ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 27 November 2009

salasilah disebalik gagasan 1Malaysia

PERSOALAN DIBALIK 1 MALAYSIA .......


Mencipta simbol politik sesuatu yang integral dalam budaya politik sesebuah Negara yang sedang membangun. Simbol-simbol politik ini dicipta bertujuan memberikan legitimasi politik kepada kerajaan yang memerintah sesebuah Negara. Walaubagaimanapun, asas kepada simbol-simbol politik ini kadangkala tidak semestinya bertunjangkan kepada kebenaran daiam islam.
Ia sebaliknya merupakan satu kaedah bagi membendung kebenaran(reification) agar kepatuhan politik dapat diraih sepenuhnya dari hati rakyat. System politik yang bermuarakan hakikat ini dilihat oleh ahli sosiologi tersohor seperti weber sebagai system politik yang langsung tidak rasional.
Sebagai salah sebuah Negara yang membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada meng’amalkan budaya politik ini. Dalam masyarakat feudal, simbol-simbol politik biasanya dipamerkan melalui pakaian dan perhiasan yang yang ada hubung kaitnya dengan institusi kesultanan melayu seperti warna kuning, keris, panji-panji, Balai Rong Seri dan lain-lain lagi.
Umno juga merupakan peneraju dan penyambung kepada budaya feudalism ini atau lebih tepat lagi dikaenali sebagai ia sebagai “ budaya feudalism “ baru ini terbukti benar apabila salah satu simbol yang telah diabadikan dalam benderanya iaitu “ keris yang terhunus “. Paling tidak, dalam institusi kesultanan, keris yang mewakilinya adalah dalam bentuk tersarung. Simbol politik dalam bentuk keris terhunus terbukti benar apabila sebahagian besar tindak-tanduk Umno dilihat sebagai konsisten dengan simbol politik ini.
Rampasan kuasa di Kelantan pada 1978 dengan mengishtiharkan DARURAT dan terkini rampasan kuasa melalui pintu belakang iaitu dengan membelakangkan kaedah Demokrasi iaitu system pilihan rayayang berlaku di Perak pada awal tahun 2009 ang mana ia menyebabkan terjatuhnya kerajaan yang dipimpin sendiri oleh Pakatan Rakyat(PR) pilihan rakyat sendiri dan ini dalah dua contoh dalam membenarkan hakikat tersebut. Kuasa telanjang (brute force )yang dimiliki Umno diperkukuhkan lagi dengan penggunaan kuasa koersif iaitu menekan milik Negara seperti Polis,FRU dan sebagainya.
Setelah Malaysia dimerdekakan penjajah dan diperkenalkan pula sistem pemerintahan moden,maka peranan Raja / sultan yang terangkum dalam perlembagaan dilihat sebagai memain peranan sekunder dan simbolism dalam kerangka “ Raja Berpelembagaan “. Kuasa eksekutif sebenar berpindah dari RAJA kepada PERDANA MENTERI di peringkat persekutuan dan dari RAJA kepada MENTERI BESAR di peringkat negeri. Umno sebagai penyambung kepada warisan sistem feudalism baru ini (teori yang dikemukakan Chandra Muzaffar dalam buku beliau berjudul the protecter? ) perlu mencipta pelbagai simbol politik bagi meyakinkan lagi hati rakyat bahawa mereka memilki kuasa yang abash bagi mentadbir Negara. Cuma yang membezakan simbol di zaman feudal dan moden adalah, simbol di zaman feudal lebih kepada yang berbentuk barangan tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar dengan bahasa Tuan Guru Nik Aziz “ dengan mata lender “,seperti keris. Di zaman moden ini pula simbol tersebut diterjemahkan dalam bentuk perkataan atau konsep yang boleh diertikan oleh aqal pemikiran dengan mengambil kira sebahagian besar rakyat mempunyai pendidikan. Walaubagaimanapun, dalam kedua-dua sistem politik ini (feudal dan moden), pemikiran rakyat terbelenggu dalam apa yang dapat dilabelkan sebagai “ kesedaran palsu “ ( false consciousness ).
Di zaman feudal, pemikiran rakyat dikekang oleh kuasa mutlak raja antaranya melalui penggunaan kuasa mitos-magis seperti konsep daulat manakala di zaman moden pemikiran kritis rakyat terus dikekang dengan penggunaan kuasa koersif Negara seperti kuasa polis melalui akta-akta yang dicipta seperti ISA dan Akta Polis. Dalam hal ini, polis tak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana polis hanya merupakan instrument Negara dan mereka tidak mencipta. Misalnya, ISA dan Akta Polis. Yang mencipta ISA dan Akta Polis adalah Umno-BN. Dari sudut ini, konsep 1malaysia yang diuar-uarkan Najib sebenarnya boleh dilihat dari sudut penciptaan symbol politik seperti yang tersebut di atas. Sebagai satu gagasan symbol politik, 1 malaysi masih gagal manemui dan gagal mamenuhi tuntutan asas teoritis yang mantap. Ia juga bukanlah sesuatu yang baru dan turut menyumbang kepada peningkatan “ kesedaran palsu “ rakyat dan sekaligus memenjara pemikiran rakyat. Pemikiran rakyat ini hanya akan dibebaskan melalui perancangan reformasi politik yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat(PR) apabila Berjaya memerintah Negara pada suatu masa nanti.



ASAL USUL GAGASAN 1 MALAYSIA .......


Sebahagian besar idea-idea yang dikemukakan orang-orang ternama Malaysia khususnya Perdana Menteri sebenarnya berasal dari Negara luar. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam(DPNI) tajaan Dr.Mahathir contohnya, dating dari Amerika Syarikat melalui buah fikiran Almarhum Prof.Isma’il Faruqi. Ia bertujuan memperlahankan kebangkitan Islam di Malaysia selepas berlakunya kebangkitan Islam di Iran akhir tahun 70an. Adapun Islam Hadhari, kita kurang pasti daripada manakah asal usulnya. Barangkali ia daripada pemikiran Pak Lah seniqi. Yang pasti, 1 Malaysia dicadangkan sebuah firma pakar rujuk antarabangsa (APCO Worldwide ) yang beribu pejabat di Washington DC. Syarikat ini ditubuhkan tahun 1984 dan mengkhususkan kepakarannya dalam bidang “komunikasi “ dan “ strategi “. Syarikat ini mempunyai pejabat di 24 lokasi seluruh dunia. Apa yang menariknya ialah CEO syarikat ini adalah seorang yang berbangsa yahudi Margery Kraus yang pada satu ketika mencadangkan gagasan “ 1 Israel “ kepada Negara haram Israel. Dalam hal ini, kita tidak menuduh bahawa terdapat jewish connection antara Negara haram Israel dengan pentadbiran Najib.
Antara lain, yang pernah menjadi pelanggan kepada APCO Worldwide Kazakhstan(menyedia silibus pengajian tinggi) dan Indonesia(bertujuan merapatkan hubungan). Kehebatan dan populariti APCO Worldwide dapat dilihat daripada hakikat bahawa hampir semua syarikat-syarikat besar dunia menjadi pelanggannya seperti British Airways, Microsoft, nokia, dan lain-lain lagi. Di laman sesawangnya, APCO Worldwide menyatakan pengkhususannya bertujuan untuk “ influencing decision-makers and shaping public opinion by crafting compelling massages and recruiting effectives allies “ iaitu mempengaruhi pembuat keputusan dan melentur pandangan awam dengan menyediakan mesej-mesej menarik dan merekrut rakan kongsi yang berkesan.
Apa yang berlaku dengan gagasan 1 Malaysia yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat menepati dengan apa yang difikir APCO Worldwide dan rakyat begitu teruja dengannya tanpa mengetahui dari mana hakikat sebenar gagasan yang diuar-uarkan Najib itu. Pada hakikatnya, ia bukanlah cetusan idea Najib dan yang paling penting ia dari campur tangan kuasa luar yang mempunyai matlamat terselindung yang pada biasanya ia bertentangan dengan matlamat nasional dan akan menghakis apa yang disebut kedaulatan Nasional(national sovereignty). Dibimbangi keterujaan rakyat terhadap gagasan ini tanpa mengetahui hakikat sebenar akan merealisasikan peranan watak dongeng rakyat, “Pak Kadok” yang hanya “ menang bersorak,kampung tergadai “ . juga dibimbangi, gagasan 1 Malaysia bertukar kepada kisah dongeng rakyat di zaman moden.
Perlu diingatkan, sungguhpun Dr.Mahathir memperlihatkan pemerintahan yang “keras”, akan tetapi beliau anti-barat khususnya anti-yahudi. Dr.Mahathir dari sudut ini adalah seorang nasionalis tulen yang senantiasa bercakap tentang menjulang dan mempertahankan maruah bangsa daripada dihina bangsa lain. Dengan sikapnya yang anti-barat dan anti-yahudi tidak menyebabkan Malaysia pada zaman pentadbirannya menjadi mundur. Ini yang harus ada dalam pemikiran rakyat apabila menilai gagasan yang diperkatakan idea asli Najib , walhal sebagaiman yang diperbincangkan, ia berasal daripada yahudi LA’NATULLAH! Bergantung kepada orang luar mencerminkan ketidakyakinan diri sendiri.



1 MALAYSIA TIDAK ADA ASAS ISLAM ......



Orang melayu tidak dapat dipisahkan dari islam. Ini berdasarkan peruntukan perlembagaan Negara dan dari segi perspektif budaya. Perlembagaan Negara memperuntukkan bahawa seorang yang berbangsa melayu mestilah beragama islam, meng’amalkan ‘adat istiadat melayu dan bertutur dalam bahasa melayu. Ini merupakan peruntukan rasmi tanpa mengambil kira ‘amalan secara praktik. Keterikatan orang melayu dengan agama islam begitu mengakar dalam budaya dan sentimennya dapat dilihat apabila seseorang melayu itu mudah melenting dan begitu sensitive apabila dia dikatakan “kafir” meskipun dia seorang yang tidak begitu peka dengan tuntutan-tuntutan islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
Memahami hakikat di atas, setiap Perdana Menteri yang baru menjawat jawatan tersebut seringkali mengemukakan projek-projek islam yang baharu bagi memperkukukan lagi legimitasi politiknya di kalangan masyarakat melayu di Malaysia. Dengan tidak mengemukakan projek-projek islam,ia mengundang risiko, kemarahan dan kerguan masyarakat melayu itu sendiri. Ia dilihat sebagai berada di luar lingkungan sosio-budaya orang melayu. Ini memberikan persepsi kepada orang melayu bahawa Perdana Menteri tersebut tidak akan memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan orang melauyu itu sendiri. Hujjah ini selari dengan sejarah yang berlaku dalam politik tanah air dalam konteks penentangan Dr.Mahathir terhadap Tengku Abdul Rahman melalui tulisan beliau the malay dilemma. Dalam hal ini, Dr.Mahathir melihat Tengku lebih pro-cina dan mengabaikan kepentingan Melayu. Ia berakhir dengan kejatuhan Tengku dan bermulalah era yang dikatakan era kebangkitan Mahathir. Tengku sendiri sungguhpun dikritik oleh Mahathir sebagai pro-cina dan seorang Perdana Menteri yang bersifat liberal dan terbuka, beliau masih membekalkan projek-projek untuk keIslaman bagi menjaga hati dan perasaan masyarakat melayu. Di peringkat antarabangsa, beliau berperanan secar aktif dalam penubuhan OIC manakala di peringkat nasional, beliau menubuhkan PERKIM. Pengganti beliau Tun Abdul Razak (bapak kepada Najib) juga peka terhadap kehendak dan tuntuan rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam. Beliau diidentifikasikan dengan usaha-usaha membina dan menyiapkan Masjid Negara. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn dikaitkan beliau dengan program bulan da’wah ,seterusnya Dr.Mahathir dengan DPNI dan akhirnya Pak Lah dengan Islam HadHarinya………….

qorban bukti pematuhan kepada perintah ALLAH

” KORBAN: BUKTI PEMATUHAN PERINTAH ALLAH ”
(27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H)



Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,
Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.

Perbanyakkanlah ucapan syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kita nikmat keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Dengan nikmat tersebut kita dapat berhimpun di masjid-masjid dan surau seluruh negara, sama-sama melaungkan takbir hari raya. Marilah juga kita suburkan perpaduan antara kita kerana akhir-akhir ini bibit perpecahan di kalangan masyarakat mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan. Renungkan sejenak tentang nasib saudara seagama kita yang kini hidup diburu ketakutan, kelaparan, sengsara di negara masing-masing. Saban hari ada sahaja nyawa yang hilang tanpa mengenal kanak-kanak atau orang tua. Hari ini kita menangis kerana kematian orang tersayang samada sakit atau kemalangan, tetapi di negara-negara lain mereka menangis disebabkan kematian yang berpunca daripada persengketaan dan kekacauan. Sesungguhnya keamanan adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahankan.




Justeru, dengan nikmat keamanan ini, kita dapat berhimpun dan bertemu saudara mara, sahabat handai juga jiran tetangga. Dengannya juga, kita dapat menunaikan ibadah korban serta berziarah tanpa sebarang halangan. Tidak hairan ramai pengunjung yang datang ke negara ini merasa tenang, gembira di atas keselamatan diri mereka. Walau bagaimanapun keadaan ini perlu dipertingkatkan sejajar dengan pembangunan negara berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan yang lebih teguh.





Alhamdulillah, hari ini 10 Zulhijjah 1430 hijriyyah, seluruh umat Islam menyambut hari raya Haji atau lebiih dikenali sebagai hari raya Korban. Hari ini lebih daripada 27,000 ribu saudara mara kita, sahabat handai, jiran tetangga dari negara kita sedang berada di tanah Suci Makkatal Mukarromah bagi menunaikan ibadah haji yang ia juga merupakan tonggak kepada rukun islam, iaitu rukun yang kelima bagi yang berkemampuan mengerjakannya sesudah berpuasa di bulan romadon. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk ke tanah suci mengerjakan 'ibadah tersebut, maka pada hari ini kita berhimpun, bertakbir, bertahmid memuji kebesaran ALLAH dan menunaikan solat sunat 'eiduladha. Seterusnya pada hari ini juga, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai tanda korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir misikin semata-mata kerana Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Mafhumnya: " Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini ('eiduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban".



'Eiduladha merupakan hari perayaan yang sangat istimewa dalam syariat Islam. Keistimewaannya ialah kerana mempunyai dua tuntutan ibadah besar yang dilaksanakan secara serentak di seluruh dunia iaitu:

Pertama, di tanah suci Mekah dilaksanakan ibadah haji. Pada 9 Zulhijjah berjuta-juta orang Islam menyempurnakan ibadah haji dengan berwukuf di padang Arafah, tawaf di kaabah dan melontar jamrah. Meskipun di padang Arafah matahari panas terik, berjuta manusia dari pelbagai bangsa,bahasa, warna kulit, namun berpakaian yang sama dengan tujuan yang sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Syiar ibadah haji juga merupakan perhimpunan tahunan yang disyariatkan oleh Allah dalam bentuk yang amat berkesan iaitu mengikatkan kesatuan dan perpaduan melalui pegangan akidah yang satu dan bukannya melalui fahaman bangsa dan material. Inilah asas perpaduan yang dipraktikan oleh Nabi SAW yang berjaya menegakkan negara Islam Madinah hanya dalam masa 10 tahun.

Perkara kedua, ialah seluruh kaum muslimin disegenap ceruk rantau dunia semenjak hari Arafah hingga tamat hari Tasyrik mengumandangkan gema takbir, tahlil dan tahmid dengan suara yang penuh keyakinan mengisytiharkan pengakuan bahawa hanya Allah Azza wa jalla sebagai ALLAH tuhan yang layak dan perlu disembah, dipatuhi serta ditakuti. Pengajarannya kepada kita ialah supaya seluruh kehidupan, setiap perjuangan dan segenap pekerjaan yang dilakukan mestilah atas dasar penyerahan diri kepada Allah Azza wa jalla semata-mata tanpa adanya pergantungan dengan makhluk ciptaan ALLAH.

Pengabdian diri kepada Allah mestilah diterjemahkan melalui pelaksanaan syariat Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Perlu kita insafi bahawa timbulnya pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat seperti peningkatan jenayah rompakan, rogol, bunuh, penagihan dadah, penghidap AIDS, kes-kes rasuah, pecah amanah dan sebagainya; adalah kerana penerapan nilai-nilai syari'at belum menyeluruhnya penghayatan kita kepada tuntutan-tuntutan syarak. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 85:

Maksudnya: "Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain?. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia; dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."


Perlu juga diperluaskan lagi konsep korban itu pada masa kini yang mana ia tidak terlalu khusus kepada menyembelih unta yang dipanggil (an-nahr) seperti dalam surah al-kausar, tidak juga kepada menyembelih lembu, kambing atau kibash semata-mata yang dipanggil (Mudhiyyah). Akan tetapi 'eiduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah kepada hambanya iaitu mengenai keperluan manusia untuk berkorban tenaga, masa dan harta benda demi menegakkan agama Allah SWT. seperti contoh, seorang manusia yang dahulunya berkelakuan jahat ingin berubah kepada kebaikan mestilah ia memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk meninggalkan perbuatan jahatnya itu. seseorang yang jarang sekali pergi ke masjid untuk solah secara berjema'ah, tetapi kini apabila raya haji atau pada masa-masa lain selain raya haji, ia ingin mengubah sikapnya itu kepada rajinnya ia untuk hadir ke masjid setiap kali solah fardu atau paling tidak pun tiga waktu ia solah berjema'ah di masjid, ini juga dipanggil sebagai berkorban. Kita menginfaqkan harta benda kita untuk anak-anak yang ingin menyambung pelajaran mereka yang dipanggil IBNUS SABIEL yang mana mereka itu kekurangan perbelanjaan dalam sesi pengajian mereka, ini juga dikenali sebagai korban. Pendek kata, korban itu adalah kita mengorbankan segala apa yang kita sayangi dan cintai samada masa, wang ringgit dan sebagainya semata-mata hanya mencari taqwa dan keredoan ALLAH swt. Kerana itulah ALLAH Ta'ala menggambarkan penyembelihan Nabi Ibrahim akan anaknya Nabi Isma'il 'Alaihimassolaatu wassalaam kerana anak itu melebihi segala-galanya. Tanpa pengorbanan tenaga, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegak dan dikembang-biakkan lagi di bumi ALLAH ini pada masa kini.

Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda hanya semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal berseorangan di tanah gersang Mekah. Ini merupakan model isteri misali yang sanggup mengorbankan segala-galanya hanyasanya semata-mata membuktikan kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.

Firman Allah SWT dalam surah As-Saafaat ayat 103-107:

Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."



Di sini ingin diigingatkan kedudukan umat Islam akhir-akhir ini semakin dicabar oleh pihak yang longgar akidah dan pihak yang tiada kaitan dengan Islam. Apa maknanya kita beragama Islam, tetapi bersifat was-was dengan hukum Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan pelbagai fatwa dalam usaha menyelesaikan masalah umat. Fatwa yang dikeluarkan bukan mengikut hawa nafsu atau kepentingan diri, tetapi ia dikeluarkan atas permintaan umat Islam sendiri dan tidak bercanggah dengan teras toggak utama agama islam iaitu al-qurAN dan as-sunnah bagi memperjelaskan lagi kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. Justeru keputusan yang dibuat adalah hasil kajian teliti pakar-pakar agama dengan merujuk kitab-kitab mu'tabar. Namun demikian, sejauh mana pematuhan sesuatu fatwa yang dikeluarkan itu adalah bertunjangkan kepada pengorbanan umat Islam sendiri dalam mematuhi perintah Allah SWT.

Bagaimanapun, malang sekali apabila terdapat orang Islam yang bersekongkol dengan orang bukan Islam sehinggakan sanggup mempertikaikan agama Islam dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Apa yang nyata akhir-akhir ini orang bukan Islam semakin berani mempertikai dan memperkotak-katikkan umat Islam dan agama Islam. Keadaan ini berpunca daripada kelemahan orang Islam itu sendiri. Justeru ingin diingatkan kepada umat Islam, jangan membiarkan pihak lain yang tiada kaitan mereka dengan Islam untuk bertindak sesuka hati mereka dalam mempertikai agama Islam dan hukum-hakam yang terkandung dalam agama islam itu sendiri. Marilah kita bergandingan dan terus-terusan mempertahankan kesucian Islam ini sesuai dengan semangat cinta kepada Allah SWT berdasarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S dan Hajar. Insaflah kita sekalian, ibadah haji dan ibadat korban mengingatkan kita agar jangan lupa bahawa kita berada dalam satu kesatuan kemanusiaan dan jangan pula pada satu masa kita hancur dikorbankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Marilah kita menghayati tuntutan-tuntutan syarak yang terkandung dalam amalan ibadah haji dan ibadah korban yang berpaksikan hubungan kita yang erat dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama manusia, demi kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Hari raya korban yang dirayakan tanpa pengorbanan, tidak mampu memberi apa-apa makna dan kesan dalam diri kita. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang suci, Nabi Ismail A.S yang berani dan bondanya Hajar yang begitu tabah hati, mampu menyuntik semangat kepada kita semua.




-w'alam-
Related Posts with Thumbnails