ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 5 Jun 2009

sEndiri mau iNgat

1 - hormat diri itu adalah satu pernyataan syukur seorang hamba pada TUHAN-nya

Sedangkan kutuk-kutuk diri, memang tak tahu diri.

2 - hidup perlu bijak beb, kalau tak bijak banyak perkara baik yang dibuat

rupanya jadi pasal untuk melibas kita balik.

3 - yang lemah bukannya badan, tapi hati;

yang kuat pun bukannya badan tapi juga hati.

4 - pedulikan orang nak cakap apa,

Yang penting kita terus melangkah membina kecemerlangan

dengan cara yang betul lagi halal.

5 - jadilah macam serangga halus, bekerja cara halus,

Bertindak cara halus, berfikir pun cara halus tetapi hasilnya tak semestinya halus.

6 - kalau kita nak terlalu berkira memang tak terkira-kira.

7 - kalau labah-labah pun boleh hidup di celah batu

Kenapa kita tak boleh hidup diapit batu?

8 - hidup ni macam-macam.

Kalau tak macam-macam bukan hidup namanya.

9 - apa saja yang kita nak buat,

Kalau memang kita nak buat jalan akan ada untuk kita.

10 - orang yang kalah perang bukan yang betul-betul tewas di medan perang,

Tapi orang yang langsung takut nak pergi perang.

11 - keajaiban zaman kini bukan sang kelembai sumpah pelanduk jadi batu,

Tapi kita jem berbatu-batu, oleh benda yang sama, pada waktu yang sama.

12 - kita kena sentiasa rasa bagus supaya tindakan kita jadi bagus.

Kita kena sentiasa rasa hebat sekali supaya matlamat kita sentiasa hebat.

13 - tunjukkan tanda good untuk diri anda sendiri, setiap pagi

dan pastikan anda masih boleh tunjuk good untuk diri anda sendiri petang nanti.

14 - jangan bina istana di awangan sebab pondok buruk itu lebih baik di atas bumi.

15 - kejujuran itulah teras kejayaan sebenar.

16 - kegagalan dan rebah bangun memang ada,

tapi kita boleh pilih sama ada untuk terus rebah atau bangun dari rebah.

Kita mampu mengubahnya.

17 - sesebuah bangsa jadi lemah kalau rakyatnya asyik cinta gila.

18 - hanya orang yang degil dan optimis akan berjaya

Orang yang lemah akan terus kalah.

Oang yang lebih lemah akan terus kalah dan tak akan bangun-bangun lagi.

Itu saja yang membezakan antara bagus dengan luar biasa bagus,

antara hebat dengan hebat sekali.

19 - terbaik dalam hidup adalah kekuatan untuk mencuba walaupun gagal.

20 - hanya orang yang berani akan sampai ke matlamat.

Kesusahan dan kepayahan tetap ada, tetapi kejayaan dan kecemerlangan juga tetap ada.

21 - kita belajar melalui kesalahan.

Ambil positif, ambil pengajaran, bina teladan dan sempadan.

22 - perniagaan yang pasti tak merugikan dan pasti menguntungkan ialah senyuman.

23 - kalau nak ceria dan bahagia bukan orang lain boleh buat untuk kita,

Tapi kita yang usaha ceria dan bahagiakan hidup kita.

24 - hidup perlu dilalui dengan penuh yakin

bahawa hari itu memang hari yang telah disediakan untuk kita.

25 - yang paling jahat bukanlah si penjahat sebab si penjahat boleh di kenal dengan mudah,

Tapi yangpaling jahat adalah si baik yang sebenarnya jahat sejahat-jahatnya.

26 - cuba buat semua benda dengan suka, semua benda jadi mudah,

Buat semua benda dengan menyampah semua benda jadi susah.

27 - hidup bukan payah,yang payah untuk layak dinamakan hidup.

28 - diam adalah ubat yang paling baik untuk penyakit kena keji.

29 - bagaimana teruk pun kata-kata yang dihamburkan

akan padam sendiri oleh diam.

30 - kalau kata-kata nasihat dah tak boleh jalan,

Kadang-kadang rotan yang lebih berkesan.

31 - berada dalam kelompok orang yang cemerlang akan menjadikan anda cemerlang.

Berada dalam kelompok orang alim anda akan jadi alim.

Berada dalam kelompok orang luar biasa bagus dan hebat sekali anda akan jadi begitu.

32 - hutang tak akan membuatkan anda kaya.

Selagi ada hutang yang tak dibayar

selama itulah anda boleh diistilahkan sebagai tak berada.

33 - yang paling berani adalah orang yang berani bertindak,

Si penakut hanyalah berperang di dalam kepala.

34 - jatuh setelah berada di puncak tu lebih sakit

daripada jatuh sebelum sampai ke puncak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails