ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 12 April 2012

Memakai Cincin Selain Jari Manis Dan Jari Kelingking

*klik pada gambar untuk lebih jelas



بسم الله الرحن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
أما بعد ،

السىؤال : هل يجوز ان نتختم فى الأصابع الوسطى و الإبهام و السبابة ؟ لأنني سمعت أنها من تشبه قوم لوط ..

الجواب: لا مانع من ذلك، وهو مباح، فوضع الخاتم في السبابة أو غيره ليس من عمل قوم لوط، وهو مسألة شخصية، يمكن أن تلبس الخاتم في أي اصبع في اليد اليمنى أو اليد اليسرى ..

Telah ditanya kepada syeikh duktur Solah el kholidi berkenaan :
apakah hukum sekiranya kita memakai cincin di jari tengah (jari hantu), jari telunjuk dan ibu jari ?? ini kerana aku telah mendengar seseorang mengatakan padaku bahawa memakai di jari² tersebut (selain jari kelingking dan jari manis) termasuk dalam meniru gaya pemakaian cincin kaum Nabi ALLAH Lut `Alaihis Salam ..

Maka Jawab syeikh :

TIDAK MENJADI PENGHALANG sekiranya seseorang itu hendak memakai cincin pada jari² tersebut (jari tengah (jari hantu), jari telunjuk dan Ibu jari) bahkan ia adalah HARUS .. Maka meletakkan / menyarung cincin pada jari² tersebut BUKANlah dari cara pakai kaum yang dila`nat ALLAH (kaum Nabi ALLAH Lut `Alaihis Salam) akan tetapi ia adalah masalah peribadi .. Dan mumkin kamu juga boleh memakai / menyarung cincin pada mana² jari di tangan kanan atau tangan kiri kamu, tak menjadi sebarang masalah ..





sedikit tambahan dari insan faqeer :

عن علي - رضي الله عنه - قال : نهاني رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أن أتختم في إصبعَي هذه أو هذه ، قال : فأومأ إلى الوسطى والتي تليها ..
-  رواه مسلم   -

Yang bermaksud :
Daripada Saiyyidina `Ali RodhiyALLAHu `Anhu wa KarromALLAHu wajhah telah berkata : Aku telah ditegah oleh Baginda Nabi  صلى الله عليه وسلم  daripada memakai cincin pada kedua-dua jari ini atau ini iaitulah jari tengah (jari hantu) dan jari yang selepasnya (jari telunjuk serta ibu jari) ..
- Riwayah Imam Muslim –

Dalam “kitab Minhaj”, syarah kepada “kitab Soheh Muslim” menyatakan Bahawa :
Telah menghimpun `ulama Muslimin pada menyatakan sunnah bagi orang lelaki itu memakai cincin pada jari kelingking .. Adapun bagi wanita itu mana² jari yang dia kehendaki kerana setiap pada jasad wanita itu merupakan tempat berhias baginya ..
Dan hikmah pada sunnahnya memakai cincin bagi lelaki pada jari kelingking adalah kerana selain jari tersebut sangat banyak bekerja ..
Dan MAKRUH bagi lelaki untuk  memakai cincin pada jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari berdasarkan hadis di atas iaitulah MAKRUH TANZIH (perkara yang dituntut syara` supaya meninggalkannya bukan atas sebab wajib tinggal [lebih baik ditinggalkan] ) ..
Para fuqaha berhimpun pada HARUS memakai cincin pada tangan kanan seperti HARUS juga pada tangan kiri .. Akan tetapi mereka berselisih pendapat pada menyatakan yang manakah lebih utama :

- kebanyakan `ulama Salaf memakai pada tangan kanan dan kebanyakan dari mereka juga memakai pada tangan kiri

- Imam Malik RohimahuLLAH menyatakan sunnah memakai tangan kiri dan makruh tangan kanan

* yang Sohehnya adalah UTAMA memakai cincin pada tangan kanan kerana  ia merupakan ‘perhiasan’ dan kanan ini sesuatu yang mulia serta layaknyalah perhiasan itu kepada sebelah kanan dengan sebab kemuliaannya ..

aq ingin menambah sedikit lagi .. disebutkan dalam SyamaIl Muhammadiyyah (buku yg menceritakan berkenaan peribadi Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi Wa Sallam), adalah Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi Wa Sallam itu memakai cincin di jari manis atau jari kelingking Baginda dan dalam hadis lain ada menyebutkan yang Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi Wa Sallam amat gemar tayammun (memulakan sesuatu dengan kanan) .. Maka bagi aku, boleh jadi jatuh hukum MAKRUH bila kita memakai selain jari manis dan jari kelingking lebih² lagi dalam suasana masyarakat mEsia kita yg mempercayai karut-marut sekiranya memakai selain jari kelingking dan jari manis .. Maka untuk mengelakkan kekeliruan / fitnah di kalangan masyarakat mEsia kita  yg mengatakan memakai selain jari kelingking dan jari manis itu menyerupai kaum sekian², seeloknya kita meninggalkan kesamaran itu dan kembali pada sunnah pemakaian cincin yg diajarkan oleh Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi Wa Sallam ..


W`alam ..
Related Posts with Thumbnails