ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Isnin, 9 Mei 2011

Unta

uNta pAdaNg pAsiR...=)




Aneh dak, Allah meminta kita melihat kepada penciptaanNYA, UNTA..
Dalam Al Quran, ada dorongan yang begitu jelas tentang itu.. Firman Allah:

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت

.....“Maka apakah mereka tidak memerhatikan UNTA bagaimana ia diciptakan??....”
- Al Ghashiyyah: 17 -

Jika sudah ada dorongan sedemikian daripada ALLAH, sudah pasti itu adalah sesuatu yang sangat penting.. Maha suci Allah, yang tidak akan meletakkan sesuatu yang remeh-temeh dalam Al Quran yang begitu agung dan mulia.. Dan sudah pasti juga tentu ada kebaikan, pengajaran dan manfa'at hasil dorongan itu..
Di Malaysia, sukar untuk kita melihat atau jumpa dengan unta Kecuali di zoo atau sekali-sekala bila musim Hari Raya Korban.. mungkin pada masa tu kita berpeluang melihat unta dari dekat.. Tapi rasanya itu bukan halangan untuk kita memenuhi dorongan ALLAH itu.. Kita boleh mendapat maklumat tentang ke'ajaiban unta menerusi buku², laman² web ataupun majalah².. Baiklah, sekarang mari kita cerita dan bincangkan beberapa ke'ajaiban untuk menjadi pengajaran bagi kita sendiri..
1. Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan sejuk, tetapi juga mencegah tubuhnya daripada kehilangan bekalan air.
2. Ia .dapat menghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu badan sehingga 41 darjah celcius..
3. Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya sebagai perisai daripada pasir dan debu di padang pasir..
4. Mampu menghabiskan 30 – 50 kg makanan sehari jika ada makanan, sebaliknya mampu bertahan hanya makan 2 kg rumput sebulan bila kekurangan makanan..
5. Dapat hidup tanpa makanan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50 darjah celcius..
6. Ia dapat meneguk air sebanyak 130 liter dalam jangkamasa 10 minit ( kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya)..

SubhanALLAH..! Wah, begitu hebat ke'ajaiban pada penciptaan unta itu kan..?? Tentu Pencipta kepada haiwan bernama Unta itu jauh lebih hebat..! Siapa lagi, kalau bukan ALLAH 'Azza wajall.. Dengan persekitaran padang pasir yang begitu panas dan sumber air yang begitu terhad, namun ALLAH 'Azza wajall Maha Bijaksana untuk mencipta segala keunikan dan kelengkapan pada unta untuk berdepan dengan segala macam kesukaran itu.. Mustahil kejadian unta ini secara kebetulan melainkan terlebih dahulu dirancang dan dilaksanakan penuh teliti dan terperinci.. Sebagai contoh, Jika kita masuk ke dalam sebuah bilik dan melihat kerusi, meja dan lain-lain perabot begitu kemas tersusun rapi, logikkah kita mendakwa semuanya berlaku dengan sendirinya..?? Mustahil, semuanya teratur, jika tidak ada yang mengaturnya.. Unta yang begitu rumit kejadiannya itu pasti juga ada yang mengaturnya.. Jadi, pengajarannya buat kita ialah ALLAH 'Azza wajall itu Maha Pencipta.. Jangan diragui dan disangsikan lagi.. Penciptaan ALLAH itu bukan sahaja yang melibatkan soal² yang dapat dilihat oleh mata kasar bahkan juga perkara² yang ghaib.. Lihatlah unta, haiwan² dan seluruh kejadian 'alam ini… Bukankah semuanya tercipta dengan sistematik..?? Jadi, jangan diragui ciptaan yang belum kita lihat lagi iaitu syurga, neraka, Padang Mahsyar dan sebagainya kerana kita telah melihat ‘keajaiban’ ciptaan yang sedia ada pada hari ini.. Mungkin inilah pengajaran di sebalik dorongan ALLAH, lihatlah unta… bagaimana ia diciptakan!

*w'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails