ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 9 Mei 2011

Enam Perkara Jamin Syurga ALLAH 'Azza wajall

Baginda Nabi SAW menyatakan bahawa jaminan SYURGA sekiranya kita menjaga ENAM PERKARA ini:

> apabila kamu berCAKAP JANGAN berBOHONG..
> apabila kamu diAMANAHkan sesuatu padamu JANGAN mengKHIANATi amanah tersebut
> apabila kamu berJANJI dengan sesiapapun JANGAN kamu menDUSTA dan meMUNGKIRi janjimu
 > TUNDUKkanlah pandangan MATAmu
> menahan TANGAN dari mengambil harta benda yang BUKAN HAQ kamu
> PELIHARA KEMALUAN kamu daripada berbuat ZINA


*w'alam....

Unta

uNta pAdaNg pAsiR...=)




Aneh dak, Allah meminta kita melihat kepada penciptaanNYA, UNTA..
Dalam Al Quran, ada dorongan yang begitu jelas tentang itu.. Firman Allah:

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت

.....“Maka apakah mereka tidak memerhatikan UNTA bagaimana ia diciptakan??....”
- Al Ghashiyyah: 17 -

Jika sudah ada dorongan sedemikian daripada ALLAH, sudah pasti itu adalah sesuatu yang sangat penting.. Maha suci Allah, yang tidak akan meletakkan sesuatu yang remeh-temeh dalam Al Quran yang begitu agung dan mulia.. Dan sudah pasti juga tentu ada kebaikan, pengajaran dan manfa'at hasil dorongan itu..
Di Malaysia, sukar untuk kita melihat atau jumpa dengan unta Kecuali di zoo atau sekali-sekala bila musim Hari Raya Korban.. mungkin pada masa tu kita berpeluang melihat unta dari dekat.. Tapi rasanya itu bukan halangan untuk kita memenuhi dorongan ALLAH itu.. Kita boleh mendapat maklumat tentang ke'ajaiban unta menerusi buku², laman² web ataupun majalah².. Baiklah, sekarang mari kita cerita dan bincangkan beberapa ke'ajaiban untuk menjadi pengajaran bagi kita sendiri..
1. Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan sejuk, tetapi juga mencegah tubuhnya daripada kehilangan bekalan air.
2. Ia .dapat menghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu badan sehingga 41 darjah celcius..
3. Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya sebagai perisai daripada pasir dan debu di padang pasir..
4. Mampu menghabiskan 30 – 50 kg makanan sehari jika ada makanan, sebaliknya mampu bertahan hanya makan 2 kg rumput sebulan bila kekurangan makanan..
5. Dapat hidup tanpa makanan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50 darjah celcius..
6. Ia dapat meneguk air sebanyak 130 liter dalam jangkamasa 10 minit ( kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya)..

SubhanALLAH..! Wah, begitu hebat ke'ajaiban pada penciptaan unta itu kan..?? Tentu Pencipta kepada haiwan bernama Unta itu jauh lebih hebat..! Siapa lagi, kalau bukan ALLAH 'Azza wajall.. Dengan persekitaran padang pasir yang begitu panas dan sumber air yang begitu terhad, namun ALLAH 'Azza wajall Maha Bijaksana untuk mencipta segala keunikan dan kelengkapan pada unta untuk berdepan dengan segala macam kesukaran itu.. Mustahil kejadian unta ini secara kebetulan melainkan terlebih dahulu dirancang dan dilaksanakan penuh teliti dan terperinci.. Sebagai contoh, Jika kita masuk ke dalam sebuah bilik dan melihat kerusi, meja dan lain-lain perabot begitu kemas tersusun rapi, logikkah kita mendakwa semuanya berlaku dengan sendirinya..?? Mustahil, semuanya teratur, jika tidak ada yang mengaturnya.. Unta yang begitu rumit kejadiannya itu pasti juga ada yang mengaturnya.. Jadi, pengajarannya buat kita ialah ALLAH 'Azza wajall itu Maha Pencipta.. Jangan diragui dan disangsikan lagi.. Penciptaan ALLAH itu bukan sahaja yang melibatkan soal² yang dapat dilihat oleh mata kasar bahkan juga perkara² yang ghaib.. Lihatlah unta, haiwan² dan seluruh kejadian 'alam ini… Bukankah semuanya tercipta dengan sistematik..?? Jadi, jangan diragui ciptaan yang belum kita lihat lagi iaitu syurga, neraka, Padang Mahsyar dan sebagainya kerana kita telah melihat ‘keajaiban’ ciptaan yang sedia ada pada hari ini.. Mungkin inilah pengajaran di sebalik dorongan ALLAH, lihatlah unta… bagaimana ia diciptakan!

*w'alam...

'Ulama

إنما يخشى الله من عباده العلمآء........
....." sesungguhnya orang² yang takutkan ALLAH 'Azza wajall itu adalah mereka² dari kalangan hamba²NYA yang cerdik pandai dalam hal ehwal agama......"
- فاطر: 28-

Konsep 'ulama boleh dita'rif dengan berbagai definisi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing... Perkataan ' ulama’ itu adalah kata jama' dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim... Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu...


Menurut Syed Qutb, 'ulama adalah mereka² yang mengkaji al-Quran yang penuh ke'aijaiban dan mereka yang mengenal ALLAH 'Azza wajall dan mengetahui hakikat ALLAH, mengetahui kesan penciptaan ALLAH, mengetahui kesan kekuasaan ALLAH, dan bertaqwa kepada ALLAH, dan menyembah ALLAH dengan sebenar penyembahan dan peng'abdian... Ulama’  juga adalah orang² yang mengetahui sifat² ALLAH Jalla wa 'Ala dan kebesarannya... Siapa yang bertambah 'ilmuya maka ia bertambah takut kepada ALLAH 'Azza wajall...

‎'Ulama itu adalah 'ibarat pelita atau lampu di atas muka bumi... Yang menyuluh dan menerangi 'alam dengan ke'ilmuan yang ada pada mereka dan dengan 'ilmu yang mereka sampaikan itulah membuatkan manusia daripada JAHIL menjadi seorang yang BUJAKSANA...
Merekalah khulafa(pengganti) para Nabi dalam meneruskan sunnah para Nabi dalam menyebar-luaskan da'wah ke seantero dunia...
Kata Nabi SAW, mereka pewarisKU dan mereka juga pewaris para Nabi...

'uLama Pewaris Para Nabi

‎Telah berkata Mu'az Bin Jabal(antara orang mEdinah yang telah berbai'ah dengan Baginda Nabi SAW),
........" jaga²lah kamu dengan kegelinciran para 'alim 'ulama kerana pengaruh dan kuasa mereka terhadap orang ramai sangat besar.. Maka orang ramai pula akan mengikut apa yang diperkatakan mereka........."

‎Dalam sebuah Hadis Nabi SAW ada menyatakan tentang hal keadaan 'alim 'ulamak,
......" keCELAKAan dan NERAKA WAIL akan menimpa ummahKU iaitulah mereka² daripada kalangan 'ulama yang jahat yang menjadikan 'ilmu agama sebagai barang jualan kerana menghendaki untung DUNIA yang sedikit.. Sekali-kali ALLAH 'Azza wajall menyatakan TIDAK untung besar mereka itu......"
- الحديث -

*w'alam....
Related Posts with Thumbnails