ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Khamis, 2 Februari 2012

Antara Salasilah Baginda Nabi SAW


Do`a Saiyyidina `Umar al-Khattab r.a
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،

Isteri² Baginda  Nabi SAW
  • Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH)
  • Zainab binti Khuzaimah (wafat 1 SH)
  • Aisyah binti Abu Bakar (wafat 57 H)
  • Hafsah binti Umar (wafat 45 H)
  • Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
  • Maimunah binti Harits (wafat 50 H)
  • Mariah Qibtiah (wafat 16 H)
  • Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H/ 643 M)
  • Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
  • Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H)
  • Ummu Salamah (wafat 57 H)
  • Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)
Putera dan Puteri Baginda Nabi SAW
  • Al- Qasim bin Muhammad
  • Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.)
  • Ruqayyah binti Muhammad (wafat 2 H)
  • Ummu Kultsum (wafat 9 H)
  • Fatimah Az-Zahra (wafat 11 H)
  • Abdullah bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
  • Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H ketika kecil)
Cucu² Baginda Nabi SAW
  • Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah)
  • Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.)
  • Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.)
  • Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)
  • Zainal Abidin (wafat 93H)
  • Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)
Bapa Saudara Baginda Nabi SAW
  • Abbas bin Abdul Mutalib (wafat 32 H)
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib (wafat 3 SH)
  • Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)



    w`alam.. 

Tarikh Sebenar Kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW


rAudhoh


بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله،
و بعد..

Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada 12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).

Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAW berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9 Rabiul Awwal, Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan
kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal.

Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Fadhilatusy Syeikh Sofiyyur Rahman Al Mubarakfuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 71, ctkn. dar ibN  jAuzi),  'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
· Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Bughawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabi`ul Awwal.

Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M


(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)


Wallahu 'alam.




Ketempangan Birokrasi Kehakiman - Part2


............sambungan

MINGGU KEEMPAT

Hari ke 22 aq dalam tahanan, datang seorang `askar yang bertugas pada hari tu masuk ke bilik no.3, tempat aq dan lelain tahanan diletakkan.. Dia memanggil seorang penama dari Rusia.. dua hari sebelum tu, dia memanggil seorang penama dari Canada.. aq mula merasa pelik..! "ada jugak ke manusia dari dua Negara ni dimasukkan ke sini?? tanya aq pada seorang kenalan yang agak rapat denganKu, `Abdul Kariem dan Abu Fufu, dari Afghanistan.."
berniaga di luar mumkin HARAM, tapi di dalam??

Lalu mereka katakan padaKu, "ya, ada..! tapi kebiasaannya mereka,  jika ditangkap pun, hanya sehari dua dibiarkan dalam tahanan.. Kadang-kadang hanya beberapa jam sahaja..! Kalau lebih, nanti Safaroh mereka akan hubungi pihak Sa`udi dan bertanya kenapa, itu dan ini.." Wah! Satu kejutan buatKu! selama ini aq hanya mendengar kata-kata orang dan membuat andaian sendiri.. Hari tu membuatKu terfikir yang Sa`udi ini benar-benar berada di BAWAH TELAPAK KAKI Kuffar Yahud La`natuLLAH `Alaihim wa man ma`ahum ( La`nat ALLAH `Azza wajall keatas orang Yahud Ingkar dan Sapa saja yang bersekutu dengan mereka )..! kenapa mereka itu TAK dibiarkan sama seperti aq dan lelain tahanan yang berhari lamanya..?? Apa beza kesalahan mereka dengan aq dan lelain tahanan tu..?? hehhh! TIDAKkah kalian wahai Pemerintah mahupun Penguatkuasa pernah teringat akan firman ALLAH `Azza Wajall:


Maksudnya: ..“Wahai Nabi ALLAH Dawood `a.s, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di atas muka bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan hukum syari`at yang benar sepertimana yang telah diwahyukan kepadamu dan janganlah engkau menurut hawa nafsumu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH `Azza wajall.. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan ALLAH `Azza wajall itu akan beroleh `azab yang berat pada hari hitungan `amal disebabkan mereka melupakan jalan syari`at yang dah ALLAH turunkan itu..”
- Saad: 26


Hari ke23, lepas waktu zohor dihantar makanan tengahari.. Seorang `askar yang agak bengis bertempik menyuruh tahanan duduk lima orang satu talam.. Hampir dua tahun aq sertai `Askar Sukarelawan WATANIAH, belum pernah Tuan, Sarjen atau Koperal memanggil kami Prebet ni dengan panggilan 'hayawan, humar, kalb, bagar ( binatang, kaldai, anjing, lembu ).. Pertama kali aq dengarnya sendiri dari Mulut seorang `askar Sa`udi.. Kau nak suruh tahanan duduk setalam lima orang je pun.. Bukan takleyh cakap leklok.. Pesal nak panggil orang camtu pulak..
Malamnya, dia juga yang mengawal.. Dia inginkan seorang tahanan dari Bangladesh untuk buat urusan 'tarhil'.. Habis sume orang Bangladesh dia suh kumpul setempat.. Padahal nak sorang ja.. Uhm.. Sah memang `askar ni, dia tu sendiri seperti apa yang dia kata.. Dia kata tahanan hayawan, upenya dia sendiri hayawan.. haha bukan takleyh panggil.. Nak sorang je.. Pesal kumpul sume lak.. Aiyyak!

Hari ke24, Hari Tarwiyyah.. Besoknya Wuquf di `Arofah.. Lusa raye Adha..

الرزق يأتى ولو كان على جبهة أسد!
Maksudnya: Rezqi tu kalau dah haq kita tetap akan datang hampiri kita dan menjadi milik kita sekalipun ia sedang berada di atas dahi seekor singa!

Mumkin bukan rezQi aq untuk tunaikan haji tahun ni.. kata orang, hanya tinggal selangkah nak ke Makkah.. Kalau dah bukan rezqi, tak payah cakap banyak! Memang ALLAH dah tak beri untuk kita.. Redho la.. Mudah-mudahan ada rezqi yang lebih baik ALLAH nak berikan, insyaALLAH..
seludup rokok!

Hari ke25, ditambah lagi tahanan di bilik no.3.. sorang laki  Afghanistan memanggil aq.. Muhd. Sharif namanya.. Hampir 30tahun menetap di Sa`udi.. Ditangkap atas kesalahan, berdiri menunggu kawan di Madinatul Hujjaj, Medinah ( tempat ketibaan Jema`ah Haji di Medinah ) sambil memegang 'simcard zain' dengan kadar yang agak banyak, lalu dicekup Baladiyyah atas tuduhan menjual kepada orang ramai sedangkan dia tak menjualnya pun.. Hanya pegang, katanya.. Sungguh aq dizalimi.. Iqomah semua aq ada..
selesai solah `isya, dia memberitahu aq bahawa ada kenalannya di Jame`ah Islamiyyah, tempat aq belajar.. Syeh Abu Ghozi `Abid, bahagian Istiqbal (penyambut pelajar baru).. Dia menghubungi Syeh itu supaya membantu aq dibebaskan.. Setelah dihubungi, syeh Abu Ghozi meminta kami menunggu besok.. Katanya urusan itu perlu Mandub Pelajar yang uruskan dan dia akan hubungi rakannya yang punya kad Mandub..
Besoknya kami sekali lagi hubungi syeh Abu Ghozi tapi malangnya, dia mengatakan bahawa rakannya semua balik kampung sebab cuti Haji.. Tunggu selepas Haji..
Alhamdulillah, berpuasa Hari `Arofah dalam tahanan.. BismiLLAHi MasyaALLAH, iftor dengan nasik minyak..
Beberapa hari sebelum tu iftor dengan masakan Afghanistan.. keluarga `ammu Shariff dating hantar.. ALLAHu ALLAH.. besar sungguh pahalanya.. sengaja menelefon orang di luar supaya hantar makanan untuk dia lunch dan untuk aq iftor..
rokok! di luar SAR5-8.. di dalam tahanan, SAR30 dengan izin `askar dan mereka disuap siket! kah3


 MINGGU KETUJUH

Hari ke44 aq diziarahi Timb.YDP PERSADA, Saudara Hanif dan seorang senior Saudara Aizat.. Mereka memberitahu aq yang mereka akan pergi ke pejabat Amir dan 'follow up' hari sabtu ni..

Hari ke47 aq ditahanan.. Cukup 10hari menunggu seperti yang dijanjikan Amir Medinah.. Khabarnya, Timbalan YDP PERSADA, saudara Hanif pergi menunggu di depan pejabat Amir hari tu.. Tapi malangnya Amir mengatakan 10hari waktu bekerja.. Jadi aq kena tunggu lagi 4hari seperti apa yang dijanjikan Amir.. ALLAHu Akbar..

Hari ke49, aq diziarahi lagi Saudara Hanif, Timbalan YDP PERSADA dan Saudara Firdaus, YDP PERSADA.. Mereka datang berbual dan memberi berita gembira pada kami yang Amir akan memberi jawaban Hari Rabu, insyaALLAH.. Mereka meminta aq agar bersabar untuk sedikit masa lagi..

 MINGGU KELAPAN

Hari ke50, setengah jam sebelum zohor, sekali lagi aq diziarahi tiga orang dari Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah ( Dua orang yang pernah melawatku sebelum ni & sorang lagi En.Khalid, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah) dan dua orang senior ( saudara `Ashiq dan `Aizat ).. BUSYRA ( berita gembira ), insyaALLAH!
En.Khalid memberitahu, kami  Pihak Konsulat sememangnya mengikuti perkembangan kamu.. Bukan kami berdiam.. Kami usaha supaya kamu tidak di'tarhil'kan kerana ikutkan arahan dari Amir sendiri, kamu bertiga akan di'tarhil'.. Atas usaha dari Pihak Jame`ah dan Konsulat sendiri, kami meminta agar Pihak Amir mengeluarkan kamu dan sambung belajar di Jame`ah kerana hubungan Diblomasi kita dengan Pihak Sa`udi juga agak erat.. Dan Amir sendiri mengatakan, kalau dia nak keluarkan kamu bertiga dari tahanan secepat mumkin memang boleh.. Tapi Amir sengaja nak mengurung kamu hampir sebulan supaya kamu mengambil `ibroh ( pengajaran ) dari apa yang berlaku dan tak akan mengulanginya lagi.. Kamu juga kena ingat yang kamu ada ta`ahud ( aku janji ) masa mula-mula kamu masuk dulu menyatakan yang pelajar TIDAK BOLEH membuat sebarang urusan pekerjaan.. Kami harap kamu tak ulanginya lagi dan kamu kena ingat, kali kedua kalau kamu tertangkap, Pihak Sa`udi akan terus menghantar kamu pulang ke Malaysia..
Kemudiannya Mereka menuju ke Pejabat Amir.. Saudara `Aizat memberitahu aq yang mereka menunggu di Pejabat Amir hampir dua jam barulah mendapat jawaban darinya..

Selesai Solah `asar, aq dihubungi seorang senior, Saudara `Aizat.. BUSYRA! Alhamdulillah, dengan nada gembira dia meminta aq untuk sujud syukur kerana jawaban keluar dari tahanan dah diterima dari Amir Medinah siang tadi selepas solah `asar.. Dan insyaALLAH hari ni korang bertiga akan dibebaskan..
Setengah jam nak masuk waktu Maghrib, aq hanya menanti kedatangan mereka.. Selesai mengimami solah maghrib, aq menanti dan terus menanti.. Alhamdulillah, akhirnya, usai mengimami solah `isya, namaku dipanggil `askar yang bertugas,  `Asim `Uwaidh namanya.. Pintu bilik tahanan terbuka luas untukKu.. ALLAHu Akbar! Akhirnya aq bebas melihat dunia luar.. Tidak lagi hanya melihat dunia yang berdinding dan berbumbungkan simen.. hehe Teman-teman ku yg lain dalam tahanan agak bersedih dan terkejut dengan pemergianKu kerana mereka kehilangan seorang Mutawwi`.. hehe  Mereka juga mengingatkan aq agar mendo`akan mereka segera dibebaskan, insyaALLAH..
Sujud Syukur ku padaMU ya ALLAH..
Mudah-mudahan hari yang aq lalui di dalam tahanan hanyalah sebagai Ujian dan Penghapus dosa buat diriku yang kerdil lagi hina ini, insyaALLAH..

menu istimewa menanti.. hehe nyum3!

w`alam..

 sahabat lain yang mumkin sama seperti aq: http://weekly.ahram.org.eg/2011/1074/re3.htm

Ketempangan Birokrasi Kehakiman - Part1


funduq ( hotel ) ritaj el haromain - lokasi aq ditangkap
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،

 Ketempangan Birokrasi Kehakiman


Alhamdulillah, syukurKu padaMU ya ALLAH kerana hari ini, selasa ( 04/01-`33, 29/11-`11 )  ENGKAU membebaskan aq dari penjara duniaMU yang MasyaALLAH tabarokALLAH, sehari di situ bagaikan seribu tahun rasanya.. huhhu!
Cukup 50 hari aq disajikan pakej penginapan 50 hari 50 malam, bertilam dan berbantalkan Battoniyyah ( kain hijau yang agak tebal sedikit seperti lemek ).. Hari selasa malam rabu (11/10-`11, 13/11-`32) aq dipegang Pihak Baladiyyah  Medinah, Sa`udi ( Penguatkuasa Majlis Perbandaran ) di hadapan Hotel Ritaj el-Haromain, berdekatan el-Harom Madani ( Masjid Nabawi ).. KesalahanKu hanyalah menjual Kurma `Ajwah kepada Jama`ah Haji Malaysia dengan harga SAR90/KG ( kurang SAR10 dari harga pasaran di kebun kurma tempat kebiasaan Jama`ah Haji dibawa ketika ziarah luar ) atau istilahnya Khidmat Hujjaj ( memberi khidmat kepada Jama`ah haji ).. Mungkin kesalahanKu kecil di sudut benak hatiKu.. Tidak pada sudut pandangan mereka Pihak Penguatkuasa..
Seperti kebiasaannya, kalau siang hari   menjadi Muzawer Volunter( pembawa ziarah  Sukarela ), malamnya menghantar kurma `Ajwah tempahan Jama`ah di depan pintu hotel.. Malam tu ( kali kedua aq menjadi Muzawer siangnya ), usai Solah `Isya, aq dan dua orang rakan yang juga Muzawer hari tu sampai depan hotel dengan kurma yang dipesan Jama`ah.. Malam tu lima orang Muzawer dok tauzi` ( edar ) dan ambil duit kurma yang ditempah Jama`ah dekat depan hotel tu..



Maksudnya: Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya
- `Abasa: 34

Tengah dok tauzi` dan ambil duit kurma dari Jama`ah, tetiba Baladiyyah datang belakangKu.. Tiga rakanKu yang lain dah hilang pergi tanpa menyapa atau memberi sebarang amaran.. tak 'rojer' la senang cita.. Aq tak pasti samada mereka pergi meninggalkan kami berdua atau mereka kemana.. Yang pastinya pada tika itu tinggal aq dan seorang rakan qaribKu yang mumkin dah selesai tauzi`..  Jadi Baladiyyah hanya mengesyaki aq sorang ja yang dok tauzi` kurma depan hotel pada malam tu.. Mereka menghampiriKu dan tanya aq buat apa.. aq katakan aq tauzi` kurma..
habis duit yang kau pegang di tangan kau tu duit apa..??
Belum sempat aq nak jawab, mereka minta Iqomah ku ( ic Sa`udi )..
aq agak berkeras dan enggan beri pada mereka.. dok fikir nak lari dari mereka.. haha!
mereka memegang tanganKu sekuatnya.. mereka menolak aq naik 'jeep', aq berkeras dan melawan tak nak naik sebab aq tahu kalau aq naik, benda itu tak akan setle hanya dengan memberi keterangan di Balai / Pejabat mereka.. Tapi sahabatKu dua tiga kali kata 'naik dulu kut'.. uhmm.. akhirnya aq beralah untuk naik  atas ‘jeep’.. handset dan Iqomah aq dah di tangan Pihak Baladiyyah.. Mereka bawa aq ke Pejabat berhampiran Bukit Uhud.. Handset aq dipulangkan semula di sana.. Keterangan aq diambil dan beberapa soalan ditanya.. Di setiap satu soalan, satu cap jari aq diambil.. uhuk3! apa la celaka depa ni.. dah macam penjenayah besar pulak aq tauzi` Kurma `Ajwah tu.. takpela.. mumkin itu nizom ( peraturan ) di sini..
Selesai semua, mereka tanya padaKu,
kenapa kau tak naik kami suruh naik 'jeep' tadi..??
uhm.. dengan bahasa `arab yang agak sedikit kekok dan kurang petah, aq katakan pada mereka:
- kalau kau tak buat salah, kau nak naik ka..?? ALLAH `Azza wajall kan menghalalkan jual beli.. apa salah aq tauzi` dan ambil duit  kurma dari Jama`ah..?? aq buat khidmat hujjaj!
- boleh setle malam ni jugak ka kalau aq naik 'jeep' dan dibawa ke sini..?? aq ni masih belajar di Jame`ah Islamiyyah mEdinah.. kalau kau tangkap aq,  berhari-hari aq kat dalam,  terlepas pelajaran aq nanti, sapa yang nak bertanggung jawab..!

Mereka diam.. Seorang dari mereka kata padaKu,
kamu tahu tak menjual depan hotel atau tepi-tepi jalan di Sa`udi ni adalah sesuatu yang dilarang..??
mana aq nak tahu.. aq baru tak sampai setahun di Sa`udi dan tadi tu aq hanya memberi khidmat Hujjaj..
habis duit di tangan kau tadi duit apa..??
aq ambil duit kurma la.. aq beli kurma tu guna duit aq dan bagi kat jama`ah, aq ambil duit dari mereka balik.. kurma tu kurma pesanan.. kalau pun aq salah, kau tak sepatutnya terus-menerus menangkap aq dan tolak-tolak aq untuk naik ‘jeep’ tadi! Bagi la Amaran ke pape yg patut!
Dalam hati aq kata: ( pala hotak hampa laaaaa! Hahaha )

Enggan bercakap banyak, kemudiannya aq dibawa keluar dari Baladiyyah Uhud menaiki van.. Ingatkan setle di situ je.. 20 minit perjalanan.. melalui jalan pulang ke Jame`ah ( Universiti ).. seperti aq akan dihantar di hadapan pintu Jame`ah..??
huhh! rupanya aq dibawa ke Jawazat (Bahagian Imigresen) Faisoliyyah pulak.. Dekat dengan kampus pengajianKu.. Dalam perjalanan ke Jawazat tu, aq sempat menelefon saudara Hanif, Timbalan YDP PERSADA (Persatuan Pelajar Malaysia Sa`udi), minta bantuan agar aq dibebas segera malam tu juga.. Dia katakan, insyaALLAH kami akan membantu sedaya mungkin.. Tapi bukan malam ni.. Esok.. kerana malam tu aq ditangkap agak lewat dah.. besok dia akan cuba mencari kafil (penjamin) sebabnya urusan keluarkan aq dari Jawazat Faisoliyyah tu memerlukan Kafil yang juga pekerja Jame`ah Islamiyyah, ada Kad Cop Jame`ah dan merupakan Mandub (wakil) pelajar, katanya..
20minit kemudian aq tiba di Jawazat Faisoliyyah.. Sekali lagi keterangan diambil.. 10jari aq di'scan'..?? ape punye 'haprak' la `Arab ni.. kesalahan aq bukanlah sebesar Bukit Uhud pun.. Urusan yang depa buat kat aq macam aq ni penjenayah besar.. sampaikan 10jari di'scan'.. Kalau dua ibu jari ja tak cukup ka..?? hahah hampeh! ( mumkin itu kali kedua aq punye jari di’scan’ kesemuanya )..
10minit menunggu, saudara `Abdul `Aziz, seorang pelajar senior menghubungi aq mengatakan perkataan yang sama.. meminta aq bersabar dan banyakkan berdo`a.. kami akan membantu enta, katanya, insyaALLAH..
selesai 10jari aq di'scan', pihak Jawazat memimpin tanganKu.. aq fikir nak dilepas pergi dan diserahkan Iqomah.. huhu
tempat aq tidur malam pertama di tahanan
cait! rupanya aq dibawa masuk ke dalam bilik tahanan bersama beberapa orang yang lain.. Ditahan reman barangkali.. huhh! Bilik no.1.. keluasan kurang lebih 10meter.. Dalam tu  la solah, dalam tu jugaklah tido.. Tido beralaskan battoniyyah.. di satu sudut ada bilik air dan ruang santai.. Disebabkan tahanan agak ramai dalam bilik no.1, hari pertama aq dalam tahanan tidur berdepankan pintu bilik air.. sandi! huhu hanya sabar dapat tenangkan keadaan.. Apapun, alhamdulillah, lena tidurKu malam tu.. Mungkin dek kerana penat menjadi Muzawer siangnya.. huhu
Keesoknya, seawal 5pagi dah bangun solah subuh berjama`ah.. Alhamdulillah, dalam tahanan pun masyarakat masih lagi menjaga solah jama`ah walaupun ada segelintir Munafiq dan Fasiq yang enggan solah.. Selesai solah, aq dipanggil petugas untuk tangkap gambar.. SAR10 diminta.. Persoalannya, buat apa SAR10 sedangkan itu tugas mereka.. masuk poket sendiri kut..?? Settle! HARAM!
aq hanya menunggu berita dari mereka sahabat di luar sana agar aq boleh dibebaskan segera hari tu gak..! Jam0730 dihantar makanan untuk tahanan.. huhu Satu talam Lima orang.. Roti sorang sekeping, murobba (jem) dan  kuah kacang ful.. Alhamdulillah, perut aq masih boleh menerima makanan semacam tu walaupun sangat berbeza dengan makanan rutin Ku.. hehe

 Beberapa orang rakanKu menghantar mesej meminta aq bersabar, banyakkan Istighfar, bertasbeh dan banyakkan berdo`a agar segera dibebaskan..
Elok bateri handset pun dok kelippop-kelippop, jam1000 datang seorang petugas Jawazat.. Mat itam (`arab asli barangkali) berjubah putih.. Datang untuk ambil handset semua tahanan dan memberi sekeping kertas untuk tujuan penebusan.. Terputus seketika jaringan aq dengan dunia luar.. huhu
Tengahari berlalu.. Selesai zohor, dihantar makanan.. Nasi berlaukkan ayam, semangkuk kuah gulai yang ala-ala komando punye makanan.. hihi
makanan pagi & malam dalam tahanan.. makanan tengahari tak sempat snap.. hihi
Masih tiada sebarang berita aq terima.. Selesai solah `Asar, juga tiada sebarang khabar.. akhirnya maghrib.. aq hanya mampu berdo`a agar dipermudah dan dipercepat urusan pembebasanKu.. Selesai solah `isya, dihantar makanan semacam waktu pagi.. Begitulah kononnya kitaran makanan dalam tahanan setiap hari.. Tunggu punya tunggu, apa berita pun takde! sabar3! ^^v

MINGGU PERTAMA

Hari ke2, selesai Futur (makan pagi) aq menanti lagi.. Setengah jam kemudian masuk dua orang senior aq kenali.. Saudara Muhd. Syahid dan Muhd. Luqman.. aq ingatkan depa datang untuk membebaskan aq.. rupanya kedatangan mereka juga senasib denganKu.. uhuk33! putus harapan! Harapkan pegar rupanya pegar pun tak boleh diharap.. hehe kira-kira 0900pagi, datang `askar yang bertugas.. Nama aq dan dua orang senior tadi turut dipanggil.. Lega seketika rasanya kerana mumkin dengan panggilan itu kami akan dibebaskan.. hehe sekali lagi harapanKu hampa.. rupanya kami akan dipindah bilik.. bukan tujuan pembebasan.. haha aq dimasukkan ke bilik no.3 dan dua orang senior tadi dimasukkan ke bilik no.4.. melangkah masuk ke bilik no.3, alhamdulillah, keadaan bilik tahanan agak bersih berbanding bilik no.1 sebelumnya yang agak kotor.. Kasut dipakai ke merata tempat.. 
cuci-cuci :)

Di bilik no.3, alhamdulillah seminggu sekali ada empat lima orang Banggali akan kutip duit tiap sorang SAR1 untuk beli bahan cucian nak bersihkan bilik pada setiap hari Jum`at..
Dua orang dari Afghanistan memanggil aq.. Sorang anak muda 20an, `Abdul Kariem, dan sorang lagi agak berusia kira-kira 40an, Baz Muhammad atau lebih dikenali Abu Fufu.. Mereka memberi aq Battoniyyah dan menyuruh aq duduk dekat mereka.. Mereka bertanyakan sebab aq tertangkap dan Negara asal ku.. uhm.. Berhati-hati gak.. Negeri orang tak tahu baik buruk perangai depa guane.. hihi Alhamdulillah, mereka baik, agak pelawak dan kuat kentut orangnya, si Abu Fufu tu.. Hahahak
akhirnya dapat tempat tidur yg selesa :)
aq tanya apa kesalahan mereka ditangkap.. katanya dah hampir tiga bulan dalam tahanan.. hoo.. hoo..!  lame tu ! ditangkap sebab dituduh menjual berhampiran Masjid Ghumamah ( Berhampiran Masjid Nabawi ).. Sedangkan mereka baru usai solah teraweh di Masjid tu dan hanya lalu di tepi keta tolak yang berisi barang jualan, kemudian Syurtoh (polis) pegang.. huhh! sedikit bengang gak muke depa aq tengok.. habis makian terhadap pemerintah dalam bahasa `arab keluar.. tapi aq rase memang patut pun..?? haha aq hanya mampu senyum dan mendo`akan mereka..
Dokumen peribadi sume ada cukup.. perlu ke ditangkap.. Hampir tiga bulan lak di tahanan..
 Mereka katakan pada aq, memang KERAjaan Sa`udi sekarang ni dalam proses membuang semua ra`yat yang Iqomah bukan tertulis kera`yatan Sa`udi.. Sekalipun punya Iqomah, buat kesalahan atau disyaki membuat kesalahan meskipun kecil, lantas ditangkap dan dihantar pulang.. Ingin membuat Pembersihan, katanya.. ALLAHu Akbar.. perkara  yang sangat kecil, sebegitu rupa sang pemerintah lakukan pada ra`yatnya..?? Ingatlah wahai pemerintah! Tiap kamu itu kelak akan disoal atas apa dan siapa yang kamu perintah..

Selesai maghrib, sorang dari Misr memanggil aq.. `Umur kira-kira 30an.. Ibrahim es-so`idiy namanya.. Seorang Muhasib (accountant) di sebuah syarikat di Medinah ni.. Dua minggu dah di tahanan.. Ditangkap sebab tak punya Iqomah.. Majikan tak keluarkan Iqomah untuknya.. Malah gaji bulanan juga tetap dipotong majikan atas alasan untuk membuat Iqomah (SAR700/bulan bagi pekerja asing), katanya.. Alhamdulillah, dua minggu selepas itu Kafilnya (penjamin) datang dan dia dibebaskan.. Tidak dihantar pulang..
Sembang punya sembang dengan mamat dari Afghan tu, baru aq tahu yg tujuan ‘scan’ jari, tangkap gambar bayar SAR10 tadi memang tak lama hantaq balik la.. uhuk3! Hanya mampu katakana, insyaALLAH, kheir! J

MINNGU KEDUA

Hari ke08 aq di tahanan, malamnya, Abu `Umar Mahmud, teman kepada Ibrahim es-so`idiy meminta aq menjadi Mutowwi` (Sukarelawan Agama) untuk mengimami solah subuh pagi keesokannya dan meminta aq agar membaca du`a Qunut dan berdu`a meminta agar semua tahanan segera dibebaskan.. Nak dengar suara Asia pulak, katanya.. Tak nak dengar suara Mutowwi` Bangladesh.. Aq menolak pada mulanya.. Tidaklah aq mengetahui apa-apapun, kataku padanya.. Melihatkan keberhajatannya, aq katakan padanya InsyaALLAH dan du`a Qunut itu adalah Nawazil ( atas sebab / di kala musibah).. Sebenarnya kalau ikutkan sunnah, bukan hanya pada solah subuh Baginda Nabi SAW lakukan.. Solah-solah yang lain juga ada kecuali solah `asar.. Tapi kebanyakan Hadis menyatakan Baginda lakukan pada solah subuh, jadi kita buat hanya pada waktu subuh.. dalam pada tu, ada jugak hadis yang disahehkan ramai huffaz hadis berkenaan qunut waktu subuh.. takdak masalah nak buat ka dak pom.. masalah khilaf! ;)

Hari ke10, Jum`at minggu kedua aq dalam tahanan.. Mereka meminta aq berkhutbah kerana mereka tahu aq pelajar Jame`ah..?? huhh! Sekali lagi aq katakan tak tahu tapi Ibrahim dan Abu `Umar berkali-kali meminta agar aq berkhutbah hari tu.. uhmm.. khutbah ringkas menyentuh tentang taQwa dan ciri-cirinya, aq sediakan dalam  pale otak.. hehe Alhamdulillah,  khutbah ringkas sekitar 25minit, cukup Rukun & Syarat khutbahnya, jadilah.. Tapi bahasa `arab agak kurang teratur.. Mereka katakan 'tak mengapa yang penting ada pengisian rohani seminggu sekali'..

Hari ke12 kalau tak salah aq, seorang senior bersama dua orang pekerja dari Safaroh Malizi Jeddah ( Kedutaan Malaysia, Jeddah ) di `Arab Sa`udi datang melawat.. Seketika hatiKu girang.. haha cait! Rupanya kedatangan mereka nak ambil ma`lumat kami bertiga je.. ALLAHu Robbi.. Datang jauh-jauh dari Jeddah semata-mata nak amek pengenalan diri kami bertiga..?? ape punye seléñge la hampa ni.. kalau takat datang nak amek ma`lumat, tanya ke PERSADA melalui 'facebook' ka, ‘tweet’ ka dah cukup.. Dah la hantar orang baru.. aq tengok cam tak reti berbahasa `arab pulak.. aiyyak! buang mase! agaknye depa ni mai saje nak bagi ada kije kut.. hehe takpela.. pepun, alhamdulillah aq ber'terima kasih' dengan kedatangan kalian.. mumkin sedikit mententeramkan hati aq yang lama runsing.. hehe..=p

 Setelah kurang lebih 5-10minit ma`lumat kami bertiga diambil, aq dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.. Kenalan dari Afghanistan dan Misr memanggil aq.. Soalan yang sama ditanya.. 'sapa mai tadi??'.. Aq katakan Safaroh Malizi di Sa`udi kut.. Lantas mereka kata padaKu, 'apala Safaroh hampa ni.. Patutnya kalau Safaroh mai, dah boleh bawa keluar hampa bertiga.. Aq tengok depa macam takut lak ngan `Askar yang bertugas tu tadi..'
Nak tenang keadaan, aq katakan mumkin mereka orang baru dan belum rezQi aq keluar kut.. Sabar, insyaALLAH.. Sabar tu indah dan ALLAH tu bersama orang yang Sabar.. Huhu :)

MINGGU KETIGA

Handset aq dipulangkan semula dengan tebusan SAR10.. aduuuuuiii.. duit... duit... duit!
Charge your phone first! :)
Hari ke16 ditambah bilangan tahanan ke bilik no.3.. Begitulah tiap minggu.. Tahanan dikeluarkan dan dihantar ke Jeddah untuk di'tarhil'kan ( dihantar pulang ), kemudian ditambah pulak dengan pesalah baru.. Masuk seorang Syaibah ( orang tua ) dari Yeman.. Ahmad `Abduh namanya.. `Umur kira-kira 65tahun.. Sama `umur bapak  aq tu! Bila ditanya apa kesalahan, `ammu ( pak Long ) ni kata aq tak buat salah pa.. Aq hanya pegang lapan butir 'healthy mask' ( penutup muka kesihatan ) dan tunggu kawan aq datang.. Tetiba datang Mubahis ( taik polis ) tangkap aq tanpa soal banyak.. Adui.. Apela punye mangkaq dan mangkuk  ayun Mubahis ni.. Orang veteran camtu pun nak ditangkap ka.. Pikiaq la sama.. nate ape!

Aq diziarahi seorang sahabat qarib dan seorang temanku.. Mereka menghantar pakaian dan sedikit makanan padaKu..

Hari ke21, seorang `Askar datang mengambil data dan bertanya sapa yang dah lama dalam tahanan.. Dengan kesantunan MeLAYU yang ada, nada perlahan aq bercakap dengan `askar dan minta tolong dia memudahkan urusan kami bertiga.. Kemudian aq masuk semula ke dalam bilik tahanan.. Seorang pemuda dari Yeman memanggil aq.. Muhd `Aadil el-Jabariy namanya.. Kesalahannya ditangkap kerana tak punya Iqomah.. Dia kata padaKu, ''aq tengok kau dah dua tiga kali jumpa dan cakap dengan `askar.. Tapi takda sebarang tindakan.. Kau dah tiga minggu kat sini kan.. Bukan semua perkara kau kena berlemah-lembut.. hehh! Kau ni la..
Lidah kita ini kadang-kala lebih kuat dari jasad.. ada perkara berlemah-lembut, kita tuturkan dengan sopan.. JANGANlah sampaikan perkara yang PATUT berkeras pun kita masih nak berlemah-lembut.. Hinggakan diperbodoh, diperlekeh dan diinjak-injak, masih berlembut dan buat 'slumber'..!
Islam mengajar kita tegakkan yang Haq, hapuskan yang Batil.. yang patut bersopan, kita 'slow talk'.. yang tak dengar kata tu, tak kan kau nak 'slow talk' jugak! sampai ke bila dok pekak badak situ la, bro..! ''.. hehe aq hanya mampu senyum dan kata '' takpa.. Mudah-mudahan kata yang sopan membuka hati mereka untuk bantu kami, insyaALLAH..=) "


............sambungan
Related Posts with Thumbnails