ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Rabu, 11 Februari 2009

HARAPAN MUFTI SEBAGAI ULAMA ZAMAN SEKARANG

MUFTI MINTA HENTI RANCANGAN REALITI TV YANG JELAS MENGARUT!!


Rancangan bertentangan nilai, membazirKUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan.Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat.Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing.“Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam.Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara.“Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni,” katanya.Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak.Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral.Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen bukan budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di khalayak ramai.“Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai pencapaian lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan lepak.“Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius,” katanya yang mahu pengusaha stesen televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai murni dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan.Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan hiburan berlebihan.“Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata,” katanya.“Malangnya, kebanyakan program realiti diketengahkan stesen televisyen tempatan hari ini tidak sihat kerana lebih membawa kepada maksiat, kelalaian terhadap Tuhan, agama dan diri sendiri,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails