ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 13 April 2012

MAKRUH puasa hari Jum`ah



gambar hiasan

بسم الله الرحن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة و السلام على رسول الله ،
وبعد،
Soalan :
assalamualaikum...
sy nak tnya kenapa kalau nak puasa hr jumaat
kita kena puasa jgk ka hari khamis ngan sabtu?
dan adakah boleh puasa hr jumaat?

Jawaban :
Puasa pada hari jum`ah sahaja jika tak diikuti hari sebelumnya (khamis) atau hari selepasnya (sabtu) adalah MAKRUH (tinggal dapat pahala, buat tak dapat apa) berdasarkan hadis Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi wa Sallam dalam sohehul Bukhori pada kitab puasa:

أن الرسول - صلى الله عليه وسلم - نهى أن يصام الجمعة، قال: (إلا أن تصوم يوما قبله أو يوما بعده). ولما صامت إحدى زوجاته - صلى الله عليه وسلم - يوم الجمعة قال: هل صمت أمس؟ قالت: لا، قال: هل تصومين غدا؟ قالت: لا قال: أفطري..
- رواه البخاري فى كتاب الصوم


Bahawa Rosulullah Sollallahu `Alaihi wa Sallam menegah seseorang dari berpuasa hari jum`ah .. telah bersabda Baginda : melainkan engkau berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya .. dan ketikamana berpuasa salah seorang daripada isteri²  Baginda Sollallahu `Alaihi wa Sallam pada hari jum`ah, bersabda Baginda : adakah kamu berpuasa  kemarin ? telah menjawab isteri Baginda : tidak .. bersabda Baginda : adakah kamu akan berpuasa besok harinya ? telah menjawab isteri Baginda : tidak jugak .. maka Baginda Nabi mengarahkan mereka untuk berbuka puasa pada hari tersebut (hari jum`ah) ..
 
- hadis riwayah al Bukhari


Tapi sekiranya puasa tu bertepatan dengan hari jum`ah, misalnya puasa hari putih (13,14&15 hari bulan Islam), puasa hari `arofah (09 zulhijjah) & puasa hari `asyuro (10muharrom – afdhol / utamanya bagi puasa `asyuro nih didahulukan sehari sebelum atau sehari sesudahnya untuk menyelisihi yahudi) tetiba hari² yang disebutkan tu kena/ bertepatan dengan  hari jum`ah lak kan, “la haroja alaih (tak mengapa)” puasa hari jum`ah sebab kita puasa BUKAN KERANA hari jum`ah tapi kerana hari² yang disebutkan (hari putih, `arofah & `asyuro) ..


Adapun kalo dia bernazar atau nak qodho puasa hari jum`ah, sunnah bagi dia lakukan sepertimana yang dinyatakan dalam hadis ka atas tu ..


Antara sebab MAKRUH puasa hari jum`ah  :
- jum`at hari raya bagi orang Islam
- jum`ah hari untuk memperbanyakkan `ibadah


W`alam ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails