ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sabtu, 30 Januari 2010


Sesungguhnya seseorang yang mati dalam hal keadaan ia TIDAK pernah langsung berniat dalam hatinya untuk berjihad iaitu dengan erti kata lain tidak pernah  berniat untuk mempertegak agama ALLAH, nescaya matilah ia dalam hal keadaan seperti orang- orang JAHILIYYAH!!!!!!

Jumaat, 29 Januari 2010

KELEBIHAN TAUBAH

Ada sebuah qesah berkenaan seorang 'arobiy badawi sifaroh di sebuah gurun sahrok dengan membawa bekalan makanan yang sarat pada seekor unta.. Setelah jauh berjalan ditengah2 padang sahrok tersebut, 'arobiy berkenaan berasa leteyh dan kebetulan terjumpa sepohon pokok lalu memberhentikan perjalanannya dan berhenti rehat di bawah pohon tersebut sehinggakan  'arobiy berkenaan tertidur di bawah pohon itu.. Setelah terjaga daripada tidur, 'arobiy menyedari bahawa unta dan segala tunggangan yang dibawanya telah hilang dan tiada di sisinya.. Lalu 'arobiy  terduduk diam berfikir kemanakah hilangnya unta dan segala tunggangan yang dibawanya.. 'arobiy tersebut bertekad sekiranya tunggangan yang dibawa tidak datang kepadanya semula dalam beberapa ketika, dia akan tunggu sehingga kira2 ada kumpulan dagang yang melalui dihadapannya untuk meminta bantuan bekalan makanan dalam perjalanan..

Setelah sekian lama menunggu, 'arobiy berkenaan tidak mendapati adanya kumpulan dagangan yang lalu dihadapannya.. 'Arobiy  sekali lagi berhasrat untuk menunggu sehinggalah tunggangannya datang semula padanya.. Akan tetapi dalam penantian 'arobiy berkenaan, tiada satu pun yang ditunggunya mendatangi ia.. 'Arobiy pun terus menyatakan bahawa aku tidak lagi akan kemana mana dan akan terus tunggu di sini biarpun aku menemui ajal.. Lalu meninggallah 'arobiy berkenaan di tempat tersebut..

* Nak citer sini, orang yang bertaubah iaitu ingin kembali ke jalan ALLAH daripada jalan kema'siyatan menuju kepada jalan iman adalah lebih baik daripada orang 'arobiy yang diceritakan diatas yang mana ia tiada sebarang usaha langsung.....

- w'alam -

Khamis, 28 Januari 2010

Cerita Khamar Di Zaman Khalifah 'Umar Al khattab

Arak Menjadi Madu Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar
di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau
terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.
Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila ter...lihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi
Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan
terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu
ialah khamar(arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda
tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya
telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah
oleh agama Islam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar
Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama Islam
itu. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat
sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu.
Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah,
sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah
Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau
kendi itu masih berisi khamar. Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar
diminum maka tidak diterima Allah 'amal fardhu dan sunatnya selama tiga
hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak
menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum
khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika
ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah,
"Darah bercampur nanah hasil dari kalangan ahli neraka ! "

Sabtu, 16 Januari 2010

Kesilapan Dalam Mengurus Susun atur Saf Ketika Solah



Rosulullah bersabda yang bermaksud; " Lurus dan rapatkan sof kamu kerana melurus dan merapatkan saf itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solah "..( Hadis riwayah Bukhori, Fathul bari no723 )

Khamis, 14 Januari 2010

Pokok Semalu Dan Wanita Moden






Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya pepohon tumbuhan yang kecil.

 

10 Laluan

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat 

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah…




10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:




 





Bagaimana nak  memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH




 

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat






 

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk






 





LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH










LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya



Jumaat, 8 Januari 2010

Solah Gerhana 29Muharram1431/15Januari2010


SEMBAHYANG GERHANA MATAHARI DAN BULAN
PENGERTIAN :
Al kusuf (bil kaaf)  iaitu gerhana matahari , pada bahasa membawa maksud  ia digunakan pada ketika cahaya matahari terlindung samaada  sebahagiannya atau keseluruhannya
Al khusuf (bil kho) pula, iaitu gerhana bulan, digunakan pada ketika cahaya bulan terlindung samaada sebahagiannya atau keseluruhannya.. Walaubagaimanapun,  kedua- dua kalimah tersebut boleh digunakan dengan ma’na gerhana matahari atau gerhana bulan..
Sembahyang gerhana matahri dan gerhana bulan ini disyari’atkan bertujuan supaya orang Islam kembali dan bermunajah kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL agar dihilangkan bala yang menimpa serta dikembalikan semula cahaya..

MASA DISYARI’ATKAN:
Sembahyang gerhana matahari telah disyari’atkan pada tahun kedua hijriyyah.. Manakala sembahyang gerhana bulan disyari’atkan pada tahun yang kelima daripada hijriyyah..

HUKUMNYA
Hukum pada menyatakan sembahyang gerhana adalah sunnah MUAKKAD.. Ini kerana sabda baginda Nabi sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim (9140 :
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتًمْ ذَلِكَ فَصَلُّواْ وَادْعُواْ حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ “ “
Yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua daripada tanda- tanda kebesaran ALLAH ‘AZZA WAJALL! Tidak akan terjadi gerhana kedua- duanya dengan sebab kematian seseorang mahupun dengan hidupnya seseorang diatas muka bumi ini.. Oleh itu pada bila mana kamu melihat gerhana itu berlaku, maka tunaikanlah solah sunnah dan berdo’alah kamu sehingga hilang atas apa yang telah berlaku dan yang telah menimpa mu  iaitu bala kegelapan

Perintah sembahyang dalam hadis ini meruju’ kepada bahawasanya ia tidaklah wajib.. Ini berdasarkan kepada hadis lain yang membawa maksud: 
“ Seorang ‘arab Badwiy telah datang kepada Baginda Rosul Sollallahu ‘alaih wa sallam bertanya berkenaan sembahyang lima waktu kemudian dia bertanya lagi, apakah ada lagi sembahyang lain yang menjadi wajib atas ku selain daripada itu ?? lantas baginda Nabi menjawab, tidak! Akan tetapi tunaikanlah sembahyang- sembahyang yang sunnah.. ( Imam Bukhori  :46, Imam Muslim :11 )

Sembahyang gerhana ini juga sunnah dilakukan secara berjema’ah dan sunnah dilaungkan ketika hendak mendirikannya dengan kalimah “  الصَّلا َةُ  جَامِعَة “ ..

CARA- CARA HENDAK MENUNAIKANNYA
Sembahyang gerhana ini mempunyai dua roka’at dan orang yang hendak menunaikannya mestilah berniah samaada hendak menunaikan sembahyang sunnah gerhana matahari atau sembahyang sunnah gerhana bulan.. 
Sembahyang gerhana mempunyai dua cara, iaitu:
Pertama :- tahap minimum 
Kedua :- tahap yang sempurna

Cara Pertama
Dilakukan pada setiap roka’ah dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku’ tanpa memanjangkan (berdiri, membaca dan ruku’ kemudian berdiri, membaca dan ruku’).. Adapun sembahyang gerhana yang didirikan dengan hanya dua kali berdiri dan dua kali ruku’ seperti solah jum’ah, tetap ia menjadi sah.. Akan tetapi ia telah dikira seolah- olah telah meninggalkan fadhilah solah tersebut kerana melakukan perkara yang berlawanan dengan apa yang telah dilakukan oleh Baginda Rosulullah

Cara kedua 
Dilakukan pada setiap roka’ah dengan dua kali berdiri.. Pada setiap  kali berdiri dibaca bacaan yang panjang dengan dibaca selepas suroh al-Fatihsh, surah al-Baqoroh atau surah- surah yang lainnya yang mana surah- surah tersebut ia menyamai dengan al-baqoroh, ini bagi roka’ah pertama sebelum ruku’ pertama.. Manakala bagi berdiri yang kali keduanya sebelum ruku’ kedua pada roka’ah pertama, dibaca pula ayat yang menyamai dengan kira-kira kurang lebihia 200 ayat..
Adapun bacaan pada ketika berdiri kali pertama di roka’ah kedua sebelum ruku’ yang pertama, bacaanya yang dilakukan oleh Baginda Nabi adalah sekadar 150 ayat.. Manakala di ketika berdiri kali kedua pada roka’ah kedua sebelum ruku’ kedua adalah bacaan yang menyamai dengan 100 ayat daripada suroh al-Baqoroh.. Kemudian apabila ruku’nya pula, maka dipanjangkan sehingga menyamai kurang lebih dengan bacaan 100 ayat, ruku’ kedua pula kurang lebih 80 ayat, ruku’ ketiga hanya kurang lebih sekadar 70 ayat, dan pada ruku’ yang keempat pula sekadar 50 ayat..

Tatkala sembahyang telah sempurna didirikan, maka Imam pun akan berdiri untuk memberi khutbah dengan dua khutbah.. Rukun- rukun dan syarat- syaratnya adalah sama sepertidua khutbah jum’ah dengan mendorong orang ramai supaya kembali berTAQWA kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL dan bertaubat kepadaNya dengan melakukan kebaikan serta member peringatan agar tidak terlalai dan tidak terpedaya dengan  helah hidup dunia..

At-tirmiziy(562) meriwayahkan dalam hadisnya daripada Samuroh bin Junduh RodhiyAllaahu ‘aNh bahawasanya dia berkata :
“ Kami telah sembahyang gerhana matahari(al- kusuf) bersama-sama dengan Baginda Nabi dan kami tidak  mendengar suara bacaan daripadanya ” ..

Imamul bukhoriy(1016) dan Imamu Musliem(901) dalam kitab sohehnya meriwayahkan daripada ‘aEsya RodhiyAllahu ‘aNha telah berkata :
“ Nabi menyaringkan bacaanya pada ketika sembahyang gerhana bulan “..

Difahami daripada kedua-dua dalil daripada hadis tersebut bahawa hadis yang pertama menunjukkan  solah gerhana matahari kerana ia berlaku pada siang hari.. Adapun dalil daripada hadis yang kedua menunjukkan bahawa ia adalah gerhana bulan kerana ianya berlaku pada waktu malam..

Diantara dalil lain yang menunjukkan cara yang kedua adalah menerusi hadis yang telah diriwayahkan oleh Imamul Bukhoriy(947) dan Imamu Musliem(901) daripada ‘aEsyah RodhiAllahu ‘aNha, katanya :
“ Gerhana matahri telah berlaku pada ketika hidup Nabi.. Baginda keluar ke masjid.. Kemudian Baginda berdiri dan bertakbir, kemudian diikuti oleh orang ramai yang berada di belakang Baginda.. Baginda membaca bacaan yang panjang.. kemudian bertakbir, lalu ruku’ dengan ruku’ yang agak lame.. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya sambil  berkata “  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه “.. Kemudian berdiri semula dan membaca bacaan yang panjang hal keadaan kurang sedikit daripada berdiri yang pertama.. Kemudian Baginda bertakbir dan ruku’ hal keadaan pendek sedikit daripada ruku’ yang pertama kemudian Baginda berkata “  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه  “ dan terus sujud (menurut setengah riwayat Baginda memanjangkan sujudnya).. Kemudian baginda lakukan pada roka’ah kedua seumpama dengan yang baginda lakukan pada roka’ah pertama sehingga sempurna empat kali ruku’ iaitu sempurna empat kali ruku’  dan empat kali sujud.. Dan matahri pun mula muncul sebelum Baginda selesai sembahyang.. kemudian Baginda bangun berkhutbah kepada orang ramai dengan dimulakan pujian yang selayak-layaknya bagi ALLAH ‘AZZA WAJALL  “ dan baginda bersabda :
“ Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua petanda daripada petanda-petanda kebesaran ALLAH ‘AZZA WAJALL yang mana kedua-duanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan mati mahupun hidupnya seseorang itu di ateh muke bomi ALLAH ini! Oleh itu, pada bila mana kamu melihat berlakunya gerhana itu, maka tunaikanlah solah sunnah dan berdo’alah  kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL sehingga settle gerhana itu “..

 Dalam riwayah lain, Baginda Nabi bersabda :
“ Apabila kamu melihat berlakunya demikian itu iaitu gerhana matahari mahupun bulan, maka berdo’alah kepada ALLAH ‘AZZA WAJALL dan bertakbir serta bersembahyanglah kamu dan banyak besedeqah “..

Peristiwa gerhana matahari yang disebut dalam hadis diatas adalah bertepatan dengan hari dimana anak Baginda Nabi yang bernama Ibrohiem  meninggal dunia.. Dan orang-orang Islam sebelum kedatangan Islam(zaman jahiliyyah) mempercayai bahawasaya salah seorang pembesar Negara telah mati pada ketika mana beerlakunya gerhana bulan atau matahari.. Oleh itu, sangkaan itu maseh wujud ketika melihat gerhana matahari yang mana bertepatan dengan hari meninggalnya anak Baginda.. Lantas Baginda menyangkalnya dengan bersabda “
“  kedua-duanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan mati mahupun hidupnya seseorang itu di ateh muke bomi ALLAH ini! “

SEMBAHYANG GERHANA TIDAK DIQODHOK
Apabila seseorang itu luput baginya waktu untuk menunaikan sembahyang sunnah gerhana matahari ataupun bulan, dalam hal keadaan matahari ataupun bulan itu telahpun berada dalam keadaan seperti sedia kala, maka tidak dia dituntut untuk mengqodhokkan solahnya itu kerana sembahyang gerhana ini hanyalah sembahyang yang disertai dengan sebab.. Maka diketika mana  matahri atau bulan itu berada dalam hal keadaan sedia kala, tidaklah lagi jatuh hukum atas seseorang untuk menunaikannya lagi..

MANDI UNTUK SEMBAHYANG GERHANA
Disunnahkan untuk seseorang yang hendak menunaikan sembahyang gerhana untuk mandi  kerana sembahyang gerhana itu sama maksudnya dengan smbahyang jum’ah dari sudut pandangan berhimpun dan sunnah pada berjema’ahnya ia…
-   W’alam -





promosi




Ketahuilah Cara Untuk Anda Memperbaiki Bacaan Al-Quran Hanya Dengan 4 Langkah
Mudah!
Adakah anda mahu membaca Al-Quran dengan lancar dan tepat?
Adakah anda mahu menyemai sikap suka membaca di kalangan anak-anak dengan cara yang menarik? 
Adakah anda mahu menghafal dengan senang? 
Adakah anda mahu membaca Al-Quran dari ingatan dalam masa yang singkat? 
Adakah anda mahu menjimatkan wang dari membayar guru persendirian?
 

Ini adalah produk pendidikan yang MESTI DIMILIKI oleh Muslimin dan Muslimat, alat yang pintar lagi cekap untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 
Quran Readpen adalah teknologi pengajaran dan pembelajaranaccelerated yang baru, di mana suara boleh didengari dari speaker pen apabila dihalakan di atas filem berkod yang dicetak khas. Suara lafazan itu jelas, terang dan merdu. 
Komputer tidak diperlukan, jadi anda dan anak-anak anda bebas untuk membaca di mana sahaja dengan hanya 4 CARA MUDAH!










LANGKAH 1 : Hala dan pilih nombor mukasurat. 
LANGKAH 2 : Halakan mata pen ke ayat pilihan. 
LANGKAH 3 : Dengar ayat dibaca dengan suara audio yang berkualiti tinggi. 
LANGKAH 4 : Bacalah ayat itu dengan senang dan berkeyakinan!



Harga pasaran: RM 450.00 x 1
: RM400.00 x 5

call :
016 8461578 puan ainul
013 3320518 en.shaiful
0134540964 en.faiz
Related Posts with Thumbnails