ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 30 November 2009

Sejarah Ayat Kursi
Tuesday, 20 October 2009 2:45:27
From:
"Abu Salim, Nor Marini" 
Add to Contacts
To:muthaqqafuzzaman@yahoo.com
Cc:faizromzi_909@yahoo.com


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan
Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah s. a.. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga
subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama
nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a.w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

30 NOVEMBER 2009

Adakah Kerajaan 1Malaysia bermain skandal sumbang dengan NAZA..??


Untuk Siapa Pembangunan Sebegini ?

Penulis Tamu - Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Saya tidak tahu apakah Utusan Malaysia atau mana - mana akhbar berbahsa melayu berminat dengan apa yang mahu saya paparkan di sini setelah isu ini sebenarnya telah berlegar dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina .

2. Harap saya akan ada lah mana - mana akhbar berbahasa melayu sudi menyiarkannya . Paling tidak Utusan Malaysia , memandangkan Utusan Malaysia mempunyai minat tinggi untuk menyiarkan artikel saya mutaakhir ini .

3. Isu yang saya mahu bawa ke tengah ini ialah berkait dengan pembinaan sebuah lagi Pusat Konvensyen [ MATRADE ] dengan keluasan lebih kurang 90.000 meter persegi di atas sebidang tanah seluas 13.1 ekar yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur . Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 20 bilion tanpa tender terbuka .

4. Entah apa keperluannya Pusat Konvensyen mewah ini yang sememangnya telah mencetus kesangsian umum , sedang negara telah memiliki beberapa buah pusat yang serupa bertaraf antarabangsa sebelum ini iaitu KL Convention Centre , MINES , Putrajaya [ PICC ] dan juga di Langkawi . Lebih malang saya difahamkan semua pusat konvensyen ini gagal mencapai objektif dan menepati sasaran malah kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian .

5. Contoh mudah untuk dilihat ialah bagaimana PICC yang tamat dibina tahun2003 dengan kos RM 600 juta telah menjadi beban kepada kerajaan apabila terpaksa menanggung kos penyelenggaraannya yang mencecah jutaan ringgit lantaran ia amat jarang digunakan . Hanya RM 2.5 juta setahun berjaya dipungut sedang sasarannya RM 3 juta setahun . Saya rasa 200 tahun lagi pun belum tentu kerajaan dapat pulangan modal membina PICC tersebut .

6. Ini sebenarnya satu lagi episod pembaziran dan salah urus kerajaan UMNO dan BN . Ini satu lagi projek kerajaan UMNO dan BN yang memperbodohkan rakyat dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan .

7. Pusat Konvensyen dan Pameran milik MATRADE [ sebuah agensi kerajaan di bawah MITI ] telah dianugerahkan kepada kumpulan NAZA dan ianya telah diumumkan baru - baru ini . Projek ini [ Pusat Konvensyen di Jalan Duta ] jangka siap pada tahun 2013 . Ianya dianugerahkan kepada TTDI KL Metropolis yang juga merupakan anak syarikat kepada NAZA Group .

8. Persoalan yang timbul ialah :

a ] Kerajaan tidak membayar sesen pun kepada NAZA kerana satu deal telah dilakukan antara kerajaan dengan NAZA , dimana NAZA mesti membina Pusat konvensyen bernilai lebih kurang RM 628 juta untuk kerajaan dan sebagai balasannya tanpa perlu kerajaan membayar wang tetapi memberi sebidang tanah yang bernilai tinggi seluas 65.5 ekar pada kadar RM 72 per kaki persegi sama jumlah keseluruhannya ialah RM 197 juta . [ di sini kelihatan seolah - olah NAZA "memberi" kepada kerajaan sebanyak RM 341 juta . Munasabahnya , mana ada syarikat yang sanggup rugi sebanyak itu jika tiada pulangan yang lumayan kepada mereka ? Apakah di sana ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan umum ?

b ] Benarkah kerajaan perolehi untung sebannyak RM 341 juta apabila Pusat Konvensyen ini dibina ? benarkah NAZA hanya mendapat sebidang tanah dengan harga RM 197 juta [ RM 72 sekaki persegi ] ?

c ] Yb. Tony Phua mendedahkan bahawa tanah yang terletak di kawasan Mont Kiara dan Jalan Duta itu terlalu rendah jika dinilai dengan RM 72 sekaki persegi . Anggaran sebenar nilainya ialah RM 350 sekaki persegi dan harga keseluruhannya ialah RM 970 juta bagi tanah seluas 62.5 ekar tersebut . [ bahkan ada penilai yang menilai dengan kadar RM 500 sekaki persegi ]

d ] Ertinya Kerajaan membayar RM 970 juta kepada NAZA untuk projek bina Pusat Konvensyen yang bernilai RM 628 juta itu bukannya RM 197 juta . Ini bermakna NAZA untung RM 342 juta . Sekaligus menjelaskan bahawa Dato' Mustapha Mohamed berbohong apabila menyatakan bahawa kerajaan membina Pusat Konvensyen itu secara percuma . Walhal kerajaan rugi sebanyak RM 342 juta !

9. Ketelusan apakah yang dijanjikan oleh pemerintahan Dato' Najib jika projek sebesar ini dibuat tanpa tender terbuka ? atau di sana terdapat permainan atau skandal sumbang melibatkan kerajaan dengan NAZA yang sebelum ini telahpun mengaut keuntungan puluhan juta melalui penganugerahan AP yang diberi oleh MITI ???

10. Saat negara mengalami iklim ekonomi yang lembab basah , apakah rasionalnya sebuah lagi Pusat Konvensyen mewah dibina dengan kos yang sedemikian tinggi dan kelihatan jelas merugikan kerajaan dan rakyat ? persoalan besar dalam isu yang saya bangkit ini ialah dimana kedudukan rakyat yang didahulukan itu ? atau rakyat yang dikenakan dulu oleh kerajaan UMNO dan BN ??

apakah ada ruang yang memadai untuk artikel ini diakhbar berbahasa melayu ?


30 NOVEMBER 2009

Nabi Muhammad saw. terjejas aqidah...?????

Penulis Tamu - Aris Awang

Dalam banyak peperangan Nabi suci saw akan berdoa seperti berikut:-
Ya Allah kami jadikan Kamu sebagai pelindung kepada kejahatan mereka,

Ya, Allah hancurkan kekuatan mereka,

Pecah belahkan perpaduan mereka,

Leburkan asas kekuatan mereka,

dan hantarkan anjing-anjing kamu untuk membaham mereka,

Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,

Ya, Allah!

Ya, Allah!

Ya, Allah
Dan dalam satu peperangan yang lain Rasulullah saw pernah berdoa bermaksud seperti berikut:-
"Kembalikan perancangan jahat mereka, ke atas batang tengkuk mereka"
Kalau itulah "keterlaluan" dan "terjejas aqidah" yang dinyatakan oleh Mufti Perak, maka Nabi suci telah lama mendahului Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.

Kalau Najib bagi royalti kepada Kelantan pun aku tetap dok doa seperti di atas kepada Najib dan pemimpin UMNO selagi UMNO dok macam tu iaitu menerima separuh dan menolak separuh Al-Quran.

Kalau pemimpin PAS pun perangai macam pemimpin UMNO aku juga akan doa macam tu...........

kenyataan paling bangang yang dikeluarkan najib


30 NOVEMBER 2009

Kenyataan Paling Bangang Najib Yg Memecahkan Perut Peserta CHOGM!!


Port of Spain...cantik, tapi PM kita buat kenyataan tidak cantik dari sana

Ketika diminta mengulas isu doa TG Nik Aziz terhadapnya, maka berkatalah Datuk Seri Najib yang kini sedang menghadiri sidang CHOGM di Port of Spain:

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain."

Saya tergelak besar apabila membaca kenyataan Najib itu. Maksud Najib, nama sama ada royalti atau ihsan tidak penting, kerana jumlah yang diberi tetap sama! Jadi jika boss saya kata, 'oooi mat...hang ambiklah duit sepuluh ribu ni, ikut suka hang lah, nak ambil terus tak apa, nak bayar balik pun tak apa, sebab jumlahnya sama saja', apakah saya akan angguk kepala macam orang bodoh atau rasa sangsi dan tanya dia balik, 'boss...betulkah apa yang boss cakap tu?'

Saya kira jika kenyataan Najib ini dikeluarkan di depan ketua-ketua negara asing dalam sidang CHOGM, pasti ramai yang ketawa hingga boleh gugur lampu-lampu cantik yang sedang menyinari bilik persidangan. Itu pasti dicatat CHOGM sebagai kenyataan paling bangang dari seorang PM paling bangang di dunia!

Najib pasti tahu, malah amat tahu apa perbezaan antara wang ihsan dan royalti. Amaun memang satu isu, tapi namanya juga adalah satu isu yang lebih besar. Malah kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak buta huruf pun tahu apa bezanya antara wang ihsan dan royalti. Sebab itu saya tidak ingin menerangkan sesuatu yang sudah jelas lagi bersuluh itu dalam blog ini.

Jadi maksud Najib nama tidak penting, sama ada namanya wang ihsan atau royalti. Cuba tanya Saiful yang pernah jumpa Najib minta wang biasiswa itu, antara wang biasiswa dan wang pinjaman, mana dia hendak? Tentulah jawabnya wang biasiswa, kecuali Saiful itu terlalu bangang dia akan menjawab dia mahu pinjaman. Itu jawapan yang boleh dijangkakan dari Saiful yang mengaji tidak habis itu, jika tanya orang yang mengaji habis, pasti jawapannya lebih cerdik!

Sekarang jika Najib betul-betul hendak menegakkan pendapatnya bahawa nama royalti dan ihsan tidak penting kerana jumlahnya sama, cuba beliau beritahu kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bahawa wang royalti yang mereka terima akan diganti dengan wang ihsan. Lepas itu lihat apa reaksi kerajaan-kerajaan negeri itu - sama ada mereka setuju atau melompat setinggi Gunung Kinabalu? Silap-silap haribulan jika Najib berkata begitu bukan saja Gunung Kinabalu pun bakal retak, tapi hubungan Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Pusat pun bakal retak! Ini kerana yang menjadi isu bukan sangat jumlahnya, tapi bagaimana peruntukan itu disalur dan digunakan menerusi mekanisme wang ihsan dan royalti yang sangat jauh berbeza itu.

Lagi pun jika wang royalti dan ihsan itu sama saja, mengapa Najib sukar hendak menukarkan wang ihsan kepada royalti? Jika nama ihsan itu tidak penting, justru tukarkanlah kepada royalti, apa susahnya?

Aduhai Najib, apabila buat kenyataan dari Port of Spain itu, janganlah buat kenyataan bagai orang mabuk anggur masam yang banyak di jual di kedai-kedai tepi jalan bandar peranginan Trinidad & Tobago itu. Takut nanti ketua-ketua negara Komanwel tergelak besar dan pecah perut kerana nampak anak Tun Razak itu sebagai PM Komanwel paling bangang dengan kenyataannya yang paling bangang!

~ pendikar gunung kriang

nik aziz : niat tak baik itulah saya minta dilaknat tuhan


Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

Related Posts with Thumbnails