ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Rabu, 17 November 2010

menggerak-gerakkan jari ketika tasyahud


Perbahasan berkenaan menggerak²kan jari ketika tasyahud ini merupakan khilaf yang masih lagi dibincangkan ulama hingga ke hari ini. Dalam membincangkan persoalan ini, beberapa hadis sahih telah dikumpulkan berkaitan perkara ini. Di antara hadis-hadis tersebut ialah: 


1. Abdullah bin Jubair ra berkata: Bahawasanya Nabi saw adalah beliau ketika berdoa (tasyahud), beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak menggerak-gerakkannya.

2. Wail bin Hujur ra berkata: "Aku akan tunjukkan cara solat Rasulullah saw." (Seterusnya beliau menerangkan): "Ketika duduk (tasyahud), beliau duduk di atas kaki kirinya sambil meletakkan tangan telapak tangan kirinya di atas paha dan lututkirinya. Kemudian baginda mengangkat sedikit siku kanannya di atas paha kanannya. Kemudian beginda melipatkan dua jari )jari kelingking dan jari manisnya) dengan ibu jarinya dan membentuk satu lingkaran )dengan jari tengah). Kemudian baginda mengangkat jarinya (telunjuk) dan aku melihat beliau menggerak-gerakkannya dan baginda berdoa dengannya."

3. Abu Humaid ra berkata: "Akulah orang paling tahu di antara kalian tentang solat Rasulullh saw." (Seterusnya beliau menenrangkan). "Bahawasanya Rasulullah saw duduk yakni duduk tasyahud maka baginda membentangkan kaki kirinya dan menghadapkan bahagian depan kaki kanannya ke arah kiblat. Beliau meletakkan telapak tangan kanannya atas lutut kanannya dan telapak tangan kirinya atas lutu kirinya. Dan beliau mengisyaratkan dengan jarinya, yakni jari telunjuknya."


Kesemua hadis-hadis di atas adalah hadis sahih. (Albani mengatakan bahawa hadis pertama di atas adalah syadz. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan hadis menggerakkan jari. Walaupun begitu, beliau mengatakan isnadnya kuat) Daripada ketiga-tiga hadis di atas, kelihatan seperti terdapat percanggahan antara hadis-hadis tersebut. Di mana ada yang mengatakan tidak bergerak dan ada yang mengatakan jari digerakkan ketika tasyahud.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang lebih afdal? Menurut Imam Syafi'e, tidak menggerakkan jari adalah lebih afdal. Al-Baihaqi telah menghuraikan bahawa hadis kedua di atas bukanlah bermaksud menggerakkan jari berulang-kali, tetapi kalimah menggerak-gerakkan jari tersebut membawa erti memberi isyarat dengannya. Ini dikuatkan lagi dengan bilangan hadis yang mengatakan tidak digerakkan jari adalah lebih banyak berbanding sebaliknya.

Walaupun hadis-hadis di atas seakan-akan saling bercanggah antara satu dengan yang lain, tidaklah bermaksud hadis-hadis tersebut boleh dimansukhkan. Penilaian syadz oleh Albani bukanlah muktamad kerana hadis tersebut disahihkan oleh Abu Uwanah, Abu Daud, An-Nasai dan al-Baihaqi. Apatah lagi Albani sendiri mengatakan isnadnya adalah kuat.

adapun mengangkat jari ketika tasyahud, secara umum terdapat beberapa pendapat yang masyhur yakni: 

Mengangkatkan jari ketika kalimah Lailahaillallah atau Illallah.
Mengangkatkan jari dari mula tasyahud hingga ke akhir.

Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyokong amalan yang pertama di atas. Ini bermakna kaedah mengangkatkan jari yang sebenar adalah mengangkatkannya dari awal hingga ke akhir tasyahud. Bersesuaianlah dengan pendapat Imam Syafi'e sendiri yang dinukilkannya dalam kitab al-Umm.

Oleh yang demikian, amalan yang pertama seharusnya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga ditemukan dengan dalil yang sahih. Dengan erti kata yang lain, kaifiat tasyahud adalah mengangkatkan jari dari awal hingga akhir tasyahud, bukannya hanya ketika menyebut kalimah Lailahaillallah.

*wallahu wa RoSuluhu a'alam

Related Posts with Thumbnails