ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 5 Jun 2009

naSihaT daLaM kontEkS aGama 1

uSroTun ROMziZAH


Membuat sesuatu perkara memerlukan 'AZAMAN untuk mengejar NAJAH dalam menggapai NAJMUS bagi mendapatkan SA'ADAH.Dengan itu,ia memerlukan 'AINUL untuk menerokai,memenuhi dan melihat MA'ISYAH seharian.Lantas,ZAINUL yang berada dalam QARIHAH mengidamkan seorang insan selepasnya yang bernama MOHD. lagi SYUJA'IE dan 'ABDUL yang ianya HAIYEE di bumi nyata untuk meneruskan kehidupan yang 'ATIQUR lagi RAHMAN.Mereka ini kesemuanya bermastautin dalam sebuah 'ASIMATUL yang HASANAH dengan memiliki TAJUL terhadap pemerintahan raja dan permaisurinya yang FAIZ.Lantaran,terciptalah satu gabungan kekeluargaan atas dua nama ROMZI dan 'AZIZAH ciptaan Robbi menjadikn satu USROTUN bergelar ROMZIZAH.....Wink





buat saMpai jaDi

1 - kita tak boleh kecewa sangat dengan otak yang beku

Tapi kita patut kecewa kalau kita tak ada impian untuk mencairkannya.

Sebab setiap kali ia mula cair, jawapannya kejayaan dan kecemerlangan kita.

2 - dunia ni ibarat lautan dalam, ramai manusia tenggelam di dalamnya.

Jadikan takwa sebagai kapalmu, iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya.

3 - menepuk air di dulang tak semestinya terpercik ke muka sendiri

Sebab kadang-kadang terpercik juga ke muka orang lain.

4 - benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,

Benih yang tak baik jatuh ke laut menjadi umpan.

5 - apa yang kita usahakan itulah yang akan kita capai.

Apa yang kita tanam itulah nanti yang akan kita tuai.

6 - kalau manusia dah tak ada maruah,

Baik tak payah jadi manusia.

7 - kalau kita berjaya memotivasikan diri sendiri, itu hebat,

Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.

8 - kita mungkin tak mampu buat semua,

Tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua.

9 - manusia yang paling baik bukanlah manusia yang paling alim,

Tetapi manusia yang lebih banyak bermanfaat kepada manusia lain.

10 - kalau dah rezeki kita sesiapa pun tak boleh usik;

Kalau bukan rezeki kita, dah dalam mulut boleh keluar balik.

11 - apa nak takut dengan madu?

Masuk ke perut jadi ubat; tetapi takutilah lebah,

Kalau menyerang boleh padam.

12 - kaya bukan tiket untuk hidup bahagia

Tapi kalau tak kaya kembarnya derita.

13 - paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan,

Tapi paling tak indah apabila dah dapat.

Itulah punca masalah hidup kita.

14 - nak pandai belajarlah,

Tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.

15 - ketenangan benihnya kepintaran,

Kepintaran tu jawabnya kecemerlangan.

16 - manusia takut pada hantu

Tapi tak takut berperangai macam hantu.

17 - usah terlalu hairan melihat pelangi

Tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana anda berdiri.

18 - jauh berjalan luas pandangan.

Usah terlalu jauh berjalan, nanti tak jumpa jalan pulang.

19 - biar papa asal bergaya.

Kalau dah papa, macam mana nak bergaya?

20 - saat bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.

21 - orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam,

Tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.

22 - biar cakap sikit tapi bersama bukti;

Biar tak bercakap tapi buktinya nampak.

23 - biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN.

Tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

24 - menghayun kapak seminit tu lebih baik daripada

Menghayun kapak yang dampak sepanjang hari.

25 - hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah.

Salah langkah bermula daripada tersalah fikir.

Tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri.

26 - bukan sekali tapi selalu,

Bukan selalu hanya tak pernah sesekali.

Tentu lebih baik kalau sekali tapi penuh kualiti.

27 - angin selalu membelai, jarang sekali menghempas,

Tetapi apabila angin menghempas

pasti ada yang tak akan faham lagi makna dibelai.

28 - cantik sungguh kalau berbaju belang

Tapi buruk sungguh kalau perangai berbelang-belang.

29 - apabila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.

30 - Berubah tu mungkin mudah,

tetapi kekal dengan perubahan yang dibuat tu mungkin payah.

31 - lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.

32 - biar tak kaya harta tapi kay budi bahasa.

Biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.

tau tak per

1 - kawanlah yang boleh dijadikan kita luarbiasa bagus,

tapi kawan juga yang boleh jadikan kita luar biasa teruk.

2 - kenapa tak besarkan potensi kamu mendepani hari muka,

Daripada membesarkan realiti sekarang dimana kamu berada.

3 - sekarang mungkin macam tak okey, tapi ingat,

kita sentiasa ada kesempatan untuk merasai hidup yang lebih baik.

Syaratnya, sanggup berusaha.

4 - tak apa perlahan sikit pada permulaan

Tapi istiqamah akhirnya sampai ke garisan penamat.

5 - bila terlalu ambil mudah jawabnya adalah masalah.

6 - tenang dan lapang adalah cabaran menjadi manusia,

Sebaliknya manusia tanpa tenang dan lapang bukanlah manusia.

7 - hidup untuk dinikmati bukan ditangisi.

8 - sebenarnya apa pun kalau terlalu akan menyebabkan bahana atau petaka.

9 - terlalu banyak fikir perkara yang sama

bukan semakin pandai tapi akan semakin bodoh.

10 - nasihat tak perlu banyak atau tak kira dari siapa oleh siapa,

Bagaimana kita melihat dan menerima nasihat tu yang mengubah segalanya.

Nasihat kadang-kadang dari seseorang budak lebih menjadi.

Lalui segalanya dengan selamba dan ceria, jawabnya bahagia.

11- yang paling mudah pecah adalah hati,

Tapi yang paling kuat juga adalah hati.

Yang paling selamat berhati-hati!

sEndiri mau iNgat

1 - hormat diri itu adalah satu pernyataan syukur seorang hamba pada TUHAN-nya

Sedangkan kutuk-kutuk diri, memang tak tahu diri.

2 - hidup perlu bijak beb, kalau tak bijak banyak perkara baik yang dibuat

rupanya jadi pasal untuk melibas kita balik.

3 - yang lemah bukannya badan, tapi hati;

yang kuat pun bukannya badan tapi juga hati.

4 - pedulikan orang nak cakap apa,

Yang penting kita terus melangkah membina kecemerlangan

dengan cara yang betul lagi halal.

5 - jadilah macam serangga halus, bekerja cara halus,

Bertindak cara halus, berfikir pun cara halus tetapi hasilnya tak semestinya halus.

6 - kalau kita nak terlalu berkira memang tak terkira-kira.

7 - kalau labah-labah pun boleh hidup di celah batu

Kenapa kita tak boleh hidup diapit batu?

8 - hidup ni macam-macam.

Kalau tak macam-macam bukan hidup namanya.

9 - apa saja yang kita nak buat,

Kalau memang kita nak buat jalan akan ada untuk kita.

10 - orang yang kalah perang bukan yang betul-betul tewas di medan perang,

Tapi orang yang langsung takut nak pergi perang.

11 - keajaiban zaman kini bukan sang kelembai sumpah pelanduk jadi batu,

Tapi kita jem berbatu-batu, oleh benda yang sama, pada waktu yang sama.

12 - kita kena sentiasa rasa bagus supaya tindakan kita jadi bagus.

Kita kena sentiasa rasa hebat sekali supaya matlamat kita sentiasa hebat.

13 - tunjukkan tanda good untuk diri anda sendiri, setiap pagi

dan pastikan anda masih boleh tunjuk good untuk diri anda sendiri petang nanti.

14 - jangan bina istana di awangan sebab pondok buruk itu lebih baik di atas bumi.

15 - kejujuran itulah teras kejayaan sebenar.

16 - kegagalan dan rebah bangun memang ada,

tapi kita boleh pilih sama ada untuk terus rebah atau bangun dari rebah.

Kita mampu mengubahnya.

17 - sesebuah bangsa jadi lemah kalau rakyatnya asyik cinta gila.

18 - hanya orang yang degil dan optimis akan berjaya

Orang yang lemah akan terus kalah.

Oang yang lebih lemah akan terus kalah dan tak akan bangun-bangun lagi.

Itu saja yang membezakan antara bagus dengan luar biasa bagus,

antara hebat dengan hebat sekali.

19 - terbaik dalam hidup adalah kekuatan untuk mencuba walaupun gagal.

20 - hanya orang yang berani akan sampai ke matlamat.

Kesusahan dan kepayahan tetap ada, tetapi kejayaan dan kecemerlangan juga tetap ada.

21 - kita belajar melalui kesalahan.

Ambil positif, ambil pengajaran, bina teladan dan sempadan.

22 - perniagaan yang pasti tak merugikan dan pasti menguntungkan ialah senyuman.

23 - kalau nak ceria dan bahagia bukan orang lain boleh buat untuk kita,

Tapi kita yang usaha ceria dan bahagiakan hidup kita.

24 - hidup perlu dilalui dengan penuh yakin

bahawa hari itu memang hari yang telah disediakan untuk kita.

25 - yang paling jahat bukanlah si penjahat sebab si penjahat boleh di kenal dengan mudah,

Tapi yangpaling jahat adalah si baik yang sebenarnya jahat sejahat-jahatnya.

26 - cuba buat semua benda dengan suka, semua benda jadi mudah,

Buat semua benda dengan menyampah semua benda jadi susah.

27 - hidup bukan payah,yang payah untuk layak dinamakan hidup.

28 - diam adalah ubat yang paling baik untuk penyakit kena keji.

29 - bagaimana teruk pun kata-kata yang dihamburkan

akan padam sendiri oleh diam.

30 - kalau kata-kata nasihat dah tak boleh jalan,

Kadang-kadang rotan yang lebih berkesan.

31 - berada dalam kelompok orang yang cemerlang akan menjadikan anda cemerlang.

Berada dalam kelompok orang alim anda akan jadi alim.

Berada dalam kelompok orang luar biasa bagus dan hebat sekali anda akan jadi begitu.

32 - hutang tak akan membuatkan anda kaya.

Selagi ada hutang yang tak dibayar

selama itulah anda boleh diistilahkan sebagai tak berada.

33 - yang paling berani adalah orang yang berani bertindak,

Si penakut hanyalah berperang di dalam kepala.

34 - jatuh setelah berada di puncak tu lebih sakit

daripada jatuh sebelum sampai ke puncak.

Related Posts with Thumbnails