ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 22 Mei 2012

Lima Pesanan Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wa Sallam Pada Kita


محمد رسول الله


بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
وبعد ..


عن أبي هريرة قال قال رسول الله مَن يأخذ عني هؤلاء الكلمات فيعمل بهن أو يُعلِّم مَن يعمل بهن فقال أبو هريرة فقلت أنا يا رسول الله فأخذ بيدي فعَدُّ خمسًا وقال اتَّق المحارم تكن أعبد الناس وارْض بما قسَّم الله لك تكن أغنى الناس وأحسن إلى جارك تكن مؤمنا وأحب للناس ما تحب لنفسك تكن مسلما ولا تكثر الضحك فإن كثرة الضحك تميت القلب ..

Daripada Abi Hurairah r.`a berkata, telah bersabda Rasulullah sollallahu `alaihi wa sallam : siapakah di kalangan kamu yang ingin mengambil perkataan² Ku ini lalu ber`amal dengannya atau mengajarkan kepada sesiapa yang ingin ber`amal dengannya ? maka telah berkata Abu Hurairah : saya wahai Rasulullah .. lalu Baginda Rasul sollallahu `alaihi wa sallam memimpin tanganku dan menentapkan lima perkara dan bersabda :
-
takutlah kamu akan benda² haram nescaya kamu akan menjadi manusia yang sangat kuat ber`ibadah / kamu akan merasai kelazatan ber`ibadah
-
redhalah kamu dengan apa yang ALLAH telah bahagikan kepadamu nescaya kamu menjadi antara kalangan manusia yang kaya
-
berbuat baiklah terhadap jiranmu nescaya engkau akan merasai jadi seorang yang sebenar beriman
-
cintailah manusia lain sepertimana kamu mencintai dirimu nescaya kamu jadi seorang muslim
-
dan janganlah kamu berbanyak ketawa kerana banya ketawa itu mematikan hati ..

**
hadis sunan turmiziy, kitab zuhud pada bab takutkan pada berbuat benda² haram

w`alam ..

الفقير إلى الله :
فائز رمزي

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails