ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 27 November 2009

salasilah disebalik gagasan 1Malaysia

PERSOALAN DIBALIK 1 MALAYSIA .......


Mencipta simbol politik sesuatu yang integral dalam budaya politik sesebuah Negara yang sedang membangun. Simbol-simbol politik ini dicipta bertujuan memberikan legitimasi politik kepada kerajaan yang memerintah sesebuah Negara. Walaubagaimanapun, asas kepada simbol-simbol politik ini kadangkala tidak semestinya bertunjangkan kepada kebenaran daiam islam.
Ia sebaliknya merupakan satu kaedah bagi membendung kebenaran(reification) agar kepatuhan politik dapat diraih sepenuhnya dari hati rakyat. System politik yang bermuarakan hakikat ini dilihat oleh ahli sosiologi tersohor seperti weber sebagai system politik yang langsung tidak rasional.
Sebagai salah sebuah Negara yang membangun, Malaysia tidak terkecuali daripada meng’amalkan budaya politik ini. Dalam masyarakat feudal, simbol-simbol politik biasanya dipamerkan melalui pakaian dan perhiasan yang yang ada hubung kaitnya dengan institusi kesultanan melayu seperti warna kuning, keris, panji-panji, Balai Rong Seri dan lain-lain lagi.
Umno juga merupakan peneraju dan penyambung kepada budaya feudalism ini atau lebih tepat lagi dikaenali sebagai ia sebagai “ budaya feudalism “ baru ini terbukti benar apabila salah satu simbol yang telah diabadikan dalam benderanya iaitu “ keris yang terhunus “. Paling tidak, dalam institusi kesultanan, keris yang mewakilinya adalah dalam bentuk tersarung. Simbol politik dalam bentuk keris terhunus terbukti benar apabila sebahagian besar tindak-tanduk Umno dilihat sebagai konsisten dengan simbol politik ini.
Rampasan kuasa di Kelantan pada 1978 dengan mengishtiharkan DARURAT dan terkini rampasan kuasa melalui pintu belakang iaitu dengan membelakangkan kaedah Demokrasi iaitu system pilihan rayayang berlaku di Perak pada awal tahun 2009 ang mana ia menyebabkan terjatuhnya kerajaan yang dipimpin sendiri oleh Pakatan Rakyat(PR) pilihan rakyat sendiri dan ini dalah dua contoh dalam membenarkan hakikat tersebut. Kuasa telanjang (brute force )yang dimiliki Umno diperkukuhkan lagi dengan penggunaan kuasa koersif iaitu menekan milik Negara seperti Polis,FRU dan sebagainya.
Setelah Malaysia dimerdekakan penjajah dan diperkenalkan pula sistem pemerintahan moden,maka peranan Raja / sultan yang terangkum dalam perlembagaan dilihat sebagai memain peranan sekunder dan simbolism dalam kerangka “ Raja Berpelembagaan “. Kuasa eksekutif sebenar berpindah dari RAJA kepada PERDANA MENTERI di peringkat persekutuan dan dari RAJA kepada MENTERI BESAR di peringkat negeri. Umno sebagai penyambung kepada warisan sistem feudalism baru ini (teori yang dikemukakan Chandra Muzaffar dalam buku beliau berjudul the protecter? ) perlu mencipta pelbagai simbol politik bagi meyakinkan lagi hati rakyat bahawa mereka memilki kuasa yang abash bagi mentadbir Negara. Cuma yang membezakan simbol di zaman feudal dan moden adalah, simbol di zaman feudal lebih kepada yang berbentuk barangan tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar dengan bahasa Tuan Guru Nik Aziz “ dengan mata lender “,seperti keris. Di zaman moden ini pula simbol tersebut diterjemahkan dalam bentuk perkataan atau konsep yang boleh diertikan oleh aqal pemikiran dengan mengambil kira sebahagian besar rakyat mempunyai pendidikan. Walaubagaimanapun, dalam kedua-dua sistem politik ini (feudal dan moden), pemikiran rakyat terbelenggu dalam apa yang dapat dilabelkan sebagai “ kesedaran palsu “ ( false consciousness ).
Di zaman feudal, pemikiran rakyat dikekang oleh kuasa mutlak raja antaranya melalui penggunaan kuasa mitos-magis seperti konsep daulat manakala di zaman moden pemikiran kritis rakyat terus dikekang dengan penggunaan kuasa koersif Negara seperti kuasa polis melalui akta-akta yang dicipta seperti ISA dan Akta Polis. Dalam hal ini, polis tak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana polis hanya merupakan instrument Negara dan mereka tidak mencipta. Misalnya, ISA dan Akta Polis. Yang mencipta ISA dan Akta Polis adalah Umno-BN. Dari sudut ini, konsep 1malaysia yang diuar-uarkan Najib sebenarnya boleh dilihat dari sudut penciptaan symbol politik seperti yang tersebut di atas. Sebagai satu gagasan symbol politik, 1 malaysi masih gagal manemui dan gagal mamenuhi tuntutan asas teoritis yang mantap. Ia juga bukanlah sesuatu yang baru dan turut menyumbang kepada peningkatan “ kesedaran palsu “ rakyat dan sekaligus memenjara pemikiran rakyat. Pemikiran rakyat ini hanya akan dibebaskan melalui perancangan reformasi politik yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat(PR) apabila Berjaya memerintah Negara pada suatu masa nanti.



ASAL USUL GAGASAN 1 MALAYSIA .......


Sebahagian besar idea-idea yang dikemukakan orang-orang ternama Malaysia khususnya Perdana Menteri sebenarnya berasal dari Negara luar. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam(DPNI) tajaan Dr.Mahathir contohnya, dating dari Amerika Syarikat melalui buah fikiran Almarhum Prof.Isma’il Faruqi. Ia bertujuan memperlahankan kebangkitan Islam di Malaysia selepas berlakunya kebangkitan Islam di Iran akhir tahun 70an. Adapun Islam Hadhari, kita kurang pasti daripada manakah asal usulnya. Barangkali ia daripada pemikiran Pak Lah seniqi. Yang pasti, 1 Malaysia dicadangkan sebuah firma pakar rujuk antarabangsa (APCO Worldwide ) yang beribu pejabat di Washington DC. Syarikat ini ditubuhkan tahun 1984 dan mengkhususkan kepakarannya dalam bidang “komunikasi “ dan “ strategi “. Syarikat ini mempunyai pejabat di 24 lokasi seluruh dunia. Apa yang menariknya ialah CEO syarikat ini adalah seorang yang berbangsa yahudi Margery Kraus yang pada satu ketika mencadangkan gagasan “ 1 Israel “ kepada Negara haram Israel. Dalam hal ini, kita tidak menuduh bahawa terdapat jewish connection antara Negara haram Israel dengan pentadbiran Najib.
Antara lain, yang pernah menjadi pelanggan kepada APCO Worldwide Kazakhstan(menyedia silibus pengajian tinggi) dan Indonesia(bertujuan merapatkan hubungan). Kehebatan dan populariti APCO Worldwide dapat dilihat daripada hakikat bahawa hampir semua syarikat-syarikat besar dunia menjadi pelanggannya seperti British Airways, Microsoft, nokia, dan lain-lain lagi. Di laman sesawangnya, APCO Worldwide menyatakan pengkhususannya bertujuan untuk “ influencing decision-makers and shaping public opinion by crafting compelling massages and recruiting effectives allies “ iaitu mempengaruhi pembuat keputusan dan melentur pandangan awam dengan menyediakan mesej-mesej menarik dan merekrut rakan kongsi yang berkesan.
Apa yang berlaku dengan gagasan 1 Malaysia yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat menepati dengan apa yang difikir APCO Worldwide dan rakyat begitu teruja dengannya tanpa mengetahui dari mana hakikat sebenar gagasan yang diuar-uarkan Najib itu. Pada hakikatnya, ia bukanlah cetusan idea Najib dan yang paling penting ia dari campur tangan kuasa luar yang mempunyai matlamat terselindung yang pada biasanya ia bertentangan dengan matlamat nasional dan akan menghakis apa yang disebut kedaulatan Nasional(national sovereignty). Dibimbangi keterujaan rakyat terhadap gagasan ini tanpa mengetahui hakikat sebenar akan merealisasikan peranan watak dongeng rakyat, “Pak Kadok” yang hanya “ menang bersorak,kampung tergadai “ . juga dibimbangi, gagasan 1 Malaysia bertukar kepada kisah dongeng rakyat di zaman moden.
Perlu diingatkan, sungguhpun Dr.Mahathir memperlihatkan pemerintahan yang “keras”, akan tetapi beliau anti-barat khususnya anti-yahudi. Dr.Mahathir dari sudut ini adalah seorang nasionalis tulen yang senantiasa bercakap tentang menjulang dan mempertahankan maruah bangsa daripada dihina bangsa lain. Dengan sikapnya yang anti-barat dan anti-yahudi tidak menyebabkan Malaysia pada zaman pentadbirannya menjadi mundur. Ini yang harus ada dalam pemikiran rakyat apabila menilai gagasan yang diperkatakan idea asli Najib , walhal sebagaiman yang diperbincangkan, ia berasal daripada yahudi LA’NATULLAH! Bergantung kepada orang luar mencerminkan ketidakyakinan diri sendiri.



1 MALAYSIA TIDAK ADA ASAS ISLAM ......



Orang melayu tidak dapat dipisahkan dari islam. Ini berdasarkan peruntukan perlembagaan Negara dan dari segi perspektif budaya. Perlembagaan Negara memperuntukkan bahawa seorang yang berbangsa melayu mestilah beragama islam, meng’amalkan ‘adat istiadat melayu dan bertutur dalam bahasa melayu. Ini merupakan peruntukan rasmi tanpa mengambil kira ‘amalan secara praktik. Keterikatan orang melayu dengan agama islam begitu mengakar dalam budaya dan sentimennya dapat dilihat apabila seseorang melayu itu mudah melenting dan begitu sensitive apabila dia dikatakan “kafir” meskipun dia seorang yang tidak begitu peka dengan tuntutan-tuntutan islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
Memahami hakikat di atas, setiap Perdana Menteri yang baru menjawat jawatan tersebut seringkali mengemukakan projek-projek islam yang baharu bagi memperkukukan lagi legimitasi politiknya di kalangan masyarakat melayu di Malaysia. Dengan tidak mengemukakan projek-projek islam,ia mengundang risiko, kemarahan dan kerguan masyarakat melayu itu sendiri. Ia dilihat sebagai berada di luar lingkungan sosio-budaya orang melayu. Ini memberikan persepsi kepada orang melayu bahawa Perdana Menteri tersebut tidak akan memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan orang melauyu itu sendiri. Hujjah ini selari dengan sejarah yang berlaku dalam politik tanah air dalam konteks penentangan Dr.Mahathir terhadap Tengku Abdul Rahman melalui tulisan beliau the malay dilemma. Dalam hal ini, Dr.Mahathir melihat Tengku lebih pro-cina dan mengabaikan kepentingan Melayu. Ia berakhir dengan kejatuhan Tengku dan bermulalah era yang dikatakan era kebangkitan Mahathir. Tengku sendiri sungguhpun dikritik oleh Mahathir sebagai pro-cina dan seorang Perdana Menteri yang bersifat liberal dan terbuka, beliau masih membekalkan projek-projek untuk keIslaman bagi menjaga hati dan perasaan masyarakat melayu. Di peringkat antarabangsa, beliau berperanan secar aktif dalam penubuhan OIC manakala di peringkat nasional, beliau menubuhkan PERKIM. Pengganti beliau Tun Abdul Razak (bapak kepada Najib) juga peka terhadap kehendak dan tuntuan rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam. Beliau diidentifikasikan dengan usaha-usaha membina dan menyiapkan Masjid Negara. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn dikaitkan beliau dengan program bulan da’wah ,seterusnya Dr.Mahathir dengan DPNI dan akhirnya Pak Lah dengan Islam HadHarinya………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails