ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Selasa, 2 Februari 2010

Antara Sebab Pertukaran Qiblat

قد نرى تقلب وجهك فى السمآء فلنولينّك قبلة ترضها فول وجهك شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم فولوا وجوهكم شطره وإن الذين أوتوا الكتب ليعلمون أنه الحق من ربهم وما الله بغفل عما يعملون - البقرة144



Yang bermaksud : sesungguhnya kerap kali kami iaitu ALLAH dan Para MalikatNya melihat enkau ya'ni Muhammad kerapkali memeling dan menhadap mukamu melihat ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling kearah(menghadap qiblat) yang engkau inginkan.. Oleh itu palingkanlah muka mu kearah Masjidil Haram tempat terletaknya Ka'bah Asy-Syarifah dan dimana sahaja kamu berada, maka palingkanlah mukamu kearahnya.. Sesungguhnya orang-orang yahudi dan nasroni yang telah didatangi kitab kepada mereka telah mengetahui akan kebenaran pertukaran Qiblah itu adalah perintah daripada ALLAH tuhan semesta 'alam dan sesekali ALLAH itu tidak pernah lalai malah tidak pernah leka terhadap apa yang hamba-hambanya lakukan..- al Baqoroh 144 -

Satu ketika setelah Baginda Nabi dan ummah Islam berhijrah ke Kota Medinah dan setelah ALLAH memerintahkan ummah Islam bersembahyang  berQiblatkan ke Baitul Muqoddas, Maka terkelihatan bahawa Baginda Nabi senantiasa mengadah dan memalingkan muka Baginda ke langit sambil dalam hati Baginda mengatakan alangkah baiknya jika Qiblah ummah Islam itu adalah Masjidil Haram iaitu Ka'bah Asy-syarifah.. maka turunlah wahyu daripada ALLAH mengarahkan Baginda dan ummah Islam agar memalingkan muka kearah Masjidil Haram..

Setelah turunnya wahyu tersebut, ramai dari kalangan manusia mempertikai dan merasakan satu keberatan terhadap penukaran Qiblah itu.. Mereka juga merasakan bahawa solah mereka yang terdahulu tidak diterima ALLAH.. Akan tetapi semua itu adalah ujian daripada ALLAH terhadap hambanya, hendak melihatkan kepada manusia golongan manakah yang akan mengikut ajaran Rosulnya dan yang manakah diantara mereka akan berpaling tadah daripada ajaran yang dibawa para Rosul itu.. Bahkan ALLAh itu mengetahui apa yang ia lakukan dan Dia juga turut mengetahui apa yang diperkatakan oleh golongan yahudi dan nasoro itu..

Antara beberapa sebab ditukarnya Qiblah daripada Baitul Muqoddas ke Masjidil Haram, ialah:
  • Ka'bah itu merupakan binaan dan tempat Qiblah Datuk Nenek Moyang Baginda Nabi S.A.W iaitu Baginda Nabi Ibrohiem 'Alaihis Salam.. Maka Baginda Nabi terlalu rindu alangkah baiknya jika Qiblah ummah Islam ditujukan kesana
  • Untuk menggesa kepada masyarakat jahiliyyah 'arab agar ramai-ramai memeluk agama Islam
  • Menolak sanggahan orang yahudi dan nasroni yang mana mereka memperolok-olok Baginda Nabi dengan mengatakan bahawa kenapa perlu ummah Islam menghadapkan muka mereka tika solah kearah Baitul Muqoddas sedangkan ia adalah tempat suci dan menjadi Qiblah bagi kita agama yahudi dan nasoro
Maka setelah hampir 18bulan ummah Islam memalingkan muka kearah Baitul Muqoddas, turun wahyu mengarahkan sedemikian dan sehingga ke hari inilah kita menghadap kesana yang ia juga merupakan tempat penyatuan ummah Islam saban tahun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails