ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 29 Disember 2009

Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

Terdapat tiga masalah dikalangan 'ulama dalam memperbincangkan hal ini..
Pertama : Orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram
Kedua : Sebab mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram
Ketiga : Orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram

Asas ruju'kan hukum bagi masalah ini diambil daripada dua ayat berikut, iaitu:
Pertama : " Wahai orang2 yang beriman, sesungguhnya orang2 yang musyrik itu kotor.. Maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini " (At- taubah : 28 )
Kedua : " wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu solah  sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui dan memahami apa yang kamu ucapkan, jangan pula kamu hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan berjunub kecuali sekadar kamu berlalu sahaja " (An- nisa : 43 )


   Jumhur  'ulama melarang keras orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram berdasarkan larangan yang terdapat dalam ayat diatas.. Namun, Imam Abu Hanifah bin Nu'man dan Imam Ahmad bin Hanbal mempunyai sedikit perincian dalam hal demikian..
  Berdasarkan dua ayat ini, Jumhur 'ulama daripada mazhab Malikiy dan Shafi'iey melarang orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram.. Namun demikian, ahli kitab ( yahudi dan nasroni ) dibenarkan memasukinya dengan syarat2 yang tertentu..
   Imam Abu Hanifah pula menyatakan bahawa orang bukan Islam hanya dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu.. Bahkan tidak dibenarkan untuk mereka duduk dan menetapdi sana sebagaimana umat Islam.. Ini kerana beliau berpandangan bahawa 'kotor' yang tersebut dalam ayat adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya fizikal.. lebih dari itu, Ibnu Hajar Al- asqolani menyataka mazhab Hanafiy membenarkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid tanpa sebarang syarat..
   Imam Ahmad bin Hanbal pula menyatakan orang bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lain2nya setelah mendapat kebenaran daripada umat Islam atas tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan 'maintainance'.. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Toif dibenarkan oleh Nabi untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam..
   Rosulullah juga dririwayatkan pernah menerima tetamu kristian dari Najran dalam masjid Madinah.. Malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid.. Nabi  bersabda kepada sahabah " Biarkan mereka untuk melunaskan sembahyang mereka "..
   Selain itu, Imam Bukhori juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana orang seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal yang diikat oleh Baginda Nabi di dalam masjid atas kesalahan yang tertentu.. Rosulullah menghantar seorang berkuda menuju kearah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) yang bernam Thamamah bin Athal lalu diikatnya  pada satu tiang yang berada dalam masjid itu.. (hadis riwayah Imam Bukhori).. Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaiman umat Islam ber'ibadah dan keramahan dan kesopan santunan umat Islam kepadanya  yang sentiasa bertanya hal keadaannya, akhirnya dia diberi hidayah daripada ALLAH untuk memeluk agama Islam kerana tertawan melihat keindahan tata sosial dan 'ibadah umat Islam..

   Disamping itu, Imam Ibnu Hajar Al asqolaniy  dalam menghuraikan isu ini mengatakan bahawa mazhab Malikiy tetap menghalang orang bukan Islam daripada memasuki masjid.. Manakala mazhab Shafi'iey, Hanbaliy, dan Hanafiy, membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram dengan syarat2 tertentu.. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat berdasarkan dalil tawanan perang yang bernama Thamamah bin Athal tersebut..
     Imam An-nawawi menghuraikan dalam bab ini berpandukan kepada hadis, HARUS hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta HARUS juga seseorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid.. Mazhab Shafi'iey mengharuskannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam samaada kafir itu dari kalangan ahli kitab atau yang sebaliknya.. Namun, khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz, Qotadah dan Imam Malik tetap TIDAK mengharuskannya..(Syarah Soheh Muslim, 12/87)
     Selain itu, anak murid Imam Idris As-syafi'iey  yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya dengan menyatakan TIDAK harus orang bukan Islam untuk memasuki masjid apatah lagi untuk menetap di dalamnya kerana jika mereka dibenarkan masuk, sudah barang pasti orang2 yang  berjunub juga akan dibenarkan untuk memasuki masjid.. Sedangkan ayat diatas menerang dan menyebutkan larangan bagi mereka yang berjunub daripada memasuki masjid melainkan melaluinya sahaja..
    Al-Mawardi dalam memetik kata-kata Al-Muzani " sekiranya HARUS bagi orang yang bukan beragama Islam masuk masjid, sudah tentu orang2 Islam yang berjunub juga adalah lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kemuliaan dan kehormatannya.. Maka di ketika TIDAK harus bagi orang Islam menetap didalamnya ketika berjunub, lebih2 lagi lah orang bukan Islam DILARANG kerana mereka yang sentiasa dalam keadaan berjunub..(Al-Hawi el-Kabier, 2/268)

     Secara tuntasnya, Jumhur 'ulama sepakat menyatakan orang yang bukan beragama Islam TIDAK boleh memasuki Masjidil Haram.. Namun Jumhur 'ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid selain Masjidil Haram dengan syarat2 tertentu seperti...

Pertama : Mestilah mendapat izin umat Islam atau badan2 berkuasa daripada masjid berkenaan
Kedua : Mestilah mempunyai sebab munasabah memasukinya samaada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya dan mempelajari cara umat Islam ber'ibadah dan yang seumpama dengannya
Ketiga : Mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup 'auroh apabila ingin memasuki masjid


GOLONGAN DALAM NERAKA

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia. Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia. Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka. Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka. Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka. Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka." Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak. "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya. "Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya. Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan." Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Mengucapkan Salam

Mengucapkan salam termasuk dalam 'amalan sunnah yang dilakukan Rosulullah, sesuai dengan sabda Baginda menerusi hadis riwayah Imam Bukhori yang bermaksud " Ucapkanlah salam kepada orang yang engkau kenali atau tidak ".. Adapun membalas atau menjawab akan perkataan salam sahabah kita itu hukumnya adalah Fardu kifayah.. Dengan erti kata yang mudah difahami, apabila kita menjawab akan salam sahabah kita itu dalam keadaan kita berada pada kelompok yang ramai, maka rakan2 yang lain tak payah untuk menjawabnya lagi.. Demikian Jumhur 'ulama mengatakan.. Adapun antara adab dan tatacaranya adalah seperti berikut....

Mengucapkan Salam Ketika Bertemu Dan Berpisah


Ini bertepatan dengan hadis riwayah Abu Dawood yang bermaksud " Jika saudaranya terhalang dengan sebab pohon atau dinding, kemudian ia bertemu, maka hendaklah mengucapkan salam kepada saudaranya itu "..

Salam Hendaknya Didengar Pihak Yang memberi Salam

Dijelaskan dalam sebuah hadis riwayah Imam Bukhori, jika Rosulullah mengucapkan salam, maka salam Baginda tidak membangunkan orang yang tidur, malahan ia hanya didengari mereka yang terjaga..

Salam Secara Lengkap Lebih Baik

Seseorang yang mengucap salam, hendaknya ia mengucapkan dengan ucapan yang lengkap "   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  ".. Tetapi  jika pemberi salam hanya mengucapkan "  السلام عليكم  ", maka ia masih dibolehkan.. Namun ketika seseorang mengucapkan salam, disunnahkan  untuk menjawab salam itu dengan yang lebih lengkap atau yang sama dengannya.. Ini bertepatan dengan Firman ALLAH dalam al-qurAN pada surah aN-nisa yang bermaksud " jika kamu disalami dengan ucapan salam (selamat), maka hendaklah kalian menjawabnya dengan ucapan yang lebih baik daripadanya ataupun yang serupa dengannya "..

Mengucapkan Salam Sebelum Menuturkan Perkataan Lain

Dianjurkan agar seseorang yang ingin menuturkan perkataan lain seperti kuliyyah atau ceramah dan sebagainya, agar mengucapkan salam terlebih dahulu.. Ini didasari oleh perbuatan para salafussoleh dan generasi setelah mereka..

 Segera Mengucapkan Salam Sebelum Didahului Orang Lain


" Jika ada dua orang, maka yang paling baik diantara keduanya adalah siapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam.. yang muda memberi salam kepada yang tua, yang kecil memberi salam kepada yang besar, yang berjalan memberi salam kepada yang kecil, dan jema'ah yang sedikit memberi salam kepada jema'ah yang ramai..   " (hadis riwayah Bukhori) 


Hindari Memberi Salam Kepada Mereka Yang Berqodo Hajah (buang ayaq)

Para 'ulama menilai bahawa, mengucapkan salam kepada mereka yang sedang Qodo hajah, dalam qamar mandi, berjima' atau seseorang yang sedang makan sedang mulutnya masih dipenuhi makanan, Hukumnya adalah MAKRUH (dibenci Rosulullah).. Para 'ulama turut menilai bahawa perbuatan itu bertentangan dengan etika dan kesopanan  memberi salam..


Tidak Memberi Salam Kepada Ahli Ma'siyyah

Imam Bukhori berpendapat tidak perlu  mengucap salam kepada pelaku dosa besar. Dasarnya, Rosulullah beberapa sahabah berbicara dan mengucapkan salam kepada Ka'ab bin Malik kerana dia enggan ikut serta dalam peperangan Tabuk.. Imam Bukhori juga berdalildengan pernyataan 'Abdullah bin 'Amru yang menyatakan " Jangalah kalian memberi salam kepada peminum khamar "..

Diharuskan Memberi salam Kepada Yang Berlawanan Jenis Jika Ia Tak Menimbulkan Fitnah

Diriwayahkan menerusi hadis Tirmizi, daripada Asmak binti Yazid bahawasanya ia berkata " Rosulullah melewati kami dan Baginda mengucapkan salam ".. Para "ulama menjelaskan  bahawa dibolehkan untuk kita mengucap salam kepada yang berlawanan jenis terikat dengan syarat ya'ni kedua pihak yakin bahawa perbuatan mereka itu tidak akan menimbulkan fitnah daripada pelbagai pihak..

- wallaahu'alam -
Related Posts with Thumbnails