ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 29 Jun 2012

Solidariti Kem Tahanan ISA | by Asyraf Muiz Roslan

 
tahanan ISA didera, dihina
 
Palestin merintih,
Ramai yang kasih.
ISA terkepung,
Tiada yang singgung?

Jauh ke Palestin kamu bersolidariti,
Jatuh negeri sendiri,
kamu bisu, buta tuli?

Bangsa ini kini hamis bernanah,
Bila Palestin ramai yang ghairah,
Apa tahanan ISA tidak punya maruah?
Jika peduli mengapa tiada endah?

** sasterawan madinah Asyraf Muiz Roslan
 
Dipetik dari : Aktivis Munafik | by Sasterawan mEdinah, Asyraf Muiz Roslan 

Khamis, 28 Jun 2012

solah sunnah tahiyyah masjid di tapak masjid sementara | ust wan ji wan hussien

jawaban dari ust wan ji wan hussien | (sedang) PHD di UMK (univ. malaysia kelantan)



w`alam ..


الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Enam Perkara Yang diperdebat Para Malaikat


تحفة الأحوذي
 بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
وبعد ،


عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال احتبس عنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات غداة عن صلاة الصبح حتى كدنا نتراءى عين الشمس فخرج سريعا فثوب بالصلاة فصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وتجوز في صلاته فلما سلم دعا بصوته فقال لنا على مصافكم كما أنتم ثم انفتل إلينا ثم قال أما إني سأحدثكم ما حبسني عنكم الغداة أني قمت من الليل فتوضأت وصليت ما قدر لي فنعست في صلاتي فاستثقلت فإذا أنا بربي تبارك وتعالى في أحسن صورة فقال يا محمد قلت لبيك رب قال فيم يختصم الملأ الأعلى قلت لا أدري رب قالها ثلاثا قال فرأيته وضع كفه بين كتفي حتى وجدت برد أنامله بين ثديي فتجلى لي كل شيء وعرفت فقال يا محمد قلت لبيك رب قال فيم يختصم الملأ الأعلى قلت في الكفارات قال ما هن قلت مشي الأقدام إلى الجماعات والجلوس في المساجد بعد الصلوات وإسباغ الوضوء في المكروهات قال ثم فيم قلت إطعام الطعام ولين الكلام والصلاة بالليل والناس نيام قال سل قل اللهم إني أسألك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وأن تغفر لي وترحمني وإذا أردت فتنة قوم فتوفني غير مفتون أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقرب إلى حبك قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إنها حق فادرسوها ثم تعلموها

** سنن الترمذي ، كتاب تفسير القرآن ، باب ومن سورة ص




Pada suatu pagi Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam tertahan (terlambat untuk mengimami kami) solah subuh hingga hampir naiknya matahari .. Baginda dengan segera keluar lalu di’iqamah’ untuk solah didirikan lalu Baginda solah dalam keadaan mempercepatkannya .. selesai memberi salam Baginda sollallahu `alaihi wa sallam memanggil kami dengan suara lantang Baginda, lalu bersabda pada kami : tetaplah kamu di ‘saf²’ kalian seperti biasa .. kemudian Baginda bersabda :
Ingat ! sesungguhnya Aku akan memberitahu kalian apa yang menahan Daku dari terlewat  pagi ini .. sesungguhnya Daku bangun di sebahagian malam lalu berwudhu dan solah semampu terdaya Ku .. di sa`at sedang  solah Aku berasa mengantuk hingga terlena .. tiba² Aku berasa berada di hadapan Rabb Tabaraka wa Ta`ala dalam zat yang paling indah lalu DIA bertanya pada Ku : wahai Muhammad ! Aku menjawab : ya Rabb .. Lalu DIA bertanya : tahukah Kamu wahai Muhammad, apakah yang sedang dipertelagahkan para malaikat tertinggi ? Baginda menjawab sebanyak tiga kali : Aku tidak tahu .. Bersabda Baginda : Aku melihatNYA lalu DIA meletakkan tanganNYA di atas bahuku hingga Aku merasakan sejuk  meresap ke dada Ku  lalu segalanya terlihat jelas oleh Ku dan Aku mengetahui segalanya .. Lalu bertanya Rabb : hai Muhammad ! Aku menjawab : ya Rabb .. Lalu DIA bertanya : tahukah Kamu wahai Muhammad, apakah yang sedang dipertelagahkan para malaikat tertinggi ? lalu Aku menjawab : berkenaan penghapus dosa .. Bertanya Rabb : apakah itu ? Aku menjawab : 

- Melangkahkan kaki menuju kepada jama`ah (solah berjama`ah),
- Duduk di masjid selesai solah menanti solah berikutnya,
- Dan menyempurnakan wudhu sa`at berwudhu yang tak digemari manusia (musim dingin) ..

Kemudiann Rabb berkata apakah lagi ? Aku menjawab :

- Memberi  orang makan,
- Melunak atau melembutkan pertuturan dengan nada sopan,
- Dan bangkit menunaikan solah  tatkala manusia semua nyenyak tidur dibuai mimpi ..

Lalu Rabb berfirman : Mintalah ! dan Katalah :



" اللهم إني أسألك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وأن تغفر لي وترحمني وإذا أردت فتنة قوم فتوفني غير مفتون أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقرب إلى حبك "



[ ya ALLAH ! sesungguhnya aku memohon pada MU agar daku sentiasa terkejar-kejar melakukan perkara² kebaikan dan senantiasa menjauhi dan meninggalkan perkara² terlarang oleh MU dan senantiasa ada perasaan dalam jiwa ku ini mencintai orang² miskin .. aku memohon pada MU agar ENGKAU mengampuni ku dan mengasihani ku  dan aku memohon kiranya DIKAU ingin menimpakan fitnah ke atas sesuatu kaum maka matikanlah daku agar tidak daku tergolong dalam kaum² yang terkena fitnah ..
Ya ALLAH ! aku memohon kecintaan pada MU dan kecintaan pada mereka² yang mencintai MU serta mencintai `amalan² yang mendekatkan kami pada orang yang dikau cintai agar kami senantiasa mencintai MU .. amen ~! ]

Lalu bersabda Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam : sesungguhnya semua itu adalah BENAR ! maka pelajarilah ia kemudian ajarkanlah ia pada yang lainnya ..

** hadis sunan turmiziy, kitab tafseeru l qur An, bab surah sood


w`alam ..





 الفقير إلى الله :
فائز رمزي


Ahad, 17 Jun 2012

Aku Dikecam Bila Mengeluarkan Status Ini Di Facebook | Tak 'Ameen' do`a Khatib Pada Para Sultan








Pada jum`ah yang lepas, usai mendengar khutbah dan solah jum`ah di Masjid sekitar Kota Damansara, aq membuka facebook untuk meng-update- status di ruang social facebook .. dalam beberapa sa`at dan minit sahaja agak ramai like status yang baru aq update itu .. ade la 10 orang .. saje buat gempak ! macam ramai .. bajet ja .. haha 

Aq tak pasti mengapa begitu ramai yang like samadakah kerana berkaitan isu aq tak meng-ameen-kan do`a sang pengkhutbah terhadap sultan ataukah sebab kerana cerita tok wan aq berkenaan asal usul si sultan di mEsia ini dahulu-kalanya adalah seorang penyamun, perompak dan lanun, ataukah kerana isu sang sultan johor yang baru je membeli plate number untuk keta satria neo nya yang bernilai mencecah setengah juta atau 520k .. ALLAHu a`lam .. itu haq mereka nak like sebab itu ruang social ..

Aq dikecam ramai rakan .. bahkan yang mengecam aq dengan menghantar mesej itu jugak like status aq .. aq tak pasti kenapa dan apa tujuannya .. apa yang penting .. kerjaaa sama .. haha apa yang penting antaranya mereka suruh aq padam status tersebut dan memacam lagilah .. 

Aq hanya mampu menjawab kepada mereka itu hanyalah, kalian jangan nak jatuhkan tahap iman gua yang pada ketika itu ditahap mencegah kemungkaran yang didengar dengan menggunakan tangan dengan menaip di laman social kepada tahap iman yang tersangat lemah iaitu menegur kemungkaran hanya dengan hati .. kalian takut hendak berkata-kata, kalian jangan patahkan semangat gua yang berbicara menerusi mata pena keyboard yang menegur secara santai di laman gua sendiri .. kalian takut dan kecut untuk menyata dan menegakkan sesuatu yang benar, kalian jangan menghalang dan menjatuhkan reputasi gua yang ingin membenarkan sesuatu yang benar lagi haq .. kecaman yang kalian timpakan kat gua tu apalah sangat nak dibandingkan dengan kecaman abu lahab, kaum quraisy dan lelainnya terhadap Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam ? ha . ha . ha .

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان ..

“sapa² yang Nampak sesuatu kemungkaran terjadi depan mata, ubah dengan tangan ! tak mampu dan penakut, tukar dengan lisan (lidah) , tak mampu dan kecut jugak, ubah dengan hati itulah tanda tahap iman anda memang paling low dan lemah (ALLAHul Musta`an”  
- al hadis


Apapun, orang² yang mengecam aq itu telah aq custom private status tersebut dari mereka .. ini status aq kalo korang nak tengok .. nah !


berdo`a pada khutbah kedua untuk para sultan dan para pemimpin tu, apa salahnya do`akanlah sama untuk sahabat saudara kita se-Islam yang sedang berada di Syam (Syria) dan Myanmar .. tak kurang pe pun .. agak kurang air liur atau boleh mendahagakan tekak mu, gitahu saya boleh belanja minum air lepas solah ! ape lah kedekut sangat dah hanya do`a yang mampu kita kirim bro .. ya salaaaam ..
**sungguh saya tak meng-ameen-kan do`a si pembaca khutbah tatkala dia mendo`akan para sultan dan para pemimpin semenjak saya mendapat tahu daripada ayah saya dan arwah tok wan sendiri yang mengatakan para sultan ini asalnya dahulu kala para lanun dan penyamun .. ma`alisyh (sory) lah ! hehe .. peace ~!




الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Qaza` | mencukur sebahagian rambut di kepala




Apakah yang dikatakan dengan Qaza` (القزع  ) ?

Di dalam kitab Nailul Autor  karangan Syeikh Muhammad Bin `Ali Asy Syaukani di dalam hadis² hukum berdasarkan hadis pada kitab toharoh (bersuci) pada bab bersugi dan sunnah semulajadi manusia pada bab yang menyatakan kebencian Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam pada Qaza` serta keringanan dalam mencukur kepala,  daripada `Umar bin Nafi` dan `Abdullah bin `Umar bahawa Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam menegah mereka yang melakukan Qaza` .. lalu telah bertanya Nafi` apakah itu Qaza`, lalu Baginda Nabi menjawab bahawa Qaza` itu adalah bahawa :

engkau mencukur kepala budak kecil lalu kamu meninggalkan sebahagian yang lainnya sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya ..

عن نافع عن ابن عمر قال : نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القزع ، فقيل لنافع:  ما القزع ؟ قال : أن يحلق بعض رأس الصبي ويترك بعض ..
** كتاب نيل الأوطار ، أبواب السواك ز سنن الفطرة ، باب ما جآء فى كراهية القزع والرخصة فى حلق الرأس




Hukum melakukan qaza‘

Adalah makruh tanzih iaitu makruh yang tidak sampai kepada tahap pengharaman kerana ia datang daripada hadis Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam secara zonni tidak secara qot`ie .. Akan tetapi, sesuatu yang makruh itu merupakan sesuatu yang bercanggah dengan sunnah Baginda dan Baginda sollallahu `alaihi wa sallam sendiri tidak menggemarinya .. Maka seeloknyalah kita menyelisihi atau meninggalkan perkara yang Nabi tak suka ..

Bahkan telah sepakat `ulama menyatakan yang ia merupakan makruh tanzih bukan makruh tahrim (sesuatu yang Nabi tak suka dan boleh menjerumuskan kepada sesuatu yang haram) .. 

Imam Malik menyatakan bahawa ia makruh tak kira samada lelaki ke yang buat mahupun perempuan .. 

sebahagian `ulama pula menyatakan ia makruh hanya pada lelaki akan tetapi sepakat mazhab bahawa makruh itu tak mengira samada lelaki atau perempuan berdasarkan `umum hadis .. 

Syeikh soleh ibn `uthaimin pula meletakkan bahawa ia makruh akan tetapi bila ia tasyabbuh (menyerupai) kaum kafir, munafiq dan sebagainya, maka ia jatuh pada tahap haram tidak lagi pada tahap makruh berdasarkan hadis menyerupai sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka  ..

Menggunting atau menipiskan rambut di bahagian tepid an belakang kepala tidaklah termasuk dalam qaza` kerana ia hanya pada adab dan `adat (kebiasaan) .. w`alam ..

Adapun lelaki kalau nak potong rambut,  menjadi sunnah juga jika dia ingin mencukur kesemua rambutnya atau meninggalkan kesemua tanpa mencukur berdasarkan hadis daripada `Abdullah bin `Umar, riwayah Imam Ahmad, Abu Dawood dan An Nasa’ie dengan sanad yang soheh :

احلقوا كله أو ذروا كله

“cukurlah semuanya atau biarkan semua tanpa cukur” ..

Bagi wanita pula, makruh jika mereka ingin mencukur rambut mereka berdasarkan hadis daripada saiyyidina `Ali yang telah dikeluarkan oleh An Nasa’ie :

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها

“Baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam menegah seorang wanita mencukur kepalanya” ..



Hikmah Makruh Qaza`

Telah berkata `ulama bahawa antara hikmah makruhnya Qaza` adalah :
- ia mencacatkan atau menghodohkan penciptaan ALLAH `Azza wajall yang telah sememangnya sempurna
- mengelakkan daripada sama dengan ahli² syirik
- mengelakkan daripada sama dengan orang² yahudi
- membahayakan kepala


W`alam ..
الفقير إلى الله :
فائز رمزي
Related Posts with Thumbnails