ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 27 Disember 2009

Kelebihan Solah Berjema'ah

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”

( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Inbu Majah )

Dari Utsman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksana solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”

( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya) dan Abu Dawud dengan lafaz : Maka ia laksana solat malam separuh malam. Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang malam. Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu : Sesungguhnya solat subuh dengan berjemaah, pahalanya lebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut .

Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Ia melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah olehmu dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang tersebut akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri dua solat wajib, iaitu isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak, hendaklah ia lakukan .” ( HR Thabrani )



Tanda- tanda Ketidaksucian Hati Kita

Antara Tiga Tanda Ketidaksucian Hati Kita adalah :-


1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira  walau dengan cara yang haram.

3. Loba pada berkata- kata Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa. .

Memelihara Pancaindera

"Pandangan itu panah di antara panah-panah iblis. Siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, akan diberi dia iman yang dapat dirasakan dalam hatinya"

Sesetengah hukama mengatakan, "Siapa membiarkan pandangannya liar, akan banyak dukacitanya sebab dia akan lama menetap di Neraka Saqar." Jagalah pandanganmu! Jika engkau membiarkan liar, kedua matamu itu akan membawamu jatuh dalam hal yang tidak engkau sukai. Tetapi jika engkau memiliki keduanya yakni menguasai keduanya, maka akan kamu miliki pula seluruh badanmu.

Dan tiba-tiba Al-Qadli al-Arjani berkata:

"Wahai kedua pandanganku, kalian telah bersuka-suka dengan memandang
Kalian inginkan hatiku berlaku buruk.
Cukuplah kedua mataku mempengaruhi hatiku
Ia lancang berusaha berdua membunuh hati yang satu."

Berkata pula Muhammad bin Basyir:

" Semalam kamu lewat sebagai saksi yang adil
Harimu ini juga menyaksikan perbuatanmu.
Jika semalam engkau berbuat buruk.
Lipatkanlah kini dengan kebaikan, engkau terpuji.
Jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok.
Barangkali esok akan datang namun engkau telah tiada."

Kemudian terdengar pula syair ini:

"Telah kau lakukan dosa yang kau inginkan.
Kau tunda juga taubat di masa datang.
Sedang mati datang di saat tiada di duga.
Itu bukan perbuatan orang yang berakal. "



Hadith maksudnya... Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika is rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat, itulah HATI !!! (H.R. Bukhari & Muslim)

bacalah syair-syair ini:

"Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tidak hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tidak mungkin itu tidaklah ada"

"Sabar itu tali iman yang terkuat.
Benteng pertahanan dari tipuan syaitan.
Sabar punya akibat terpuji,
akibat tergesa-gesa adalah rugi.
Jika kau bertemu saat yang menyedihkan.
Itu biasa tabiat zaman.
Pakailah baju kesabaran."
Related Posts with Thumbnails