Mahasiswa UIM '10-'11 |
بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
وبعد ،
Di dalam kitab Hidayatul Salikin,
Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5
syarat."
Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang ber`aqal ..
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan ..
2. Baik dari segi peribadi dan
akhlaqnya .. Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya
kerana ianya akan mempengaruhi kita ..
3. Orang yang soleh .. Jangan berkawan
dengan orang yang fasiq kerana ia akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan
kecil ..
4. Jangan berkawan dengan orang
yang sangat kasih pada dunia .. Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu
perkara yang bertentangan dengan suruhan ALLAH .. Jika berkawan dengan orang
yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya ..
5. Orang yang benar perkataannya
.. Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta .. Orang yang suka
berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya .. Demikian itu akan
membawa kepada kebinasaan dunia.
w`alam ..