ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 31 Januari 2013

hukama' -cendikiawan- Islam kata

hukama' kata :

janganlah menuntut `ilmu semata-mata nak riya' -menunjuk nunjuk- .. tapi janganlah pula tinggal dengan sebab malu ..
tawadhu` -merendah diri- pada penciptaan Robb itu bagus .. lebih bagus jika tawadhu` dalam kekayaan kurniaan Robb ..
takabbur -angkuh- pada penciptaan Robb itu suatu yg keji .. lebih keji jika si miskin bersikap takabbur ..

الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Hamba Yang Mulia Bangsawan Yang Hina



إن أكرمكم عند الله أتقىكم ..
-الحجرات : ١٣


ALLAH `Azza wa jall kata : manusia yg mulia tu adalah mereka² yang lebih bertaqwa di kalangan kamu ..
-
al hujurat : 13


Abu Lahab antara bangsawan terkenal di kalangan Quraisy .. tapi al quran menggambarkan bahawa ALLAH `Azza wa jall menjanjikan yang dia akan menderita dek bakaran api neraka NYA yang marak menjulang  ..

Bilal bin Rabah seorang berbangsa Habsyah, kulit hitam .. tapi bukankah Nabi sollallahu `alaihi wa sallam mendengar hentakan tapak kasutnya di dalam syurga semasa peristiwa isra' dan mi`raj ..



cukup²lah wahai anak adam dari berbangga dengan apa yang dikurniakan Robb mu dan ingatlah pada asal datangmu ..


salam tahajjud dari kota seribu cahaya!
 
الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Ukhuwwah -persaudaraan-

ukhuwwah -persaudaraan- tu ada dua :

1. ukhuwwah maslahah/mamfa`ah - ukhuwwah yang dijalinkan kerana ssuatu .. setelah mendapat apa yg dihajatkan, ukhuwwah ditinggalkan .. bagai memakan ayam al-baik (kfc saudi) tulang dibuang

2. ukhuwwah iman - susah senang mereka tetap akan bersama bahkan sentiasa menasihati saudaranya itu agar sentiasa bertaqwa kepada ALLAH `Azza wa jall dan seruan ke arah ini akan kekal selamanya .. bukan seperti habis air tebu hampasnya dibuang

اللهم حبِّب إلينا الإيمان وزَيِّنْه في قلوبنا وكرِّهْ إلينا الكفرَ والفسوقَ والعصيان واجعلنا من الرشدين، اللهم توفَّنا مسلمين .. آمين


الفقير إلى الله :
فائز رمزي
Related Posts with Thumbnails