ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hukum Makmum Membawa Mushaf Dan Melihatnya Ketika Solah Teraweh Pada Bulan Romadhon Bertujuan Mengikut Imam..



» Telah ditanya Fadhilatusy Syeikh Al-'Allamah Muhammad Bin Soleh Al-'Usaimin, apakah Hukum Seorang Makmum Membawa Mushaf Dan Melihatnya Ketika Solah Teraweh Pada Bulan Romadhon Dengan Alasan Tujuannya Hendak Mengikut Imam..??

• Telah berkata beliau,
Perbuatan itu menyalahi Sunnah atas beberapa sebab:

- menyebabkan seseorang itu tak meletakkan tangannya yang kanan atas tangan yang kiri di hal keadaan ia qiyam ( berdiri tegak )

- membawa kepada pergerakan yang banyak ketika sedang solah sedangkan ia tak perlu iaitulah seperti membuka Mushaf, menutupnya semula, meletakkan Mushaf pada poket dan sebagainya

- sebenarnya seorang yang sedang solah dan melakukan benda² macam itu, dia hanya menyibuk- nyibukkan dirinya sahaja

- menyebabkan seseorang yang sedang solah itu mengabaikan dirinya dari melihat tempat sujud sedang kebanyakan 'ulama menganggap bahawa melihat ke tempat sujud itu lebih afdhol ( baik ) bahkan sunnah

- boleh jadi si pelaku itu nanti lupa yang dia sedang dalam hal keadaan solah tapi hatinya tak hadir dalam solah tersebut..

w'alam.. 
Related Posts with Thumbnails