*klik pada gambar untuk lebih jelas |
بسم الله الرحن الرحيم ،
الحمد لله ،
والصلاة والسلام على رسول الله ،
أما بعد ،
السىؤال : هل يجوز ان نتختم فى الأصابع الوسطى و الإبهام و السبابة ؟ لأنني
سمعت أنها من تشبه قوم لوط ..
الجواب: لا مانع من ذلك، وهو مباح، فوضع الخاتم في السبابة أو غيره ليس من
عمل قوم لوط، وهو مسألة شخصية، يمكن أن تلبس الخاتم في أي اصبع في اليد اليمنى أو
اليد اليسرى ..
Telah ditanya kepada syeikh duktur Solah el kholidi
berkenaan :
apakah hukum sekiranya kita memakai cincin di jari
tengah (jari hantu), jari telunjuk dan ibu jari ?? ini kerana aku telah
mendengar seseorang mengatakan padaku bahawa memakai di jari² tersebut (selain
jari kelingking dan jari manis) termasuk dalam meniru gaya pemakaian cincin
kaum Nabi ALLAH Lut `Alaihis Salam ..
Maka Jawab syeikh :
TIDAK MENJADI PENGHALANG sekiranya seseorang itu
hendak memakai cincin pada jari² tersebut (jari tengah (jari hantu), jari
telunjuk dan Ibu jari) bahkan ia adalah HARUS .. Maka meletakkan / menyarung
cincin pada jari² tersebut BUKANlah dari cara pakai kaum yang dila`nat ALLAH
(kaum Nabi ALLAH Lut `Alaihis Salam) akan tetapi ia adalah masalah peribadi ..
Dan mumkin kamu juga boleh memakai / menyarung cincin pada mana² jari di tangan
kanan atau tangan kiri kamu, tak menjadi sebarang masalah ..
sumber : fatwa syeikh Solah el Kholidi http://www.facebook.com/photo.php?fbid=428084983872061&set=a.312607222086505.95087.307304385950122&type=3#
sedikit tambahan dari insan faqeer :
عن علي -
رضي الله عنه - قال : نهاني رسول الله - صلى الله عليه وسلم
- أن أتختم في إصبعَي هذه أو هذه ، قال : فأومأ إلى الوسطى والتي تليها ..
- رواه
مسلم -
Yang bermaksud
:
Daripada
Saiyyidina `Ali RodhiyALLAHu `Anhu wa KarromALLAHu wajhah telah berkata : Aku
telah ditegah oleh Baginda Nabi صلى الله
عليه وسلم daripada memakai cincin pada kedua-dua jari
ini atau ini iaitulah jari tengah (jari hantu) dan jari yang selepasnya (jari
telunjuk serta ibu jari) ..
- Riwayah Imam Muslim –
Dalam “kitab Minhaj”, syarah kepada “kitab
Soheh Muslim” menyatakan Bahawa :
Telah menghimpun `ulama Muslimin pada
menyatakan sunnah bagi orang lelaki itu memakai cincin pada jari kelingking
.. Adapun bagi wanita itu mana² jari yang dia kehendaki kerana setiap pada
jasad wanita itu merupakan tempat berhias baginya ..
Dan hikmah pada sunnahnya memakai
cincin bagi lelaki pada jari kelingking adalah kerana selain jari tersebut
sangat banyak bekerja ..
Dan MAKRUH bagi lelaki untuk memakai cincin pada jari tengah, jari
telunjuk dan ibu jari berdasarkan hadis di atas iaitulah MAKRUH TANZIH (perkara
yang dituntut syara` supaya meninggalkannya bukan atas sebab wajib tinggal
[lebih baik ditinggalkan] ) ..
Para fuqaha berhimpun pada HARUS memakai
cincin pada tangan kanan seperti HARUS juga pada tangan kiri .. Akan tetapi
mereka berselisih pendapat pada menyatakan yang manakah lebih utama :
- kebanyakan `ulama Salaf memakai pada tangan
kanan dan kebanyakan dari mereka juga memakai pada tangan kiri
- Imam Malik RohimahuLLAH menyatakan sunnah
memakai tangan kiri dan makruh tangan kanan
* yang Sohehnya adalah UTAMA memakai cincin
pada tangan kanan kerana ia merupakan ‘perhiasan’
dan kanan ini sesuatu yang mulia serta layaknyalah perhiasan itu kepada sebelah
kanan dengan sebab kemuliaannya ..
aq ingin menambah sedikit lagi .. disebutkan dalam
SyamaIl Muhammadiyyah (buku yg menceritakan berkenaan peribadi Baginda Nabi
Sollallahu `Alaihi Wa Sallam), adalah Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi Wa Sallam
itu memakai cincin di jari manis atau jari kelingking Baginda dan dalam hadis
lain ada menyebutkan yang Baginda Nabi Sollallahu `Alaihi Wa Sallam amat gemar tayammun
(memulakan sesuatu dengan kanan) .. Maka bagi aku, boleh jadi jatuh hukum
MAKRUH bila kita memakai selain jari manis dan jari kelingking lebih² lagi
dalam suasana masyarakat mEsia kita yg mempercayai karut-marut sekiranya
memakai selain jari kelingking dan jari manis .. Maka untuk mengelakkan
kekeliruan / fitnah di kalangan masyarakat mEsia kita yg mengatakan memakai selain jari kelingking dan
jari manis itu menyerupai kaum sekian², seeloknya kita meninggalkan kesamaran
itu dan kembali pada sunnah pemakaian cincin yg diajarkan oleh Baginda Nabi
Sollallahu `Alaihi Wa Sallam ..
W`alam ..