funduq ( hotel ) ritaj el haromain - lokasi aq ditangkap |
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلين، والصلاة والسلام على رسوله الكرام..
أما بعد،
Ketempangan Birokrasi Kehakiman
Alhamdulillah,
syukurKu padaMU ya ALLAH kerana hari ini, selasa ( 04/01-`33, 29/11-`11 ) ENGKAU membebaskan aq dari penjara duniaMU yang
MasyaALLAH tabarokALLAH, sehari di situ bagaikan seribu tahun rasanya.. huhhu!
Cukup 50
hari aq disajikan pakej penginapan 50 hari 50 malam, bertilam dan berbantalkan
Battoniyyah ( kain hijau yang agak tebal sedikit seperti lemek ).. Hari selasa
malam rabu (11/10-`11, 13/11-`32) aq dipegang Pihak Baladiyyah Medinah, Sa`udi ( Penguatkuasa Majlis
Perbandaran ) di hadapan Hotel Ritaj el-Haromain, berdekatan el-Harom Madani (
Masjid Nabawi ).. KesalahanKu hanyalah menjual Kurma `Ajwah kepada Jama`ah Haji
Malaysia dengan harga SAR90/KG ( kurang SAR10 dari harga pasaran di kebun kurma
tempat kebiasaan Jama`ah Haji dibawa ketika ziarah luar ) atau istilahnya
Khidmat Hujjaj ( memberi khidmat kepada Jama`ah haji ).. Mungkin kesalahanKu
kecil di sudut benak hatiKu.. Tidak pada sudut pandangan mereka Pihak
Penguatkuasa..
Seperti
kebiasaannya, kalau siang hari menjadi Muzawer
Volunter( pembawa ziarah Sukarela ), malamnya
menghantar kurma `Ajwah tempahan Jama`ah di depan pintu hotel.. Malam tu ( kali
kedua aq menjadi Muzawer siangnya ), usai Solah `Isya, aq dan dua orang rakan yang
juga Muzawer hari tu sampai depan hotel dengan kurma yang dipesan Jama`ah..
Malam tu lima orang Muzawer dok tauzi` ( edar ) dan ambil duit kurma yang
ditempah Jama`ah dekat depan hotel tu..
Maksudnya:
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya
-
`Abasa: 34
Tengah
dok tauzi` dan ambil duit kurma dari Jama`ah, tetiba Baladiyyah datang
belakangKu.. Tiga rakanKu yang lain dah hilang pergi tanpa menyapa atau memberi
sebarang amaran.. tak 'rojer' la senang cita.. Aq tak pasti samada mereka pergi
meninggalkan kami berdua atau mereka kemana.. Yang pastinya pada tika itu tinggal
aq dan seorang rakan qaribKu yang mumkin dah selesai tauzi`.. Jadi Baladiyyah hanya mengesyaki aq sorang ja yang
dok tauzi` kurma depan hotel pada malam tu.. Mereka menghampiriKu dan tanya aq
buat apa.. aq katakan aq tauzi` kurma..
habis
duit yang kau pegang di tangan kau tu duit apa..??
Belum
sempat aq nak jawab, mereka minta Iqomah ku ( ic Sa`udi )..
aq agak
berkeras dan enggan beri pada mereka.. dok fikir nak lari dari mereka.. haha!
mereka
memegang tanganKu sekuatnya.. mereka menolak aq naik 'jeep', aq berkeras dan
melawan tak nak naik sebab aq tahu kalau aq naik, benda itu tak akan setle
hanya dengan memberi keterangan di Balai / Pejabat mereka.. Tapi sahabatKu dua
tiga kali kata 'naik dulu kut'.. uhmm.. akhirnya aq beralah untuk naik atas ‘jeep’.. handset dan Iqomah aq dah di
tangan Pihak Baladiyyah.. Mereka bawa aq ke Pejabat berhampiran Bukit Uhud..
Handset aq dipulangkan semula di sana.. Keterangan aq diambil dan beberapa
soalan ditanya.. Di setiap satu soalan, satu cap jari aq diambil.. uhuk3! apa
la celaka depa ni.. dah macam penjenayah besar pulak aq tauzi` Kurma `Ajwah
tu.. takpela.. mumkin itu nizom ( peraturan ) di sini..
Selesai
semua, mereka tanya padaKu,
kenapa
kau tak naik kami suruh naik 'jeep' tadi..??
uhm..
dengan bahasa `arab yang agak sedikit kekok dan kurang petah, aq katakan pada
mereka:
- kalau
kau tak buat salah, kau nak naik ka..?? ALLAH `Azza wajall kan menghalalkan
jual beli.. apa salah aq tauzi` dan ambil duit
kurma dari Jama`ah..?? aq buat khidmat hujjaj!
- boleh
setle malam ni jugak ka kalau aq naik 'jeep' dan dibawa ke sini..?? aq ni masih
belajar di Jame`ah Islamiyyah mEdinah.. kalau kau tangkap aq, berhari-hari aq kat dalam, terlepas pelajaran aq nanti, sapa yang nak bertanggung
jawab..!
Mereka
diam.. Seorang dari mereka kata padaKu,
kamu tahu
tak menjual depan hotel atau tepi-tepi jalan di Sa`udi ni adalah sesuatu yang
dilarang..??
mana aq
nak tahu.. aq baru tak sampai setahun di Sa`udi dan tadi tu aq hanya memberi
khidmat Hujjaj..
habis
duit di tangan kau tadi duit apa..??
aq ambil
duit kurma la.. aq beli kurma tu guna duit aq dan bagi kat jama`ah, aq ambil
duit dari mereka balik.. kurma tu kurma pesanan.. kalau pun aq salah, kau tak
sepatutnya terus-menerus menangkap aq dan tolak-tolak aq untuk naik ‘jeep’
tadi! Bagi la Amaran ke pape yg patut!
Dalam hati
aq kata: ( pala hotak hampa laaaaa! Hahaha )
Enggan
bercakap banyak, kemudiannya aq dibawa keluar dari Baladiyyah Uhud menaiki
van.. Ingatkan setle di situ je.. 20 minit perjalanan.. melalui jalan pulang ke
Jame`ah ( Universiti ).. seperti aq akan dihantar di hadapan pintu Jame`ah..??
huhh!
rupanya aq dibawa ke Jawazat (Bahagian Imigresen) Faisoliyyah pulak..
Dekat dengan kampus pengajianKu.. Dalam perjalanan ke Jawazat tu, aq sempat
menelefon saudara Hanif, Timbalan YDP PERSADA (Persatuan Pelajar Malaysia
Sa`udi), minta bantuan agar aq dibebas segera malam tu juga.. Dia katakan,
insyaALLAH kami akan membantu sedaya mungkin.. Tapi bukan malam ni.. Esok..
kerana malam tu aq ditangkap agak lewat dah.. besok dia akan cuba mencari kafil
(penjamin) sebabnya urusan keluarkan aq dari Jawazat Faisoliyyah tu memerlukan
Kafil yang juga pekerja Jame`ah Islamiyyah, ada Kad Cop Jame`ah dan merupakan
Mandub (wakil) pelajar, katanya..
20minit
kemudian aq tiba di Jawazat Faisoliyyah.. Sekali lagi keterangan diambil..
10jari aq di'scan'..?? ape punye 'haprak' la `Arab ni.. kesalahan aq bukanlah
sebesar Bukit Uhud pun.. Urusan yang depa buat kat aq macam aq ni penjenayah
besar.. sampaikan 10jari di'scan'.. Kalau dua ibu jari ja tak cukup ka..??
hahah hampeh! ( mumkin itu kali kedua aq punye jari di’scan’ kesemuanya )..
10minit
menunggu, saudara `Abdul `Aziz, seorang pelajar senior menghubungi aq
mengatakan perkataan yang sama.. meminta aq bersabar dan banyakkan berdo`a..
kami akan membantu enta, katanya, insyaALLAH..
selesai
10jari aq di'scan', pihak Jawazat memimpin tanganKu.. aq fikir nak dilepas
pergi dan diserahkan Iqomah.. huhu
tempat aq tidur malam pertama di tahanan |
cait!
rupanya aq dibawa masuk ke dalam bilik tahanan bersama beberapa orang yang lain..
Ditahan reman barangkali.. huhh! Bilik no.1.. keluasan kurang lebih 10meter..
Dalam tu la solah, dalam tu jugaklah
tido.. Tido beralaskan battoniyyah.. di satu sudut ada bilik air dan ruang
santai.. Disebabkan tahanan agak ramai dalam bilik no.1, hari pertama aq dalam
tahanan tidur berdepankan pintu bilik air.. sandi! huhu hanya sabar dapat
tenangkan keadaan.. Apapun, alhamdulillah, lena tidurKu malam tu.. Mungkin dek
kerana penat menjadi Muzawer siangnya.. huhu
Keesoknya,
seawal 5pagi dah bangun solah subuh berjama`ah.. Alhamdulillah, dalam tahanan
pun masyarakat masih lagi menjaga solah jama`ah walaupun ada segelintir Munafiq
dan Fasiq yang enggan solah.. Selesai solah, aq dipanggil petugas untuk tangkap
gambar.. SAR10 diminta.. Persoalannya, buat apa SAR10 sedangkan itu tugas
mereka.. masuk poket sendiri kut..?? Settle! HARAM!
aq hanya
menunggu berita dari mereka sahabat di luar sana agar aq boleh dibebaskan
segera hari tu gak..! Jam0730 dihantar makanan untuk tahanan.. huhu Satu talam
Lima orang.. Roti sorang sekeping, murobba (jem) dan kuah kacang ful.. Alhamdulillah, perut aq
masih boleh menerima makanan semacam tu walaupun sangat berbeza dengan makanan
rutin Ku.. hehe
Beberapa orang rakanKu menghantar mesej
meminta aq bersabar, banyakkan Istighfar, bertasbeh dan banyakkan berdo`a agar
segera dibebaskan..
Elok
bateri handset pun dok kelippop-kelippop, jam1000 datang seorang petugas
Jawazat.. Mat itam (`arab asli barangkali) berjubah putih.. Datang untuk ambil
handset semua tahanan dan memberi sekeping kertas untuk tujuan penebusan..
Terputus seketika jaringan aq dengan dunia luar.. huhu
Tengahari
berlalu.. Selesai zohor, dihantar makanan.. Nasi berlaukkan ayam, semangkuk
kuah gulai yang ala-ala komando punye makanan.. hihi
makanan pagi & malam dalam tahanan.. makanan tengahari tak sempat snap.. hihi |
MINGGU PERTAMA
Hari
ke2, selesai Futur (makan pagi) aq menanti lagi.. Setengah jam kemudian masuk
dua orang senior aq kenali.. Saudara Muhd. Syahid dan Muhd. Luqman.. aq
ingatkan depa datang untuk membebaskan aq.. rupanya kedatangan mereka juga
senasib denganKu.. uhuk33! putus harapan! Harapkan pegar rupanya pegar pun tak
boleh diharap.. hehe kira-kira 0900pagi, datang `askar yang bertugas.. Nama aq
dan dua orang senior tadi turut dipanggil.. Lega seketika rasanya kerana mumkin
dengan panggilan itu kami akan dibebaskan.. hehe sekali lagi harapanKu hampa..
rupanya kami akan dipindah bilik.. bukan tujuan pembebasan.. haha aq dimasukkan
ke bilik no.3 dan dua orang senior tadi dimasukkan ke bilik no.4.. melangkah
masuk ke bilik no.3, alhamdulillah, keadaan bilik tahanan agak bersih
berbanding bilik no.1 sebelumnya yang agak kotor.. Kasut dipakai ke merata
tempat..
Di bilik no.3, alhamdulillah seminggu sekali ada empat lima orang Banggali akan kutip duit tiap sorang SAR1 untuk beli bahan cucian nak bersihkan bilik pada setiap hari Jum`at..
cuci-cuci :) |
Di bilik no.3, alhamdulillah seminggu sekali ada empat lima orang Banggali akan kutip duit tiap sorang SAR1 untuk beli bahan cucian nak bersihkan bilik pada setiap hari Jum`at..
Dua
orang dari Afghanistan memanggil aq.. Sorang anak muda 20an, `Abdul Kariem, dan
sorang lagi agak berusia kira-kira 40an, Baz Muhammad atau lebih dikenali Abu
Fufu.. Mereka memberi aq Battoniyyah dan menyuruh aq duduk dekat mereka..
Mereka bertanyakan sebab aq tertangkap dan Negara asal ku.. uhm.. Berhati-hati
gak.. Negeri orang tak tahu baik buruk perangai depa guane.. hihi
Alhamdulillah, mereka baik, agak pelawak dan kuat kentut orangnya, si Abu Fufu
tu.. Hahahak
akhirnya dapat tempat tidur yg selesa :) |
aq tanya
apa kesalahan mereka ditangkap.. katanya dah hampir tiga bulan dalam tahanan..
hoo.. hoo..! lame tu ! ditangkap sebab
dituduh menjual berhampiran Masjid Ghumamah ( Berhampiran Masjid Nabawi )..
Sedangkan mereka baru usai solah teraweh di Masjid tu dan hanya lalu di tepi
keta tolak yang berisi barang jualan, kemudian Syurtoh (polis) pegang.. huhh!
sedikit bengang gak muke depa aq tengok.. habis makian terhadap pemerintah
dalam bahasa `arab keluar.. tapi aq rase memang patut pun..?? haha aq hanya
mampu senyum dan mendo`akan mereka..
Dokumen
peribadi sume ada cukup.. perlu ke ditangkap.. Hampir tiga bulan lak di
tahanan..
Mereka katakan pada aq, memang KERAjaan Sa`udi
sekarang ni dalam proses membuang semua ra`yat yang Iqomah bukan tertulis
kera`yatan Sa`udi.. Sekalipun punya Iqomah, buat kesalahan atau disyaki membuat
kesalahan meskipun kecil, lantas ditangkap dan dihantar pulang.. Ingin membuat
Pembersihan, katanya.. ALLAHu Akbar.. perkara
yang sangat kecil, sebegitu rupa sang pemerintah lakukan pada
ra`yatnya..?? Ingatlah wahai pemerintah! Tiap kamu itu kelak akan disoal atas
apa dan siapa yang kamu perintah..
Selesai
maghrib, sorang dari Misr memanggil aq.. `Umur kira-kira 30an.. Ibrahim
es-so`idiy namanya.. Seorang Muhasib (accountant) di sebuah syarikat di Medinah
ni.. Dua minggu dah di tahanan.. Ditangkap sebab tak punya Iqomah.. Majikan tak
keluarkan Iqomah untuknya.. Malah gaji bulanan juga tetap dipotong majikan atas
alasan untuk membuat Iqomah (SAR700/bulan bagi pekerja asing), katanya..
Alhamdulillah, dua minggu selepas itu Kafilnya (penjamin) datang dan dia
dibebaskan.. Tidak dihantar pulang..
Sembang punya
sembang dengan mamat dari Afghan tu, baru aq tahu yg tujuan ‘scan’ jari,
tangkap gambar bayar SAR10 tadi memang tak lama hantaq balik la.. uhuk3! Hanya mampu
katakana, insyaALLAH, kheir! J
MINNGU KEDUA
Hari
ke08 aq di tahanan, malamnya, Abu `Umar Mahmud, teman kepada Ibrahim es-so`idiy
meminta aq menjadi Mutowwi` (Sukarelawan Agama) untuk mengimami solah subuh
pagi keesokannya dan meminta aq agar membaca du`a Qunut dan berdu`a meminta
agar semua tahanan segera dibebaskan.. Nak dengar suara Asia pulak, katanya..
Tak nak dengar suara Mutowwi` Bangladesh.. Aq menolak pada mulanya.. Tidaklah aq
mengetahui apa-apapun, kataku padanya.. Melihatkan keberhajatannya, aq katakan
padanya InsyaALLAH dan du`a Qunut itu adalah Nawazil ( atas sebab / di kala
musibah).. Sebenarnya kalau ikutkan sunnah, bukan hanya pada solah subuh
Baginda Nabi SAW lakukan.. Solah-solah yang lain juga ada kecuali solah `asar..
Tapi kebanyakan Hadis menyatakan Baginda lakukan pada solah subuh, jadi kita
buat hanya pada waktu subuh.. dalam pada tu, ada jugak hadis yang disahehkan
ramai huffaz hadis berkenaan qunut waktu subuh.. takdak masalah nak buat ka dak
pom.. masalah khilaf! ;)
Hari
ke10, Jum`at minggu kedua aq dalam tahanan.. Mereka meminta aq berkhutbah
kerana mereka tahu aq pelajar Jame`ah..?? huhh! Sekali lagi aq katakan tak tahu
tapi Ibrahim dan Abu `Umar berkali-kali meminta agar aq berkhutbah hari tu..
uhmm.. khutbah ringkas menyentuh tentang taQwa dan ciri-cirinya, aq sediakan
dalam pale otak.. hehe
Alhamdulillah, khutbah ringkas sekitar
25minit, cukup Rukun & Syarat khutbahnya, jadilah.. Tapi bahasa `arab agak
kurang teratur.. Mereka katakan 'tak mengapa yang penting ada pengisian rohani
seminggu sekali'..
Hari
ke12 kalau tak salah aq, seorang senior bersama dua orang pekerja dari Safaroh
Malizi Jeddah ( Kedutaan Malaysia, Jeddah ) di `Arab Sa`udi datang melawat..
Seketika hatiKu girang.. haha cait! Rupanya kedatangan mereka nak ambil ma`lumat
kami bertiga je.. ALLAHu Robbi.. Datang jauh-jauh dari Jeddah semata-mata nak
amek pengenalan diri kami bertiga..?? ape punye seléñge la hampa ni.. kalau
takat datang nak amek ma`lumat, tanya ke PERSADA melalui 'facebook' ka, ‘tweet’
ka dah cukup.. Dah la hantar orang baru.. aq tengok cam tak reti berbahasa
`arab pulak.. aiyyak! buang mase! agaknye depa ni mai saje nak bagi ada kije
kut.. hehe takpela.. pepun, alhamdulillah aq ber'terima kasih' dengan
kedatangan kalian.. mumkin sedikit mententeramkan hati aq yang lama runsing..
hehe..=p
Setelah kurang lebih 5-10minit ma`lumat kami
bertiga diambil, aq dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.. Kenalan dari
Afghanistan dan Misr memanggil aq.. Soalan yang sama ditanya.. 'sapa mai
tadi??'.. Aq katakan Safaroh Malizi di Sa`udi kut.. Lantas mereka kata padaKu,
'apala Safaroh hampa ni.. Patutnya kalau Safaroh mai, dah boleh bawa keluar
hampa bertiga.. Aq tengok depa macam takut lak ngan `Askar yang bertugas tu
tadi..'
Nak
tenang keadaan, aq katakan mumkin mereka orang baru dan belum rezQi aq keluar
kut.. Sabar, insyaALLAH.. Sabar tu indah dan ALLAH tu bersama orang yang
Sabar.. Huhu :)
MINGGU KETIGA
Handset
aq dipulangkan semula dengan tebusan SAR10.. aduuuuuiii.. duit... duit... duit!
Charge your phone first! :) |
Hari
ke16 ditambah bilangan tahanan ke bilik no.3.. Begitulah tiap minggu.. Tahanan
dikeluarkan dan dihantar ke Jeddah untuk di'tarhil'kan ( dihantar pulang ),
kemudian ditambah pulak dengan pesalah baru.. Masuk seorang Syaibah ( orang tua
) dari Yeman.. Ahmad `Abduh namanya.. `Umur kira-kira 65tahun.. Sama `umur
bapak aq tu! Bila ditanya apa kesalahan,
`ammu ( pak Long ) ni kata aq tak buat salah pa.. Aq hanya pegang lapan butir
'healthy mask' ( penutup muka kesihatan ) dan tunggu kawan aq datang.. Tetiba
datang Mubahis ( taik polis ) tangkap aq tanpa soal banyak.. Adui.. Apela punye
mangkaq dan mangkuk ayun Mubahis ni..
Orang veteran camtu pun nak ditangkap ka.. Pikiaq la sama.. nate ape!
Aq diziarahi
seorang sahabat qarib dan seorang temanku.. Mereka menghantar pakaian dan
sedikit makanan padaKu..
Hari
ke21, seorang `Askar datang mengambil data dan bertanya sapa yang dah lama
dalam tahanan.. Dengan kesantunan MeLAYU yang ada, nada perlahan aq bercakap
dengan `askar dan minta tolong dia memudahkan urusan kami bertiga.. Kemudian aq
masuk semula ke dalam bilik tahanan.. Seorang pemuda dari Yeman memanggil aq..
Muhd `Aadil el-Jabariy namanya.. Kesalahannya ditangkap kerana tak punya
Iqomah.. Dia kata padaKu, ''aq tengok kau dah dua tiga kali jumpa dan cakap
dengan `askar.. Tapi takda sebarang tindakan.. Kau dah tiga minggu kat sini
kan.. Bukan semua perkara kau kena berlemah-lembut.. hehh! Kau ni la..
Lidah
kita ini kadang-kala lebih kuat dari jasad.. ada perkara berlemah-lembut, kita
tuturkan dengan sopan.. JANGANlah sampaikan perkara yang PATUT berkeras pun kita
masih nak berlemah-lembut.. Hinggakan diperbodoh, diperlekeh dan diinjak-injak,
masih berlembut dan buat 'slumber'..!
Islam
mengajar kita tegakkan yang Haq, hapuskan yang Batil.. yang patut bersopan,
kita 'slow talk'.. yang tak dengar kata tu, tak kan kau nak 'slow talk' jugak!
sampai ke bila dok pekak badak situ la, bro..! ''.. hehe aq hanya mampu senyum
dan kata '' takpa.. Mudah-mudahan kata yang sopan membuka hati mereka untuk
bantu kami, insyaALLAH..=) "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan