ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 10 Disember 2009

Waktu-Waktu Mustajab Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat.
Firman ALLAH di dalam surah al-baqoroh ayat ke 186 yang bermaksud
“ apabila hamba2ku bertanya kepadaMu wahai Muhammad tentang hal keadaan Ku, maka sesungguhnya Aku hamper dengan mereka dan Aku akan perkenankan DO’A orang yang meminta tatkala ia meminta kepadaKu tetapi hendaklah ia mengikut perintahKu dan beriman kepadaKu mudah- mudahan mereka mendapat petunjuk “

Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-

- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Antara 10 'amalan yang bercanggahan dalam Islam


10 AMALAN YANG TERBALIK



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


7 Kalimat Untuk Diamalkan


7 Kalimat Untuk Diamalkan
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi raj’iuun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



7 Jenis Wajah Mayat Di 'alam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan! syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
Na’uzubillah…

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup ‘aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?
Diriwayatkan kawan-kawan dalam hadis nabi, bahawa bertanya sahabat nabi kepada baginda berkenaan siksaan ‘azab ALLAH yang paling ringan adalah “ tatkala dipakaikan penghuni neraka itu dengan sandal/selipar neraka,menggelegak di kepala otak penghuni neraka itu “ kawan-kawan…
Na’uzubillah…

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram….sapu duit ra’yat juga termasuk dalam harta haraam kawan-kawan…..

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum tanda ceria dan itulah petanda mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.....

Assignment English Sem1_kuiN


IMAM BUKHARI

Biography

His full name is Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
Early life (810-820)
Bukhari was born in July 20, 810 CE (Shawal 13, 194 AH ) in the city of Bukhara (which was a part of Iran/Persia at that time), in what is today Uzbekistan. His father, Ismail Ibn Ibrahim, was a known hadith scholar that died while Bukhari was young
Sunnis praise his memory, saying he was:
endowed by nature with great intellectual powers, although he was physically frail. He possessed a sharp and photographic memory, and a great tenacity of purpose, which served him well in his academic life. 
Sunnis also state that he developed a power and speed of memory which seemed miraculous, even to his contemporaries[citation needed]. When Imam Bukhari was still young he went to attend a hadith lesson. When the students noticed that many days passed and he had nothing written down, they asked about it. He replied to them to read him all the hadiths they have written down. At the end of reading him 15,000 hadith, Imam Bukhari repeated every word by memory and answered, "Do you still think that I come here for nothing or I am wasting my time?".[6] It is said by the age of ten, Imam Bukhari had memorised 70,000 hadith by heart with their complete chain of narrations going from him to his teacher, and his teacher's teacher, all the way to the Prophet Muhammad.[citation needed].

Early education (820-826)

He underwent his early education under the guidance of his mother in his native city and by the age of eleven he finished his elementary studies and started to study hadith.
During those studies, he at one time he corrected one of his teachers, who laughed at the audacity of the young student. Bukhari persisted and referred to the books, who showed him to be correct. At the age of sixteen, he had learned the knowledge of all the scholars of hadith of Bukhara, as well as everything contained in the books which were available to him.

Arabian peninsula travels

At age of sixteen, he, together with his brother and widowed mother made the pilgrimage to Mecca. From there he made a series of travels in order to increase his knowledge of hadith. He went through all the important centres of Islamic learning of his time, talked to scholars and exchanged information on hadith. It is recorded that he stayed at Basrah for four or five years, and in the Hijaz for six; while he travelled to Egypt twice and to Kufah and Baghdad many times.
When the authorities in Basrah received information of his arrival, they fixed a time for him to deliver a lecture. At the lecture, he was able to confine himself only to such Hadith as he had received on the authority of the early Hadith scholars of Basrah, and had nonetheless been unknown to the audience.
While in Baghdad, he was tested by ten Hadith scholars. They changed the Isnad and text of one hundred hadith, and asked Bukhari about them during a public meeting. He said that he was not familiar with those hadith, recited the un-changed versions and said that they had probably inadvertently recited them wrongly. This was repeated by four hundred scholars in Samarkand.

Travels in the Islamic world

Already, in his eighteenth year[citation needed], he had devoted himself to the collection, study, proof-reading, organizing (arrangement) of traditions (Hadiths). For that purpose he travelled all over the Islamic world, all the way to Egypt, Syria, Arabia, and Iraq, seeking hadith narrators and listening to them. It is said that he heard from over 1,000 men, and learned over 600,000 traditions, both authentic and rejected ones[citation needed], and thus became the acknowledged authority on the subject After sixteen years' absence he returned to Bukhara, and there drew up his al-Jami' al-Sahih, a collection of 7,275 tested traditions, arranged in chapters so as to afford bases for a complete system of jurisprudence without the use of speculative law, (see Islamic Law). His book is highly regarded among Sunni Muslims, and considered the most authentic collection of hadith (a minority of Sunni scholars consider Sahih Muslim, compiled by Bukhari's student Imam Muslim, more authentic). Most Sunni scholars consider it second only to the Qur'an in terms of authenticity. He also composed other books, including al-Adab al-Mufrad, which is a collection of hadiths on ethics and manners, as well as two books containing biographies of hadith narrators (see isnad).

Last years (864-870)

At the age of 54, in the year 864 CE (250 AH), he came to the great Central Asian city of Neyshabour(Nishapur). He received a "grand reception" , wished to settle down there and devoted himself to teaching hadith.
It was in Neyshabour that he met Muslim ibn al-Hajjaj. He would be considered his student, and eventually author of Sahih Muslim.
Khalid ibn Ahmad al-Dhuhali summoned Bukhari to hold lectures at his palace, but Bukhari declined. This resulted in Bukhari being obliged to leave the town, and he travelled to Khartank, a village near Bukhara, at the request of its inhabitants. He settled there and died in the year 870 CE (256 AH), 62 years old.

Personality

Sunni sources portray that his collection of hadith became sort of an obsession of his. He used all of his money to travel, and at one occasion, he was so short of money that he lived on wild herbs for three days.
On one occasion, it is said that he was travelling on a boat and had 500 gold coins with him to get him through his journey. While at sea, one of the people on the boat saw his money, and out of greed, he began screaming "I had 500 gold coins and someone has stolen it". At that moment, Imam Bukhari threw his 500 gold coins in to the ocean. The whole boat was searched and no coins were found. After arriving at their destination, the man asked Imam Bukhari, "what did you do with the money?", he replied, "I threw it in the ocean". Out of shock the man asked why. Imam Bukhari replied, "I am compiling a book of the hadith of the Prophet Muhammed (peace be upon him), I cannot allow anything to damage my reputation and discredit me".[citation needed]

Theological position

His theological position was conservative and anti-Mu'tazili; he enjoyed the friendship and respect of Ahmad Ibn Hanbal, and was persecuted because he held to Ibn Hanbal's Athari views in matter of Aqidah, especially that the Qur'an is not created. His positions on Fiqh issues appear to have been Shafi'i and he has been verified by notable scholars (Ibn Hajar, Imam Subki) as a Shafi'ite.


Archery

He is also said to a have been a very good archer, gaining skill as a recreation. His Amanuensis is said to have written that Bukhari "often went out to practice his aim, and only twice during his sojourn with him did he see him miss the mark.". 
Legacy
His repeated trials and triumphs won him recognition as the greatest Hadith scholar of his time by all the major authorities with whom he came in contact, including Ahmad Ibn Hanbal, Ali ibn al-Madini, Abu Bakar ibn Abi Shaybah, Ishaaq Ibn Raahawayh, and others.

Legacy

His repeated trials and triumphs won him recognition as the greatest Hadith scholar of his time by all the major authorities with whom he came in contact, including Ahmad Ibn Hanbal, Ali ibn al-Madini, Abu Bakar ibn Abi Shaybah, Ishaaq Ibn Raahawayh, and others.

Works

Al-Jami' al-Sahih, also known as Sahih Bukhari
Al Adab Al Mufrad - Book discussing the character and manners of the Prophet.
al-Tarikh al-Kabir, The big history, containing biographies of narrators, with a rating of each
            al-Tarikh al-Saghir - The Little History, an abridged account of the lives of the Prophet, the Sahaba, the Taabi'oon and the Taba Taabi'oon
            Ad-Du'afaa As-Saghir - Book containing a list of the names of weak narrators and reasons why this narrator is considered to be weak.
            Asaamee As-Sahaabah - Book containing the names, lineages and biographies of the Prophet's Companions.
            Kitab al-Waihdaan - Biographies of lesser known Companions that each related one hadeeth each.
Kitab Al-Kuna - Book containing a list of kunya of hadeeth narrators so that one is able to differentiate between them.

Khalq Af-aal Al-'Ibaad al-Tarikh Al-Awsat (no longer in existence but mentioned by 'Abdullah ibn Ahmad Al-Khaffaaf and Zinjawaiy Al-Libaad)
al-Jaami' Al-Kabeer (no longer in existence but mentioned by ibn Taahir)
Al-Musnad Al-Kabeer (no longer in existence but mentioned by Al-Firabree)
Kitaab Al-Ashribah (no longer in existence but mentioned by Ad-Daaraqutnee).



الأسئلة للمناقشة من كتاب أحكام التجويد وفضائل القران
1.تعريف التجويد لغة واصطلاحا؟ وحكم التعليم والعمل به شرعا ؟

­  التجويد           لغة : التحسين والإتقان
            واصطلاحا : العلم الذى يبحث عن الكلمات القرآنية من حيث إعطاء الحروف حقها ومستحقها
v     حق الحروف هو مخرج صفات الحروف  كالهمس والحهر
v     مستحق الحروف هوصفات العارضة التى يوصف بها كالتفخيم والترقيق

حكم التعليم التجويد فرض كفاية
والعمل به شرعا فرض عين على مَن يريد أن يقرأ القران

2.قال الله تعالى ¥ وإنك لتلقى القرآن من لدن حكيم عليم - 6 ¤ تعيين أخذ طرق القراءة عن المشايخ ؟ ومعنى بالتلقى والمشافهة ؟
­  طرق القراءة عن المشايخ اثنان ، وهى :
ü      يقرأ الشيخ أمام الطلاب وهم يسمعون ويرددون خلفه
ü      يقرأ الطلاب أمام شيوخه وهو يسمع و يصحّح

التلقى هو أن يلقى الطلاب شيوخه لتعليم كيفية قراءة القران وغيره
أما المشافهة يسمعون الطلاب لقراءة شيوخه  ويتبع عن كيفية قراءته

3.بيان فى مراتب القراءة الثلاثة ، التحقيق والحدر والتدوير ؟
­ مراتب القراءة ثلاثة ، وهى :
ü      التحقيق – هو التأني فى القراءة  وتبيين الحروف وإحكام مخارجها وإثبات المدات وتوفية الغنات وإتمام الحركات بتمهُّل وهدوء
ü      الحدر – هو الإسراع فى القراءة مع مراعاة الأحكام  والحذر من الخطأ
ü      التدوير – هو مرتبة بين التحقيق والحدر أى بين البطء والإسراع فى القراءة
4.قال الله تعالى ¥ أو زد عليه ورتل القرآن ترتيلا ¤ تحدث عن كيفية قراءة النبى صلى الله عليه وسلم بالقران الكريم ؟
­  كان النبى صلى الله عليه وسلم يقرأ القران  بالتأنّ وتبيين الحروف  ومخارخها مع تفسيره حرفا حرفا ويقطع آية آية . وكان أيضا يقرأ جميع أحوال سواء  قاعدا أو قائما أو مضطجعا أو راكبا أو ماشيا أو متوضئا وغير متوضئ ويسرّ ويجهر فى القراءة .
كما روى عن سيدتنا عائشة  رضى الله عنها قالت : كان النبى صلى الله عليه وسلم يقرأ السورة حتى تكون  أطول من أطول منها

5.قال الله تعالى ¥ فإذا قرأت القرأن فَاسْتَعِذ ْ بالله من الشيطن الرجيم ¤ ما هى تعريف الإستعاذة ؟ وحكمها عن ابتدائك فى القراءة على خلاف العلماء ؟ وتعيين الألفاظ المختارة  فيها ؟
­  الإستعاذة هى ألجأ وأعتصم وأتحصن بالله

حكمها فى الإبتداء القراءة على خلاف العلماء ، هى :
ü      مستحبة ويُسنّ أن تقرأ سِرًّا منفردا أو فى صلاة الجماعة
ü      واجبة عند البدء بقراءة شئ من القران

والفاظ المختارة فيها ، هى :
ü      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
ü      أعوذ بالله السميع العليم من الشيطن الرجيم

6.خلاف وجوه قراءة الإستعاذة مع البسملة فى أوائل السور ؟
­  وجوه القراءة الإستعاذة مع البسملة فى أوائل السور أربعة أوجه ، وهى :
ü      قطع الجميع – قرأ  الإستعاذة و يقف . ثم قرأ البسملة  ويقف . ثم قرأ أوائل لاسور التى يريد أن يقرأ
مثل ( أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ...  بسم الله الرحمن الرحيم  ...  ألم نشرح لك صدرك  )
ü      وصل الجميع – قر أ الإستعاذة ووصل بالبسملة ووصل بأوائل السور
مثل ( أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ِ    بسم الله الرحمن الرحيم ِ     أَلم نشرح لك صدرك  )
ü      قطع الأول ووصل الثانى بالثالث – قرأ الإستعاذة ويقف . ثم قرأ البسملة ووصل بأوائل السور
مثل ( أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ...  بسم الله الرحمن الرحيم ِ   أَلم نشرح لك صدرك  )
ü      وصل الأول بالثانى وقطع الثالث -  قرأ الإستعاذة بالبسملة ويقف . ثم قرأ أوائل السور
مثل ( أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ِ    بسم الله الرحمن الرحيم ِ  ...    أَلم نشرح لك صدرك  )


7.تحدث عن البسملة  أية مستقلة ووجوه جائزة وغير جائزة ؟
­ أية مستقلة عن البسملة هى " بسم الله الر حمن الرحيم " ولا خلاف لجميع القراء يجب البدئ البسملة  فى أوائل السور القرآن ما عدا (براءة) أى سورة التوبة لعدم كتابتها فى القرآن

ووجوه جائزة للبسملة بين آخر وأوائل السور ، ثلاثة هى :
ü      قطع الجميع –يقف على آخر السورة التى يقرأ ثم يقرأ البسملة  ويقف. ويبدأ بأوّل السورة اللاحقة
مثل (ومن شرّ حاسد إذا حسدْ ..... بسم الله الرحمن الرحيم ....  قل أعوذ برب الناس )
ü       وصل الجميع –وصل آخر السورة  بالبسملة ثم بأول السورة اللاحقة
مثل (ومن شرّ حاسد إذا حسدٍ      بسم الله الحمن الرحيم ِ     قل أعوذ برب الناس)
ü      قطع الأول ووصل الثانى بالثالث –يقف فى آخر السورة  ثم يقرأ البسملة ووصل بأول السورة اللاحقة
مثل (ومن شرّ حاسد إذا حسد ْ ....  بسم الله الرحمن الرحيم ِ     قل أعوذ برب الناس)


8.تعيين الفرق بين  النون الساكنة والتنوين ؟ وأقسامها ؟
­  الفرق بين التنوين والنون الساكنة أن النون الساكنة هى النون الخالية عن الحركة والثابتة  فى اللفظ والخط والوصل والوقف
أما التنوين هو النون الزائدة  تلحق  آخر الاسم لفظا وتفارق خطا ووقفا

وأقسامهما أربعة ، وهى :
ü      الاظهار                                     
ü      الإدغام
ü      الإخفاء
ü      الإقلاب

9.تعريف الاظهار عند اللغة والاصطلاح ؟ وذكر حروفه؟ وأسباب واقعة فيها تسمية بالاظهار الحلقى ؟ ومثال ؟
- الإظهار           لغة :  البيان والإيضاح
            واصطلاحا  :  إخراج كل حرف من مخرجه مع تحقيقه من غير غنة فى الحروف المظهر

وحروف الإظهار ستة ، هى :
·        ء ، ح ، خ ، ع ، غ ، ه

وأسباب واقعة فيها تسمى بالإظهار الحلقى لأن مخرج حروفه من الحلقوم

مثاله   :
ü      الهمزة –منْ أَحد  /  كفواً أَحد
ü       الحاء –ينْحِتون  /  عزيزٌ حَكيم
ü      الخاء –والمنْخَنقة   /  يومئذٍ خَشعة
ü      العَين –أنْعَمت  /  جنة ٍ عَالية
ü      الغَين –منْ غِلّ  /  عفوًّا غَفورا
ü      الهاء –ينْهَون  /  سلمٌ هِىَ

Proton Wira Aeroback nak dijual =)


Disini ada nak jual sebuah keyto jenama wira aeroback buatan proton melaysiak..
kalo ada pape hal,kol jer atau mesej dekat number nih -

1. +60164864864
2.+60164874747

Khazanah curi Hak Pulau Pinang

Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.

"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.

"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."



Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)."Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.

"Ia sebenarnya untuk penyediaan dan penyeliaan Perancangan Kawasan Khas (SAP) dan tujuan-tujuan yang lain, yang hanya boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri," jelasnya.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengumumkan peruntukan dana tersebut di Parlimen.Pengumuman tersebut, sebagai menjawab pertanyaan Liew dalam sesi persidangan Dewan Rakyat.Penafian hak menguruskan dana tersebut dilihat sebagai rekod baru kezaliman Umno BN, setelah Kelantan dinafikan hak menguruskan royalti minyak baru-baru ini.

Nasib mahasiswa/i dan tenaga pengajar di M'sia

Guru dan pelajar Thailand diberi biasiswa, rakyat Malaysia hanya pinjaman!

oleh Angkasanuri [harakahdaily]

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand semalam mengumumkan kerajaan 1Malaysia akan memberi biasiswa kepada guru dan pelajar di wilayah berkenan untuk mengikuti pengajian di isititusi pendidikan di Malaysia.

Langkah berkenaan bertujuan untuk membantu umat Islam minoriti di selatan negara Gajah Putih berkenaan.
Saya tidak berkata tidak bersetuju dengan langkah itu, nak bantu dan beri biasiswa kepada semua guru dan pelajar di negara berkenaan pun tak mengapa.

Islam pun menggalakkan membantu saudara seagama.Tetapi yang jadi masalahnya ialah majoriti guru dan pelajar di Malaysia hanya mendapat pinjaman dari kerajaan terutamanya melalui PTPN, itu pun kerajaan ambil untung dengan mengenakan faedah keapada mereka.
Beribu-ribu guru di Malaysia yang terpaksa ambil cuti separuh gaji dan ada yang ambil cuti tanpa gaji untuk menyambung pengajian untuk meneruskan cita-cita dan meningkatkan profesion mereka.

Malah ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menampung keperluan pengajian serta menanggung keluarga kerana tidak cukup pendapatan kerana mendapat separuh gaji sepanjang pengajian.

Namun itu tidak melemah dan mematahkan semangat mereka untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.Tindakan Najib dan kerajaan 1Malaysia yang kononnya rakyat didahulukan umpama kera di hutan disusu dan dimanjakan, anak di rumah merempat dan kebuluran.
Related Posts with Thumbnails