ترجُمة

English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Rabu, 1 Februari 2012

Siapakah Dia..??




Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu
solahnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi ALLAH
Sulaiman `a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia berkata:
 “  إنا لله و إنا إليه رجعون
)   Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun.
(” Lalu sambil
Berkata  lagi,
”Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini”, sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan keni`matan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan ni`mat ALLAH yang ada dan
senantiasa mempertikai harta yg dikurniakan padanya.
Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah
sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan `ibadat dan `amal-
`amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlaq yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling
luas adalah orang yang mati
membawa `amal-`amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan, bismiLLAHi MasyaALLAH, seluas saujana
mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak
membawa `amal-`amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya, a`uzubiLLAH!
Siapakah orang yang mempunyai `aqal ?
Orang yang mempunyai `aqal adalah orang-
orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan `aqal sewaktu
di dunia untuk menghindari
siksa api neraka.
Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiar atau
mengabaikan apa
sahaja yang dia ketahui, dia tak ber`amal dengannya malah dia tak pulamenyampaikan pada teman sahabat yang lain..

W`alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails