ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Rabu, 18 April 2012

Lima Syarat Memilih Sahabat

Mahasiswa UIM '10-'11

بسم الله الرحمن الرحيم ، 
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
وبعد ،

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat." 

Syarat-syaratnya ialah:

1. Orang yang ber`aqal .. Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan ..

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaqnya .. Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita ..

3. Orang yang soleh .. Jangan berkawan dengan orang yang fasiq kerana ia akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil ..

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia .. Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan ALLAH .. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya ..

5. Orang yang benar perkataannya .. Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta .. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya .. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

w`alam ..
Related Posts with Thumbnails