ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Ahad, 14 Februari 2010

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB : DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI v1

To members of Usrah Jemaah Anak Muda@Facebook.com


MEMULAKAN PERKENALAN
Pelbagai teknik :
Dialog….
Membawa al-quran dan bahan bacaan.
Makanan ringan.
Cara-cara Islami
…… dan lain-lain seni memulakan perkenalan

DAKWAH FARDHIYYAH ;iktibar daripada Peristiwa Taif
1. Adas menjemput makan. Memulakan makan dengan membaca : satu proklamasi aqidah Islamiyyah dan karakter muslim.
2. Adas “ Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini”. Nabi saw “Wahai Adas, engkau berasal dari mana dan apa agamamu?” – menyebut nama : erti yang amat besar dan mengakrabkan, tanya negeri dan agama – rangkaian pembicaraan yang berurutan rapi.
3. Adas “Saya beragama Nasrani dari negeri Ninawai.” Nabi saw. “Apakah dari negeri Yunus bin Matta, hamba Allah yang saleh itu?”. – hati Adas tersentuh kerana mendengar hamba Allah yang saleh itu.
4. Adas “Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?.” Nabi saw “Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi”.
Kalimah “saudaraku” – membuatkan Adas semakin tertarik dan percaya. Menambah keakraban dan rasa percaya. Menyebut nama Yunus as lebih dahulu sebelum menyembut nama baginda ialah tanda sifat tawadhu’ (merendah diri) yang amat diperlukan oleh dakwah dalam menyentuh hati mad’u.

TAWADDHU’ DAN RENDAH DIRI
“Antara sifat yang terpenting dan paling menonjol yang dapat membuatkan seorang pendakwah itu dikasihi di kalangan masyarakat dan persekitarannya, menjadikannya berpengaruh dan dapat memimpin mereka ialah sifat tawaddhu’ dan rendah diri”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sifat takabbur membentuk tabir dan penghalang antara pendakwah dengan orang ramai, malah menjadikan pendakwah asing daripada masyarakatnya, tidak mesra dengan orang sekeliling. Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Apakah ini sifat sombong? Rasulullah saw menjawab, “Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran atau meremehkan orang lain.” (HR Abu Daud)
MANIS MUKA DAN MANIS TUTUR KATA
Antara sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

BARAKAH SENYUMAN
Seorang teman berkata dia tidak berkemampuan untuk berdakwah, kerana dia bukan faqeh dan tahu metod dakwah. Adapun banyak hadis dibaca berkaitan dakwah telah dibacanya merupakan sebuah barakah. Dia tidak tahu bahawa barakah harus berbuah, dan buah daripada barakah adalah produktiviti dakwah.
“Senyum pada wajah saudaramu adalah sedekah”
Senyum melahirkan masyarakat muslim berwajah cerah dan mencintai. Inilah barakah daripada sebuah senyuman yang tulus.
Allah swt pernah menegur Rasulullah sa tatkala baginda bermuka masam saat ditemui oleh Ibnu Maktum ra. Allah berfirman “ Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya(dari dosa)” ‘Abasa:1-3
Setiap yang datang daripada Rasulullah adalah metode dakwah dan manhaj tarbiyyah.
Wajah merupakan gambaran hakiki seorang manusia.
Gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan terpancar pada wajah seperti kilatan cahaya “flash”, seakan terpanggil berbicara, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.
Senyuman yang dibuat-buat adalah kreativiti seni, tidak ubah seperti bunga plastik.
Sedangkan senyuman yang ikhlas adalah fitrah; ibarat bunga yang kekal di tangkainya. Indah dipandang mata, dan harum baunya, menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.
“Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia” hadis Nabi saw.
Dengan kekuatan iman, kehalusan perasaan dan kekuatan ruhiah; Islam mengubah banyak manusia dengan sebuah perubahan yang tidak dapat dilakukan oleh kekuatan material.
Seorang daie hendaklah merasakan nikmat iman yang tulus ikhlas, sehingga dapat menembus hati yang sekeras apa pun, dan dapat menumbuhkan pepohon meski di tengah padang pasir yang gersang. Ia dapat mencetak khairu ummah; hasil daripada senyuman yang tulus, pandangan yang teduh, pergaulan yang simpatik, dan ucapan yang berkesan.

PEMURAH DAN MENAFKAHKAN HARTA KEPADA ORANG RAMAI
“hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada saudaranya merupakan utusan kebajikan dan tanda kasih, sbg wasilah untuk lebih rapat dan punca kemesraan, ia dapat mendekatkan yang jauh, menghubungkan yang terputus dan membuka jalan dakwah untuk terus masuk ke dalam jiwa”Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“antara syarat paling menonjol yang mesti ada bagi kejayaan dakwah yang membolehkannya menarik dan menguasai orang ramai ialah sifat pemurah dan keriangannya membelanjakan harta untuk orang ramai” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails