ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 9 September 2010

Amalan Salaf yang dipinggirkan pada Malam Hari Raya

PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA


1)      Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya;


أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُ�! �ْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.

Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu darda’ berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fithri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.
2)      Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;


و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بن عبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابن البيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد

Maksudnya: Dari Ibn Umar beliau berkata:  Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT
1)     Imam Nawawi menyebut  di dalam Kitab Azkar;


يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصل الإحياء إلا بمعظم الليل

Maksudnya: Disunatkan menghidupkan kedua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.

Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.

2)     Di dalam kitab Al-Imdad’;


وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء، والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل

Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.
3)     Dari Ibn Abbas;
عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة
الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدين.
وفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله
Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih  Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Di dalam kitab Al-Hawi al-Qudsi: Makruh berhimpun di mesjid untuk membangunkan malam tersebut.

sumber From:
Al-Muttaqin Network

* wallahu wa rosuluhu a'alam *

mEnYaMbUt 'eIduLfiTr meNgikuT sunnah BaGinda SAW

 

 
Alhamdulillah  hampir sebulan pada bulan ramadhon kita melawan dan menentang hawa nafsu kita dan menjalani ‘ibadah puasa dengan sempurna, insyALLAH.. Mudah-mudahan juga madrasah hasil tarbiyyah daripada romadhon itu menjadikan kita manusia yang tinggi niLai taQwa di sisiNYA sepertimana yang dinyatakan ALLAH dalam surah al-baQoroh itu, aMIen..

Berlabuhnya tirai ramadhon, kemudian menjelmanya syawwal bagi kita mera’iekan kemenangan  dalam mengharungi MuJAhadatun naFs selama sebulan itu..

Dalam mera’iekan keMenangan ini, beberapa perkara yang telah digaris-pandukan oleh baGinda Nabi SAW kepada kita agar kita tidak tersasar jauh dari syari’at IsLam, antaranYa adalah:

1.Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan ‘amal ibadah kepada ALLAH dengan meneruskan QiyamuLLail seperti menunaikan solah tasbih, dSbgainya rentetan daripada ‘ibadah  teraweh kita di bulan ramadhon
....." apabila kamu letih kerana melakukan 'amalan kebaikan, sesungguhnye KELETIHAN itu PASTI akan HILANG & KEBAIKAN akan terus KEKAL.. akan tetapi, sekiranya kamu berseronok bergelumang dalam melakukan DOSA, sesungguhnye KESERONOKAN akan HILANG & DOSA yang dilakukan olehmu itu akan KEKAL ...."
- saiyyidina 'ali KWH -


2.Mandi sunat hari raya sebelum keluar mengerjakannya
…….” Mandi yang diharuskan adalah mandi pada hari juma’At, hari ‘aroFah, hari ‘eiduLfitr dan ‘eiDuLadha …….”
-   riwayaH iMam syAfi’E -


3.Memakai bau-bauan harum
Disunnahkan bagi lelaki untuk memakai bau-bauan di pagi ‘eid. Tidak menjadi sunnah pada waNita, seperti hadis,
……” Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan lalu dia melintas sihadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangian yang dipakainya, dia adalah PENZINA(wal’iyazubiLLAH!!) ….”
-riwaYah an NasaE –
Namun, ini tidak bermakna kaum wanita itu boleh membiarkan diri mereka dalam keadaan busuk. Tetapi sekadarnya sahaja iaitu sehingga tidak menarik perhatian orang sekeliling dalam berwangi-wangian J


4.Memakai pakaian yang paling baik
…..” aku lebih menyukai seseorang yang berpakaian terbaik yang ada padanya di hari-hari raya iaitu hari juma’at, dua hari raya (‘eiDuLfitr serta ‘eiduLadha) dan di tempat diadakan majlis …..”
-iMam sYaFi’e, kiTaB uMm –


5.Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.
…..” Rasululah SAW tidak akan keluar mengerjakan solah sunnah ‘eiduLfitr melainkan sesudah baGinda memakan beberapa biji kurma …..”
-   Riwayah bukHori –
·       Anas  menceritakan bahawa bAginda Nabi SAW akan memakan kurma tersebut dalam bilangan yang ganjil


6.Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya
....." di dalam sebuah hadis yang telah diriwayahkan daripada ibnu 'uMar r.a, Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum, ke atas hamba yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang yang dewasa daripada kaum muslimin.. dan perintah untuk menunaikannya adalah sebelum keluar menunaikan  solah(sebelum solah sunnah 'eid fiTr)....."
- riwayah iMam Bukhori & MusLim -


7.Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk
…..” termasuk dalam perkara sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat hendak dikerjakan solah sunnah hari raya dan engkau memakan sesuatu sebelum berangkat pergi …..”
-riwayah tIrMiziY-


8.Bertakbir semasa berjalan ke masjid
Takbir hari raya bermula setelah terlihatnya anak bulan dan berakhirnya pada kemuncak hari raya itu iaitu setelah selesai khutbah raya…….


9.Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim
Majority rakyat mELaYsiYAk dewasa ini acap kali tibanya heri raya, mereka mengucapkan “ SiLAmAt haLi LaYa” sesame mereka. Ini tidak bertepatan seperti yang disarankan bAgInda Nabi SAW..
…..” daripada jUbair r.a katanya: apabila sahabat Nabi SAW bertemu sesame mereka di hari ‘EiD(raya) mereka akan mengucapkan "تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُمْ" …..”
-rIwaYAh iMam bukHori-


10.Mengikuti jaLan yang berbeza pada pergi dan pulang dari masjid
…..” diriwaYahkan daripada JaBir bin ‘aBduLLah r.a bahawasanya: Nabi SAW melalui jalan yang berbeza pada pergi dan pulang masjid pada hari raya……”
-rIwayah iMam Bukhori-


11.Mengerjakan puasa sunnah enam hari di bulan syawwal
……” sEsiapa yang teLah berpuasa sebULan di buLan ramadhon lalu diIringi enam haRi di bulan syawwaL, seolah-olah ia telah berpuasa setahun …..”
-rIwAyah iMam musLim-
*puasa tersebut hendaklah dimulakan pada 2syawwal kerana puasa pada 1syawwal hukuMnya adalah HARAM!!


12.Menggelakkan pembaziran dalam apa jua keadaan
..... jangan dok bazirkan duit terutama membakar mercun tak tentu pasyal memekak malam raye nih.. baik sedeqahkan / infaQkan jerk duit tu untuk pembangunan institusi masjid ke ape ke yang berfaEdah untuk kHairat kita .....;)


13.Menjauhi segala perbuatan maksiat dan perkara yang sia-sia

* wallahu wa rosuLuhu a’alam *

salam 'eiDuLfiTr 1431hijriY daripada ana dan keLuarga..
kuLLu saNah wa aNtuM toiyYibun........
taQoBbalaLLAhu minna wa minkuM ;) ........






Related Posts with Thumbnails