ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 5 Jun 2009

buat saMpai jaDi

1 - kita tak boleh kecewa sangat dengan otak yang beku

Tapi kita patut kecewa kalau kita tak ada impian untuk mencairkannya.

Sebab setiap kali ia mula cair, jawapannya kejayaan dan kecemerlangan kita.

2 - dunia ni ibarat lautan dalam, ramai manusia tenggelam di dalamnya.

Jadikan takwa sebagai kapalmu, iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya.

3 - menepuk air di dulang tak semestinya terpercik ke muka sendiri

Sebab kadang-kadang terpercik juga ke muka orang lain.

4 - benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,

Benih yang tak baik jatuh ke laut menjadi umpan.

5 - apa yang kita usahakan itulah yang akan kita capai.

Apa yang kita tanam itulah nanti yang akan kita tuai.

6 - kalau manusia dah tak ada maruah,

Baik tak payah jadi manusia.

7 - kalau kita berjaya memotivasikan diri sendiri, itu hebat,

Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.

8 - kita mungkin tak mampu buat semua,

Tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua.

9 - manusia yang paling baik bukanlah manusia yang paling alim,

Tetapi manusia yang lebih banyak bermanfaat kepada manusia lain.

10 - kalau dah rezeki kita sesiapa pun tak boleh usik;

Kalau bukan rezeki kita, dah dalam mulut boleh keluar balik.

11 - apa nak takut dengan madu?

Masuk ke perut jadi ubat; tetapi takutilah lebah,

Kalau menyerang boleh padam.

12 - kaya bukan tiket untuk hidup bahagia

Tapi kalau tak kaya kembarnya derita.

13 - paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan,

Tapi paling tak indah apabila dah dapat.

Itulah punca masalah hidup kita.

14 - nak pandai belajarlah,

Tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.

15 - ketenangan benihnya kepintaran,

Kepintaran tu jawabnya kecemerlangan.

16 - manusia takut pada hantu

Tapi tak takut berperangai macam hantu.

17 - usah terlalu hairan melihat pelangi

Tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana anda berdiri.

18 - jauh berjalan luas pandangan.

Usah terlalu jauh berjalan, nanti tak jumpa jalan pulang.

19 - biar papa asal bergaya.

Kalau dah papa, macam mana nak bergaya?

20 - saat bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.

21 - orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam,

Tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.

22 - biar cakap sikit tapi bersama bukti;

Biar tak bercakap tapi buktinya nampak.

23 - biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN.

Tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

24 - menghayun kapak seminit tu lebih baik daripada

Menghayun kapak yang dampak sepanjang hari.

25 - hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah.

Salah langkah bermula daripada tersalah fikir.

Tersalah fikir bermula daripada gagal mengenal diri.

26 - bukan sekali tapi selalu,

Bukan selalu hanya tak pernah sesekali.

Tentu lebih baik kalau sekali tapi penuh kualiti.

27 - angin selalu membelai, jarang sekali menghempas,

Tetapi apabila angin menghempas

pasti ada yang tak akan faham lagi makna dibelai.

28 - cantik sungguh kalau berbaju belang

Tapi buruk sungguh kalau perangai berbelang-belang.

29 - apabila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.

30 - Berubah tu mungkin mudah,

tetapi kekal dengan perubahan yang dibuat tu mungkin payah.

31 - lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.

32 - biar tak kaya harta tapi kay budi bahasa.

Biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails