ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 25 Jun 2010

SIHIR



وَلَمَّا جَآءَهُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ۬ لِّمَا مَعَهُمۡ نَبَذَ فَرِيقٌ۬ مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ ڪِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ كَأَنَّهُمۡ لَا يَعۡلَمُون (101) وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (102)
 - AYAT SUROH BAQOROH 101-102 -
* Sebab Penurunan Ayat
Pendapat pertama: orang2 yahudi tidak akan bertanya soalan kepada Baginda Nabi SAW melainkan Baginda SAW menjawabnya dengan baik. Kemudian mereka bertanya pula kepada baginda SAW berkenaan sihir dan mereka berbalah mengenainya, lalu turunlah ayat ini.
Pendapat kedua: sepertimana yang telah disebutkan ALLAH SWT di dalam al-QurAn melalui kerajaan NabiNya Sulaiman bahawasanya telah berkata orang2 yahudi Medinah “ tidakkah kamu berasa hairan kepada Muhammad kerana dia menjadi ketua(penghulu) kepada Nabi terdahulu Nabi ALLAH Daud sedangkan Nabi ALLAH Daud itu juga merupakan utusan ALLAH juga! Demi ALLAH semua ini adalah sihir yang dilakukan oleh Muhammad “, maka turunlah ayat ini.

* Adakah Sihir Itu Satu Kebenaran Serta Memberi Kesan Dan Mudorat
ulamak berbeza pendapat kepada Dua pendapat, dalam menyatakan Apakah Sihir Itu Satu Kebenaran Serta Memberi Kesan Dan Mudorat..
Pendapat pertama: Sepakat( Jumhur)  ‘Ulamak menjelaskan bahawa Sihir Itu Merupakan Satu Kebenaran Serta Memberi Kesan Dan Mudorat kepada manusia berdasarkan kepada beberapa dalil
Dalil pertama- ( سحروا أعين الناس واسترهبوهم )
Yang bermaksud: “ sihir kamu itu memperdayakan mata2 manusia dan menakutkan mereka “
Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa sihir itu adalah satu kebenaran dan memberi kesan serta mudorat kepada manusia kerana mampu memperdayakan mata manusia dan menakutkan mereka.
Dalil kedua- ( فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه ) – al baQoroh 102 – 
Yang bermaksud: “ lalu mereka(harut dan marut) mempelajari daripada keduanya(syaitan) apa2 yang menceraikan hubungan antara suami dengan isterinya “
Dalil jelas menunjukkan bahawa dengan sihir, ia mampu memecah-belahkan hubungan antara pasangan suami dan isteri.
Dalil ketiga- ( وما هم بضآرين به من أحد إلا بإذن الله  ) –  al baQoroh 102 –
Yang bermaksud: “ mereka yang melakukan sihir itu jelas tidak mampu untuk memberi mudorat kepada sesiapapun melainkan dengan keizinan daripada ALLAH “
Dalil ini jelas bahawa sihir itu mampu member mudorat kepada manusia tetapi ia hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
Dalil keempat- (روى أن اليهودَ سحر النبى صلى الله عليه وسلّم فاشتكى لذلك أياما فأتاه جبريل عليه السلام فقال إن رجلاً من اليهود سحرك عقد لك فى بئر كذا فأرسل صلى الله عليه وسلم فاستخرجها فحلّها فقام كأنما نشط من عقالٍ )
Yang bermaksud: “ telah diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawasanya seorang yahudi telah membuat sihir kepada Baginda SAW, maka Baginda SAW merasa sakit disebabkan sihir tersebut dalam beberapa hari lalu dating Malaikat Jibril ‘AS dan berkata kepada Baginda bahawa Baginda telah disihir dengan diikatkan tali pada salah sebuah telaga, lantas Baginda mengarahkan seseorang untuk pergi membuka ikatan tersebut maka dibuka ikatan pada telaga itu, Baginda SAW pun bangkit seolah-olah sembuh daripada pening(kepala terasa kena ikat) “ – al hadis –
Pendapat kedua: Mu’tazilah dan sebahagian daripada Ahlus Sunnah wal Jama’ah menjelaskan bahawa sihir itu bukanlah sesuatu yang memudoratkan dan tidaklah pula member apa2 kesan, akan tetapi sihir itu berlaku disebabkan beberapa perkara seperti berikut:
1- buruk sangka dan penyelewengan serta penipuan
2- tenung nasib dan menilik
3- adu-domba dan kejahatan yang dilakukan orang lain kepada seseorang
4- khayalan
Mu’tazilah dan sebahagian Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpandukan kepada dalil2 berikut:
Dalil pertama- ( سحروا أعين الناس واسترهبوهم )
Yang bermaksud: “ sihir kamu itu memperdayakan mata2 manusia dan menakutkan mereka “
Ini menunjukkan bahawa sihir itu benar2 berlaku disebabkan pandangan mata.

Dalil kedua- ( يخيّل إليه من سحرهم أنها تسعى )- toha 66 -
Yang bermaksud: “ tali2 dan tongkat2 mereka itu dikhayalkan(dibayang-bayangkan)kepada Nabi Musa bahawa ia menjadi ular yang menyusur dek kerana sihir yang mereka lakukan “
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sihir itu berlaku kerana khayalan.
Dalil ketiga- Jika sihir itu merupakan satu haqiqat(kebenaran), maka akan terbatallah kebenaran mu’jizat para Nabi dan akan hilanglah kebenaran mu’jizat mereka lalu tersingkap dan terbuktilah kepalsuan

* Hukum Mempelajari Sihir Dan Mengajarkannya
‘Ulamak berbeza pendapat kepada tiga hokum mempelajari sihir dan mengajarkannya:
Pendapat pertama: Pendapat jumhur ‘Ulamak mengatakan bahawa mempelajari dan mengajar sihir adalah HARAM
Ini kerana ALLAH telah menegaskan dalam al-QurAn agar kita menyanggah sebarang kekejian dan diterangkan bahawa sihir itu adalah satu kekufuran lagi kegi seperti firmanNya " وما كفر سليمن ولكن الشيطين كفروا"
Yang bermaksud: “ Dan Nabi Sulaiman itu BUKANlah seorang yang kafir! Akan tetapi syaitan itu yang sebenarnya KAFIR! “
Syaitan itu adalah penyebab dan pendorong kepada sihir. Maka itulah ditegaskan bahawa perbuatan sihir itu merupakan KAFIR. Baginda Nabi juga ada menegaskan dalam sebuah Hadis berkenaan sihir agar kita menjauhinya, yang bermaksud “ jauhilah kamu antara tujuh perkara haram, lalu para sahabat bertanya apakah ia itu ya Rosulullah? Lalu Baginda bersabda antaranya adalah SYIRIK KEPADA ALLAH, SIHIR,………(hingga ke akhir hadis)”
Pendapat kedua: Mempelajari ‘ilmu sihir itu dan mengajarnya adalah HARUS(bergantung pada niat)
Ini kerana menerusi ayat101-102 suroh al-baQoroh membincang dan membahaskan bahawa malaikat mengajar manusia akan ‘ilmu itu. Jika mengajar dan mempelajarinya adalah HARAM, nescaya malaikat tidak akan mengajar manusia akannya.
Pendapat ketiga: Mempelajari dan mengajar ‘ilmu sihir adalah WAJIB bagi MUFTI(orang yang mengeluarkan fatwa/hukum berkenaan agama)
Ia menjadi WAJIB kepada MUFTI agar mereka mengetahui apakah HUKUM yang dapat atau akan dikenakan kepada mereka yang meng’amalkan sihir samada yang memudoratkan orang lain, membunuh atau sebagainya.
Pendapat yang TEPAT(Rojeh) – Pendapat jumhur ‘ulamak iaitu mempelajari dan mengajar ‘ilmu sihir itu hukumnya adalah HARAM, berdasarkan dalil di atas. Jika adalah ia(SIHIR) WAJIB atau HARUS, nescaya para sahabat Nabi telah mengajar sahabat yang lain akan tetapi TIDAK kerana ia HARAM, dan apa2 yang membawa kepada HARAM, HUKUMnya tetap menjadi HARAM!
*Adakah Orang Yang Meng'amalkan Sihir Dibunuh


‘Ulamak berbeza pendapat samaada orang yang melakukan sihir dibunuh atau tidak kepada dua:
1- ISLAM :
*Pendapat pertama – orang Islam yang melakukan perbuatan sihir hendaklah diBUNUH dan tidak payah disuruh untuk bertaubah. Sekalipun dia bertaubah, ia tidak diterima kerana perbuatan sihir itu merupakan KAFIR seperti firman ALLAH “  وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ
Yang bermaksud: “sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu)
>>Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad
*Pendapat Kedua – orang Islam yang melakukan sihir tidak akan dibunuh melainkan perbuatan sihirnya itu menyebabkan orang lain terbunuh, maka dikenakan Qisos(bunuh balas) ke atasnya.Ini kerana, sihir itu (mengikut pendapat ini) bukanlah sesuatu yang KAFIR, bahkan ia adalah MA’SIYAH(perbuatan yang membawa pada dosa)
>>Ini adalah pendapat Imam Shafi’ie


2- KAFIR ZIMMI(YG M’BUAT P’JANJIAN DGN NGR ISLM, MENURUT PERINTAH SERTA MENETAP DALAM NGRA ISLAM)
*Pendapat Pertama – orang kafir yang melakukan perbuatan sihir, mereka akan diBUNUH kerana menghimpun kekufurannya dengan sihir yang juga dianggap kufur dan melakukan kerosakan yang berganda di muka bumi
>>Ini adalah Pendapat Imam Abu Hanifah
*Pendapat Kedua – Tidak dibunuh sekiranya tidak memudoratkan orang Islam yang lain. Tetapi bila mana ia memudoratkan orang Islam yang lain, Ia dihukum BUNUH kerana telah melanggar perjanjian
>>Ini pendapat Imam Malik dan Ahmad Bin Hanbal.
- wallahu wa Rosuluhu a’alam -
 
Related Posts with Thumbnails