ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 27 Jun 2010

aDaB MeNzIaRaHi oRaNg SaKiT



Menziarahi orang sakit merupakan SUNNAH Baginda Nabi SAW dan ia AMAT digalakkan dalam agama Islam. Sebenarnya ziarah-menziarahiini bukan hanya tatkala sakit, bahkan di semua masa meengkapi masa sihat, berdukacita mahupun tatkala bergembira, ia amat digalakkan dalam Islam tak kira menziarahi sahabat-handai, keluarga, sanak-saudara samada yang muda lebih-lebih lagi yang tua, yang bujang mahupun yang telah berkahwin. Semua ini telah dilakukan oleh Baginda SAW kerana ‘amalan seumpama itu insyALLAH akan endapat ganjaran pahala yang besar di sisi ALLAH SWT sepertimana sabda Baginda SAW:
" مَن عاد مريضًا أو زار أخًا له فى الله ناداهُ منادٍ إن طِبْتَ وطابَ مَمْشاكَ وتَبَوَّأُ من الجنة منزلاً "
Yang bermaksud : “ barang siapa menziarahi orang yang sakit ataupun ia menziarahi saudaranya kerana ALLAH SWT maka akan terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan pada orang yang menziarahi itu BAGUS  dan BAGUS langkahmu dan ambillah(disediakan) tempat tinggalmu dalam syurga ”
Sabda Baginda Nabi SAW lagi:
" أطعِموا الجائعَ وعودوا المريضَ وفُكُّوا العاني "
Yang bermaksud : “ hendaklah kamu member makan kepada orang yang lapar, dan ZIARAHlah kamu akan orang yang sedang sakit serta lepaskanlah orang yang berada di dalam tawanan ”

Sebagaimana ‘ibadah yang lain itu mempunyai syarat ataupun adab(rukun), maka di sini tatkala kita menziarahi orang yang sakit juga mempunyai adab-adabnya yang tersendiri yang perlu kita ikuti agar ia tidak lari daripada hasrat dan kehendak ataupun lebih tepat kita katakan SIRIM(syari’at) Islam.

>> Adab-adab Menziarahi Orang Sakit
* Jangan Duduk Terlalu Lama Di Sisi Pesakit Keran Itu Mumkin Akan Membawa Kepada Pesakit Menjadi Jemu
* Menzahirkan Rasa Simpati Kepada Pesakit Seolah-olah Kita Juga Merasai Penyakit Yang Dialami Oleh Pesakit Tersebut
*Membacakan Do’a Kepada Pesakit Seperti
" أَسْئَلُ اللهَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْكَرِيمِ أَن يَشْفِيكَ / يشفشكِ "
Yang bermaksud : “ saya memohon kepada ALLAH yang menguasai ‘arash yang besar lagi mulia agar menyembuhkan engkau(pesakit) ”
" اللهم أَذْهَبِ الْبَأْسَ رَبُّ النَّاسِ اشْفِهْ ، أنتَ الشَّافِى لاَ شِفَآءٌ إِلاَّ شِفَآئُكَ شِفَآءٌ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا. بسم اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا  بِرِيقَةِ  بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا . بسم اللهِ أُرْقِيكَ وَاللهُ يُشْفِيكَ مِن كُلِّ دَاءٍ فِيك ومن شر النفاثات فى العقد ومن شر حاسد إذا حسد. اللهمَّ اشْفِهْ ، اللهم عافِهْ "
Yang bermaksud : “ Ya ALLAH, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah dia ya ALLAH. Engkaulah ya ALLAH yang Maha Menyembuhkan segala jenis penyakit yang mana tidak ada sesiapa jua yang mampu menyembuhkan penyakit melainkan Engkau jua ya ALLAH yang sembuhan itu tidak meninggalkan sebarang penyakit! Dengan nama ALLAH yang memiliki tanah bumi kami dengan air liur setengah antara  kami maka disembuhkan penyakit kami. Dengan nama ALLAH, aku menjampi kamu(pesakit) bahawasanya Demi ALLAH lah yang menyembuhkan kamu daripada segala penyakit yang ada pada kamu dan daripada segala kejahatan semburan pada tali yang tersimpul daripada kejahatan-kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. Ya ALLAH, sembuhkanlah dia dan sihatkanlah ia! ”

* Menasihati Pesakit Agar Bersabar Dengan Penyakit Yang Ditimpa Ke Atasnya Kerana Dengan Sakit Itu Ia Merupakan Penghapus Dosa Dan Menambahkan Lagi Pahalanya
* Jangan Memakan Makanan Hadiah Daripada Orang Lain Orang Kepada Pesakit Atau Makanan Yang Disediakan Kepadanya Kerana Jika Kita Memakannya, Akan Hilanglah Pahala Menziarahi Pesakit

>> Tujuan Menziarahi Orang Sakit
~ Dapat Menghiburkan Hati Orang Yang Sedang Sakit Kerana Dengan Adanya Orang Yang Menziarahinya, Pesakit Merasakan Dirinya Turut Disimpati
~ Mengurangkan Bebanan Pesakit Kerana Orang Yang Menziarahi Memberi Kata2 Harapan
~ Mendo’akan Pesakit Agar Segera Sembuh
~ Membawa Makan / Minuman Yang Sesuai Kepada Pesakit
~ Membantu Meringankan Bebanan Yang Dihadapi Pesakit Bahkan Bebanan Yang Dihadapi Oleh Keluarga Pesakit


>>Adab Menziarahi Orang Yang Sakit Tenat
Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kematian itu hamper tiba adalah:
“ Bulu kening sudah terjatuh ke bawah dan tidak terletak di ateh tulang dahi”
“Hidung sudah menjadi lembik”
“Tapak kaki sudah tidak lagi tegak”
“Telinga sudah menjadi layu”

Maka tatkala berlakunya sedemikian, hendaklah orang yang menziarahi itu member pengharapan kepada pesakit yang mana ALLAH akan mengampunkan dosa-dosanya kerana di kala masa itu pesakit sedang berlawan dengan malaikat dan syaitan yang beerada disampingnya.
Pengharapan terakhir adalah agar pesakit bersangka baik terhadap ALLAH dan seboleh-bolehnya janganlah membiarkan agar pesakit berkata perkataan yang bukan-bukan sehingga menyebabkan pesakit merasa putus-asa dengan Rahmat ALLAH terhadapnya!
Maka Penziarah hendaklah:
~~ Memperkatakan kepada pesakit percakapan yang baik2 sahaja kerana di waktu itu malaikat hanya mengAMINkan sahaja apa yang dikatakan
~~ Memendekkan masa duduk dan jangan membuat bising di sisi pesakit
~~ Sunnah diajarkan kepada pesakit kalimah :
" لآ إله إلا الله "
Memadai diajarkan kalimah itu sekali sahaja. Setelah ia boleh menuturkan, biarkan ia berkata perkataan lain dan kemudiannya diajarkan semula.
~~ Orang yang sakit pula sunnah membaca :
لآ إله إلا الله والله أكبر / لآ إله إلا الله وحده لا شريك له / له الملك وله الحمد لآ إله إلا الله / لا حول ولا قوة إلا بالله
Berdasarkan Hadis daripada Nabi SAW riwayah Imam Tirmiziy dan IbNu Hibban yang bermaksud : “ sesiapa yang membacanya ketika sakit, nescaya ALLAH menghindarkannya daripada dimakan Api Neraka ALLAH(wal’iyazubiLLAH!) ”

- wALLAHu wa Rosuluhu a’alam -

Jumaat, 25 Jun 2010

SIHIR



وَلَمَّا جَآءَهُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ۬ لِّمَا مَعَهُمۡ نَبَذَ فَرِيقٌ۬ مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ ڪِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ كَأَنَّهُمۡ لَا يَعۡلَمُون (101) وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (102)
 - AYAT SUROH BAQOROH 101-102 -
* Sebab Penurunan Ayat
Pendapat pertama: orang2 yahudi tidak akan bertanya soalan kepada Baginda Nabi SAW melainkan Baginda SAW menjawabnya dengan baik. Kemudian mereka bertanya pula kepada baginda SAW berkenaan sihir dan mereka berbalah mengenainya, lalu turunlah ayat ini.
Pendapat kedua: sepertimana yang telah disebutkan ALLAH SWT di dalam al-QurAn melalui kerajaan NabiNya Sulaiman bahawasanya telah berkata orang2 yahudi Medinah “ tidakkah kamu berasa hairan kepada Muhammad kerana dia menjadi ketua(penghulu) kepada Nabi terdahulu Nabi ALLAH Daud sedangkan Nabi ALLAH Daud itu juga merupakan utusan ALLAH juga! Demi ALLAH semua ini adalah sihir yang dilakukan oleh Muhammad “, maka turunlah ayat ini.

* Adakah Sihir Itu Satu Kebenaran Serta Memberi Kesan Dan Mudorat
ulamak berbeza pendapat kepada Dua pendapat, dalam menyatakan Apakah Sihir Itu Satu Kebenaran Serta Memberi Kesan Dan Mudorat..
Pendapat pertama: Sepakat( Jumhur)  ‘Ulamak menjelaskan bahawa Sihir Itu Merupakan Satu Kebenaran Serta Memberi Kesan Dan Mudorat kepada manusia berdasarkan kepada beberapa dalil
Dalil pertama- ( سحروا أعين الناس واسترهبوهم )
Yang bermaksud: “ sihir kamu itu memperdayakan mata2 manusia dan menakutkan mereka “
Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa sihir itu adalah satu kebenaran dan memberi kesan serta mudorat kepada manusia kerana mampu memperdayakan mata manusia dan menakutkan mereka.
Dalil kedua- ( فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه ) – al baQoroh 102 – 
Yang bermaksud: “ lalu mereka(harut dan marut) mempelajari daripada keduanya(syaitan) apa2 yang menceraikan hubungan antara suami dengan isterinya “
Dalil jelas menunjukkan bahawa dengan sihir, ia mampu memecah-belahkan hubungan antara pasangan suami dan isteri.
Dalil ketiga- ( وما هم بضآرين به من أحد إلا بإذن الله  ) –  al baQoroh 102 –
Yang bermaksud: “ mereka yang melakukan sihir itu jelas tidak mampu untuk memberi mudorat kepada sesiapapun melainkan dengan keizinan daripada ALLAH “
Dalil ini jelas bahawa sihir itu mampu member mudorat kepada manusia tetapi ia hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
Dalil keempat- (روى أن اليهودَ سحر النبى صلى الله عليه وسلّم فاشتكى لذلك أياما فأتاه جبريل عليه السلام فقال إن رجلاً من اليهود سحرك عقد لك فى بئر كذا فأرسل صلى الله عليه وسلم فاستخرجها فحلّها فقام كأنما نشط من عقالٍ )
Yang bermaksud: “ telah diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawasanya seorang yahudi telah membuat sihir kepada Baginda SAW, maka Baginda SAW merasa sakit disebabkan sihir tersebut dalam beberapa hari lalu dating Malaikat Jibril ‘AS dan berkata kepada Baginda bahawa Baginda telah disihir dengan diikatkan tali pada salah sebuah telaga, lantas Baginda mengarahkan seseorang untuk pergi membuka ikatan tersebut maka dibuka ikatan pada telaga itu, Baginda SAW pun bangkit seolah-olah sembuh daripada pening(kepala terasa kena ikat) “ – al hadis –
Pendapat kedua: Mu’tazilah dan sebahagian daripada Ahlus Sunnah wal Jama’ah menjelaskan bahawa sihir itu bukanlah sesuatu yang memudoratkan dan tidaklah pula member apa2 kesan, akan tetapi sihir itu berlaku disebabkan beberapa perkara seperti berikut:
1- buruk sangka dan penyelewengan serta penipuan
2- tenung nasib dan menilik
3- adu-domba dan kejahatan yang dilakukan orang lain kepada seseorang
4- khayalan
Mu’tazilah dan sebahagian Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpandukan kepada dalil2 berikut:
Dalil pertama- ( سحروا أعين الناس واسترهبوهم )
Yang bermaksud: “ sihir kamu itu memperdayakan mata2 manusia dan menakutkan mereka “
Ini menunjukkan bahawa sihir itu benar2 berlaku disebabkan pandangan mata.

Dalil kedua- ( يخيّل إليه من سحرهم أنها تسعى )- toha 66 -
Yang bermaksud: “ tali2 dan tongkat2 mereka itu dikhayalkan(dibayang-bayangkan)kepada Nabi Musa bahawa ia menjadi ular yang menyusur dek kerana sihir yang mereka lakukan “
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sihir itu berlaku kerana khayalan.
Dalil ketiga- Jika sihir itu merupakan satu haqiqat(kebenaran), maka akan terbatallah kebenaran mu’jizat para Nabi dan akan hilanglah kebenaran mu’jizat mereka lalu tersingkap dan terbuktilah kepalsuan

* Hukum Mempelajari Sihir Dan Mengajarkannya
‘Ulamak berbeza pendapat kepada tiga hokum mempelajari sihir dan mengajarkannya:
Pendapat pertama: Pendapat jumhur ‘Ulamak mengatakan bahawa mempelajari dan mengajar sihir adalah HARAM
Ini kerana ALLAH telah menegaskan dalam al-QurAn agar kita menyanggah sebarang kekejian dan diterangkan bahawa sihir itu adalah satu kekufuran lagi kegi seperti firmanNya " وما كفر سليمن ولكن الشيطين كفروا"
Yang bermaksud: “ Dan Nabi Sulaiman itu BUKANlah seorang yang kafir! Akan tetapi syaitan itu yang sebenarnya KAFIR! “
Syaitan itu adalah penyebab dan pendorong kepada sihir. Maka itulah ditegaskan bahawa perbuatan sihir itu merupakan KAFIR. Baginda Nabi juga ada menegaskan dalam sebuah Hadis berkenaan sihir agar kita menjauhinya, yang bermaksud “ jauhilah kamu antara tujuh perkara haram, lalu para sahabat bertanya apakah ia itu ya Rosulullah? Lalu Baginda bersabda antaranya adalah SYIRIK KEPADA ALLAH, SIHIR,………(hingga ke akhir hadis)”
Pendapat kedua: Mempelajari ‘ilmu sihir itu dan mengajarnya adalah HARUS(bergantung pada niat)
Ini kerana menerusi ayat101-102 suroh al-baQoroh membincang dan membahaskan bahawa malaikat mengajar manusia akan ‘ilmu itu. Jika mengajar dan mempelajarinya adalah HARAM, nescaya malaikat tidak akan mengajar manusia akannya.
Pendapat ketiga: Mempelajari dan mengajar ‘ilmu sihir adalah WAJIB bagi MUFTI(orang yang mengeluarkan fatwa/hukum berkenaan agama)
Ia menjadi WAJIB kepada MUFTI agar mereka mengetahui apakah HUKUM yang dapat atau akan dikenakan kepada mereka yang meng’amalkan sihir samada yang memudoratkan orang lain, membunuh atau sebagainya.
Pendapat yang TEPAT(Rojeh) – Pendapat jumhur ‘ulamak iaitu mempelajari dan mengajar ‘ilmu sihir itu hukumnya adalah HARAM, berdasarkan dalil di atas. Jika adalah ia(SIHIR) WAJIB atau HARUS, nescaya para sahabat Nabi telah mengajar sahabat yang lain akan tetapi TIDAK kerana ia HARAM, dan apa2 yang membawa kepada HARAM, HUKUMnya tetap menjadi HARAM!
*Adakah Orang Yang Meng'amalkan Sihir Dibunuh


‘Ulamak berbeza pendapat samaada orang yang melakukan sihir dibunuh atau tidak kepada dua:
1- ISLAM :
*Pendapat pertama – orang Islam yang melakukan perbuatan sihir hendaklah diBUNUH dan tidak payah disuruh untuk bertaubah. Sekalipun dia bertaubah, ia tidak diterima kerana perbuatan sihir itu merupakan KAFIR seperti firman ALLAH “  وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ
Yang bermaksud: “sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu)
>>Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad
*Pendapat Kedua – orang Islam yang melakukan sihir tidak akan dibunuh melainkan perbuatan sihirnya itu menyebabkan orang lain terbunuh, maka dikenakan Qisos(bunuh balas) ke atasnya.Ini kerana, sihir itu (mengikut pendapat ini) bukanlah sesuatu yang KAFIR, bahkan ia adalah MA’SIYAH(perbuatan yang membawa pada dosa)
>>Ini adalah pendapat Imam Shafi’ie


2- KAFIR ZIMMI(YG M’BUAT P’JANJIAN DGN NGR ISLM, MENURUT PERINTAH SERTA MENETAP DALAM NGRA ISLAM)
*Pendapat Pertama – orang kafir yang melakukan perbuatan sihir, mereka akan diBUNUH kerana menghimpun kekufurannya dengan sihir yang juga dianggap kufur dan melakukan kerosakan yang berganda di muka bumi
>>Ini adalah Pendapat Imam Abu Hanifah
*Pendapat Kedua – Tidak dibunuh sekiranya tidak memudoratkan orang Islam yang lain. Tetapi bila mana ia memudoratkan orang Islam yang lain, Ia dihukum BUNUH kerana telah melanggar perjanjian
>>Ini pendapat Imam Malik dan Ahmad Bin Hanbal.
- wallahu wa Rosuluhu a’alam -
 

Rabu, 23 Jun 2010

kita ini pejuang??



Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia-kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan


Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau 'amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah anak isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang
taqwa dalam diri engkau tidak tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang  ditunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan


Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang  ditinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau 'amalkan

Engkau ingin berjuang
pandanganmu tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
hubungan dengan ALLAH engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa engkau
hendak perjuangkan??


**sebuah lirik nasyid.. Apakah engkau benar pejuang???

terasa begitu sedih mengenang diri yang semakin jauh dari erti pejuang sebenar??
Kerana kurangnya ilmu,..
telah muslimkah kita dari sudut 'aQidah??
dari sudut akhlak??
dari sudut 'ibadah??

Jauh lagi untuk meniti kesempurnaan iman,..menghayati kehidupan bertauhidkan ALLAH,..dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Apatah lagi,..persoalan apakah yang telah kita buat untuk ISLAM???
Apa yang telah kita buat untuk ISLAM??

Wahai yang mencari cinta,..bersamalah berjalan mencari cinta RABBi
hanya DIA cinta yang agung,..
jangan biarkan diri kita terbiar tanpa pimpinan,...
terus berterusan jauh dari ALLAH,...

YA ALLAH....

apakah kita telah berjuang??
bersamalah berjuang menegakkan ISLAM dalam diri,...
pohon itu kukuh apabila akarnya kukuh mencengkam bumi,..
itulah 'aQidah yang kukuh,..perlu digenggam dengan kukuh,..

Allohu gho'yatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

الله adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi......

Ahad, 20 Jun 2010

beza matinya orang berIMAN dan KAFIR(wal'iyazubillah)

Setiap manusia yang hidup kek ateh muko bomi ALLAH ini akan menempuhi keMATIan kerana keMATIan itu adalah sesuatu yang PASTI berlaku dan ianya merupakan tanda2 kecil kepada berlakunya yaumul Qiyamah...

Samaada seseorang itu suka ataupun tak suka untuk menempuhi kematian, dia tetap juga akan menghadapinya....

Persoalannya kini, "apakah persediaan kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH yang MAHA AGUNG itu memperkasa dan memperkemaskan diri kite untuk bertemu dan berjumpa dengan kekasih AGUNG kita ALLAH TA'ALA??"

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis: "…..Dan apabila seseorang mukmin itu telah sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan dariNya serta segala keni'matan Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang terAMAT dicintai oleh orang mukmin itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia terlalu suka dan ingin menghadap Allah MAHA PENCIPTAnya, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan..... dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya......"

- wallahu wa Rosuluhu a'alam -

Sabtu, 19 Jun 2010

keNciNg bErDiRi??

Dalam sebuah hadis, ......." baginda Rosulullah SAW bersabda: TIGA perkara yang termasuk dalam 'amalan kasar(kurang akhlak) jika kita melakukannya, antaranya adalah
- seseorang yang apabila ia SOLAH, ia menyapu debu atau apa2 yang terdapat di dahinya sebelum selesai ia SOLAH,
- seseorang yang sedang SOLAH, ia meniup debu tanah di tempat wajahnya(tempat sujudnya)
- seseorang yang apabila ingin BUANG AIR KECIL(kencing), dia membuatnya dalam hal keadaan berdiri ......." ( al- HadiS )

Majoriti masyarakat kita hari nih melazimkan diri mereka kencing dalam keadaan BERDIRI atas alasan, mudah nak buka seluar tak payah nak buka semua cukup sekadar zip, senang!! sebab abis2 tuh sapu kat dinding jea?? tak mercik kena seluar lar??.... huhu persoalannya adakah baginda Nabi SAW menggalakkan kita melakukan sedemikian tatkala kita buang air kecil??

Dalam sebuah asar, Saiyyidatina 'Aesyah ada menyatakan bahawa ......" Sesiapa yang menyatakan kepada kalian bahawa Baginda Nabi SAW pernah membuang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janglah kalian membenarkannya kerana Baginda TIDAK pernah membuang air kecil MELAINKAN  dalam keadaan DUDUK ......" ( Hadis Riwayah Imam Ahmad, Tirmizi & iBnu majaH )


Berdasarkan asar daripada 'Aesyah di atas, 'ULAMAK mengkategorikan  bahawa HUKUM kencing berdiri adalah MAKRUH dan TIDAK BERADAB kerana antara adab2 ketika berQODO hajah, antaranya hendaklah dalam keadaan tidak menghadap qiblah atau membelakanginya, dalam KEADAAN DUDUK, dalam keadaan ada hijab( dinding ), tidak kencing di air yang tenang dan sebagainya....

Namun, 'ULAMAK juga turut mengkategorikan bahawa kencing dalam hal keadaan BERDIRI diHARUSkan kepada sesiapa yang 'uzur( tidak terdaya) untuk buang air samada kecil atau besar dalam keadaan duduk...

Kesimpulannya, kencing ataupun membuang air kecil atau besar dalam hal keadaan BERDIRI adalah MAKRUH ataupun HARUS mengikut khilaf(perbezaan) 'ULAMAK... Yang terAMAT baik bagi kita adalah untuk berQODO hajah dalam keadaan DUDUK kerana itu adalah 'amalan dan AKHLAK yang  berdasarkan hadis ........" Kencing dalam keadaan DUDUK lebih aku(Nabi) sukai ......"

- wallahu waRosuluhu 'alam -

Selasa, 15 Jun 2010

bertunang BUKAN LESEN untuk berMESRAAN !!

Artikel ini dikarang oleh USTAZ HASSAN DIN..

Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedia-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan, "Jelas beliau lagi.



Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang, tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangakan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah dputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas berkahwin. Insyaallah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.



Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecermelangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi Muslim dan Muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi Allah!.

Khamis, 10 Jun 2010

Sebab Kena Tinggalkan FaceBook(FB)


Sumber:Majalah Al ISlam,Keluaran September 2009 / ( http://www.millatfacebook.com/group/saya-rakyat-malaysian-yang-sudah-tinggalkan-facebook/ )

Sedar atau tidak dalam kealpaan kita melayari Facebook kita membunuh mereka dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Kalau sebelum ini kita memboikot barangan keluaran mereka,kini satu lagi wasilah yang mereka gunakan untuk membunug saudara kita di Palestin. Sebelum itu saya ingin timbul persoalan:adakah sebelum ini anda kisah tentang cakna tentang saudara kita disana atau sekadar melepas batu ditangga...sama2 muhasabah diri kita...
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Tabarakallah...
Artikel dalam Majalah Al Islam membongkar rahsia musuh Islam disebalik Facebook ini...Kembali kpd fenomena Facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta org. Tetapi baru-baru ini Facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkay ke 240 juta org. Satu angka yg cukup besar untuk tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika Facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.
Dua buah negara yang telah menyekat penaksesan laman web ini atas sebab2 tertentu iaitu Indonesia dan Iran.Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-sdesus yg mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.

Siapakah Mark Zuckerberg???

Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yg genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudahpun mencipta satu permainan komputer yg dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di Amerika ASyarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yg pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Penubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yg benar-benar memahami idea, nilai dan etika yahudi.
Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yg dilontarkan oleh Joel Leyden yg memanfaatkan sepenuhnya Facebook untuk menyokong tentera Israel semasa perang di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel.
Leyden mencipta Facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama yg dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi Facebook dia membakar semangat tentera Israel yg mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.
Kenalan menyertainya mencapai 17,000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan Facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Berserta dengan video You tube, Leyden cuba memberi penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk di Gaza yg dilabelkan sebagai pengganas Islam.
Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yg diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yg memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yg cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan Facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yg dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.
Di Indonesia, Facebook yg dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahliah yg paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila Facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yg juga anggota Alpha Apsilon Pi.
Soalnya, kenapa Facebook milik Leyden tidak disekat tetapi Facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yg hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.

Menurut Rizki, pendapatan Facebook datang dari iklan yg banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yg terdapat di dalam Facebook mempunyai sistem yg berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ade 1,000 orang yg klik pada iklan itu maka Facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.
Jika itulah jumlah wang yg diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula yg disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pada Facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza!!!

MasyaAllah,kita terlalu alpa dengan Dunia. Sama2 muhasabah diri kita dan masih belum terlambat untuk berubah....

Sumbangan Tulisan:IMRAN BIN JAAMAT
Mohammad Afnan wrote at June 10, 2010

MillatFaceBook(MFB) DiSABOTAJ??

Peace for All wrote on June 11, 2010.
Semua orang tahu MFB dibuat dan dimiliki oleh Pakistan MUSLIM.

Namun millat Anda dituduh oleh sesat (atau pengkhianat) saudara yang tidak Muslim hanya karena kami membeli beberapa server di USA (yang tidak tersedia di tempat lain istilah-istilah di dunia) seperti sebuah negara muslim membeli senjata dari Amerika Serikat untuk pertahanan dan itu menjadi aset.
Ini tidak berarti mereka tidak dapat atau tidak akan menggunakannya untuk pertahanan mereka. Insya Allah satu hari kita akan mengembangkan superkomputer kita sendiri tapi sampai dari kita perlu memanfaatkan teknologi.

Kita semua harus menggunakan otak kita seperti beberapa lawan kita lakukan. Smile Atau Beritahukan kami negara Islam yang menawarkan infrastruktur ini saat ini dan kami akan SHIFT sana.

Kami telah benar-benar melukai oleh propaganda ini sebagai unfortuanately beberapa brotheren Muslim kita dari Indonesia terlibat di dalamnya. Semoga Allah memberi mereka Hidaya. tangan kami terbuka untuk mereka. Tapi aku ingin mengucapkan terima kasih kepada brotheren Indonesia secara keseluruhan sebagai berdiri di belakang mereka SENDIRI millat dan menyangkal PROPAGANDA FALSE.
Kami tahu Zionis bisa pergi ini rendah tapi tidak pernah diharapkan brotheren kami akan digunakan dalam cara ini. Itu benar-benar sakit seperti yang kita sudah berjuang untuk Kehormatan Nabi (SAWW) tanpa tidur bahkan tepat dan ini adalah apa yang kita dituduh?

Media global telah melaporkan millat Facebook dan keseluruhan menyambutnya sebagai langkah berani dan unik oleh MUSLIM yang menimbulkan ancaman serius terhadap FB ... ... .. dan dinamakan REAL alternatif ... ... ... ....


Check out link ini untuk semua informasi yang mungkin Anda perlukan:
[Http://www.omerzaheermeer.wordpress.com [link = 'http://www.omerzaheermeer.wordpress.com'] / link]


Zionis, setelah gagal dalam semua serangan lainnya mereka sekarang balas untuk membagi kami dengan menyebarkan Desas-desus bahwa MFB (Allah Melarang) terkait dengan CIA atau Yahudi ..... Jadi aneh jika demikian mengapa CIA dan Yahudi akan menyerang kita secara teratur????

Atatcks di MFB Bukti
http://www.youtube.com/watch?v=QCRrR390mgE&feature...

Beberapa outlet Media utama untuk menutup millat Facebook adalah:


* Al-Jazeera Network, Qatar
* AFP (one of the world’s largest news agencies), France
* RADIO NETHERLANDS WORLDWIDE,
* http://www.rnw.nl/english/article/pakistan-launche...
* ABNA (News Agency).
* http://abna.ir/data.asp?lang=3&id=189927
* YAHOO,
* http://news.yahoo.com/s/afp/20100528/wl_sthasia_af...
* GOOGLE,
* http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM...
* The Telegraph, UK
* http://www.telegraph.co.uk/technology/facebook/777...
* Daily Mail, UK
* http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-...
* Malaysia Today
* http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/world...
* NDTV
* http://www.youtube.com/watch?v=mwkz3zjiIJU&NR=1
* Daily Dawn, Pakistan
* http://www.dawn.com/wps/wcm/connect/dawn-content-l...
* Hindustan Times
* http://www.hindustantimes.com/Halal-clone-Facebook... http://www.hindustantimes.com/Pakistan-back-on-Fac...
* Times of India
* http://timesofindia.indiatimes.com/World-Pakistan/...
* Rediff, India
* http://business.rediff.com/report/2010/may/28/paki...
* Daily Times, Pakistan
* http://www.dailytimes.com.pk/default.asp?page=2010...
* Newspaper Jang,
* Nawa-I-Waqt,
* Several international news sites, Blogs and newspapers, e.t.c.


** SUMBER DIPETIK DARIPADA: http://www.millatfacebook.com/bulletin/view/id_5410/

Rabu, 2 Jun 2010

bin*tAnG YaHuDi DaLaM picture di MicRoSofT oFfiCe??


kepada smua rakan2ku,,,sila delete file ni dalam
komputer anda,,,

cari kat my computer ; local disk c; program
file
; microsoft office; media; CAGCAT10; J0285926

saya berharap semua dapat menjumpainya dan terus jea DELETE!!

 file:///C:/Program%20Files/Microsoft%20Office/MEDIA/CAGCAT10/J0285926.WMF 

JaLaN mEnUjU SYURGA


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa  karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas  dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang  paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang  lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa  Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang  Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun,  tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia  berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk  anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah  yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Selasa, 1 Jun 2010

Demonstrasi Membantah KEKEJAMAN bangsa IsraeL!!



Demenstrasi membantah kekejaman bangsa IsraeL akan diadakan di DATARAN ZERO, SUNGAI PETANI pada 4jun 2010, hari JUMA'AT, setelah selesai solah Juma'at...
datang beramai2 menghadiri bantahan nih!!

اللهم يا منزَّل الكتاب ويا مجرى السحاب سريع الحساب ويا هازم الإسرائيليّون الصهنيّون اللهم اهزمهم وانصرنا عليهم.. آمين
Ya ALLAH yg mNurunkn al-QurAN, yg m’grkkn awn utk diturnkn hujN, yg cpt lg sgra pd pGiraan hiSAb & yg mLmhkn org2 ISROEL ZIONIS, ya ALLAH lmhkn mrka Ya ALLAH srta bNtulh kMi uMMAh ISLAM dlm m’hdpi mereka itu… aMiEn..:))

 

 

Related Posts with Thumbnails