ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 17 Jun 2012

Qaza` | mencukur sebahagian rambut di kepala




Apakah yang dikatakan dengan Qaza` (القزع  ) ?

Di dalam kitab Nailul Autor  karangan Syeikh Muhammad Bin `Ali Asy Syaukani di dalam hadis² hukum berdasarkan hadis pada kitab toharoh (bersuci) pada bab bersugi dan sunnah semulajadi manusia pada bab yang menyatakan kebencian Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam pada Qaza` serta keringanan dalam mencukur kepala,  daripada `Umar bin Nafi` dan `Abdullah bin `Umar bahawa Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam menegah mereka yang melakukan Qaza` .. lalu telah bertanya Nafi` apakah itu Qaza`, lalu Baginda Nabi menjawab bahawa Qaza` itu adalah bahawa :

engkau mencukur kepala budak kecil lalu kamu meninggalkan sebahagian yang lainnya sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya ..

عن نافع عن ابن عمر قال : نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القزع ، فقيل لنافع:  ما القزع ؟ قال : أن يحلق بعض رأس الصبي ويترك بعض ..
** كتاب نيل الأوطار ، أبواب السواك ز سنن الفطرة ، باب ما جآء فى كراهية القزع والرخصة فى حلق الرأس




Hukum melakukan qaza‘

Adalah makruh tanzih iaitu makruh yang tidak sampai kepada tahap pengharaman kerana ia datang daripada hadis Baginda Nabi sollallahu `alaihi wa sallam secara zonni tidak secara qot`ie .. Akan tetapi, sesuatu yang makruh itu merupakan sesuatu yang bercanggah dengan sunnah Baginda dan Baginda sollallahu `alaihi wa sallam sendiri tidak menggemarinya .. Maka seeloknyalah kita menyelisihi atau meninggalkan perkara yang Nabi tak suka ..

Bahkan telah sepakat `ulama menyatakan yang ia merupakan makruh tanzih bukan makruh tahrim (sesuatu yang Nabi tak suka dan boleh menjerumuskan kepada sesuatu yang haram) .. 

Imam Malik menyatakan bahawa ia makruh tak kira samada lelaki ke yang buat mahupun perempuan .. 

sebahagian `ulama pula menyatakan ia makruh hanya pada lelaki akan tetapi sepakat mazhab bahawa makruh itu tak mengira samada lelaki atau perempuan berdasarkan `umum hadis .. 

Syeikh soleh ibn `uthaimin pula meletakkan bahawa ia makruh akan tetapi bila ia tasyabbuh (menyerupai) kaum kafir, munafiq dan sebagainya, maka ia jatuh pada tahap haram tidak lagi pada tahap makruh berdasarkan hadis menyerupai sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka  ..

Menggunting atau menipiskan rambut di bahagian tepid an belakang kepala tidaklah termasuk dalam qaza` kerana ia hanya pada adab dan `adat (kebiasaan) .. w`alam ..

Adapun lelaki kalau nak potong rambut,  menjadi sunnah juga jika dia ingin mencukur kesemua rambutnya atau meninggalkan kesemua tanpa mencukur berdasarkan hadis daripada `Abdullah bin `Umar, riwayah Imam Ahmad, Abu Dawood dan An Nasa’ie dengan sanad yang soheh :

احلقوا كله أو ذروا كله

“cukurlah semuanya atau biarkan semua tanpa cukur” ..

Bagi wanita pula, makruh jika mereka ingin mencukur rambut mereka berdasarkan hadis daripada saiyyidina `Ali yang telah dikeluarkan oleh An Nasa’ie :

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها

“Baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam menegah seorang wanita mencukur kepalanya” ..



Hikmah Makruh Qaza`

Telah berkata `ulama bahawa antara hikmah makruhnya Qaza` adalah :
- ia mencacatkan atau menghodohkan penciptaan ALLAH `Azza wajall yang telah sememangnya sempurna
- mengelakkan daripada sama dengan ahli² syirik
- mengelakkan daripada sama dengan orang² yahudi
- membahayakan kepala


W`alam ..
الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails