ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 28 Jun 2012

solah sunnah tahiyyah masjid di tapak masjid sementara | ust wan ji wan hussien

jawaban dari ust wan ji wan hussien | (sedang) PHD di UMK (univ. malaysia kelantan)



w`alam ..


الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Enam Perkara Yang diperdebat Para Malaikat


تحفة الأحوذي
 بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
وبعد ،


عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال احتبس عنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات غداة عن صلاة الصبح حتى كدنا نتراءى عين الشمس فخرج سريعا فثوب بالصلاة فصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وتجوز في صلاته فلما سلم دعا بصوته فقال لنا على مصافكم كما أنتم ثم انفتل إلينا ثم قال أما إني سأحدثكم ما حبسني عنكم الغداة أني قمت من الليل فتوضأت وصليت ما قدر لي فنعست في صلاتي فاستثقلت فإذا أنا بربي تبارك وتعالى في أحسن صورة فقال يا محمد قلت لبيك رب قال فيم يختصم الملأ الأعلى قلت لا أدري رب قالها ثلاثا قال فرأيته وضع كفه بين كتفي حتى وجدت برد أنامله بين ثديي فتجلى لي كل شيء وعرفت فقال يا محمد قلت لبيك رب قال فيم يختصم الملأ الأعلى قلت في الكفارات قال ما هن قلت مشي الأقدام إلى الجماعات والجلوس في المساجد بعد الصلوات وإسباغ الوضوء في المكروهات قال ثم فيم قلت إطعام الطعام ولين الكلام والصلاة بالليل والناس نيام قال سل قل اللهم إني أسألك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وأن تغفر لي وترحمني وإذا أردت فتنة قوم فتوفني غير مفتون أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقرب إلى حبك قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إنها حق فادرسوها ثم تعلموها

** سنن الترمذي ، كتاب تفسير القرآن ، باب ومن سورة ص




Pada suatu pagi Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam tertahan (terlambat untuk mengimami kami) solah subuh hingga hampir naiknya matahari .. Baginda dengan segera keluar lalu di’iqamah’ untuk solah didirikan lalu Baginda solah dalam keadaan mempercepatkannya .. selesai memberi salam Baginda sollallahu `alaihi wa sallam memanggil kami dengan suara lantang Baginda, lalu bersabda pada kami : tetaplah kamu di ‘saf²’ kalian seperti biasa .. kemudian Baginda bersabda :
Ingat ! sesungguhnya Aku akan memberitahu kalian apa yang menahan Daku dari terlewat  pagi ini .. sesungguhnya Daku bangun di sebahagian malam lalu berwudhu dan solah semampu terdaya Ku .. di sa`at sedang  solah Aku berasa mengantuk hingga terlena .. tiba² Aku berasa berada di hadapan Rabb Tabaraka wa Ta`ala dalam zat yang paling indah lalu DIA bertanya pada Ku : wahai Muhammad ! Aku menjawab : ya Rabb .. Lalu DIA bertanya : tahukah Kamu wahai Muhammad, apakah yang sedang dipertelagahkan para malaikat tertinggi ? Baginda menjawab sebanyak tiga kali : Aku tidak tahu .. Bersabda Baginda : Aku melihatNYA lalu DIA meletakkan tanganNYA di atas bahuku hingga Aku merasakan sejuk  meresap ke dada Ku  lalu segalanya terlihat jelas oleh Ku dan Aku mengetahui segalanya .. Lalu bertanya Rabb : hai Muhammad ! Aku menjawab : ya Rabb .. Lalu DIA bertanya : tahukah Kamu wahai Muhammad, apakah yang sedang dipertelagahkan para malaikat tertinggi ? lalu Aku menjawab : berkenaan penghapus dosa .. Bertanya Rabb : apakah itu ? Aku menjawab : 

- Melangkahkan kaki menuju kepada jama`ah (solah berjama`ah),
- Duduk di masjid selesai solah menanti solah berikutnya,
- Dan menyempurnakan wudhu sa`at berwudhu yang tak digemari manusia (musim dingin) ..

Kemudiann Rabb berkata apakah lagi ? Aku menjawab :

- Memberi  orang makan,
- Melunak atau melembutkan pertuturan dengan nada sopan,
- Dan bangkit menunaikan solah  tatkala manusia semua nyenyak tidur dibuai mimpi ..

Lalu Rabb berfirman : Mintalah ! dan Katalah :



" اللهم إني أسألك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وأن تغفر لي وترحمني وإذا أردت فتنة قوم فتوفني غير مفتون أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقرب إلى حبك "



[ ya ALLAH ! sesungguhnya aku memohon pada MU agar daku sentiasa terkejar-kejar melakukan perkara² kebaikan dan senantiasa menjauhi dan meninggalkan perkara² terlarang oleh MU dan senantiasa ada perasaan dalam jiwa ku ini mencintai orang² miskin .. aku memohon pada MU agar ENGKAU mengampuni ku dan mengasihani ku  dan aku memohon kiranya DIKAU ingin menimpakan fitnah ke atas sesuatu kaum maka matikanlah daku agar tidak daku tergolong dalam kaum² yang terkena fitnah ..
Ya ALLAH ! aku memohon kecintaan pada MU dan kecintaan pada mereka² yang mencintai MU serta mencintai `amalan² yang mendekatkan kami pada orang yang dikau cintai agar kami senantiasa mencintai MU .. amen ~! ]

Lalu bersabda Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam : sesungguhnya semua itu adalah BENAR ! maka pelajarilah ia kemudian ajarkanlah ia pada yang lainnya ..

** hadis sunan turmiziy, kitab tafseeru l qur An, bab surah sood


w`alam ..





 الفقير إلى الله :
فائز رمزي


Related Posts with Thumbnails