ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sabtu, 25 Jun 2011

Ni`mat..

النعمة عروس مهرها الشكر........

Ni'mat itu 'ibarat Pengantin..
Maharnya adalah dengan ungkapan
الحمد لله puji²an tanda syukur kita pada ALLAH 'Azza wajall..

Sekiranya aku melakukan kebaikan, janganlah engkau terlalu memujiku kerana puji²an itu terkadang boleh membawa pada dosa ( wal'iyazubillah )..
Akan tetapi sebaliknya, berdo'alah padaku kerana do'a itu merupakan suatu kebaikan..

- hukama -

* w`alam..

Semut

حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٌ۬ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَـٰكِنَڪُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَـٰنُ وَجُنُودُهُ ۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ



....“ Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut², masuklah ke dalam sarang²mu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, kerana mereka tidak menyadari...”

- An Naml: 18 -



Semut
Kerja semut adalah menghimpun makanan tanpa henti tak mengira siang dan malam, pagi juga petang.. Mereka akan berusaha tanpa henti dan rehat.. Belum pernah bukan, kita melihat bahawa seekor semut itu terbaring lantas keletihan dek kerana bekerja seharian tanpa henti atau istilah lainnya ( twenty four seven ).. Semut hanya akan diusung oleh teman²nya setelah ia mati.. Selebihnya, waktu semut akan diisi dengan bekerja........ bekerja........ dan teruskan lagi bekerja..



Semut Yang Rajin
Tahukah kita bahawa semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang lebih lama sedangkan jangka hayat seekor semut itu tidaklah begitu lama jika dibandingkan dengan bekalan makanan yang mereka himpun.. Apa yang penting bagi mereka, motif mereka adalah menghimpun jumlah makanan sebanyak mumkin seolah-olah mereka tidak akan mati dan akan terus hidup buat selamanya.. Apabila ALLAH `Azza Wajall  menghendaki untuk membinasakan semut, DIA  terbangkan semua semut itu dengan dua sayapnya.. Begitu juga dengan anai².. Bilamana ALLAH `Azza Wajall hendak membinasakannya, ALLAH berikan mereka sayap.. Bila sahaja sudah bersayap, anai² pun akan keluar menjadi kelkatu.. Kelkatu ini  bilamana  mendapat sayap ( ni`mat ), dia akan cuba melawan api..



FirmanNYA:



وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا طَـٰٓٮِٕرٍ۬ يَطِيرُ بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُم‌ مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ يُحۡشَرُونَ



Yang bermaksud:

 ....“Dan tiadalah bintang² yang ada di bumi dan burung² yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat² juga seperti kamu.. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan...”

- Al An`aam: 38 -



Alangkah tamaknya seekor semut itu sehinggakan kadang² ia akan mengusung makanan atau benda yang mana semut itu sendiri tidak mampu untuk mengangkatnya bahkan dia sendiri tak mampu untuk menghabiskan kuantiti makanan atau benda yang dibawanya itu ( MasyaALLAH..! ).. Begitu juga dengan manusia.. Berusaha siang, malam, pagi dan petang mengumpul harta.. Tapi dalam masa yang sama mereka melupakan bahawa itu semua adalah ni`mat daripada ALLAH `Azza wajall yang DIA kurniakan sedikit dari sisiNYA kepada kita..



Sama² kita mengambil i`tibar daripada haiwan bernama semut yang ALLAH Ta`ala telah ciptakan di atas muka bumiNYA  ini ( insyaALLAH )..



...“ Maka apakah mereka tak berjalan di atas muka bumi ALLAH sedang mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar.?? Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah mata hati ( wal`iyazubillah )...”

- Al Hajj: 46 -



*w`alam..
 

Panas

Puncak Jabal Nur ~ Gua Hirok Menghadap Ke Masjidil Haram Makkah

أفرأيتم النار التي تورون.. أأنتم أنشأتم شجرتها أم نحن المنشئون.. نحن جعلناها تذكرة ومتاعا للمقوين.. فسبح باسم ربك العظيم

سورة الواقعة



Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan dengan cara digesek..?? (71) Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya..?? (72) Kami jadikan api yang dinyalakan dari kayu basah itu sebagai peringatan bagi orang² yang lalaikan kebenaran hari akhirat dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang² musafir.. (73) Oleh yang demikian, wahai orang² yang lalai, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar sebagai tanda bersyukur akan ni`mat²NYA itu.. (74)



Kepanasan itu merupakan sebahagian daripada keadaan dalam api neraka ALLAH `Azza wajall.. Nabi SAW bersabda dalam sebuah Hadis Daripada Abi Huroiroh r.`a dalam Saheh Imam Bukhori:



عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:إذا اشتد الحر فأبردوا بالصلاة فإن شدة الحر من فيح جهنم واشتكت النار إلى ربها فقالت يا رب

أكل بعضي بعضا فأذن لها بنفسين نفس في الشتاء ونفس في الصيف فهو أشد ما تجدون من الحر وأشد ما تجدون من الزمهرير...


Yang bermaksud:

....." Sesungguhnya kepanasan atas muka dunia ini adalah sebahagian daripada panasnya api Neraka yang ALLAH `Azza wajall ciptakan.. Maka tatkala mana kamu berasa bersangatan panas, maka SEJUKkanlah ia dengan SOLAH.. Dan sabda Baginda Nabi SAW lagi, telah mengadu 'panas' itu kepada ALLAH Robbnya.. Berkata 'panas' itu: wahai Robbku,Ya Robbi bagian tubuhku saling memakan antara satu dan yang lainnya, maka berikanlah aku nafas
ز. Lalu ALLAH Ta`ala memberikannya dua nafas, Satu nafas di musim dingin dan satu nafas di musim panas.. Maka kalian menjumpai panas yang sangat luar biasa dari teriknya( yang amat panas) dan kalian menjumpai dingin yang sangat luar biasa dari udaranya (yang amat dingin) ....."

- Riwayah Imam Bukhori -



Pada Riwayah lain, Nabi SAW menyatakan bahawa panas di atas Dunia ini adalah 1kali ganda jika nak dibandingkan 70kali ganda panasnya api neraka jahannam..



Dalam suasana cuaca sa`udi sekarang nih yang baru je di ambang panas 44°c pon kita dah tak tahan nak duduk.. Panas ke..?? Relaxla.. Kata sayang Nabi SAW.. Baru Panas siket.. Ajak berbual dan mendengar sedikit ta`limat berkenaan syuhada uhud di tengah panas pagi agar merasai dan mengalami sedikit keperitan yang dilalui Baginda Nabi SAW dan para syuhada, yang kononnya orang sains mengatakan bahawa matahari pagi itu adanya vitamin D dan segala macam vitamin lagi, sihat untuk badan, kita enggan.. Mana mumkin kita nak mengakui matinya kita nanti sebagai syahid kalo sedemikian rupa adanya kita..??



MasyaALLAH, bagaimanalah adanya kita di Hari Qiyamah kelak yang mana Baginda Nabi SAW menyatakan bahawa pada hari tersebut keadaan matahari yang hanya berada pada jarak sejengkal dari kita, ALLAHu akbar.. Pada ketika itu hanya `amalan manusia itu sendiri sahaja yang mampu untuk menentukan keadaannya.. Dan Mudah²an kita semua tergolong dalam golongan mereka² yang mendapat buku catatan `amalannya dari sebelah kanan, insyaALLAH..



اللهم أنت ربي، لا إله إلا أنت ، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء بذنبي، فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت، من قالها من النهار موقنا بها، فمات من يومه قبل أن يمسي، فهو من أهل الجنة، ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح، فهو من أهل الجنة

-
رواه البخاري -



* w`alam..

Related Posts with Thumbnails