ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 17 April 2011

Beriman Kepada ALLAH 'Azza Wajall, SABAR dengan ketentuan²NYA...

Beriman Kepada ALLAH 'Azza Wajall, SABAR dengan ketentuan²NYA...

SABAR

Bahasa: Menahan
Istilah: Menahan diri terhadap sesuatu perkara daripada sesuatu perkara..

BAHAGIAN² SABAR

i- Sabar dalam melakukan keta'atan kepada ALLAH 'Azza Wajall.. Seperti sabar dalam menunaikan 'ibadah kepadaNYA siang malam dan sebagainya.. FirmanNYA:
" واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريدون زينة الحيوة الدنيا "
...." dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang² yang menyeru kepada ALLAH 'Azza wajall samada di pagi hari mahupun petangnya hanya-sanya mengharapkan keredhoanNYA, dan janganlah engkau memalingkan kedua matamu dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia yang sementara....."
- al kahfi: 28 -

ii- Sabar dalam menahan diri dari berbuat ma'siyyah kepada ALLAH 'Azza wajall.. Sepertimana sabarnya Nabi Yusuf 'Alaihissalam terhadap pelawaan perempuan yang mengajaknya.. FirmanNYA:
" قال رب السجن أحب إلي مما تدعوننى إليه وإلا تصرف عني كيدهن أصب إليهن وأكن من الجهلين "
...." Nabi Yusuf 'Alaihissalam berkata: ya ALLAH, sesungguhnya penjara lebih aku sukai daripada aku memenuhi permintaan ajakan mereka.. Dan jika tidak ENGKAU hindarkan aku dari tipu-daya mereka, nescaya aku akan cenderung memenuhi permintaan mereka dan sudah tentu lagi pasti, aku akan tergolong dalam golongan mereka² yang bodoh ...."
- yusuf: 33 -

iii- Sabar di atas ketentuan² ALLAH 'Azza wajall.. FirmanNYA:
" فاصبر لحكم ربك "
...." Maka, bersabarlah kamu untuk melaksanakan ketetapan ALLAH 'Azza wajall ...."
- al insan: 24 -

sesungguhnya sabar Manusia itu atas musibah yang melanda mereka seperti musibah kematian kawan Qarib, jiran tetangga atau sanak saudara adalah lebih mulia dan lebih susah jika nak dibandingkan dengan sabarnya manusia terhadap menta'ati perintah² ALLAH 'Azza wajall.. Ini kerana, sabar terhadap ketentuan² ALLAH 'Azza wajall adalah berkaitan dengan 'Aqidah Rububiyyah dan segala urusan manusia juga ketentuan² mereka adalah berkaitan dengan sifat ketuhanan ALLAH 'Azza wajall..
Maka WAJIB seseorang SABAR dengan ketentuan² yang ALLAH 'Azza wajall datangkan padanya dan SUNNAH(tidak menjadi Wajib) baginya untuk REDHO dengan apa yang telah terjadi..


...." Dan barangsiapa yang berIMAN kepada ALLAH 'Azza wajall, akan ditenangkan hatinya atau diberikan petunjuk kepadanya ...."
- at taghobun: 11 -

...." Daripada Abi Huroiroh r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah SAW bersabda: ada dua perkara yang manusia lakukan kedua-duanya menyebabkan mereka menjadi sebahagian dari orang kafir, iaitulah
- Meng'aibkan Nasab keturunan orang
- Meratapi atas kematian ....."

- Riwayah Imam Muslim -


KEADAAN² MANUSIA BILA MANA DITIMPA MUSIBAH

i- Marah.. Samada marah dengan cara hati(tidak berpuas-hati dengan ketentuan² ALLAH 'Azza wajall) ataupun lisan(memaki-hamun dan sebagainya)..

ii- Sabar..

iii- Redho..

iv- Syukur.. Kerana dia menganggap musibah yang menimpa boleh jadi menghapuskan keburukan dan menambahkan kebaikan.. Sabda Nabi SAW:
...." TIDAK menimpa seseorang mukmin perasaan sedih, dukacita, khuatir, hiba dan sebagainya, melainkan dihapuskan kejahatan padanya dengan demikian itu sehingga menjadi kuat dan mantap jati dirinya kerana demikian itu dan bertambah Imannya ..."
- Riwayah Imam Bukhori -



Daripada Anas bin Malik r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: apabila ALLAH 'Azza wajall menghendaki kebaikan atas hamba²NYA, DIA mempercepatkan balasan kepada hamba tersebut di dunia.. Dan barangsiapa yang ALLAH 'Azza wajall menghendaki keburukan atasnya, DIA menahan daripada ditimpa 'azab ke atas hamba tersebut di dunia sehinggalah dia dibangkitkan di akhirat kelak(waL'iyazubiLLAH..!) ...."
- Riwayah Imam Turmiziy -


* w'alam.....

sunnatuLLAH pada penciptaan Manusia.. tiap yang bernyawa pasti menemui maut.. tak lewat dan tak cepat walau sedetik..!

عنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَكمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَومًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْه ِالرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إله غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكم لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْه ِالْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَه وبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا ))... - رواه البخاري و مسلم-



Daripada Abu 'Abdul Rahman 'Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda SAW adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama(40hari), kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama(40hari), kemudian dikirimkan kepadanya malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia(Malaikat) diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.... Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNYA, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan ber'amal dengan 'amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta.. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan 'amalan ahli neraka lalu dia dimasukkan ke dalam neraka(waL'iyazubiLLAH..!). Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan ber'amal dengan 'amalan ahli neraka(waLll'iyazubiLLAH..!), sehingga jarak antaranya dengan pintu neraka tidak lebih dari sehasta.. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan 'amalan ahli syurga lalu dia dimasukkan ke dalam syurga ALLAH SWT(MasyALLAH tabarokALLAH..!)..

- Hadis Riwayah lmam Bukhari dan Muslim -


*Semoga ruh sahabatku nash @ iszuddin nordin ditempatkan di kalangan orang² MUTTAQIN..wa SANGAT rindu dan amat menyayangimu wahai al-marhum..! hanya do'a mampuku kirimkan buatmu..Salam Ta'ziyyah juga buat keluarga al-marhum...:'(اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنان.. ولا تجعل قبره حفرة من حفر النيران...! اللهم
آمييييييييين....!

- pesanan buat diriku yang faqir lagi hina di sisiNYA, yang lepas dan telah pergi biarkan ia berlalu.. Jadikan itu motivasi diri untuk berubah.. Jangan putus asa.. yang masih hidup kena teruskan pengorbanan untuk memperbanyakkan 'amal pada 'azza wajall..

w'alam.....
nash @nur iszudin nordin - tiga dari kiri(berdiri)

Related Posts with Thumbnails