ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 5 Mac 2012

صلُّوا على خيرِ الأنام - ( SOLLU `ALA KHAYR EL ANAM )




و أحسن منك لم تَرَى قَطَّ عينٌ - و أجمل منك لم تلد النساءُ - خُلِقتَ مُبَرَّاءً من كل عيبٍ - خُلقتَ مُبراء من كل عيب - كأنك قد خُلِقْتَ كما تشاءُ - صلو على خير الأنام - المصطفى بدرِ التمام - صلو عليه وسلمو ... يَشْفع لنا يوم الزحام - صلو على خير الأنام - المصطفى بدرِ التمام - صلو عليه وسلمو ... يَشْفع لنا يوم الزحام- يانفس طِيبي باللقاء ... ياعين قَرِّي الاعين - هذا جمال المصطفى ... أ نوراه لاحت لنا - يانفس طيبي باللقاء ... ياعين قري الأَعْيُنَ - هذا جمال المصطفى ... أنوراه لاحت لنا- بُشرَى لنا من المُنى ... زال العنا وَفَى الْهَنا - والدهر أنجز وعده ... والبشر أضحى مُعلانا - صلِّي عليه دائماً - في كل حين ربنا - و آله وصحبه - أهل المعاني و الوفا - صلي عليه دائماً - في كل حين ربنا - و آله وصحبه - أهل المعاني و الوفا - صلو على خير الانام ... المصطفى بدرِ التمام - صلو علية وسلمو ... يشفع لنا يوم الزحام - يشفع لنا يوم الزحام - يشفع لنا يــــوم الـــزحــــــــام

terjemahan:

Dan lebih baik daripada sesuatu yang tak pernah dilihat mata
Dan lebih indah kamu tidak pernah dilahirkan oleh mana² wanita
[Dicipta Engkau tanpa ada sebarang ke`aiban (celaan)] 2x
Seolah-olah penciptaanmu itu sepertimana yang engkau kehendaki
Selawatlah kamu ke atas sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad Terpilih umpama bulan purnama
[ Selawatlah kamu dan ucapkanlah kesejahteraan ke atasnya
Moga² Dia memberikan kita syafa`atnya pada hari pembalasan kelak ] 2x
[Wahai nafsu berasa puaslah dengan perjumpaan
Wahai permata hati kami berasa sejuk semua mata kami
Inilah yang dikatakan keindahan Nabi Muhammad Terpilih
 Yang bak cahaya mempesona mata kita semua memandang] 2x
Kegembiraan buat kami menerusi harapan
Lenyaplah kesusahan lengkaplah kebahagiaan
Dan waktu telahpun menepati janji²nya
Dan kegembiraan pun menampakkan ketinggian kami
[Berselawatlah sentiasa ke atas Nabi SAW
Pada setiap detik yang ALLAH berikan
Dan ke atas keluarga Baginda serta para sahabatnya
Ahli Ma`ani dan ahli wafa] 2x
Selawatlah kamu ke atas sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad Terpilih umpama bulan purnama
 Selawatlah kamu dan ucapkanlah kesejahteraan ke atasnya
[Moga² Dia memberikan kita syafa`atnya pada hari pembalasan kelak] 3x

Sabtu, 3 Mac 2012

Memperingati 88 tahun sejarah hitam

sejarah hitam 300x195 Memperingati 88 tahun sejarah hitam
Khalifah terakhir Islam meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1924.





 Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.
Kamal Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.


atarturk 300x206 Memperingati 88 tahun sejarah hitam
Di antara hobi pemimpin korup yang dikatakan sebagai 'Bapa Kemodenan Turki'
 
Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.
Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.
Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?
Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).
Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Think globally and act locally…..
Juga Turki – sila baca : http://zainurrashid.com/hidup-biar-terhormat-mati-biar-mulia%E2%80%A6/

Juga ikuti coretan harian di :
http://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


sumber : http://zainurrashid.com/memperingati-90-tahun-sejarah-hitam/




Majlis Tadarus al Quran ( MTQ ) Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu Utara 2012




Melentur Buluh biarlah dari rebungnya..
Mabruk! gua ucapkan to my sister child's.. :)
`umur baru 8tahun (kalo tak silap)..
Biar pun mendapat tempat ketiga dari 21 peserta yg bertanding, tapi kekuatan daya ingatan dan semangat berani kehadapan kanak² ini menjadi contoh dan itu yang kita mahukan..

Related Posts with Thumbnails