ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Jumaat, 29 Januari 2010

KELEBIHAN TAUBAH

Ada sebuah qesah berkenaan seorang 'arobiy badawi sifaroh di sebuah gurun sahrok dengan membawa bekalan makanan yang sarat pada seekor unta.. Setelah jauh berjalan ditengah2 padang sahrok tersebut, 'arobiy berkenaan berasa leteyh dan kebetulan terjumpa sepohon pokok lalu memberhentikan perjalanannya dan berhenti rehat di bawah pohon tersebut sehinggakan  'arobiy berkenaan tertidur di bawah pohon itu.. Setelah terjaga daripada tidur, 'arobiy menyedari bahawa unta dan segala tunggangan yang dibawanya telah hilang dan tiada di sisinya.. Lalu 'arobiy  terduduk diam berfikir kemanakah hilangnya unta dan segala tunggangan yang dibawanya.. 'arobiy tersebut bertekad sekiranya tunggangan yang dibawa tidak datang kepadanya semula dalam beberapa ketika, dia akan tunggu sehingga kira2 ada kumpulan dagang yang melalui dihadapannya untuk meminta bantuan bekalan makanan dalam perjalanan..

Setelah sekian lama menunggu, 'arobiy berkenaan tidak mendapati adanya kumpulan dagangan yang lalu dihadapannya.. 'Arobiy  sekali lagi berhasrat untuk menunggu sehinggalah tunggangannya datang semula padanya.. Akan tetapi dalam penantian 'arobiy berkenaan, tiada satu pun yang ditunggunya mendatangi ia.. 'Arobiy pun terus menyatakan bahawa aku tidak lagi akan kemana mana dan akan terus tunggu di sini biarpun aku menemui ajal.. Lalu meninggallah 'arobiy berkenaan di tempat tersebut..

* Nak citer sini, orang yang bertaubah iaitu ingin kembali ke jalan ALLAH daripada jalan kema'siyatan menuju kepada jalan iman adalah lebih baik daripada orang 'arobiy yang diceritakan diatas yang mana ia tiada sebarang usaha langsung.....

- w'alam -

Khamis, 28 Januari 2010

Cerita Khamar Di Zaman Khalifah 'Umar Al khattab

Arak Menjadi Madu Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar
di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau
terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.
Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila ter...lihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi
Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan
terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu
ialah khamar(arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda
tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya
telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah
oleh agama Islam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar
Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama Islam
itu. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat
sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu.
Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah,
sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah
Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau
kendi itu masih berisi khamar. Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar
diminum maka tidak diterima Allah 'amal fardhu dan sunatnya selama tiga
hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak
menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum
khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika
ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah,
"Darah bercampur nanah hasil dari kalangan ahli neraka ! "

Sabtu, 16 Januari 2010

Kesilapan Dalam Mengurus Susun atur Saf Ketika Solah



Rosulullah bersabda yang bermaksud; " Lurus dan rapatkan sof kamu kerana melurus dan merapatkan saf itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solah "..( Hadis riwayah Bukhori, Fathul bari no723 )

Khamis, 14 Januari 2010

Pokok Semalu Dan Wanita Moden






Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya pepohon tumbuhan yang kecil.

 

10 Laluan

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat 

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah…




10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:




 





Bagaimana nak  memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH




 

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat






 

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk






 





LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH










LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya



Related Posts with Thumbnails