ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 5 Februari 2013

Orang Pakistan Tak Makan Udang, Sotong dan Ketam




hiasan semata-mata

Pagi tadi masa rehat aku keluar ke pasar basah . memandangkan gap antara kelas seterusnya agak lama . aku keluar pergi beli barang rumah untuk tempoh sebulan . keluar pegi beli ikan, udang, sotong, sayur dan lelain . lepas zohor aku bersihkan ikan3, udang3 dan sotong3 yang dibeli tadi . tengah duk bersihkan udang dan sotong3 tu, tetiba lalu membe Pakistan tegur . dia tanya ape jadah aku duk basuh tu . lain macam je tengok, kata dia . aku pun kata ni sumi3 –sotong- . yang ni jambari –udang- sambil aku tunjuk pada dia . dia geli tengok udang dan sotong tu . haha
Aku pun terus tanya kat dia: kau tak makan ke udang ngan sotong? Sedap kut beb . dia lantas kata kat aku yg dia geli tengok udang ngan sotong tu . tambah3 sotong . menggelikan, katanya . lepas dia kata geli, dia kata sotong ngan udang tu HARAM makan . masyarakat tempat aku tak makan udang ngan sotong . aku tanya lak, macam mana dengan kalamari –ketam- . makan tak? dia tak tahu ape jadahnye ketam tu . huh terus aku kata dekat dia . memang lah HARAM makan sotong ngan udang ngan ketam bagai tu . tapi tu pada pendapat kau . pada pegangan kau . mazhab kau, mazhab Ahnaf –rohimahullah- memang kata HARAM makan makanan laut selain pada ikan . hanya ikan sahaja yang HALAL dimakan . tak gitu? Ia, katanya . aku cakap,  mazhab yang kau pegang tu ade hujjah dia sendiri . ade dalil mereka sendiri katakan HARAM . A’immah mazhab Ahnaf  -rohimahumullah- berpegang pada hadis ni dalam menghuraikan makna “maitah – bangkai - ” dalam hadis yg lainnya . ini hujjah mereka dalam mengatakan “maitah” itu hanya ikan  :
أحلت لنا ميتتان السمك والجراد

Maksudnya :
Halal bagi kami hanya dua bangkai -atau binatang yang tak payah disembelih-. 1. Ikan . 2. Belalang

Jadi tak hairan kalo kau nak pegang kata,  selain pada ikan itu HARAM . Cuma kau takleyh halang aku nak makan . sotong ngan udang ni sedap kut . selain buat goreng celup tepung, buat tomyam pun sodap . haha kau kena hormat pandangan `ulama . Islam itu luas . Islam itu Rahmat untuk seluruh alam . hehe

Aku pulak suke berpegang pada pendapat mazhab yang mengatakan semua bangkai -atau binatang yang tak payah disembelih- yang ada di dalam laut tu HALAL dimakan . A’immah mazhab ini antaranya mazhab Malik, Syafi`e dan Ahmad –rohimahumullah- . A’immah ini berpegang pada hadis :
هو الطهور ماؤه الحل ميتته

Maksudnya :
airnya (laut) suci, halal bangkai yg ada dalamnya (binatang dlm laut takyah sembelih sebagai contoh ikan) .

pendapat kedua ini mengatakan bahawa “maitah” itu adalah semua jenis haiwan laut . tak hidup haiwan3 itu melainkan dekat laut sahaja . maka dia HALAL dimakan . –wallahu a`lam –
nelayan asing kena tangkap

bila dah simpan semua ikan3, sotong dengan udang3 tu . aku terfikir macam mana lah nelayan3 dekat Negara dia . kalo turun ke laut nak gi memukat . tetiba yang lekat di pukat hanya udang dan sotong . bagaimana gamaknya lah . uhuu
indahnya Islam . banyaknya ragam dan perangai orang . cantiknya alam ini diciptakan Robb dengan pelbagai warna . sangat tak cun kalo dunia ni dicipta dengan satu tema sahaja . ALLAHu Akbar! ni`mat Robb yang mana lagi ingin ku dustakan .

الفقير إلى الله :
فائز رمزي
Related Posts with Thumbnails