ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 14 Februari 2011

MaulidurRasul - Melihat Dan Menilai Dengan Mata Hati

 Aku sekadar nak berkongsi cerita,tentang junjungan mulia Muhammad SAW yang sangat aku,kamu dan dia cintai. Tak lama lagi kita sekali lagi akan menyambut detik 12 Rabiul Awwal di mana pada bulan inilah lahirnya Baginda SAW. Kelahiran Baginda bukanlah seperti lahirnya anak-anak adam yan lain. Tetapi kelahiran Baginda membawa 1001 rahmat dan berkat buat seluruh warga sarwajagat.
     Sahabat sekelian, hari ini aku bukan nak berkongsi dengan anda semua tentang saat kelahiran Baginda yang ditunggu oleh semua manusia hinggakan bapa saudara Baginda bersorak kegembiraan walaupun pada akhirnya dialah penentang utama dakwah Baginda. Crita tu semua orang dah tau. Kerana saban tahun,telinga kita telah dipasakkan dengan cerita-cerita yang seumpama dengannya.

     Tapi sahabat sekelian, hari ini aku cuba untuk membawa kalian semua ke sebuah dimensi berbeza. Kita cuba bercerita dalam nuansa yang sedikit canggung untuk kita berbicara. Iaitu,di mana kita dalam diri Baginda Muhammad SAW yang sering kita kata bahawa kitalah umat yan paling menyintai Baginda mengalahkan yang lainnya?
     1. Akhlak.
Suatu hal yang kita yakin dan percaya,bahawa diutuskan Baginda adalah untuk menyempurnakan akhlak. Hari ni,sikap anak muda kita kian terselak, mereka sudah tidak segan silu untuk terpekik dan melalak. Waima yang bukan berpindidikan agama atau yang agamanya kuat terpasak. Namun inilah realiti yang terjadi. Sumpah seranah,mengadu domba, iri hati, busuk hati sesama insani kian membajai dalam setiap jiwa manusia kini. Apa yang lebih malang adalah apabila mereka yang mendabik dada kononnya lebih Islam dari yang lainnya, sudah tidak ada bezanya. Apakah jaminan pakaian itu melambangkan kita yang terbaik? Hinggakan kita melihat mereka yang tidak sefikrah kononnya sudah terbalik? Renung-renungkan..
    2. Ilmu.
Kata orang,jatuh bangunnya sesebuah tamadun dan bangsa adalah kerana Ilmunya. Kita lihat bagaimana kerajaan Kordova diangkat kerana ilmunya. Bagaimana bangsa jahiliyah dimuliakan kerana ilmunya. Namun jika ilmu tidak dikuasai, ulamak dan para guru sudah tidak lagi dihormati, majlis ilmu kian dijauhi maka tibalah saat dan waktu,terhumban jauhlah sesuatu bangsa itu,kerana Firman Allah sangat jelas bahawasanya seseorang itu akan diangkat martabatnya denganilmu yang dimiliki. Tapi realiti hari ini, apabila ada segelintir kita yang sudah tidak lagi berpegang kepada amanah. Menjadi jaguh dalam sesuatu isu tapi kosong 'sesuatu di dada'. Apakah hari ini ilmu itu sudah tidak bermakna? Lantaran kita sanggup menanggalkannya semata-mata ingin mengisi sedikit dari 'lakonan dunia?' Apa yang kita kejar sebenarnya? Hari ini,berapa ramai dalam kalangan kita yang tidak fasih bebahasa arab sedangkan mengikuti pengajian Islam. Belajar dengan tokoh-tokoh dan ulamak dari negara arab. Dihidangkan dengan bahasa arab seawal usia 13 tahun namun hingga kini,mereka gagal untuk berkomunikasi. Kerana apa? Kerana ilmu tidak lagi diangkat. Manusia hidup dalam gelap zulumat. Lebih pentingkan rambut yang perlu disikat,lumur minyak biar hitam berkilat. Idam rumah besar bertingkat-tingkat,berangan kaya tak ingin hidup melarat,tapi ilmunya? Tepuk dada tanya iman.
     3. Cinta.
Bila disebut perkataan cinta pasti setiap dari kita akan berbunga riang.Masakan tidak,kerana cinta mampu mengubah si bakhil menjadi pemurah! Ironinya,bila ditanya adakah kita mencintai Baginda Muhammad SAW? jawapannya pasti YA! Saya mencintai manusia agong itu dengan sepenuh jiwa dan raga,tanpa ragu ataupun curiga. Tetapi,segala tindak tanduknya berlawanan sama sekali. Ya,siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kita tak mampu untuk menebak apakah yang bersarang dalam jiwa mereka. Sebab itu,kita tak boleh sama sekali menilai mereka dari cara pemakaian sahaja. Adakah mereka yang pakai seluar jeans,cap,shawl itu lebih nipis imannya berbanding mereka yang berjubah dan berserban? Apakah iman itu letaknya pada pakaian? Tentu tidak. Kita hanya mampu dan boleh menghukum yang zahir sahaja. Apa yang berlaku dalam jiwa mereka,biarlah Allah yang tentukan. Jangan sekali-kali kita cuba untuk mengambil alih kerja Allah. Siapa kita untuk menilai manusia itu aik atau jahat? Adakah kita sudah cukup baik? Adakah amalan kita hari ini sudah cukup untuk membawa kita ke syurga? Apakah kita sudah dijamin syurga? Ingat,kalaupun kita ditakdirkan untuk menghuni syurga Allah,bukanlah kerana segala amalan kita. Tapi kerana rahmat dan kasih sayang dariNya.
     Jadi,sempena sambutan Maulidur Rasul ini,jangan lah kita semata-mata seronok belarak dan membawa sepanduk sahaja,tapi apa yang jauh lebih penting adalah rasa cinta kita terhadap Baginda akan terus menyala dan membara pada setiap saat dan ketika. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat dan sala ke atas Junjungan Besar Muhammad SAW sebagai tanda rasa cinta kita kepadaNya. Akhirnya,jika anda benar-benar umat yang terbaik, maafkanlah segala kesalahan manusia lain terhadap kita walaupun mereka tidak datang untuk memohon maaf dari kita. Memaafkan itu jauh lebih baik daripada dimaafkan. Renungkan dan selamat beramal..


Khamis, 10 Februari 2011

Pendapat Para Ulama’ SALAF DAN KHALAF mengenai Peringatan Maulid Nabi






Paca pembaca, sebelum kita membahasakan secara terperinci dalil peringatan Maulid Nabi, mari kita lihat pendapat para Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah terhadap peringatan maulid nabi tersebut.
Firman Allah ta`ala:

"فَاسْأَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْمَلُوْنَ". 
Maksudnya:

"Maka bertanyalah kepada ahli zikir (orang yang mempunyai ilmu) jika kamu tidak mengetahui"

(Surah al-Nahl: 43 dan Surah al-Anbiya’: 7)

Perintah untuk bertanya kepada ahli zikir yakni ulama’ yang berilmu dan ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang bertaqwa dan mengamalkan ilmunya, ternyata disuruh oleh Allah ta`ala seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran. Ini membuktikan bahawa pendapat para ulama’ sangata penting, sebab mereka adalah pewaris para nabi. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلا دِرْهَمًا، إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ". 

Maksudnya:
"Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para Nabi, dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa mengambilnya, ia telah mengambil bahagian yang sangat banyak"

(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Pembaca yang dikasihi sekalian, para ulama’ yang pendapatnya kami nukilkan di dalam artikel ini adalah ulama’ pilihan yang kesalehannya telah dikenal di seluruh dunia. Mereka adalah orang yang sangat takut kepada Allah. Semoga dengan membaca dan melihat pendapat mereka, hati kita terbuka untuk memahami mengenai peringatan maulid Nabi dengan benar. Amiin Ya Rabb.

PENDAPAT ULAMA’ AL-SALAF AL-SALEH

PENPAPAT AL-IMAM HASAN AL-BASRI[1]

Al-Imam Hasan al-Basri[2] adalah seorang tabi`in yang lahir di kota Madinah pada dua tahun terakhir pemerintahan Khalifah `Umar bin Khattab radiyallahu`anhu suatu ketika dahulu bahkan Khalifah `Umar radiyallahu`anhu mendoakan beliau dengan doannya berikut:

"اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَحَبِّبْهُ إِلَى النَّاسِ". 
Maksudnya:
"Ya Allah jadikan dia sebagai orang yang memiliki kefahaman terhadap agama dan dicintai oleh masyarakat"
Kecerdasan dan kesalehan al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu menarik perhatian para sahabat sehingga mereka pun memberikan tempat terhormat kepada beliau. Sayyiduna Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata:[3]
“Bertanyalah kepada al-Hasan, kerana dia masih ingat sedangkan kami telah lupa”.

Demi melaksanakan anjuran sahabat yang selama 10 tahun menjadi pembantu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ini, mari kita lihat bagaiman pendapat al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu terhadap peringatan maulid Nabi. Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu mengatakan:[4]

"وَدِدْتُ لَوْ كَانَ لِيْ مِثْلُ جَبَلِ أُحُدٍ ذَهَبًا لأَنْفَقْتُهُ عَلَى قَرَاءَةِ مَوْلِدِ الرَّسُوْلِ". 

Maksudnya:
"Andai kata-kataku memiliki emas sebesar bukit Uhud, maka akan kudermakan semunya untuk penyelenggaraan pembacaan maulid Rasul"

Ucapan al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu di atas menunjukkan bahawa para tabi`in menaruh perhatian yang sangat besar terhadap kelahiran Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Bagaimana tidak, beliau rela mendermakan seluruh hartanya demi menyelenggarakan pembacaan sejarah kelahiran Nabi sallallahu`alaihi wasallam. Jadi bagimana pula dengan kita????

Sudahkah kita dermakan sebahagian harta kita demi memuliakan hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam? Sungguh menghairankan, jika untuk memuliakan dan mengenang harij jadi organisasi, hari jadi perusahaan, hari jadi keluarga, hari jadi anak kita, hari perkahwinan, kita rela mengeluarkan jumlah harta yang banyak. Tetapi untuk mengenangkan kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ada sebahagian kita yang merasakan keberatan dan enggan untuk mendermakan sebahagian hartanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayah. Amiin ya Rabb.

PENDAPAT AL-SYEIKH MA`RUF AL-KARKHI (W. 200 H)

Al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah adalah seorang ahli sufi terkemuka. Cerita tentang kesalehan beliau sangat banyak dan salah satunya adalah kekuatan prasangka baik beliau kepada sesama Muslim.
Suatu hari ketika beliau sedang berpuasa sunat, al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah berjalan melawat seorang yang membahagi-bahagikan air secara hebat. Dengan suara lantang lelaki itu berkata:

“Semoga Allah merahmati orang yang mahu minum air ini”.

Mendengar ucapannya, al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah berhenti dan meminum air tersebut. Kemudian tanya seorang lelaki kepadanya:

“Bukankah engkau sedang berpuasa?”

Jawab beliau:

“Benar, akan tetapi aku berharap mendapatkan rahmat Allah sebagaimana doa lelaki tersebut”.[5]

Cuba anda perhatikan keluasan ilmu al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah, beliau berpuasa sunat tiada lain adalah demi mendapatkan rahmat Allah ta`ala. Ketika mendengar seseorang menjanjikan rahmat Allah dengan seteguk air, maka beliau pun segera meminumnya. Beliau percaya dan yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa lelaki tersebut. Ini merupakan sebuah bukti kesucian hati beliau.

Ucapan yang muncul daripada hati manusia yang berjiwa mulia seperti ini tentu tidak sama dengan ucapan seseorang yang belum diuji kesalehannya.

Al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah sangat mengambil berat mengenai majlis maulid Nabi. Salam salah satu nasihatnya, beliau mengatakan:[6]

"مَنْ هِيَّأَ لأَجْلِ قَرَاءَةِ مَوْلِدِ الرَّسُوْلِ طَعَامًا، وَجَمَعَ إِخْوَانًا، وَأَوْقَدَ سِرَاجًا، وَلَبِسَ جَدِيْدًا، وَتَعَطَّرَ وَتَجَمَّلَ، تَعْظِيْمًا لِمَوْلِدِهِ، حَشَرَهُ اللهُ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الْفِرْقَةِ الأَوْلَى مِنَ النَّبِيِّيْنَ، وَكَانَ فِيْ أَعْلَى عِلِّيِّيْنَ". 

Maksudnya:
"Barangsiapa menyediakan makanan, mengumpulkan teman-teman, menyiapkan lampu, memakai pakaian baru, memakai wangian dan menghias dirinya untk membaca dan mengagungkan maulid Rasul, maka kelak di hari kiamat Allah akan mengumpulkannya bersama para Nabi, orang-orang yang berada  di dalam barisan pertama. Dan dia akan ditempatkan di `Illiyyin yang tertinggi"

Saudarku yang dirahmati sekalian, kenyataan al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi di atas telah disampaikan lebih 1200 tahun yang lalu. Disebabkan itu, sungguh pelik jika dikatakan para ulama’ al-Salaf al-Saleh tidak menyuruh seseorang itu untuk memuliakan dan menyambut maulid nabi sallallahu`alaihi wasallam. Bentuk peringatan mereka mungkin agak berbeza dengan peringatan kita dewasa ini, akan tetapi isinya tetap sama iaitu memuliakan kelahiran Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

PENDAPAT AL-SYEIKH SIRRI AL-SAQATHI (W. 253 H)

Al-Syeikh Sirri al-Saqathi adalah guru  kepada al-Syeikh al-Imam al-Junaid al-Baghdadi. Di samping itu, beliau juga merupakan murid Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah. Kesalehan dan kegigihan al-Syeikh Sirri al-Saqathi rahimahullah dalam beribadah tidak dinafikan lagi. Al-Syeikh al-Imam al-Junaid rahimahullah berkata:[7]

“Aku tidak melihat seseorang yang lebih hebat ibadahnya daripada Sirri, selama 98 tahun beliau tidak pernah berbaring kecuali pada saat sakit menjelang wafatnya”.

Ertinya, al-Syeikh Sirri al-Saqathi rahimahullah sentiasa beribadah kepada Allah ta`ala, siang mahupun malam. Jika harus tidur, itupun beliau lakukan dalam keadaan duduk, sehingga wudhuknya tidak terbatal.
Sebagaimana guru, al-Syeikh Sirri al-Sqathi rahimahullah memiliki perhatian yang sangat besar terhadap peringatan maulid Nabi. Beliau mengatakan:[8]

"مَنْ قَصَدَ مَوْضِعًا يُقْرَأُ فِيْهِ مَوْلِدُ النَّبِيِّ فَقَدْ قَصَدَ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ لأَنَّهُ مَا قَصَدَ ذَلِكَ الْمَوْضِعَ إِلا لِمَحَبَّةِ الرَّسُوْلِ. وَقَدْ قَالَ عَلَيْهِ السَّلامُ: مَنْ أَحَبَّنِيْ كَانَ مَعِيْ فِي الْجَنَّةِ". 

Maksudnya:
"Barangsiapa pergi ke sebuah tempat di mana di sana dibacakan mauled Nabi, maka dia telah berada di sebuah syurga, kerana tujuannya pergi ke tempat itu tidak lain adalah untuk mengungkapkan rasa cintanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, sedangkan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa mencintaiku, maka dia bersamaku di syurga"

Cuba kita perhatikan dengan teliti, beliau menyatakan bahawa seseorang yang duduk di tempat pembacaan maulid Nabi demi cintanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bererti dia sedang duduk di taman Syurga. Kenyataan al-Syeikh Sirri al-Saqathi di atas diucapkan selepas beliau mendalami al-Quran dan al-Hadith serta mengamalkannya. Sekarang terpulang kepada anda, sama ada mahu mengikut pendapat ulama’ yang kami kemukakan atau mahu mengikut pandagan golongan-golongan yang sesat seperti wahhabi yang mengharamkan dan membid`ahkan maulid dan kesalehan mereka juga belum diuji.


PENDAPAT AL-SYEIKH AL-JUNAID AL-BAGHDADI (W. 297 H)

Al-Imam al-Junaid rahimahullah, dikenali sebagai pemimpin para sufi. Semenjak kecil tanda-tanda kesalehan beliau telah tampak pada diri beliau. Beliau tekun belajar dan beribadah hingga dalam usia yang masih sangat muda iaitu 20 tahun, beliau telah mendapat kepercayaan untuk menjadi mufti[9] pada usia yang begitu muda[10].
Setiap hari, al-Imam al-Junaid berniaga di kedainya. Di sana, beliau bukan hanya berniaga bahkan beberapa riwayat mengatakan bahawa setiap kali al-Syeikh al-Junaid memasuki kedainya, maka dia mengerjakan solat sunat sebanyak 400 rakaat[11].

Sebagaimana pendahuluanya, al-Imam Junaid al-Bagdhdadi rahimahullah sangat memuliakan maulid Nabi. Beliau mengatakan:

"مَنْ حَضَرَ مَوْلِدَ الرَّسُوْلِ وَعَظَّمَ قَدْرَهُ فَقَدْ فَازَ بِالإِيْمَانِ". 

Maksudnya:
"Barangsiapa menghadiri mauled Rasul dan mengagungkan (memuliakan) kedudukannya, maka dia telah Berjaya dengan keimanan"

Cuba anda perhatikan, al-Syeikh al-Junaid al-Baghdadi menjadikan semangat untuk memuliakan maulid nabi sebagai kayu ukur iman.seseorang yang sempurna imannya akan menghadiri, memuliakan dan mengagungkan peringatan maulid nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

PENDAPAT ULAMA’ KHALAF

PENDAPAT AL-SYEIKH `ABDULLAH AS`AD AL-YAFI`I

Al-Syeikh `Abdullah bin As`ad al-Yafi`i rahimahullah merupakan seorang ulama’ terkemuka dalam dunia Islam. Karya beliau sangat banyak, salah satunya adalah Raudh al-Rayyahin. Sebagai seorang yang pakar mengenai sejarah Islam, beliau sangat meneliti sejarah kehidupan baginda Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Oleh itu, kerana menjawab persoalan maulid, beliau berkata:

"مَنْ جَمَعَ لِمَوْلِدِ النَّبِيِّ إِخْوَانًا وَهِيَّأَ طَعَامًا وَأَخْلَى مَكَانًا وَعَمِلَ إِحْسَانًا وَصَارَ سَبَبًا لِقِرَاءَةِ مَوْلِدِ الرَّسُوْلِ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الصِّدِيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَيَكُوْنُ فِيْ جَنَّاتِ النَّعِيْمِ". 

Maksudnya:
"Barangsiapa mengumpulkan teman-temannya, mempersiapkan hidangan, menyediakan tempat, melakukan kebaikan untuk maulid Nabi dan semua itu menjadi sebab pembacaan maulid Rasul, maka di hari kiamat kelak Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang siddiq, para syuhada dan kaum solihin. Dan kelaik ia akan berada di syurga-syurga yang penuh kenikmatan".

Wahai saudaraku, cuba anda perhatikan kenyataan beliau rahimahullah di atas. Sebagai orang yang merindukan syurga, apakah kita tidak ingin memakmurkan dan membuat majlis maulid Nabi?

PENDAPAT AL-HAFIZ ABU BAKAR BIN `ABD AL-RAHMAN AL-SUYUTHI (W. 911 H)

Al-Imam al-Suyuthi merupakan salah seorang ulama besar yang lahir pada bulan Rejab 849 Hijrah. Keluasan ilmu beliau telah terbukti dengan berbagai karya karangan beliau lebih daripada 400 buah kitab. Di samping itu, beliau menghafal al-Quran, beliau juga menghafal beberapa kitab besar seperti al-Minhaj karangan al-Imam Nawawi[12] dan juga al-`Umdah. Beliau juga disebut-sebut sebagai mujaddid iaitu pembaharuan pada abad ke-9 hijrah.
Dalam himpunan fatwanya, al-Jafiz al-Suyuthi menulis satu bab khusus yang menjelaskan keutamaan peringatan maulid nabi. Di bawah ini kami nukilkan dua kenyataan beliau, insya Allah akan membangkitkan semangat kita untuk memuliakan hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Beliau ditanya mengenai hukum menyambut maulid, maka beliau berkata:[13]

"عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ".

Maksudnya:
"Menurutku, isi peringatan daripada peringatan Maulid Nabi adalah berkumpulnya masyarakat, pembacaan sebahagian ayat al-Quran, pembacaan riwayat yang menjelaskan awal perjuangan Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan berbagai peristiwa besar yang terjadi saat kelahiran baginda, penyajian maknana kepada hadirin dan mereka pun menyantap dan kemudian pergi tanpa melakukan perbuatan lain. Perbuatan seperti ini merupakan sebuah bid`ah hasanah yang pelakunya akan mendapat pahala. Sebab, di dalam peringatan maulid itu terdapat perbuatan permuliaan Nabi dan mewujudkan rasa senang dan bahagia atas kelahiran baginda sallallahu`alaihi wasallam yang mulia".

Di dalam kesempatan yang lain, beliau juga mengatakan:[14]

"وَمَا مِنْ مُسْلِمٍ قُرِىءَ فِيْ بَيْتِهِ مَوْلِدُ النَّبِيِّ إِلا رَفَعَ اللهُ تَعَالَى الْقَحْطَ وَالْوَبَاءَ وَالْحَرْقَ. وَالآفَاتِ وَالْبَلِيَّاتِ وَالنَّكَبَاتِ وَالْبَغْضَ وَالْحَسَدَ وَعَيْنَ السُّوْءِ وَاللُّصُوْصَ عَنْ أَهْلِ ذَلِكَ الْبَيْتِ، فَإِذَا مَاتَ هَوَّنَ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ جَوَابَ مُنْكَرَ وَنَكِيْرَ، وَكَانَ فِيْ مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيْكٍ مُقْتَدِرٍ".

Maksudnya:
"Tidaklah sebuah rumah Muslim dibacakan maulid nabi padanya melainkan Allah singkirkan kelaparan, wabak penyakit, kebakaran, berbagai jenis bencana, kebencian, kedengkian,pandangan buruk, serta pencurian daripada penghuni rumah itu dan jika ia meninggal dunia, maka Allah memberinya kemudahan untuk menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir. Dan dia kelak akan berada di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Maha Berkuasa".

PENDAPAT AL-SYEIKH AL-ISLAM AL-KHATIMAH AL-HUFFAZH AMIR AL-MU’MININ FI AL-HADITH, AL-IMAM AHMAD IBN HAJAR AL-`ASQALANI (W. 852 H). 

Al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:

 "أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً". وَقَالَ: "وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ".

 Maksudnya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’) al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.



PENDAPAT AL-IMAM AL-HAFIZH AL-SAKHAWI

Al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:

 "لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ "بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ". ثُمَّ قَالَ: "قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ". 

Maksudnya:
“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan Rabi'ul Awwal seluruhnya” .


PENDAPAT AL-SYEIKH AL-SAYYID AHMAD ZAINI DAHLAN (W. 1304 H)

Telah berkata al-Syeikh al-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan (W. 1304 H) di dalam kitabnya Sirah al-Nabi, merupakan Mufti Besar Mazhab Syafi`e di Makkah:[15]

"جَرُتِ الْعَادَةُ أَنَّ النَّاسَ إِذَا سَمِعُوْا ذِكْرَ وَضْعِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهَذَا الْقِيَامُ مُسْتَحَبُّ لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَقَدْ فَعَلَ ذَلِكَ كَثِيْرُ مِنْ عُلَمَاءِ الأُمَّةِ الَّذِيْنَ يُفْدَى بِهِمْ".

Maksudnya:
"Telah berlaku kebiasaan, bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersam-sama untuk menghormat dan membesarkan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Berdiri ini adalah suatu perbuatan yang baik kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan sesungguhnya telah mengerjakan perbuatan seperti itu dikalangan daripada ulama’-ulama’ ikutan ummat".
Al-Syeikh al-Sayyid Zaini Dahlan berpendapat bahawa mengadakan maulid Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri ketika sampai pembacaan pada lahirnya Nabi adalah suatu perbuatan yang baik.
Sayyid Zaini Dahlan merupakan Mufti Besar Mazhab Syafi`e di Makkah (W. 1304 H), di antara kitab karangan beliau adalah:
  1. Al-Futuh al-Islamiyyah.
  2. Tarikh Daulah al-Islamiyyah.
  3. Al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah.

PENDAPAT AL-SYEIKH AL-HALABI

Telah berkata al-Syeikh al-Halabi mengenai maulid di dalam kitab Sirahnya:[16]

"قَالَ الْحَلَبِيُّ فِي السِّيْرَةِ فَقَدْ حَكَى بَعْضُهُمْ أَنَّ الإِمَامَ السُّبْكِيَّ اجْتَمَعَ عِنْدَهُ مِنْ عُلَمَاءِ عَصْرِهِ فَأَنْشَدَ مُنْشِدُهُ قَوْلَ الصَّرْصَرِيِّ فِيْ مَدْحِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعِنْدَ ذَلِكَ قَامَ الإِمَامُ السُّبْكِيُّ وَجَمِيْعُ مَنْ بِالْمَجْلِسِ".

Maksudnya:
"Berkata al-Halabi di dalam kitab Sirah: Telah dikhabarkan bahawa di hadapan  al-Imam al-Subki pada suatu kali ketika berkumpul ramai ulama’-ulama’ pada zaman itu. Kemudian salah seorang daripada mereka membaca perkataan Sarsari dalam memuji Nabi. Pada ketika itu al-Imam al-Subki dan sekalian ulama’ yang hadir berdiri bagi menghormati Nabi".
Al-Imam Taqiyyuddin al-Subki rahimahullah adalah asalah seorang ulama’ besar dalam mazhab Syafi`e, beliau adalah pengarang kitab “Takmilah al-Majmu`” iaitu sambungan daripada kitab “al-Majmu` Syar al-Muhazzab” karangan al-Imam al-Nawawi.

Anak beliau juga merupakan seorang ulama’ besar iaitu Tajuddin al-Subki (W. 657 H) pengarang kitab “Jam`u al-Jawami`”, kitab usul fiqh besar yang telah diguna pakai oleh dunia Islam di dalam mempelajari usul fiqh.
Beliau juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.

PENDAPAT AL-IMAM ABU SYAMAH

Telah berkata al-Imam Abu Syamah mengenai maulid Nabi:[17]

"وَمِنْ اَحْسَنِ مَا ابْتُدِعَ فِيْ زَمَنِنَا مَا يُفْعَلُ كُلُّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الصَّدَقَاتِ وَالْمَعْرُوْفِ وَإِظْهَارِ الزِّيْنَةِ وَالسُّرُوْرِ فَإِنَّ ذَلِكَ مَعَ مَا فِيْهِ مِنَ الإِحْسَانِ لِلْفُقَرَاءِ مُشْعِرٌ بِمَحَبَّةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَعْظِيْمِهِ فِيْ قَلْبِ فَاعِلِ ذَلِكَ وَبِشُكْرِ اللهِ تَعَالَى عَلَى مَا مَامَنَّ بِهِ مِنْ إِيْجَادِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِيْ أَرْسَلَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن".

Maksudnya:
"Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat tiap-tiap tahun, bersetuju dengan hari maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, memberi sedekah, membuat kebajikan, melahirkan kegembiraan dan kesenangan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, membesarkan baginda dan bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan-Nya yang telah mengirim Rasul bagi kebahagiaan seluruh makhluk".

Al-Imam Abu Syamah adalah seorang ulama’ besar dalam mazhab Syafi`e. Beliau hidup pada abad ke-VII Hijrah dan beliau adalah guru dari al-Imam al-Nawawi.

Beliau berpendapat bahawa:
  1. Merayakan maulid Nabi dengan suatu perayaan dengan perbanyak sedekah dan bakti pada hari maulid dan melahirkan kegembiraan atas maulid Nabi adalah suatu “bid`ah hasanah/baik” iaitu sesiapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala.
  2. Mengadakan perayaan maulid Nabi adalah manifestasi daripada kecintaan kita kepada Nabi kita Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
Daripada pendapat ulama’-ulama’ Ahlussunnah Waljama`ah, dapatlah suatu keterangan yang jelas kepada kita semua iaitu bid`ah terbahagi kepada dua bahagian:
  1. Bid`ah Hasanah iaitu suatu perkara yang dilakukan dan ia belum pernah dilakukan oleh Nabi di zamannya tetapi ia adalah perbuatan baik, berfaedah, untuk umum dan berfaedah kepada masyarakat.
Seperti pembinaan sekolah agama, mengarang buku-buku agama, mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf, membina Universiti-universiti Islam, mengarang kitab-kitab hadith, semuanya belum ada pada zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi perbuatan tersebut baik pada agama dan untuk masyarakat.
Perayaan maulid Nabi memang tidak di zaman anabi tetapi ia sangat baik untuk disambut kerana ia dapat membangkitkan rasa cinta kepada Nabi, mengasihi Nabi, mengenang perjuangan Nabi, mencontohi akhlak Nabi dan sebagainya. Maka hal itu adalah bid`ah hasanah iaitu bid`ah yang baik dan sesiapa mengerjakannya akan mendapat pahala.
  1. Bid`ah Sayyi`ah, iaitu bid`ah yang buruk dan keji dan barangsiapa melakukannya akan mendapat dosa seperti sembahyang dalam bahasa melayu, azan dalam bahasa melayu dan sebagainya.
Kesimpulannya, saudara-saudaraku boleh melihat kenyataan-kenyataan ulama’-ulama’ Islam generasi Tabi`in sehinggalah ulama’ mutaakhirin seperti di atas dan masih banyak lagi yang kami tidak sempat untuk menukilkan, hanya sekadar ini sahaja daripada kami. Semua ulama’-ulama’ generasi tabi`in dan mutaakhirin setuju dan menggalakkan pembacaan maulid Nabi yang merupakan salah satu bentuk peringatan Maulid Nabi.

Kepada saudara-saudarku sekalian, sebenarnya pendapat mereka sudah cukup kuat untuk dijadikan dalil bagi kita untk mencontohi dan meneladani mereka, akan tetapi demi memuaskan dahaga para penuntut ilmu, marilah kita sama-sama pelajarinya dengan baik sumber-sumber hukum peringatan  maulid Nabi tersebut secara lebih terperinci agar ia menjadi benteng AHLUSSUNNAH WALJAMA`AH di generasi kita dan generasi yang akan datang.
Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima kebenaran sebagai sebuah kebenaran dan kemudian bersedia mengikutinya dengan senang hati. Amiin Ya Rabb.



[1] Ahmad bin Zain al-Habsyi (1987), Syarh al-`Ainiyyah, Singapura: Kerjaya, cet. 1, h. 29-30.

[2] Al-Imam Hasan al-Basri merupakan salah seorang tabi`in yang agung. Ayah beliau adalah budak  Zaid bin Thabit al-Ansari radiyallahu`anhu dan ibunya bernama Khariyyah adalah budak Ummu Salamah radiyallhu`anha. Beliau dilahirkan pada 2 tahun terakhir sebelum wafatnya Khalifah `Umar al-Khattab radiyallahu`anhu. Beliau sempat bertemu sekurang-kurangnya 100 orang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam. Beliau wafat pada bulan Rejab 116 hijrah dalam usia 89 tahun. Kenyataan di bawah ini adalah salah satu ungkapan hikmah beliau:

“Sesungguhnya, ketika seseorang melakukan perbuatan baik, ia akan membuat hatinya bercahaya dan tubuhnya kuat. Sedangkan ketika seseorang itu melakukan perbuatan buruk, ia akan membuatkan hatinya menjadi gelap dan tubuhnya menjadi lemah”


[3] Al-Zahabi  (t.t.), Siyar A`lam Nubala’, Beirut: Dar al-Fikir, j. 3, h. 410.

[4] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anath al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-Fikir, j. 3, h. 255.

[5] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-Khair, h. 427-428.

[6] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-Fikir, j. 3, h. 255.

[7] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-Khair, h. 417-418.

[8]  Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-Fikir, j. 3, h. 255.

[9] Mufti ialah orang yang dapat mengeluarkan fatwa dalam berbagai permasalahan agama kerana keluasan dan ketinggian ilmunya serta keluhuran budinya.

[10] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-Khair, h. 430.

[11] Ibid, 430.

[12] Al-Imam al-Nawawi rahimahullah nama asalnya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi. Lahir di Nawa pada bulan Muharram 631 hijrah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal al-Quran. Pada tahun 649 hijrah. Beliau menuntut ilmu di Dimaskus. Selama dua tahun di sana, beliau tidak pernah tidur berbaring. Beliau tidur dengan duduk. Dalam waktu empat bulan setengah, beliau telah menghafal  kitab al-Tanbih. Kitab-kitab karangan beliau sangat banyak seperti Ridayus al-Salihin yang telah tersebar ke seluruh penjuru dunia dan banyak di baca di tanah air kita. Beliau wafat pada 24 Rejab 676 hijrah di Nawa dalam usia 45 tahun. (Lihat Faruq Hamadah (t.t.), Dalil al-Raghibin Ila Riyad al-Salihin, (t.tp): Dar al-Thaqafah, cet 1, h. 10-12.

[13] `Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Suyuthi (t.t), al-Hawi Li al-Fatawi, (t.tp): Dar al-Fikir, j. 1, h. 221-222.

[14] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-Fikir, j. 3, h. 255.

[15] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anath al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-Fikir, j. 3, h. 363.

[16]Ibid, h. 364.

[17]Ibid. 364.


* Wallahu wa Rosuluhu a'alam...

HUJJAH-HUJJAH KENAPA KITA MENYAMBUT MAULID NABI??



SEJARAH  PERINGATAN MAULID NABI

 Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi???

Peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa dalam peringatan tersebut Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya. Sejak tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua berpandang dan menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H), al-Hafizh al-'Iraqi (W. 806 H), Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi'i (W. 1354 H), Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H) dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.

Hukum Peringatan Maulid Nabi

Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentu jika perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’. Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf. Namun demikian tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri. Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.

Dalil-Dalil mengenai Peringatan Maulid Nabi

  1. Peringatan Maulid Nabi masuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syari`at Islam. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:  
 "مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ". (رواه مسلم في صحيحه)". 

Ertinya:
“Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).

Faedah daripada Hadith tersebut:

Hadith ini memberikan kelonggaran kepada ulama’ ummat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam untuk melakukan perkara-perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar (peninggalan) mahupun Ijma` ulama’. Peringatan maulid Nabi adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian bererti hukumnya boleh, bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan pahala. Jika ada orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti ia telah mempersempit kelonggaran yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada zaman Nabi.

2. Dalil-dalil tentang adanya Bid`ah Hasanah yang telah disebutkan dalam pembahasan mengenai Bid`ah.

3. Hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam kitab Shahih mereka. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Rasulullah bertanya kepada mereka: “Untuk apa mereka berpuasa?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir'aun dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah karena bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"أَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ".

 Ertinya:
“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”.

Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat baginda untuk berpuasa.

Faedah daripada Hadith tersebut:

Pengajaran penting yang dapat diambil daripada hadith ini ialah bahawa sangat dianjurkan untuk melakukan perbuatan bersyukur kepada Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah berikan pada hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan bersyukur kerana memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian perbuatan syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap tahunnya. Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan berbagai bentuk ibadah, seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya. Bukankah kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah nikmat yang paling besar bagi umat ini?!

Adakah nikmat yang lebih agung daripada dilahirkannya Rasulullah pada bulan Rabi’ul Awwal ini?! Adakah nikmat dan kurniaan yang lebih agung daripada pada kelahiran Rasulullah yang menyelamatkan kita dari jalan kesesatan?! Demikian inilah yang telah dijelaskan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani.

4. Hadits riwayat al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya. Bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika ditanya mengapa beliau puasa pada hari Isnin, beliau menjawab:

"ذلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ".

 Ertinya:
“Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Faedah daripada Hadith tersebut:

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam melakukan puasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahawa pada hari itu baginda dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, ertinya jika baginda berpuasa pada hari isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahiran baginda sendiri pada hari itu, maka demikian pula bagi kita sudah selayaknya pada tanggal kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tersebut untuk kita melakukan perbuatan syukur, misalkan dengan membaca al-Qur’an, membaca kisah kelahiran baginda, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik dan lainnya. Kemudian, oleh kerana puasa pada hari isnin diulangi setiap minggunya, maka bererti peringatan maulid juga diulangi setiap tahunnya. Dan kerana hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam masih diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai tanggalnya, -bukan pada harinya-, maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal 12, 2, 8, atau 10 Rabi'ul Awwal atau pada tanggal lainnya. Bahkan tidak menjadi masalah bila perayaan ini dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Hafizh al-Sakhawi seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.

Fatwa Beberapa Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah:

1. Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:

 "أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً". وَقَالَ: "وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ".

 Ertinya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’) al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.

2. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:

 "عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ". 

Ertinya:
“Menurutku: pada dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan orang-orang beserta bacaan beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadith-hadith tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah (bid`ah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan kelahirannya (rasulullah) yang mulia. Orang yang pertama kali melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan al-Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami` al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.

3. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:

 "لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ "بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ". ثُمَّ قَالَ: "قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ". 

 Ertinya:
“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan Rabi'ul Awwal seluruhnya” .

Jika kita membaca fatwa-fatwa para ulama’ terkemuka ini dan merenungkannya dengan hati yang suci bersih, maka kita akan mengetahui bahawa sebenarnya sikap “BENCI” yang timbul daripada sebahagian golongan yang mengharamkan Maulid Nabi tidak lain hanya didasari kepada hawa nafsu semata-mata. Orang-orang seperti itu sama sekali tidak mempedulikan fatwa-fatwa para ulama’ yang saleh terdahulu. Di antara pernyataan mereka yang sangat menghinakan ialah bahawa mereka seringkali menyamakan peringatan maulid Nabi ini dengan perayaan hari Natal yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari mereka, kerana sangat benci terhadap perayaan Maulid Nabi ini, dengan tanpa malu dan tanpa segan sama sekali berkata:

 "إِنَّ الذَّبِيْحَةَ الَّتِيْ تُذْبَحُ لإِطْعَامِ النَّاسِ فِيْ الْمَوْلِدِ أَحْرَمُ مِنَ الْخِنْزِيْرِ".

 Ertinya:
“Sesungguhnya binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid lebih haram dari daging babi”.

Golongan yang anti maulid seperti WAHHABI  menganggap bahawa perbuatan bid`ah seperti menyambut Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang mendekati syirik (kekufuran). Dengan demikian, menurut mereka, lebih besar dosanya daripada memakan daging babi yang hanya haram sahaja dan tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran).

Jawab:

Na`uzu Billah... Sesungguhnya sangat kotor dan jahat perkataan orang seperti ini. Bagaimana ia berani dan tidak mempunyai rasa malu sama sekali mengatakan peringatan Maulid Nabi, yang telah dipersetujui oleh para ulama’ dan orang-orang saleh dan telah dianggap sebagai perkara baik oleh para ulama’-ulama’ ahli hadith dan lainnya, dengan perkataan buruk seperti itu?!

Orang seperti ini benar-benar tidak mengetahui kejahilan dirinya sendiri. Apakah dia merasakan dia telah mencapai darjat seperti al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Hafizh al-Suyuthi atau al-Hafizh al-Sakhawi atau mereka merasa lebih `alim dari ulama’-ulama’ tersebut?! Bagaimana ia membandingkan makan daging babi yang telah nyata dan tegas hukumnya haram di dalam al-Qur’an, lalu ia samakan dengan peringatan Maulid Nabi yang sama sekali tidak ada unsur pengharamannya dari nas-nas syari’at agama?! Ini bererti, bahawa golongan seperti mereka yang mengharamkan maulid ini tidak mengetahui Maratib al-Ahkam (tingkatan-tingkatan hukum). Mereka tidak mengetahui mana yang haram dan mana yang mubah (harus), mana yang haram dengan nas (dalil al-Qur’an) dan mana yang haram dengan istinbath (mengeluarkan hukum). Tentunya orang-orang ”BODOH” seperti ini sama sekali tidak layak untuk diikuti dan dijadikan ikutan dalam mengamalkan agama ISLAM ini.

Pembacaan Kitab-kitab Maulid

  Di antara rangkaian acara peringatan Maulid Nabi adalah membaca kisah-kisah tentang kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Al-Hafizh al-Sakhawi menyatakan seperti berikut:

"وَأَمَّا قِرَاءَةُ الْمَوْلِدِ فَيَنْبَغِيْ أَنْ يُقْتَصَرَ مِنْهُ عَلَى مَا أَوْرَدَهُ أَئِمَّةُ الْحَدِيْثِ فِيْ تَصَانِيْفِهِمْ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ كَالْمَوْرِدِ الْهَنِيِّ لِلْعِرَاقِيِّ– وَقَدْ حَدَّثْتُ بِهِ فِيْ الْمَحَلِّ الْمُشَارِ إِلَيْهِ بِمَكَّةَ-، وَغَيْرِ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ بَلْ ذُكِرَ ضِمْنًا كَدَلاَئِلِ النُّـبُوَّةِ لِلْبَيْهَقِيِّ، وَقَدْ خُتِمَ عَلَيَّ بِالرَّوْضَةِ النَّـبَوِيَّةِ، لأَنَّ أَكْثَرَ مَا بِأَيْدِيْ الْوُعَّاظِ مِنْهُ كَذِبٌ وَاخْتِلاَقٌ، بَلْ لَمْ يَزَالُوْا يُوَلِّدُوْنَ فِيْهِ مَا هُوَ أَقْبَحُ وَأَسْمَجُ مِمَّا لاَ تَحِلُّ رِوَايَتُهُ وَلاَ سَمَاعُهُ، بَلْ يَجِبُ عَلَى مَنْ عَلِمَ بُطْلاَنُهُ إِنْكَارُهُ، وَالأَمْرُ بِتَرْكِ قِرَائِتِهِ، عَلَى أَنَّهُ لاَ ضَرُوْرَةَ إِلَى سِيَاقِ ذِكْرِ الْمَوْلِدِ، بَلْ يُكْتَفَى بِالتِّلاَوَةِ وَالإِطْعَامِ وَالصَّدَقَةِ، وَإِنْشَادِ شَىْءٍ مِنَ الْمَدَائِحِ النَّـبَوِيَّةِ وَالزُّهْدِيَّةِ الْمُحَرِّكَةِ لِلْقُلُوْبِ إِلَى فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ وَاللهُ يَهْدِيْ مَنْ يَشَاءُ". 

Ertinya:
“Adapun pembacaan kisah kelahiran Nabi maka sepatutnya yang dibaca itu hanya yang disebutkan oleh para ulama’ ahli hadith di dalam kitab-kitab mereka yang khusus menceritakan tentang kisah kelahiran Nabi, seperti al-Maurid al-Haniyy karangan al-‘Iraqi (Aku juga telah mengajarkan dan membacakannya di Makkah), atau tidak khusus -dengan karya-karya tentang maulid saja- tetapi juga dengan menyebutkan riwayat-riwayat yang mengandungi tentang kelahiran Nabi, seperti kitab Dala-il al-Nubuwwah karangan al-Baihaqi. Kitab ini juga telah dibacakan kepadaku hingga selesai di Raudhah Nabi. Kerana kebanyakan kisah maulid yang ada di tangan para penceramah adalah riwayat-riwayat bohong dan palsu, bahkan hingga kini mereka masih terus mengeluarkan riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang lebih buruk dan tidak layak didengar, yang tidak boleh diriwayatkan dan didengarkan, justeru sebaliknya orang yang mengetahui kebatilannya wajib mengingkari dan melarangnya untuk dibaca. Padahal sebenarnya tidak boleh ada pembacaan kisah-kisah maulid dalam peringatan maulid Nabi, melainkan cukup membaca beberapa ayat al-Qur’an, memberi makan dan sedekah, didendangkan bait-bait Mada-ih Nabawiyyah (pujian-pujian terhadap Nabi) dan syair-syair yang mengajak kepada hidup zuhud (tidak loba kepada dunia), mendorong hati untuk berbuat baik dan beramal untuk akhirat. Dan Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki”.

Kesesatan fahaman WAHHABI yang Anti Maulid:
  1. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:
  2. “Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam melakukannya”.

Jawab:

Baik, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, adakah baginda melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang telah nyata dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Disebabkan itu Allah ta`ala berfirman:

"وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا". (الحشر: 7)

 Ertinya:
“Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”.

(Surah al-Hasyr: 7)

Dalam firman Allah ta`ala di atas disebutkan “Apa yang dilarang ole Rasulullah atas kalian, maka tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa perkara haram adalah sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi bukan sesuatu yang ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram hukumnya hanya dengan alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan mengharamkannya.

Lalu kita katakan kepada mereka:

“Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (harus) atau sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam secara langsung yang khusus menjelaskannya?”

Apakah untuk mengetahui boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid harus ada nas khusus daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang menyatakan tentang maulid itu sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah menyatakan atau melakukan segala sesuatu secara khusus dalam umurnya yang sangat singkat?! Bukankah jumlah nas-nas syari`at, baik ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi, itu semua terbatas, ertinya tidak membicarakan setiap peristiwa, padahal peristiwa-peristiwa baru akan terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap perkara harus dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah kedudukan ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran dan al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang memberikan pemahaman umum?! Misalnya firman Allah ta`ala:

"وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ". (الحج: 77)

 Ertinya:
“Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”.

 (Surah al-Hajj: 77)

Adakah setiap bentuk kebaikan harus dikerjakan terlebih dahulu oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam supaya ia dihukumkan bahawa kebaikan tersebut boleh dilakukan?! Tentunya tidak sedemikian. Dalam masalah ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hanya memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Kerana itulah dalam setiap pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan dengan Jawami` al-Kalim ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah terdapat kandungan makna yang sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ". (رواه الإمام مسلم في صحيحه)

 Ertinya:
“Barangsiapa yang melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya tersebut dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya).

 Dan di dalam hadith sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ". (رواه مسلم)

  Ertinya:
"Barang siapa merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal darinya maka ia tertolak”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Dalam hadith ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa sesuatu yang baru dan tertolak adalah sesuatu yang “bukan daripada sebahagian syari`atnya”. Ertinya, sesuatu yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua perkara yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, maka perkara tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka Rasulullah tidak akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan berkata: “Man Ahdatsa Fi Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun yang merintis perkara baru dalam agama kita ini, maka ia pasti tertolak). Dan bila maknanya seperti ini maka bererti hal ini bertentangan dengan hadith yang driwayatkan oleh al-Imam Muslim di atas sebelumnya. Iaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam Sunnatan Hasanatan....”.

Padahal hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi isyarat anjuran bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang baik, dan yang selari dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua perkara yang baru itu adalah sesat dan ia tertolak. Namun setiap perkara baru harus dicari hukumnya dengan melihat persesuaiannya dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai maka boleh dilakukan, dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh dilakukan. Karena itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti berikut:

"وَالتَّحْقِيْقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ، وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ". 

 Ertinya:
“Cara mengetahui bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) menurut tahqiq (penelitian) para ulama’ adalah bahawa jika perkara baru tersebut masuk dan tergolong kepada hal yang baik dalam syara` bererti ia termasuk bid`ah hasanah, dan jika tergolong kepada hal yang buruk dalam syara` maka berarti termasuk bid’ah yang buruk (yang dicela)”.

Bolehkah dengan keagungan Islam dan kelonggaran kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa setiap perkara baharu itu adalah sesat?

2. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi biasanya berkata: “Peringatan maulid itu sering dimasuki oleh perkara-perkara haram dan maksiat”.

Jawab:

Apakah kerana alasan tersebut lantas peringatan maulid menjadi haram secara mutlak?! Pendekatannya, Apakah seseorang itu haram baginya untuk masuk ke pasar, dengan alasan di pasar banyak yang sering melakukan perbuatan haram, seperti membuka aurat, menggunjingkan orang, menipu dan lain sebagainya?! Tentu tidak demikian. Maka demikian pula dengan peringatan maulid, jika ada kesalahan-kesalahan atau perkara-perkara haram dalam pelaksanaannya, maka kesalahan-kesalahan itulah yang harus diperbaiki. Dan memperbaikinya tentu bukan dengan mengharamkan hukum maulid itu sendiri. Kerana itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani telah menyatakan bahawa:

 "أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً". 

 Ertinya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukil dari kaum al-Salaf al-Saleh pada tiga abad pertama, tetapi meskipun demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya. Barangsiapa dalam memperingati maulid serta berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal buruk yang diharamkan), maka itu adalah bid`ah hasanah”.

  1. Kalangan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:
  2. “Peringatan Maulid itu seringkali menghabiskan dana yang sangat besar. Hal itu adalah perbuatan membazirkan. Mengapa tidak digunakan sahaja untuk keperluan ummat yang lebih penting?”.

Jawab:

Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billah... Perkara yang telah dianggap baik oleh para ulama’ disebutnya sebagai
membazir?! Orang yang berbuat baik, bersedekah, ia anggap telah melakukan perbuatan haram, yaitu perbuatan membazir?! Mengapa orang-orang seperti ini selalu saja berprasangka buruk (suuzhzhann) terhadap umat Islam?! Mengapa harus mencari-cari dalih untuk mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya?! Mengapa mereka selalu sahaja beranggapan bahawa peringatan maulid tidak ada unsur kebaikannya sama sekali untuk ummat ini?! Bukankah peringatan Maulid Nabi mengingatkan kita kepada perjuangan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dalam berdakwah sehingga membangkitkan semangat kita untuk berdakwah seperti yang telah dicontohkan baginda?! Bukankah peringatan Maulid Nabi memupuk kecintaan kita kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan menjadikan kita banyak berselawat kepada baginda?! Sesungguhnya maslahat-maslahat besar seperti ini bagi orang yang beriman tidak boleh diukur dengan harta.


4. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi sering berkata:

“Peringatan Maulid itu pertama kali diadakan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Tujuan beliau saat itu adalah membangkitkan semangat ummat untuk berjihad. Bererti orang yang melakukan peringatan maulid bukan dengan tujuan itu, telah menyimpang dari tujuan awal maulid. Oleh kerananya peringatan maulid tidak perlu”.

Jawab:

Kenyataan seperti ini sangat pelik. Ahli sejarah mana yang mengatakan bahawa orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah sultan Salahuddin al-Ayyubi. Para ahli sejarah, seperti Ibn Khallikan, Sibth Ibn al-Jauzi, Ibn Kathir, al-Hafizh al-Sakhawi, al-Hafizh al-Suyuthi dan lainnya telah bersepakat menyatakan bahawa orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah Sultan al-Muzhaffar, bukan sultan Shalahuddin al-Ayyubi. Orang yang mengatakan bahawa sultan Salahuddin al-Ayyubi yang pertama kali mengadakan Maulid Nabi telah membuat “fitnah yang jahat” terhadap sejarah. Perkataan mereka bahawa sultan Salahuddin membuat maulid untuk tujuan membangkitkan semangat umat untuk berjihad dalam perang salib, maka jika diadakan bukan untuk tujuan seperti ini bererti telah menyimpang, adalah perkataan yang sesat lagi menyesatkan.

Tujuan mereka yang berkata demikian adalah hendak mengharamkan maulid, atau paling tidak hendak mengatakan tidak perlu menyambutnya. Kita katakan kepada mereka: Apakah jika orang yang hendak berjuang harus bergabung dengan bala tentara sultan Salahuddin? Apakah menurut mereka yang berjuang untuk Islam hanya bala tentara sultan Salahuddin sahaja? Dan apakah di dalam berjuang harus mengikuti cara dan strategi Sultan Salahuddin sahaja, dan jika tidak, ia bererti tidak dipanggil berjuang namanya?! Hal yang sangat menghairankan ialah kenapa bagi sebahagian mereka yang mengharamkan maulid ini, dalam keadaan tertentu, atau untuk kepentingan tertentu, kemudian mereka mengatakan maulid boleh, istighatsah (meminta pertolongan) boleh, bahkan ikut-ikutan tawassul (memohon doa agar didatangkan kebaikan), tetapi kemudiannya terhadap orang lain, mereka mengharamkannya?! Hasbunallah.

Para ahli sejarah yang telah kita sebutkan di atas, tidak ada seorangpun daripada mereka yang mengisyaratkan bahawa tujuan maulid adalah untuk membangkitkan semangat ummat untuk berjihad di dalam perang di jalan Allah. Lalu dari manakah muncul pemikiran seperti ini?!

Tidak lain dan tidak bukan, pemikiran tersebut hanya muncul daripada hawa nafsu semata-mata. Benar, mereka selalu mencari-cari kesalahan sekecil apapun untuk mengungkapkan “kebencian” dan “sinis” mereka terhadap peringatan Maulid Nabi ini. Apa dasar mereka mengatakan bahawa peringatan maulid baru boleh diadakan jika tujuannya membangkitkan semangat untuk berjihad?! Apa dasar perkataan seperti ini?! Sama sekali tidak ada. Al-Hafizh Ibn Hajar, al-Hafizh al-Suyuthi, al-Hafizh al-Sakhawi dan para ulama’ lainnya yang telah menjelaskan tentang kebolehan peringatan Maulid Nabi, sama sekali tidak mengaitkannya dengan tujuan membangkitkan semangat untuk berjihad. Kemudian dalil-dalil yang mereka kemukakan dalam masalah maulid tidak menyebut perihal jihad sama sekali, bahkan mengisyaratkan saja tidak. Dari sini kita tahu betapa rapuhnya dan tidak didasari perkataan mereka itu apabila berkaitan dengan hukum, istinbath dan istidhal. Semoga Allah merahmati para ulama’ kita. Sesungguhnya mereka adalah cahaya penerang bagi umat ini dan sebagai ikutan bagi kita semua menuju jalan yang diredhai Allah. Amin Ya Rabb...

* Wallahu wa Rosuluhu a'alam

Related Posts with Thumbnails