ajaran Islam Yang Sebenar ?

Renungkan.....Pula Sikap2 Orang2 Islam Luar Negara...
Berkat Kesabaran Mereka..Satu Persatu Gereja Berjaya Dijadikan Masjid...
InsyaAllah...Seperti Di Luar Negara...Sudah Banyak Gereja Yang Berjaya Dibeli Saudara2 Seakidah Untuk Dijadikan MASJID...
Jadi Pembinaan BESAR Ini..
InsyaAllah..Ada Hikmahnya Pada Kita.....

Firman ALLAH dalam Surah Al Kafirun, maksudnya: Katakanlah: Wahai orang-orang kafir! Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pemah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pemah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.”

Visi kebebasan beragama merupakan hal yang sangat jelas dalam ajaran Islam (Q.S. al-Baqarah: 256, al-Maidah: 48). Manusia bebas untuk memiliki keyakinan apapun yang dipilihnya. Tidak seorangpun berhak untuk menghina keyakinan orang lain, atau mengutuk, menuntut, dan menghukumnya.
Firman ALLAH
“Tidak ada paksaan dalam beragama; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat” (Q.S. Al-Baqarah : 256)

Jadi...Sebagai Seorang Yang Menganut Islam...Janganlah Menanamkan Kebencian Kepada Agama Lain...
Bukan Ini Islam Ajarkan Kepada Kita...
Saling Menghormati Satu Sama Lain...
Jika Kerana Islam Umat Islam Ini Bersaudara..
Maka Anggaplah Orang Lain (Agama Lain) Itu Saudara  Kita Semanusia...
InsyaAllah....

InsyaAllah...Saat Sahabat2 Bersedih Kerana Akan Terbina Sebuah GEREJA BESAR...
Cuba Sahabat Search Pula Di Dalam Google...Gereja2 Yang Dijual (Kerana Kurangnya Kehadiran Jemaah2 Mereka Lalu Tidak Dapat Menampung Kos Gereja Itu)Ini Membuktikan..Yang Haq Tetaplah Haq
(Di Bawah Adalah Satu Contoh Gereja Yang Berjaya Dibeli Dan Diubah Menjadi Masjid)


Alhamdulillah Atas Petunjuk Dan Hidayah Allah..
Syukran Jazilan Kepada Sahabat Yang Perihatin Memberikan Info-Hasron Norsah=


La Tahzan
Hanya Allah Yang Menentukan Segalanya...


*wallahu wa rosuluhu a’alam

Isnin, 18 Oktober 2010

Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim





Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim:

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima

kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak

dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok

mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,

bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan

suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan

menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya...



*wallahu wa rosuLuhu a'alam
 

Selasa, 12 Oktober 2010

Masalah Visa Dan Tiket Pelajar-pelajar baru universiti islam madinah




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Semoga semua dalam keadaan ceria walaupun masalah kelewatan visa dan tiket sedang melanda. Apa yang diharapkan kepada semua pelajar adalah bersabar dan terus bersabar. Memang ini adalah ujian yang besar bg semua pelajar daripada seluruh dunia. Gunakanlah masa yang ada untuk menambah masa yang berkualiti bersama keluarga dan rakan2 sebelum berlepas ke Madinah. Fikirkan yang positif.


Sebenarnya masalah visa ni di luar kuasa universiti kerana mereka telah menyerahkan nama kepada Kementerian Luar Saudi untuk urusan visa. Kelewatan berpunca drp pihak kementerian. Kami pihak urusetia dah follow up selang beberapa hari dengan pihak imadah dengan harapan ada berita baik untuk disampaikan kepada semua. Sebab itu lah ana x cerita awal2 pasal masalah visa ni. Tadi selepas follow up, berita masih sama kerana masih tiada perkhabaran baru. Nanti kami akan follow up lagi. Mengikut sumber yang keluar daripada pihak universiti sendiri, kemungkinan besar pelajar baru akan sampai selepas haji. Oleh itu di sini ana sebutkan beberapa perkara:


1 - gunakan masa yang ada untuk melengkapkan barang2 antum seperti pakaian, makanan dan alatan2 lain yang bakal diperlukan.


2 - sebarang persoalan boleh terus berhubung dengan kami pihak urusetia melalui email atau sms. nom arab ana: +966546684849 (hanif) dan nom arab firdaus: +966546708484 . walaubagaimanapun nom Malaysia kami juga aktif cuma kami bagi nom arab just in case kalau ape2 hal.


3 - Ust Saifuddin ada memaklumkan pada ana bahawa setiap hari ramai pelajar dan ibu bapa yang telefon beliau bertanya mengenai tiket dan visa. ana ingin bgtau bahawa beliau juga sibuk dengan urusan lain bukan dengan pelajar baru sahaja. lebih-lebih lagi pada musim haji ni beliau akan menjadi pembimbing jemaah haji yang memerlukan beliau pergi ke tanah suci. boleh bertanya kepada beliau tapi jangan terlalu kerap dan kalau boleh telefon beliau kalau betul2 ade urusan penting. kalau rasa Ust Saifuddin agak busy boleh tanya kami atau terus tanya Ust Zainal yang bekerja di kedutaan Saudi di Ampang tu. nom die: +60192028918. Ust Saifuddin mesti akan maklumkan kepada antum kalau visa dh keluar. biasenye die akan maklumkan kami dan ana juga akan maklumkan die kalau ade ape2.


4 - elakkan daripada menyebarkan khabar angin yang tidak pasti sumbernya berkenaan dengan visa dan tiket. mesti ramai yang dengar macam2 riwayat mengenai tarikh visa keluar dan tarikh berlepas. jangan percaya kalau belum pasti. setakat ni pihak universiti sendiri x tahu bila visa akan keluar dan bila pelajar akan sampai. jangkaan mereka adalah selepas haji. pegang dengan berita ni dulu. yang lain kami akan maklumkan kemudian insyaAllah.


Jazakallahu khairan.


MOHAMAD HANIF BIN MOHAMAD ZAID
KULIAH AL-QURAN DAN PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI ISLAM MADINAH

Khamis, 23 September 2010

Kematian Itu Sesuatu Yang Pasti!!



Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal ataupun kematian. Demikianlah sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah ta’ala yang menghiasi pentas kehidupan segala ciptaanNYA di atas dunia yang dikatakan FANA  ini . Namun ada hikmah yang tersembunyi di sebalik proses kehidupan dan kematian yang mewarnai hidup ini sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah ta’ala dalam surah Al Mulk , ayat 2 yang bermaksud : Dialah Allah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik ‘amalnya dan Allah Maha Berkuasa (membalas ‘amal kamu ) lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubah ) . Jelas dari mafhum ayat suci tersebut bahawa hikmah di sebalik kejadian kehidupan dan kematian ialah untuk menguji siapakah dari kalangan hamba-hamba Allah yang lebih bertakwa kepada-NYA .
            Allah ta’ala menegaskan bahawa setiap makhluk yang menghuni di muka bumi Allah ini akan binasa bila tiba masanya nanti termasuklah para nabi dan rasul yang terpilih dan juga para malaikat sendiri seperti Jibril , Mikail dan hinggakan Malakait Maut itu sendiri akan menemui mautnya. Hanyasanya Allah ta’ala sahaja yang kekal hidup sampai bila-bila sesuai dengan sifatNYA yang Maha Hidup . Dalam hal ini , Allah ta’ala berfirman dalam surah Al Rahman , ayat 26 - 27 yang bermaksud : Semua yang ada di bumi akan binasa . Dan hanya yang tetap kekal zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan .


            Apa yang jelas dari wujudnya kematian dan kehidupan yang bersilih ganti dalam perjalanan hidup ini ialah betapa dunia yang didiami ini sebenarnya bersifat sementara dan begitulah juga kehidupan manusia di dunia ini pun bersifat sementara juga . Oleh sebab itulah , Islam datang menjelaskan kepada ummahnya tentang hakikat penciptaan dan kejadian manusia ialah berdasarkan kepada soalan : Dari manakah kita datang ?? Untuk apa kita didatangkan ?? Dan ke mana pula kita akan pergi setelah kita datang ini ?? . Jawapan tersebut ialah dari Allah kita datang , untuk Allah kita hidup dan kepada Allah jualah kita akan kembali . Daripada sini , persepsi seorang muslim amat jelas tentang matlamat sebenar kehidupan dan kematian yang mewarnai pentas kehidupan mereka di dunia ini .


            Dengan kata lain , kehidupan di dunia ini menurut kaca mata seorang yang beriman kepada Allah adalah merupakan jambatan yang menuju ke ‘alam akhirat atau seumpama kebun akhirat di mana seseorang akan menuai hasilnya di hari akhirat kelak . Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal di mana tidak wujud lagi istilah kematian dalam kamus kehidupan akhirat . Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka masuk ke neraka , maka didatangkanlah maut itu dan diletakkan di antara syurga dan neraka , kemudian disembelih . Selepas itu terdengarlah seruan : Wahai penduduk syurga !!!! Tidak akan terjadi lagi kematian . Wahai penghuni neraka !!!! Tidak akan ada lagi kematian . Dengan demikian , semakin bergembira dan bersukacitalah para ahli syurga dan sebaliknya semakin menderita dan sengsaralah para ahli neraka .
 ( Riwayah iMaM Bukhari )

            Terdapat sebahagian besar ummah Islam yang merasa gerun dan takut apabila disebut perkataan mati . Ada pula orang yang tidak merasa apa-apa , malah merasa biasa sahaja biarpun bila berdepan dengan kematian rakannya dan sebagainya . Sebahagian yang lain pula yang tidak beriman kepada hari akhirat menganggap bahawa apa yang berlaku ini , semuanya tidak lain melainkan lumrah kejadian ‘alam, dimuntahkan oleh rahim dan kemudiannya ditelan oleh bumi sebagaimana kepercayaan golongan Dahriyyin yang dirakamkan Allah ta’ala dalam surah Al Jathiyah , ayat 24 yang bermaksud : Dan mereka berkata : Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini . Kita mati dan kita hidup ( silih berganti ) ; dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran masa . Padahal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu . Mereka hanyalah menurut sangkaan minda mereka yang terbatas semata-mata .



            Manakala bagi orang-orang beriman dan meyakini hari akhirat , mereka percaya bahawa kematian yang bakal ditempohi nanti bukanlah nokhtah penghujung yang terakhir . Sebaliknya , perjalanan hidup mereka masih jauh di mana mereka akan berada di ‘alam barzakh terlebih dahulu sebelum berpindah ke ‘alam akhirat yang kekal abadi . Orang-orang yang beriman sebenarnya tidak sabar-sabar lagi untuk menghuni ‘alam syurga yang penuh kenikmatan sebagaimana telah terrmaktub pada firman Allah dalam surah Az Zumar , ayat 74 yang bermaksud : Dan mereka mengucapkan : Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah menjadikan kami mewarisi bumi syurga ini dengan sebebas-bebasnya , kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja kami sukai . Maka pemberian yang sedemikian ialah yang sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang ber’amal .


            Selanjutnya , ingatan orang-orang mukmin tetap segar dan berkumandang dengan firman Allah dalam surah Al ‘Ankabut , ayat 64 yang bermaksud : Dan (ingatlah bahawa ) kehidupan dunia ini ( meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat ) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan . Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui ( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat )

 
            Lanjutan daripada itu , antara pesanan Rasulullah SAW kepada ummahnya di dalam menelusuri titian hidup di dunia ini ialah mengingati mati . ‘amalan tersebut bukanlah bertujuan untuk meninggalkan terus urusan keduniaan yang sedang rancak berlangsung . Lebih-lebih lagi , Islam menyeru ummahnya agar membangun akhirat seimbang dengan pembangunan keduniaan sehingga kebajikan dan kebaikan itu meliputi kesemuanya . Membangun keduniaan dengan bermodalkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah itulah yang sebenarnya dituntut oleh Islam . Oleh yang demikian , baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Seandainya terjadi hari kiamat dan di tangan salah seorang kamu ada biji benih kurma , maka hendaklah dia menanamkannya ( mencampakkannya ke atas tanah untuk dikembang-biakkan benih tersebut ) .
( Riwayah iMaM Ahmad)



             Sehubungan itu , baginda Rasulullah SAW memuji sesiapa yang sentiasa mengingati mati dalam diari hidupnya sehingga dia dianggap oleh baginda SAW sebagai orang yang paling bijaksana di kalangan orang-orang mukmin . Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta ber’amal sebagai persedian untuk bertemu menghadap Allah ta’ala selepas mati . Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah .
( Riwayah iMaM Tirmizi )



            Dalam satu hadis yang lain , baginda Rasulullah SAW menggalakkan ummahnya agar memperbanyakkan mengingati mati sebagaimana berdasarkan kepada sabdanya yang bermaksud : Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan . Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah , nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang , nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri .
( Riwayah iMaM Al Bazzar dan Al Baihaqi )



            Mafhum yang tersurat dan tersirat daripada dua hadis tersebut jelas menyimpulkan bahawa fitnah dunia ini yang terdiri daripada isteri , anak pinak , harta, pangkat , keturunan dan sebagainya selalu mengelabui pemikiran dan pandangan hidup manusia di samping sentiasa melalaikan dan melekakan manusia dari matlamat hidup yang sebenarnya . Oleh sebab itulah , baginda Rasulullah SAW sentiasa menganjurkan ummahnya agar selalu mengingati mati kerana ‘amalan tersebut akan membuatkan manusia sedar bahawa pesona atau fitnah dunia yang menghiasi ‘alam ini hanyalah permainan dan gurauan senda yang bersifat sementara sahaja . Ini bermakna, harta yang dicari akan hilang atau habis juga akhirnya , anak-pinak dan isteri akan ditinggalkan juga bila maut datang menjemput seseorang manusia serta pangkat dan keturunan pula akan luput ditelan bumi . Dalam hal ini , Allah ta’ala berfirman dalam surah Asy Syura , ayat 27 yang bermaksud : Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya , nescaya mereka akan melampaui batas di bumi ( dengan perbuatan-perbuatan liar durjana ) . Akan tetapi , Allah menurunkan ( rezeki-Nya itu ) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya . Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat dengan nyata .



            Dengan mengingati mati , seseorang muslim akan sentiasa menginsafi dirinya dan menyedari bahawa Allah ta’ala Maha Memerhati dan Mengawasi setiap gerak-gerinya samada di waktu terang-terangan mahupun di kala waktu sunyi . Dengan mengingati mati juga akan mengurangkan panjangnya angan-angan , menjauhkannya dari fitnah dunia yang agak mempersonakan dan membersihkan hatinya dari terpalit dengan sifat sombong dan tamak . Seterusnya , mengingati mati akan menjadikan seseorang muslim mempunyai wawasan hidup duniawi dan ukhrawi yang jelas , memiliki semangat waja dan beristiqomah dalam menelusuri titian hidup yang penuh dengan pancaroba dan hatinya akan sentiasa bergantung harap hanya kepada Allah ta’ala .



            Apa yang diimpikan dalam dasar lubuk  jiwa seseorang yang beriman kepada Allah ta’ala melalui ‘amalan mengingati mati ini ialah mengharapkan agar apa yang dijanjikan Allah ta’ala kepada orang-orang yang beriman iaitu keredhaan ilahi dan juga kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat .


            
Perlu diinsafi bahawa kad jemputan maut akan datang pada bila-bila masa tanpa mengambil kira masa sihat atau masa sakit , masa senang atau masa susah , masa muda atau masa tua , lelaki atau perempuan , masa kaya atau masa miskin dan masa lapang atau masa sibuk . Malahan maut juga tidak akan terlewat atau tercepat dari ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah ta’ala di Luh Mahfuz . Maut menjadi satu rahsia yang hanya diketahui oleh Allah ta’ala sebagaimana ditegaskan sendiri dalam firman-Nya dalam surah Luqman , ayat 34 yang bermaksud : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat . Dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang terkandung dalam rahim ( ibu yang mengandung ) . Dia tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok ( samada baik atau jahat ) ; dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Meliputi Pengetahuan-Nya .



            Justeru , setiap insan sewajibnya menginsafi diri bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan bila sampai masanya nanti , setiap individu akan dipanggil bertemu menghadap Allah ta’ala . Alangkah beruntungnya bagi insan yang beriman dan bersiap sedia menghadapi hari kematian mereka dengan bekalan  ‘amal salih dan ketakwaan kepada Allah ta’ala dan sebaliknya , alangkah tersangat rugi dan malangnya orang-orang yang mengingkari kepastian hari akhirat dan tidak beriman kepada Allah di mana tiada lagi peluang kali kedua atau seterusnya untuk kembali ke dunia . Kehidupan di dunia hanya sekali sahaja bagi setiap insan dan kehidupan yang sebenarnya yang kekal abadi ialah kehidupan di ‘alam akhirat nanti . Firman Allah ta’ala dalam surah as sajdah , ayat 12 yang bermaksud : Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin .

*wallahu wa rosuluhu a’alam

Selasa, 21 September 2010

aLbi nadak

albi nadak ( seruan hatiku )

Hanya padamu...
diri ini hanya milikmu...
datanglah dekat
air mataku mengalir
mengharapkanmu....

Hanya padamu..... 
dan jiwaku padamu....
wahai kasihku usia kita,
usiaku
seluruh hidupku untukmu...

Cintamu adalah hayatku....
Dirimu buat kita bercinta....
sebenar-benar cinta.....
Hatiku disini,
Keindahanmu milikku,
Jadi bersatu......

Hatiku memanggil……
Harapkan engkau sentiasa setia,
Hanya dirimu,
Selepas bertahun lihatlah sayang,
Kita berjumpa disini dan bersama,
Airmataku mengalir keranamu……

Engkaulah kekasih,
Diriku hanya untukmu,
Seluruh hidupku, usiaku…
Kerna matamu,
Aku serahkan segalanya…..

Hatiku memanggil……
Harapkan engkau sentiasa setia,
Hanya dirimu,
Selepas bertahun lihatla sayang,
Kita berjumpa disini dan bersama,
Airmataku mengalir keranamu……

Engkaulah kekasih,
Diriku hanya untukmu,
Seluruh hidupku, usiaku…
Kerna matamu,
Aku serahkan segalanya…..

Apa yang daku harapkan,
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya,
Katakanlah kepadaku….
Diri ini….
Sekian lama mengharapkan,
Hati ini, perasaan ini,
Bersama hati dan perasaanmu…..

Cintamu adalah hayatku....
Dirimu buat kita bercinta....
sebenar-benar cinta.....
Hatiku disini,
Keindahanmu milikku,
Jadi bersatu......

Hatiku memanggil……
Harapkan engkau sentiasa setia,
Hanya dirimu,
Selepas bertahun lihatlah sayang,
Kita berjumpa disini dan bersama,
Airmataku mengalir keranamu……

Engkaulah kekasih,
Diriku hanya untukmu,
Seluruh hidupku, usiaku…
Kerna matamu,
Aku serahkan segalanya…..

Hatiku memanggil……
Harapkan engkau sentiasa setia,
Hanya dirimu,
Selepas bertahun lihatla sayang,
Kita berjumpa disini dan bersama,
Airmataku mengalir keranamu……

Engkaulah kekasih,
Diriku hanya untukmu,
Seluruh hidupku, usiaku…
Kerna matamu,
Aku serahkan segalanya…..

Wahai Maha Pengasih,
Andai diriku jatuh cinta,
Benihkanlah hatiku
Pada seseorang yang
Melabuhkan cintanya
Pada MU…..

Wahai Maha Penyayang,
Andai aku rindu,
Rindukanlah aku
Pada seseorang yang merindui
SYAHID di jalan MU……


Related Posts with Thumbnails