ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 29 April 2011

'Takbiratul Ihram'kah kita di luar solah sekalipun..??

Lafaz Takbir


Apalah erti kita melafazkan kalimah "Allahu akbar" (Allah yang maha besar) ketika solah sekiranya kita tidak membesarkan Allah dalam kehidupan seharian..?? Kadang-kala kita lebih kepada membesar²kan "boss" kita bukan kita hanya hormat padanya..
kita membesar²kan harta yang kita punyai yang hanya pinjaman sementara daripada Maha Pencipta Harta, ALLAH 'Azza wajall..
kita membesar²kan pangkat dan juga jawatan kita yang mana ia adalah amanah daripada ALLAH 'Azza wajall kepada kita bukan untuk dibangga²kan..
kita membesar²kan pengikut² kita yang ia kecil pada pandangan ALLAH 'Azza wajall dan para pengikut kita tu juga kelak kita dipersoalkan ALLAH tentang mereka tentang sejauh manakah kita menunaikan tanggung-jawab kita sebagai ketua ke atas mereka..
acap kali kita membesar²kan kemahuan dan kehendak nafsu kita lebih dari membesarkan tuntutan dan suruhan ALLAH 'Azza wajall ke atas kita dan tanggung-jawab kita di dunia yang hanya HAMBA..
seringkali kita membesar²kan perkara duniawi yang sementara dan dalam masa yang sama melupakan tentang perjannjian kita nak bertemu dengan yang Maha Segala²nya BESAR, iaitu ALLAH ROBBUL JALIL..

Do'a Iftitah


Tak mengertikah kita bahawa ketika mana seseorang hamba ALLAH Jalla wa 'Ala itu mengangkat tangan nak menyebut takbir " ALLAHU AKBAR " ketika hendak solah, jadilah perbandingan antara dia denganNYA, dia itu seperti seekor semut yang hitam legam di kaki pergunungan batunya yang hitam pada gelap malam kelam yang hitam.. MasyALLAH tabarokALLAH.. KERDIL & HINAnya yang bernama hamba ALLAH itu.. mengapa perlu untuk kita besar²kan / agung²kan hamba ALLAH yang lainnya yang jelas dan nyata mereka itu juga tak punya apa di sisiNYA melainkan dengan hanya bekalan TAQWA..
إن أكرمكم عند الله أتقىكم....
...." sesungguhnya orang² yang MULIA di sisi ALLAH Jalla wa 'Ala itu hanyalah mereka² yang punya TAQWA ...."
- al hujurot: 13  -

w'alam......

Antara Rahsia² Hari Jum'at

Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at...” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi.. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sohih sebagaimana dalam Sohihul Jami’ no. 6470)

Alhamdulillahi robbil ‘alamin.. Allahumma solli ‘ala Nabiyyina Muhammad, wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallam..

Betapa banyak orang lalai dari 'amalan yang satu ini ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, iaitu membaca surah Al Kahfi.. Atau mungkin sebahagian orang belum mengetahui 'amalan ini.. Padahal membaca surah Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikhabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar iaitu Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam.. Hadis² yang membicarakan hal ini kami bawakan sebahagian pada posting yang singkat ini.. Semoga bermanfa'at..

Hadis pertama:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sohih sebagaimana dalam Sohihul Jami’ no. 6471)

Hadits kedua:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sohih sebagaimana dalam Sohihul Jami’ no. 6470)

Inilah salah satu amalan di hari Jum’at dan keutamaan yang sangat besar di dalamnya.. Akankah kita melewatkan / mebiarkannya begitu saja..??


Semoga Allah selalu memberikan kita 'ilmu yang bermanfa'at dan dimudahkan untuk ber'amal soleh sesuai tuntunan NabiNYA sollallahu ‘alaihi wa sallam..

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihaat. Wa sollallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallam..



Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal (http://hijrahdarisyirikdanbidah.blogspot.com/2011/04/sunnah-membaca-surah-al-kahfi-pada.html)
*w'alam..

Rabu, 27 April 2011

10 Wasiat Imam Syafi'e RohimahuLLAH...

10 WASIAT IMAMUNA SYAFI'E ROHIMAHULLAH


Sebelum Imam Syafi'e RohimahuLLAH pulang ke rahmatuLLAH, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan ummah Islam seluruhnya..
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
..."Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia meng'amalkan sepuluh perkara...."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI ~ Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada...

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT ~ Mengqadhakan kewajipan² yang tertinggal, mendapatkan kema'afan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH..

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR ~ Membuang tabi'at suka menabur fitnah, membuang tabi'at kencing merata-rata, memperbanyakkan solah Tahajjud dan membantu orang² yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR ~ Tidak berdusta, berkata perkara benar, meninggalkan ma'siat dan saling nasihat-menasihati...

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN 'AMAL PADA HARI QIYAMAH) ~ Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan 'amalan dan sanggup menanggung kesusahan...

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) ~ Membuang tabi'at suka mengumpat, bersikap wara', suka membantu orang beriman dan suka berjema'ah...

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) ~ Menangis lantaran takutkan ALLAH 'Azza wajall, berbuat baik kepada ibu bapa bersedeqah secara terang-terangan(untuk menggalakkan orang lain turut bersedeqah) serta sembunyi²(untuk mengelakkan timbul rasa sum'ah dalam diri, iaitu membuat 'amal bertujuan orang lain tahu) dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) ~ Berasa redha dengan Qadha ALLAH, bersabar menerima
balaNYA, bersyukur ke atas ni'mat ALLAH dan bertaubah dari melakukan ma'siat...

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW ~ Berselawat ke atas Baginda Nabi SAW, berpegang dengan syari'at bawaan Baginda, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan ALLAH...

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH 'Azza wajall ~ Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari berbuat kemungkaran, menyukai keta'atan dan membenci kema'siatan...

*wallahu a'alam....

Ahad, 17 April 2011

Beriman Kepada ALLAH 'Azza Wajall, SABAR dengan ketentuan²NYA...

Beriman Kepada ALLAH 'Azza Wajall, SABAR dengan ketentuan²NYA...

SABAR

Bahasa: Menahan
Istilah: Menahan diri terhadap sesuatu perkara daripada sesuatu perkara..

BAHAGIAN² SABAR

i- Sabar dalam melakukan keta'atan kepada ALLAH 'Azza Wajall.. Seperti sabar dalam menunaikan 'ibadah kepadaNYA siang malam dan sebagainya.. FirmanNYA:
" واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريدون زينة الحيوة الدنيا "
...." dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang² yang menyeru kepada ALLAH 'Azza wajall samada di pagi hari mahupun petangnya hanya-sanya mengharapkan keredhoanNYA, dan janganlah engkau memalingkan kedua matamu dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia yang sementara....."
- al kahfi: 28 -

ii- Sabar dalam menahan diri dari berbuat ma'siyyah kepada ALLAH 'Azza wajall.. Sepertimana sabarnya Nabi Yusuf 'Alaihissalam terhadap pelawaan perempuan yang mengajaknya.. FirmanNYA:
" قال رب السجن أحب إلي مما تدعوننى إليه وإلا تصرف عني كيدهن أصب إليهن وأكن من الجهلين "
...." Nabi Yusuf 'Alaihissalam berkata: ya ALLAH, sesungguhnya penjara lebih aku sukai daripada aku memenuhi permintaan ajakan mereka.. Dan jika tidak ENGKAU hindarkan aku dari tipu-daya mereka, nescaya aku akan cenderung memenuhi permintaan mereka dan sudah tentu lagi pasti, aku akan tergolong dalam golongan mereka² yang bodoh ...."
- yusuf: 33 -

iii- Sabar di atas ketentuan² ALLAH 'Azza wajall.. FirmanNYA:
" فاصبر لحكم ربك "
...." Maka, bersabarlah kamu untuk melaksanakan ketetapan ALLAH 'Azza wajall ...."
- al insan: 24 -

sesungguhnya sabar Manusia itu atas musibah yang melanda mereka seperti musibah kematian kawan Qarib, jiran tetangga atau sanak saudara adalah lebih mulia dan lebih susah jika nak dibandingkan dengan sabarnya manusia terhadap menta'ati perintah² ALLAH 'Azza wajall.. Ini kerana, sabar terhadap ketentuan² ALLAH 'Azza wajall adalah berkaitan dengan 'Aqidah Rububiyyah dan segala urusan manusia juga ketentuan² mereka adalah berkaitan dengan sifat ketuhanan ALLAH 'Azza wajall..
Maka WAJIB seseorang SABAR dengan ketentuan² yang ALLAH 'Azza wajall datangkan padanya dan SUNNAH(tidak menjadi Wajib) baginya untuk REDHO dengan apa yang telah terjadi..


...." Dan barangsiapa yang berIMAN kepada ALLAH 'Azza wajall, akan ditenangkan hatinya atau diberikan petunjuk kepadanya ...."
- at taghobun: 11 -

...." Daripada Abi Huroiroh r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah SAW bersabda: ada dua perkara yang manusia lakukan kedua-duanya menyebabkan mereka menjadi sebahagian dari orang kafir, iaitulah
- Meng'aibkan Nasab keturunan orang
- Meratapi atas kematian ....."

- Riwayah Imam Muslim -


KEADAAN² MANUSIA BILA MANA DITIMPA MUSIBAH

i- Marah.. Samada marah dengan cara hati(tidak berpuas-hati dengan ketentuan² ALLAH 'Azza wajall) ataupun lisan(memaki-hamun dan sebagainya)..

ii- Sabar..

iii- Redho..

iv- Syukur.. Kerana dia menganggap musibah yang menimpa boleh jadi menghapuskan keburukan dan menambahkan kebaikan.. Sabda Nabi SAW:
...." TIDAK menimpa seseorang mukmin perasaan sedih, dukacita, khuatir, hiba dan sebagainya, melainkan dihapuskan kejahatan padanya dengan demikian itu sehingga menjadi kuat dan mantap jati dirinya kerana demikian itu dan bertambah Imannya ..."
- Riwayah Imam Bukhori -



Daripada Anas bin Malik r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: apabila ALLAH 'Azza wajall menghendaki kebaikan atas hamba²NYA, DIA mempercepatkan balasan kepada hamba tersebut di dunia.. Dan barangsiapa yang ALLAH 'Azza wajall menghendaki keburukan atasnya, DIA menahan daripada ditimpa 'azab ke atas hamba tersebut di dunia sehinggalah dia dibangkitkan di akhirat kelak(waL'iyazubiLLAH..!) ...."
- Riwayah Imam Turmiziy -


* w'alam.....

sunnatuLLAH pada penciptaan Manusia.. tiap yang bernyawa pasti menemui maut.. tak lewat dan tak cepat walau sedetik..!

عنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَكمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَومًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْه ِالرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إله غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكم لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْه ِالْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَه وبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا ))... - رواه البخاري و مسلم-



Daripada Abu 'Abdul Rahman 'Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda SAW adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama(40hari), kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama(40hari), kemudian dikirimkan kepadanya malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia(Malaikat) diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.... Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNYA, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan ber'amal dengan 'amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta.. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan 'amalan ahli neraka lalu dia dimasukkan ke dalam neraka(waL'iyazubiLLAH..!). Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan ber'amal dengan 'amalan ahli neraka(waLll'iyazubiLLAH..!), sehingga jarak antaranya dengan pintu neraka tidak lebih dari sehasta.. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan 'amalan ahli syurga lalu dia dimasukkan ke dalam syurga ALLAH SWT(MasyALLAH tabarokALLAH..!)..

- Hadis Riwayah lmam Bukhari dan Muslim -


*Semoga ruh sahabatku nash @ iszuddin nordin ditempatkan di kalangan orang² MUTTAQIN..wa SANGAT rindu dan amat menyayangimu wahai al-marhum..! hanya do'a mampuku kirimkan buatmu..Salam Ta'ziyyah juga buat keluarga al-marhum...:'(اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنان.. ولا تجعل قبره حفرة من حفر النيران...! اللهم
آمييييييييين....!

- pesanan buat diriku yang faqir lagi hina di sisiNYA, yang lepas dan telah pergi biarkan ia berlalu.. Jadikan itu motivasi diri untuk berubah.. Jangan putus asa.. yang masih hidup kena teruskan pengorbanan untuk memperbanyakkan 'amal pada 'azza wajall..

w'alam.....
nash @nur iszudin nordin - tiga dari kiri(berdiri)

Khamis, 7 April 2011

ikhlaskah 'amalan manusia itu..??

Pada hari qiyamah kelak ALLAH 'AZZA WAJALL datangkan seorang manusia lalu bertanya kepadanya:
apakah yang telah engkau lakukan di atas muka bumi..?? lalu dia menjawab: aku telah berperang dijalanMU ya ALLAH.. ALLAH mengatakan: kamu berbohong.. bahkan kamu pergi berjuang dan berperang supaya orang kata engkau berani dan di dunia dulu manusia ramai telah mengatakan demikian pada engkau.. lalu disentap mukanya kemudian dicampak dia kedalam api neraka ALLAH 'AZZA WAJALL(waL'iyazubillah!)..

setelah itu ALLAH 'AZZA WAJALL datangkan manusia lain lalu bertanya apakah yang telah engkau lakukan di atas bumi dahulu..?? lalu manusia menjawab: sesungguhnya aku telah mempelajari 'ilmu dan aku mengajarkannya pada orang lain.. dan aku membaca al-quran semata-mata kerana engkau ya ALLAH.. ALLAH mengatakan, engkau berdusta..! akan tetapi engkau belajar supaya orang kata kau 'alim dan kau baca quran supaya orang ramai kata kau tu qori.. disentap mukanya lalu dicampakkan dia ke dalam api neraka ALLAH 'AZZA WAJALL(waL'iyazubillah!)..
setelah itu didatangkan pula manusia yang di atas muka dunia yang dahulunya rajin menginfaqkan hartanya pada jalan ALLAH dan ditanya kepadanya: apakah yang telah engkau buat akan harta yang AKU berikan padamu di atas dunia dahulu..?? lalu manusia itu berkata: aku telah infaqkan hartaku itu pada jalanMU ya ALLAH dan untukMU semata-mata ya ALLAH.. kemudian ALLAH berkata: kau tipu.! sesungguhnya kau infaqkan hartamu itu hanya hendakkan supaya manusia lainnya mengatakan kau itu seorang yang pemurah dan sememangnya manusia lain di muka dunia dahulunya dah mengatakan demikian pada kau dan cukuplah dengan apa yang telah dikatakan pada engkau itu di dunia dahulunya..

- riwayah imam muslim -

sama-samalah kita memperbetulkan NIYYAH kita dalam melakukan segala 'AMAL 'IBADAH kita pada ALLAH 'AZZA WAJALL...=)
*w'alam......
Related Posts with Thumbnails