ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sabtu, 11 Ogos 2012

Penuh Keimanan dan Kepenelitian kah kita di Luar Puasa sekalipun ?




 عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : مَن صام رمضان إيمانا واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه   ..
وقال الحافظ ابن حجر في " فتح الباري" ، المراد بالإيمان : الاعتقاد بفرضية صومه .. وبالاحتساب : طلب الثواب من الله تعالى أي طلباً للأجر لا لقصد آخر من رياء أو نحوه ..

hadis daripada Abi Huroirah rodhiyallahu `anh bahawa Baginda Rosul sollallahu `alaihi wa sallam telah bersabda : siapa² yang berpuasa romadhon dengan penuh keimanan, kepercayaan dan kepenelitian, keterperincian, kekira bicaraan, kepenyemakan semula terhadap `ibadah puasanya, nescaya diampunkan dosa²nya yang telah lalu (dosa² kecik .. dosa besar terhapus dengan taubah ..)

dan telah berkata Imam Ibn Hajar  dalam kitab "fathul bari", yang dimaksudkan dengan iman di sini : mempercayai akan kefardhuan puasa .. dan ihtisab di sini : mengharapkan pahala daripada ALLAH ta`ala bukan kerana sifat riya’ atau yang lainnya ..

seringkali tiba musim haji kita kerap bertanya “si tuan haji itu ‘mabrur (diterima)’ kah hajinya”, “si puan hajjah itu ‘mabruroh’ kah hajinya” setelah pulang dari dua tanah suci ? seseorang pulang dari `umroh pula, akan kita bertanya “tuan atau si puan itu ‘maqbulah (diterima)’ atau tidak `umroh yang dikerjakan ? habisan ribuan ringgit pergi ke Makkah dan Medinah .. apabila tibanya bulan romadhon pula, kerap kali kita terdengar akan hadis di atas  dan mulalah kita bertanya “إيمانا واحتساباً” kah puasa kita ?
tapi apakah pernah kita bertanya pada iman di hati kita sendiri dalam kerja buat kita sehari-harian, dalam `amal `ibadah yang kita `amalkan sehari-harian, dalam pergerakan perjalanan perlakuan sehari-harian kita, apakah “إيمانا واحتساباً  atau tidak segala apa kerja buat yang kita telah lakukan .. apakah penuh dengan kepercayaan dan kepenelitian dalam `amal `ibadah kita itu ?

ALLAH berfirman dalam al quran surah el baqoroh ayat ke 285 :

آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير ( البقرة : ٢٨٥ )

Bermaksud :
Rosulullah telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadanya dari Robb Nya dan juga orang² yang beriman semuanya beriman kepada ALLAH dan Malaikat²NYA dan Kitab²NYA dan Rosul²NYA .. Mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rosul²NYA .. mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami ta`at, kami pohonkan keampunanMU Wahai Robb kami, dan kepadamu jualah tempat kembali (Al Baqoroh : 285 ) ..

manusia yang beriman akan mempercayai bahawa dia hendaklah mematuhi apa² suruhan yang telah disampaikan ALLAH `Azza wa jall melalui para MalaikatNYA menerusi  Para penyampai risalahNYA yang termaktub atau yang tertulis dalam Kitab² yang telah didatangkanNYA .. manusia akan mengakui bahawa setiap gerak kerjanya diperhatikan oleh ALLAH .. setiap perbuatan dan `amalan sehari-hariannya ada yang mencatatnya iaitu para Malaikat ALLAH yang tidak pernah henti mencatat `amalan kerja buat manusia ..  manusia juga turut akan mematuhi segala arahan dan menjauhi segala larangan yang telah termaktub di dalam kitab² yang diturunkan ALLAH yang disampaikan menerusi lisan Para Rasul atau penyampai risalah ALLAH di muka bumi ini ..
bila manusia yang beriman itu mengetahui dan mempercayai segala `amalannya diperhatikan ALLAH `Azza wa jall, dicatat oleh Malaikat²NYA, nescaya dia akan melaksanakan tugasan hariannya dengan penuh kepenelitiaan terhadap kerja²nya .. dia akan amanah ketika berbuat sesuatu .. tidak pecah amanah .. tidak  berlaku zalim ..


خيرَ الأمورِ أَوْسطها ..
Yang bermaksud :
Sebaik-baik perkara adalah yang tengah² / sedang²..


kita sekarang heboh dengan perkataan wasatiyyah (bersikap pertengahan) .. tapi kita bila bersedeqah, datang seseorang meminta sedeqah, apakah wasatiyyah kita ni ? duit dalam kocek ada tiga jenis .. yang besar (lima puluh hingget), duit yang pertengahan (sepuluh hingget) dan duit yang kecik (seringgit) .. duit yang singget jugak kita bagi ? wasatiyyah kah kita ni atau taik kedekut kah kita ? gaji MYR 3-4k sebulan, singget jugak wasatiyyah kita ? lemah iman kita nih ..
ingatlah ALLAH memberi arahan pada kita walau ayat menunjukkan pada supaya keluarkan zakat, tapi boleh ambil istimbat supaya rajin bersedeqah kalo ada harta lebih :

يا أيها الذين آمنوا أنفقوا مما رزقناكم من قبل أن يأتي يوم لا بيع فيه ولا خلة ولا شفاعة والكافرون هم الظالمون ( البقرة : ٢٥٤ )  ..


Maksud :
Wahai orang² yang beriman, infaqkanlah sebarkanlah berikanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan pada kamu sebelum tibanya hari qiyamah hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada teman mahupun rakan yang mampu member mamfa`ah padamu serta tidak ada pula pertolongan serta syafa`ah dan orang² kafir lagi kufur dengan suruhan² ALLAH itu mereka adalah orang² yang zalim terhadapNYA (Al Baqoroh : 254) ..



الحمد لله الذي قال : والكافرون هم الظالمون ولم يقل والظالمون هم الكافرون ..

Sesetengah `Ilmuan tafsir mengucapkan ‘alhamdulillah (segala puji bagi ALLAH’ berkenaan ayat ini .. beruntung besar kita kerana ALLAH meletakkan di sana “orang² kafir yang kufur itu merekalah orang² yang zalim” tapi tidak ALLAH `Azza wa jall mendatangkan “orang² yang zalim itu adalah orang² kafir” .. SubhanALLAH ~! zalim kita nih .. duit banyak, tapi orang lain ramai memerlukan kita buat tak tahu je .. zalim kita nih .. duit banyak, tabung masjid lalu depan mata kita buat tak Nampak je .. zalim kita nih .. amanah ALLAH beri kita lalai²kan begitu² je .. zalim kita nih .. ALLAH beri kita projek mega tahunan dengan datangnya bulan romadhon, kita keluar dari bulan itu, kita habiskan projek mega kita itu dalam keadaan kita tak mendapat untung besar dalam keadaan tidak diampunkanNYA akan dosa² kita, (wal`iyazubiLLAH !)

عن أبي هريرة   رضي الله عنه  أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :
كل عمل ابن آدم يضاعف الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف
 قال الله عز وجل :
 إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به  يدع شهوته وطعامه من أجلي ، وللصائم فرحتان:
فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه ، ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ..


Maksud :

Setiap `amalan anak adam itu (sedeqahnya, solah sunnahnya dan yang lainnya), dilipat-gandakan .. setiap satu kebaikan itu dilipat-gandakan hingga sepuluh ganjaran sehingga tujuh ratus gandaan ..
Telah berfirman ALLAH `Azza wa jall :
Melainkan `ibadah puasa, AKU yang akan memberikan ganjarannya kerana orang yang berpuasa itu menahan syahwatnya makan minumnya kerana AKU .. dan bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan :
- ketika berbuka
- ketika bertemu Robb nya untuk mengambil ganjaran yang dijanjikanNYA

Dan sesungguhnya bau hembusan nafas mulut seseorang yang berpuasa itu lemua indah dan harum baunya di sisi ALLAH daripada indahnya haruman kasturi ..



Dalam bulan romadhon yang mulia yang penuh keberkatan ini, ALLAH ta`ala melipat-gandakan segala `amal `ibadah kita kerana bulan ini merupakan satu bulan yang ALLAH rancangkan buat kita .. bulan projek mega .. amat malang lagi rugilah kita bila datang bulan romadhon, kita tidak sibuk dan merebut menjadi jutawan pahala dengan bersedeqah .. tapi bila tiba bulan syawal, kita kalut lagi sibuk untuk memberi ‘angpau’ atau duit raya kepada orang lain .. sedangkan keluar dari bulan romadhon, pahala sudah tidak dilipat-gandakan lagi oleh NYA .. amat sedih kita hari ini tidak merebut peluang keemasan peluang menjadi jutawan pahala  itu ..


Nabi sollallahu `alaihi wa sallam bersabda :
 Ketika aku menaiki anak tangga mimbar yang pertama,  Malaikat Jibril `alaihissalam datang kepadaKu  lalu berkata :
Celakalah seorang hamba yang melalui bulan Ramadhan tetapi dia tidak diampuni (a`uzubiLLAH !) ..
Lalu aku pun menjawab ‘Ameen (moga diperkenan ALLAH)’ ..


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَال : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ "

Jabir bin `Abdullah rodhiyALLAHu `anhu menceritakan bahawa Nabi sollallahu `alaihi wa sallam naik ke atas mimbar .. Ketika Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menaiki anak tangga yang pertama, Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menyebut ‘ameen’, kemudian apabila menaiki anak tangga kedua ,  Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menyebut ‘ameen’, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, Baginda sollallahu `alaihi wa sallam menyebut ‘ameen’..

Lalu para sahabat bertanya : Kami mendengar Engkau menyebut ‘ameen’ tiga kali wahai Rosulallah ?

Nabi sollallahu `alaihi wa sallam menjawab :
Ketika aku menaiki anak tangga pertama, Jibril `alaihissalam datang kepada Ku lalu berkata:
Celakalah seorang hamba yang melalui bulan Romadhon tetapi dia tidak diampuni .. Lalu Aku pun menjawab ‘ameen’..

Kemudian Jibril berkata : Celaka seorang hamba yang hidup ketika ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka sudah tua, tetapi hamba itu tidak dimasukkan ke dalam syurga .. Lalu aku menjawab: ‘ameen’.

Kemudian Jibril berkata: Celaka seorang hamba yang apabila nama Mu Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam  disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas mu .. Aku pun menjawab: ‘ameen’.

Semoga `ibadah puasa dan segala `amal `ibadah yang kita kerjakan tidak tergolong dalam golongan celaka sepertia yang disabdakan Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam ..
w`alam ..

اللهم إنا نسئلك رضاك و الجنةَ و نعوذ بك من سخطك و النار .. اللهم آميين ..




الفقير إلى الله :
فائز رمزي




Related Posts with Thumbnails